Anda di halaman 1dari 24

il

um

m
Um

ia
h

ka
sa

an

INFORMATIF
st

DAN
er

k-

INSPIRATIF
na
a
DE

ka
W

A
AS

ER
A

ST
SA
ISBN: 978-99917-69-45-5
$4.00

ZOY TOPENG SAKTI 1 ENGLISH VERSION


Rezuan Haji Jamaeh

Zoy Topeng Sakti 1 English Version mengisahkan seorang kanak-


kanak lelaki bernama Zoy yang memiliki topeng sakti. Kesaktian
topeng ini menjadikan dirinya seorang yang gagah dan berani.
Komik ini pertama kali diterjemahkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka ke dalam bahasa Inggeris.
AMALAN PENJAGAAN POSTNATAL
Rafidah Shamri

Buku Amalan Penjagaan Postnatal melihat


kepada potensi perkhidmatan selepas bersalin
khususnya perkhidmatan tradisional. Kajian
dalam buku ini dilihat daripada sejarah bermula
hingga berkembangnya perkhidmatan dalam
proses rawatan dalam pantang dan anak damit.
Kepentingan kajian dalam buku ini adalah untuk
menyebarluaskan penjagaan kesihatan ibu
dan anak damit khususnya dari segi penjagaan
tradisional. Penulis juga menyentuh serba sedikit
mengenai penjagaan moden sesuai dengan
keperluan semasa.
ISBN: 978-99917-69-42-4
$5.00

CITRA BUDAYA DALAM NOVEL MAKA KARYA


MUSLIM BURMAT
Haji Morani Haji Ismail
ILMIAH

Merupakan sebuah buku penyelidikan sastera


yang mengetengahkan hasil pengkajian karya
Muslim Burmat bertajuk Maka. Novel Maka dipilih
sebagai fokus kajian kerana novel ini bukan sahaja
memaparkan tema yang berbeza, malah juga
menggambarkan kepelbagaian budaya penduduk
Melayu di pedalaman. Selain menghuraikan latar
belakang dan pengaruh pembudayaan bangsa
Melayu, buku ini juga menelusuri gambaran atau
citra budaya Melayu dari pelbagai aspek termasuk
unsur-unsur pengaruh animisme, Hinduisme dan
Islam.
ISBN: 978-99917-69-17-2
$7.00

PENDEKATAN HISTORIKAL DALAM DRAMA


SEJARAH BRUNEI
Syakirin Suhaimi

Membicarakan konsep dan perjuangan nasionalisme


yang dibangkitkan oleh para penggiat sastera tanah
air dalam karya drama mereka melalui pendekatan
historikal. Sebanyak lima buah karya drama bercorak
sejarah, iaitu Rakis, Pengiran Indera Mahkota,
Limbang dalam Sejarah, Sasterawan Bangsa dan
Warisan Sebuah Wasiat dipilih sebagai fokus
penyelidikan untuk menelusuri makna nasionalisme
yang ingin disampaikan oleh pengarang dengan
kupasan peristiwa-peristiwa sejarah, tokoh-tokoh
penting, watak serta perwatakan yang mendasari
drama bercorak sejarah dan kepentingannya kepada
masyarakat.
ISBN: 978-99917-69-19-6
$6.00
PANDUAN ASAS
PERANCANGAN KEWANGAN
PERIBADI
Shamsul Muhamad

Sebahagian individu mendapat


wang dengan banyak hasil kerja
keras mereka tetapi tidak ramai
yang boleh menguruskan kewangan
dengan lebih baik dan efektif.
Individu yang ingin mengurus
kewangan peribadi secara sistematik
dan lebih baik perlu mempunyai asas
panduan dan disiplin ilmu tentang
kewangan. Panduan Asas Perancangan
Kewangan Peribadi ini memaparkan
maklumat asas untuk mencapai
pengurusan kewangan dan standard
hidup yang lebih baik.

