Anda di halaman 1dari 3

3.

0 Penterjemahan Idea

3.1 Menjana Idea Baru

Sebelum menjalankan projek ini, penulis telah berbincang dengan rakan


sebiliknya mengenai masalah yang dihadapi bersama iaitu buku, kertas kajang
dan alat tulis yang bertabur dan tidak tersusun di atas meja masing-masing.
Terdapat banyak buku di dalam bilik kerana penulis dan rakan biliknya gemar
membaca buku. Disebabkan kuantitinya yang banyak, ruang meletakkan buku
sudah tidak lagi mencukupi. Alat tulis juga sering berada di luar bekas pensil
kerana mereka merasakan ia sukar untuk mencapai alat tulis yang berada di
dalam bekas kotak pensil. Akibat daripada itu, alat tulis sering hilang dan
bertebur dimerata lantai bilik. Produk yang sedia ada dipasaran tidak sesuai
kerana beberapa ciri. Disebabkan kekurangan ruang di dalam bilik, rak buku
tidak dapat diletakkan. Kebanyakkan rak buku, yang dihasilkan oleh kilang-kilang
perabot, adalah bersaiz besar. Selain itu, bekas meletakkan pensil yang dijual di
kedai hanya mampu menampung alat tulis dalam kuantiti yang sedikit.

3.2 Membanding Dan Membezakan Idea

Tiga lakaran projek yang berbeza telah dibuat. Lakaran yang pertama
memenuhi semua fungsi yang diingini. Saiznya yang besar akan mengambil
ruang yang banyak. Seterusnya, lakaran yang kedua dapat menyimpan buku
dan kertas kajang dalam kuantiti yang banyak. Alat tulis juga dapat disusun
dengan cara agar ia mudah dicari. Ia juga mempunyai satu fungsi tambahan iaitu
sebuah tabung. Lakaran yang ketiga pula mempunyai ruang yang kecil untuk
menyimpan buku tetapi alat tulis dapat disimpan dengan banyak. Ia tidak
mempunyai tempat untuk meletak kertas kajang.
3.3 Menilai Idea

Hasil daripada penilaian yang dilakukan, telah disimpulkan bahawa produk


serbaguna yang dihasilkan perlulah bersaiz kecil dan mampu memenuhi
kesemua fungsi yang diperlukan. Daripada tiga lakaran tersebut, lakaran yang
kedua telah dipilih bagi dijadikan produk projek ini. Berbanding lakaran yang lain,
lakaran kedua mempunyai beberapa kelebihan ia yang tersendiri. Antaranya
produk ini tidak menggunakan ruang yang banyak. Selain itu, semua fungsi yang
diingini terdapat padanya. Di samping itu, rak buku yang direka akan
memudahkan pengambilan buku dan juga membuatkan ia kelihatan lebih kemas.
Akhir sekali, alat tulis akan mudah dicari dan dicapai serta apabila ingin
meletakkan ia semula.

3.4 Memilih Idea

Fungsi produk yang telah dipilih ialah tempat meletak buku, alat-alat tulis,
kertas kajang dan juga sebuah tabung. Tempat meletak alat tulis telah dibahagi
kepada dua iaitu tempat meletak alat tulis yang besar dan tempat meletak alat
tulis yang kecil. Hal ini mempermudahkan lagi penggunanya. Rupa bentuknya
bersaiz sederhana tetapi ia berbaloi jika dibandingklan dengan fungsi yang ia
miliki. Bahan-bahan yang akan digunakan adalah perspek untuk bahagian
tabung dan papan lapis untuk bahagian yang lain. Berdasarkan bahan yang
digunakan, produk ini mempunyai ketahanan yang tinggi. Kos yang dikeluarkan
adalah dalam linkungan RM50.00. Bagi proses kemasan, produk ini telah dicat
agar kelihatan lebih menarik dan dapat bertahan dalam tempoh yang lama.
Produk ini mempunyai nilai komersial yang tinggi kerana harganya yang
berpatutan dan funsinya yang serbaguna. Produk ini juga terbukti selamat untuk
digunakan.
3.5 Mensintesis Idea

Penulis telah mereka sebuah produk serbaguna yang boleh memenuhi


semua fungsi yang diinginkan. Fungsi-fungsi tersebut ialah tempat meletakkan
alat tulis, rak buku, tempat meletakkan kertas kajang dan juga satu fungsi
tambahan iaitu sebuah tabung. Kesemua ini telah disatukan menjadi sebuah
produk yang mampat dan tidak membazir ruang. Beberapa pengubahsuaian
telah dilakukan bagi membaiki kelemahan idea produk yang telah dipilih.
Ruangan rak buku telah diperluaskan lagi agar lebih banyak buku dapat
disimpan. Bahagian tempat meletakkan alat tulis kecil telah dibahagikan dua
untuk mengasingkan alat tulis seperti pemadam dan pengasah daripada klip
kertas.

Anda mungkin juga menyukai