ISBN: 978-99917-69-18-9

UMUM
$5.00

CERITA-CERITA TELADAN DALAM


AL-QURAN
Dr. Gamal Abdul Nasir Zakaria

Pengisiannya menyajikan kisah-kisah


sejarah nabi-nabi dalam Al-Quran. Buku
ini mengandungi inspirasi dan sumber
ilmu serta teladan untuk setiap Muslim.
Kisah-kisah yang dipaparkan bukanlah
sebuah kisah yang fiksyen, malah dapat
mempengaruhi akal, jiwa, dan perilaku
manusia. Banyak teladan yang dapat
diperoleh dalam buku ini.

ISBN: 978-99917-69-39-4
$7.00
EMPAT PASANG ANTING-ANTING
Nur Hamizah Samihon

Mengisahkan seorang remaja


perempuan yang bermasalah dan
berhati batu. Pemergian ibunya
buat selamanya memberikan
impak yang mendalam terhadap
keluarganya dan membawa
perubahan besar terhadap dirinya.
Hampir semua rakan sebayanya di
sekolah memandang miring terhadap
sikap dan penampilannya termasuk
guru disiplin. Namun, dia tetap tidak
peduli setiap pandangan dan hinaan
yang dilemparkan kepadanya. Ayahnya
pula jarang bercakap dengan adik dan
dirinya. Sehingga suatu hari, ketika
ayahnya cuba membunuh diri, dia sangat
cemas dan mati akal. Sejak itu, ayahnya
berubah dan membuka lembaran hidup
baharu dengan berkahwin lagi. Remaja
SASTERA

itu juga mulai belajar etika dan cara


kehidupan yang baik dan sewajarnya.

ISBN: 978-99917-69-14-1
$6.00

HANYA SEBELAH DINDING


Sosonjan A. Khan
Mengisahkan Zara, seorang
balu, berhati-hati dalam memilih
pasangan hidup, di samping
memperjuangkan haknya
sebagai seorang wanita. Zara
menolak segala sesuatu yang
dimarginalisasikan, disubordinasikan
dan direndahkan oleh kaum lelaki
sama ada dalam bidang ekonomi,
politik mahupun kehidupan sosial.
Dalam novel ini juga diselit kata-kata
rangsangan dan romantik, penuh
dengan nilai kejujuran yang dapat
menggambarkan ketulusan dan
keikhlasan dalam satu ikatan.

ISBN: 978-99917-69-13-4
$8.00
KELABU DI HUJUNG PELANGI
A.R. Romzi

Perselisihan, kerakusan, penipuan,


pengorbanan dan kemanusiaan
menyoroti perjalanan hidup
Bunal, seorang pemuda kampung
lepasan siswa. Bunal berasa
bertanggungjawab mempertahankan
amanat ayahnya untuk tidak menjual
tanah pusaka keluarga. Namun,
Bunal tersepit dengan dilema antara
amanat ayahnya dengan hasrat
negaranya yang mahu membeli tanah
mereka bagi pembinaan jambatan
jalan raya.

ISBN: 978-99917-69-15-8
$6.00

KUMPULAN PUISI: HILANG


K. Manis SASTERA
Puisi-puisi yang dinukilkan K.
Manis dalam buku Kumpulan
Puisi Hilang berunsurkan
patriotisme, kemanusiaan dan
kemasyarakatan. Malah, K. Manis
turut mengongsikan beberapa
gambaran adat yang diamalkan
oleh masyarakat Brunei seperti
adat berbasuh kaki dan pantang
larang.

ISBN: 978-99917-69-20-2
$6.00
KUMPULAN CERPEN AURORA 2
Aurora sebagai perlambangan
penulis muda yang penuh dengan
fenomena yang tidak terbatas dalam
kreativiti penulisan karya sastera.
Fenomena yang terhasil dari aurora
sebagai cahaya terang yang kelihatan
di langit pada malam hari ialah
suatu perlambangan bahawa penulis
muda mempunyai visi ke depan dan
sentiasa dinamik menghasilkan karya
yang pelbagai seperti warna merah,
hijau dan ungu adalah warna-warna
keberanian,damai dan absurd dalam
karya sastera kontemporari mengikut
peredaran masa.
SASTERA

ISBN: 978-99917-69-38-7
$8.00

SYAIR ASMAUL HUSNA


Haji Masri Haji Idris

Syair Asmaul Husna menjelajah


rahsia 99 nama indah Allah
subhanahu wa taala yang
disampaikan dalam bentuk syair.
Di dalamnya sarat dengan nilai
ilmu, moral, dan agama yang dapat
dimanfaatkan pembaca sebagai satu
pedoman hidup.

ISBN: 978-99917-69-21-9
$10.00
GELIGA SAKTI AWANG
TUNGGAL
Mena

Cerita Geliga Sakti Awang Tunggal


merungkai antara pemikiran
sedar dan bawah sedar manusia.
Mencantumkan elemen realiti
dan fantasi, ia menceritakan kisah
Awang Tunggal yang mengembara
di negeri-negeri bawah bumi
terutama Negeri Indera Pura dan
mengahwini seorang puteri dari
sana. Dari pengembaraannya itulah
memperlihatkan pelbagai mesej dan
makna tersirat.

ISBN: 978-99917-69-16-5
$5.00

SASTERA
KUMPULAN PUISI: GELORA
PANTAI II
Rahim M.S.

Memuatkan 59 buah sajak


dan tujuh buah pantun yang
membarisi ungkapan-ungkapan
yang penuh dengan nasihat,
peringatan dan sindiran,
terutama kepada anak bangsanya
yang kini hidup dalam serba
kemodenan. Persoalan-persoalan
yang dicetuskan dalam buku
ini sepenuhnya berteraskan
kemelayuan. Kesemua ini menjadi
perhatian fikiran penulis. Bukan itu
sahaja, semangat kenegaraan yang
tersemat dalam jiwa penulis juga
disalurkan ke dalam beberapa buah
puisi agar pembaca turut sama-sama
menanamkan perasaan cinta akan
tanah air.
ISBN: 978-99917-69-33-2
$7.00
KUMPULAN PUISI:
KEHIDUPANKU
Emma Nur

Emma Nur seorang penulis remaja


berbakat yang aktif menulis karya
kreatif dekad ini. Kebanyakan puisi
dicipta bertemakan kesedaran
diri, perasaan juga ketuhanan.
Lontaran suara yang diiringi
dengan emosi kental penulis telah
menghasilkan sesebuah puisi yang
mampu menggamit hati dan sanubari
pembaca. Penulis menggambarkan
satu per satu daripada semua yang
pernah dilaluinya termasuk dugaan.
Dugaan diturunkan dengan sebab.
Tanpa dugaan, kita tidak dapat
mengetahui kelemahan dan kekuatan
diri kita. Alhamdulillah, penulis berjaya
mengharungi setiap dugaan dengan tabah
dan selalu bersyukur. Hayatilah setiap bait
SASTERA

puisi yang dinukilkan dalam himpunan puisi


ISBN: 978-99917-69-44-8
ini, semoga mesej yang disampaikan dapat
dijadikan iktibar. $6.00

KUMPULAN PUISI: DALAM


SEBUAH CATATAN DAN WAKTU
Ratna Kejora

Mengumpulkan 101 buah puisi


yang ditulis sekitar tahun 1999
sehingga 2019. Puisi-puisi yang
dihasilkan merupakan ungkapan
daripada sanubari penulis berupa
pengalaman, rintihan dan
keperitan hidup yang dialaminya,
namun dipenuhi dengan nafas
makna dan mesej yang perlu
dirungkai oleh pembaca.

ISBN: 978-99917-69-34-9
$6.00
ALHAMDULILLAH ... YA ALLAH
Azmi H. B.

Mengisahkan Pak Jambul yang jenuh melihat


hasil padinya dimakan oleh burung pipit. Dia
memasang pukat untuk menangkap burung pipit
itu. Seekor pipit betina yang terperangkap di
pukatnya merayu untuk dilepaskan kerana anak-
anaknya yang tinggal di luar tanpa ada penjaga.
Pak Jambul berasa kasihan lalu melepaskan
semua burung-burung pipit itu. Akhirnya, Pak

SASTERA KANAK-KANAK
Jambul diberi balasan yang setimpal dengan
kebaikannya.
ISBN: 978-99917-69-22-6
$4.50

ANAK ARNAB DITIPU MUSANG


Hajah Hardina Haji Ahmad

Mengisahkan seekor arnab bernama Putih


yang terpisah daripada keluarganya ketika
sedang bermain di dalam hutan. Kebetulan di
tempat yang sama ia tersesat, seekor musang
kelaparan sedang berjalan-jalan mencari
makanan. Musang itu memperdaya Putih dan
ingin memakannya tetapi perbuatan jahat
pastinya mendapat balasan. Musang itu
akhirnya terkena jerat yang dipasang oleh
pemburu dan Putih dapat diselamatkan
oleh ayah dan emaknya.
ISBN: 978-99917-69-07-3
$4.00

AYAM MAMA NANI


Hajah Norhadiah binti Awang Abdullah

Mengisahkan seorang ibu yang memelihara seekor


ayam yang dinamakan Si Puteh. Anaknya yang
bernama Nani cemburu akan Si Puteh kerana
ibunya lebih memberi perhatian kepada Si Puteh
berbanding dirinya. Suatu hari, Si Puteh hilang
dan membuatkan ibunya risau termasuk Nani.
Mereka mencari merata tempat, namun tidak
menemuinya. Akhirnya, mereka menemui Si
Puteh dan Nani sayang kepada Si Puteh.

ISBN: 978-99917-68-96-0
$4.50
BIJAK MENABUNG
Srinarawie Bidzah

Mengisahkan dua beradik kembar yang bernama


Hafiz dan Hafizan. Suatu hari, ayah mereka
memberikan hadiah berupa tabung kepada mereka
berdua. Hafiz berjaya menyimpan wangnya ke
dalam tabung manakala Hafizan tidak menyimpan
SASTERA KANAK-KANAK

apa-apa. Sekolah mereka mengadakan lawatan ke


Pesta Buku Brunei. Oleh sebab Hafiz menyimpan
wang, dia boleh membeli belah di Pesta Buku.
Manakala adiknya Hafizan tidak mampu membeli
satu barang pun. Akhirnya, Hafiz berkongsi wang
simpanan kepada Hafizan.
ISBN: 978-99917-69-05-9
$4.50

DANG URAI DAN SUMBUI-SUMBUI


Rosmuliati Haji Yahya

Ceritanya mengenai Dang Seri yang iri dengan


kecantikan kakaknya Dang Urai. Pelbagai cara
dilakukan untuk menjadikan kakaknya berasa
rendah diri dan hilang keyakinan terhadap dirinya
sendiri. Sehingga Sumbui-Sumbui mampu
membantu memberi keyakinan kepada Dang
Urai dan menjadikannya cantik. Akan tetapi
Dang Seri yang bersifat iri itu menggunakan
Sumbui-Sumbui tanpa mengetahui syarat
pemakaiannya. Dang Seri kemudiannya
mendapat pengajaran dengan menjadi hodoh
kerana menggunakan Sumbui-Sumbui secara
salah. Di pengakhiran cerita, Dang Urailah
yang menolong adiknya untuk kembali kepada keadaan
asalnya. Sejak peristiwa itu, mereka pun berbaik, Dang Seri mula insaf
dan menghormati kakaknya.
ISBN: 978-99917-69-06-6
$4.00

HADIAH UNTUK AYAH


Dayangku Hajah Maria Pengiran Haji Damit
Mengisahkan dua beradik yang bernama Rina dan
Rifin yang merancang untuk memberikan hadiah
sempena ulang tahun ayah mereka. Mereka cuba
melukis sebuah lukisan keluarga mereka untuk
dijadikan hadiah buat ayah mereka. Ayahnya
terharu dan gembira menerima hadiah lukisan
keluarga yang dilukis oleh anak-anaknya.

ISBN: 978-99917-68-02-1
$4.00
KISAH CANDAS YANG SABAR
Erwan Haji Abu Bakar

Ceritanya mengenai pertikaian antara candas


dengan sudu dan garfu. Ejekan daripada sudu
dan garfu kepada candas mempunyai makna
yang tersirat, iaitu setiap benda meskipun
berbeza mempunyai peranan yang tersendiri.
Di akhir cerita pastinya menimbulkan bibit-bibit
keinsafan kepada pembaca, iaitu Tuan Haji Ahad
yang kaya-raya akhirnya memilih candas untuk
digunakan sebagai alat memakan makanan
kegemaran setiap hari berbanding sudu dan

SASTERA KANAK-KANAK
garfu.
ISBN: 978-99917-68-94-6
$4.00

TENTERA GAJAH MENYERANG MEKAH


Isahak Haron

Berkisar mengenai penceritaaan yang berlaku


di Yaman, sewaktu zaman Nabi Ibrahim dan
Nabi Ismail. Ceritanya mengenai Gabenor
Abrahah diperintahkan oleh rajanya untuk
menyebarkan ugama Kristian, dan cuba untuk
memusahkan Kota Mekah dan memindahkan
pusat perniagaan dan peribadatan ke Yaman
dengan kekerasan, iaitu mengumpul seramai
20,000 ribu askar dan berpuluh-puluh ekor
gajah untuk merobohkan Kota Mekah.
Dia juga menghasut orang Arab berpaling
daripada menyembah Tuhan. Akhirnya
dengan kuasa Allah subhanahu wa taala,
niat Abrahah dan tentera untuk menghancurkan kota
Mekah dan menyebar ugama Kristian dapat dipatahkan.
ISBN: 978-99917-68-98-4
$4.50

KISAH MURAI DENGAN GAGAK


Rizal Haji Duraman

Cerita ini memuatkan kisah dua ekor burung,


iaitu burung murai dengan burung gagak. Burung
murai dipelihara dalam sangkar manakala burung
gagak bebas di udara. Kedegilan burung gagak
yang tidak mahu mendengar nasihat burung
murai menyebabkan dirinya terperangkap dalam
jerat yang dipasang oleh seorang lelaki yang
memelihara burung murai. Satu kejadian telah
berlaku yang menyebabkan burung gagak
tercedera. Akhirnya, burung gagak sedar dan
tidak sombong lagi.

ISBN: 978-99917-69-01-1
$4.00
MASAP
Masdiana Haji Madali

Kita perlu berbuat baik kepada semua makhluk


ciptaan Tuhan. Kisah yang terjadi di dalam
cerita Masap, sifat kejam Wang Raman yang
menyebabkan seekor anak kucing mati lemas
mengakibatkan dia mendapat balasan kejadian
sama. Wang Raman jatuh ke sungai. Meskipun
dapat diselamatkan, namun dia menjadi tidak
siuman.
SASTERA KANAK-KANAK

ISBN: 978-99917-69-08-0
$4.00

NASIB SI PADIAN
Hajah Dayang Jaini BPKDP Haji Mohsin

Mengisahkan seorang padian yang bernama Bu


Piah, berkayuh di sepanjang sungai di Kampung
Ayer untuk mencari rezeki buat anak-anaknya. Bu
Piah turun ke perahunya dan menunggu pengalu-
pengalu dan nelayan-nelayan untuk memperoleh
barang dagangan seperti ikan dan sayur
sayuran untuk dijual. Semasa Bu Piah berkayuh
menyeberangi sungai tersebut, tiba-tiba datang
sebuah perahu tambang yang sangat laju, lalu
melanggar perahu Bu Piah. Perahu Bu Piah
terus karam dan Bu Piah terjatuh ke dalam air.
Siraung besar Bu Piah pun hanyut dibawa arus air. Orang-
orang yang melihat kejadian itu segera pergi ke arah perahu untuk
menolong Bu Piah.
ISBN: 978-99917-68-99-1
$4.00

PENGEMBARAAN PUTERA AZHAR


Suzilawati Rahgeni

Selepas kemangkatan bondanya,


Putera Azhar sangat dimanjakan oleh
ayahandanya, Raja Khalid sehingga
tidak mampu berdikari sendiri. Risau
akan keadaan anaknya itu, Raja Khalid
menitahkan anakandanya untuk keluar
mengembara, belajar berdikari dan
bertemu dengan rakyat jelata. Dari
sanalah titik tolak menjadikan Putera
Azhar mandiri dan disayangi oleh
rakyatnya.
ISBN: 978-99917-69-04-2
$4.50
PUTERI KATAK YANG SOMBONG
Norshartinah Haji Razid

Seekor Puteri Katak berasa sombong kerana


dikurniai dengan kecantikan sehingga
ia memangsa setiap binatang lain yang
berasa lebih cantik daripada dirinya. Akibat
kesombongannya itu, akhirnya sang ular
memperdaya Puteri Katak yang sombong
itu dengan melilit dan memakannya.

SASTERA KANAK-KANAK
ISBN: 978-99917-69-02-8
$4.00

RIWAYAT RASULULLAH SALLALLAH ALAIHI


WASALLAM
Isahak Haron

Menceritakan riwayat hidup Rasulullah yang boleh


dijadikan ikutan. Salah satu pengajaran tersirat
yang dapat kita peroleh ialah nilai dan usaha
berterusan dalam memperingati perjuangan
Rasulullah S.A.W sebagai pesuruh Allah dalam
menegakkan ajaran Islam, juga sebagai rasul
pilihan. Buku ini pastinya akan mengingatkan
kita untuk terus menerus mengidolakan
ketokohan baginda untuk diteladani,
diulangkaji, dirujuk dan disuburkan setiap
masa, supaya kekal dalam ingatan dan jiwa
kita.
ISBN: 978-99917-68-95-3
$4.00

SANG MONYET DAN SANG KURA-KURA


Norsuziana Kamarudin

Setiap perbuatan pasti ada balasan sama ada


perbuatan baik mahupun buruk. Begitulah
moral cerita Sang Monyet dan Sang Kura-
Kura, meskipun disampaikan dalam bentuk
cerita binatang tetapi ia dapat menyampai
makna tersirat yang bersifat didaktik. Di
pengakhiran cerita, Sang Kura-Kura yang
bersifat sabar memperoleh balasan baik
dan sebaliknya Sang Monyet yang jahat
mendapat balasan yang setimpal.

ISBN: 978-99917-67-27-7
$4.00
SEMUT HITAM DAN SEMUT MERAH
Awangku Mohd. Saifullah Pengiran Haji Ahmad

Cerita ini memuatkan kisah dua sahabat, iaitu


semut hitam dan semut merah. Walaupun
persahabatan mereka baik, namun semut merah
dan keluarganya bersifat malas untuk membina
sarang mereka bersama-sama. Akhirnya, semut
merah dengan keluarganya ditimpa kesusahan
kerana sarang mereka roboh akibat dilanda
hujan lebat.
SASTERA KANAK-KANAK

ISBN: 978-99917-68-89-2
$4.00

SIAPA KETUA ?
Hajah Harinah Haji Mohamad Shara

Memilih seorang ketua bukan sesuatu


yang mudah. Dalam buku Siapa Ketua?
menceritakan banyak kriteria yang perlu
dinilai untuk mencari seorang ketua yang
baik dan responsif, malah mempunyai
kebijaksanaan dalam menangani setiap
masalah. Dengan cara cerita yang ditamsilkan
dalam bentuk pengisahan binatang
yang akhirnya Kancil dipilih menjadi
ketua, pastinya buku ini memberikan
hiburan dan keseronokan berganda
dalam penceritaannya, di samping
mengetengahkan unsur moral.

ISBN: 978-99917-68-93-9
$4.00

USAHA AMIN
Mohamad Fadhilullah Tudun bin Haji
Hassan

Mengisahkan seorang budak bernama


Amin yang tekun mempelajari seni
mempertahankan diri, iaitu silat. Amin
begitu tekun dalam sesi latihan sehingga
guru silatnya mendaftarkan Amin untuk
ikut serta dalam sebuah pertandingan
Silat. Hampir setiap hari, Amin datang
berlatih silat. Tiba hari pertandingan,
Amin dapat mengalahkan lawannya,
pusingan demi pusingan sehingga
Amin dapat masuk ke pusingan akhir.
ISBN: 978-9991769-00-4
$4.00
VOICES AND CANDY
Rasy Khairol

Hidup ini ada kalanya menyesakkan kerana


berhadapan dengan tekanan. Jika salah
langkah setentunya akan merosakkan diri.
Inilah yang dicoretkan dalam buku ini agar
dapat diambil pedoman daripadanya.

ISBN: 978-99917-69-35-6

SASTERA KANAK-KANAK
$3.00

UZTAZ KECIL MARI BELAJAR BERWUDHU


Penyelenggara:
Hurul’Ain Nukhbah Rabaha
dan Haji Ali Asnan Haji Pungut

Buku Ustaz Kecil Mari Belajar Berwudhu


merupakan ikon Cawangan Kanak-Kanak
bagi buku bacaan tambahan kanak-kanak.
Kandungannya mengajak dan memberi
panduan kepada kanak-kanak cara berwudhu,
solat doa harian dan sebagainya. Insya-Allah,
buku ini akan memberikan manfaat kepada
semua.

ISBN: 978-99917-69-40-0
$3.00

ZOY TOPENG SAKTI SIRI 8


Rezuan Haji Jamaeh

Komik Zoy Topeng Sakti ini sudah acap


kali menerima penghargaan sebagai buku
terlaris dan seringkali mendapat sambutan
daripada peminat-peminatnya di luar sana.
Komik ini memasuki siri ke-8, dan pastinya
dinanti-nanti kemunculan oleh para
peminatnya.

ISBN: 978-99917-69-36-3
$4.00
ASAL USUL SUNGAI SIAMAS
Johari Haji Nasir
Kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka
dengan Pusat Bahasa, Universiti Brunei Darussalam
TERJEMAHAN CERITA RAKYAT

Terjemahan Terjemahan
Bahasa Korean Bahasa Jerman
ISBN: 978-99917-69-29-5 ISBN: 978-99917-69-24-0
$4.00 $4.00

Asal Usul Sungai Siamas mengisahkan tentang nasib Sang Nasi yang
dibuang oleh seorang nelayan ke dalam sungai. Sang Nasi berasa sedih
kerana jasanya untuk mengenyangkan perut manusia tidak dihargai
dan dianggap tidak berguna. Dalam kesedihan itu, tiba-tiba Sang
Nasi terjumpa sesuatu benda yang berwarna kekuning-kuningan dan
bercahaya. Sang Nasi pun mendekatinya dan mendapati ia ialah sebuah
Gunung Amas. Oleh sebab Sang Nasi berasa kecewa terhadap manusia,
ia pun meluahkan perasaannya terhadap Si Gunung Amas. Pada mulanya
Si Gunung Amas hendak berbakti kepada penduduk dan rakyat Brunei
dengan keistimewaan yang ada pada dirinya. Namun badan Si Gunung
Amas pula dapat ditempa untuk perhiasan manusia. Setelah mendengar
keluhan Sang Nasi, Si Gunung Amas menarik kembali kata-katanya untuk
berbakti kepada rakyat Brunei. Si Gunung Amas pun menenggelamkan
dirinya di perairan sungai. Sehingga sekarang, sungai itu dikenali dengan
nama Sungai Siamas.
TERJEMAHAN CERITA RAKYAT
Terjemahan Terjemahan
Bahasa Mandarin Bahasa Perancis
ISBN: 978-99917-69-31-8 ISBN: 978-99917-69-25-7
$4.00 $4.00

Terjemahan
Bahasa Jepun
ISBN: 978-99917-69-32-5
$4.00

Terjemahan Terjemahan
Bahasa Dusun Bahasa Arab
ISBN: 978-99917-69-27-1 ISBN: 978-99917-69-26-4
$4.00 $4.00
ZOY TOPENG SAKTI SIRI 7
(Cetakan Kedua)
Rezuan Haji Jamaeh

Z oy Topeng Sakti merupakan komik


terbitan jabatan yang sudah popular
dalam kalangan pembaca cilik dan
remaja serta acap kali menerima
penghargaan buku terlaris. Terbitnya
komik Zoy Topeng Sakti Siri 7 ini juga
pastinya sangat ditunggu-tunggu
kesinambungannya. Tambahan pula,
penyampaian watak dan efek dalam
komik ini memaparkan dengan
jelas sifat-sifat manusiawi. Selain
BUKU CETAK ULANG

itu, dengan adanya pengenalan


kata, bahasa dan makna melalui
penyampaian dialognya dapat
menyuburbaikkan dan memahirkan
pengetahuan pembaca dalam
berbahasa Melayu, di samping
mengembangkan daya kreativiti
mereka.

ISBN: 978-99917-68-75-5
$4.00

KOTA KACA (EDISI KEDUA CETAKAN


PERTAMA)
H.Mar

Novel KOTA KACA adalah satu


pencarian tentang hakikat hidup yang
terbelenggu dalam sebuah bangunan
sepuluh tingkat. Bangunan dibina
atas darah dan air mata. Setiap
tingkat adalah rentetan kebangkitan
daripada kehancuran, ketakutan,
kematian dan keterasingan dalam
usaha menemukan diri sendiri.
Setiap bilik adalah suatu ruang
kosong yang melukiskan mimpi
dan igauan daripada sejarah yang
panjang. Suatu pencarian makna
yang hilang daripada kehidupan,
namun yang hilang bukanlah masa
depan, tetapi masa lalu.

ISBN: 99917-69-43-1
$4.00
BAHASA MELAYU MENENGAH BAWAH 3
(Cetakan Ketujuh)
Datuk Dr. Nik Safiah Karim

Buku teks ini mengandungi 18 pelajaran


dengan kandungannya bertumpu kepada
pelbagai aspek sosiobudaya masyarakat
Brunei, di samping pendedahan kepada
maklumat dunia antarabangsa. Matlamat utama
penerbitan buku ini adalah untuk menyediakan
bahan bagi memperluas pengetahuan pelajar.

ISBN: 99917-0-126-5
$14.00

BUKU CETAK ULANG


BAHASA MELAYU MENENGAH ATAS 4
(Cetakan Kelapan)
Datuk Dr. Nik Safiah Karim

Buku teks ini dikhususkan buat pengajaran mata


pelajaran Bahasa Melayu di peringkat menengah
atas. Ia mengandungi 16 pelajaran dan pelajaran
Jawi dijadikan bacaan secara meluas berbanding
buku Bahasa Melayu Menengah Bawah 1, 2,
dan 3. Sebahagian besar kandungan pelajaran
buku ini menyentuh aspek sosiobudaya, politik,
dan ekonomi, baik yang memfokus situasi
tempatan mahupun yang mendasari hal-ehwal
yang amat wajar ditangani dan difikirkan
secara kritis oleh para pelajar menengah atas.

ISBN: 99917-0-150-8
$13.00

THE GOLDEN WARISAN BRUNEI


DARUSSALAM VOL. 1
(Cetakan Kedua)
Rozan Yunus

Compilation of 40 articles on the socio-culture


of Brunei community and historical days in
Brunei Darussalam that had been published in
‘The Golden Legacy’ weekly column of the Brunei
Times newspaper in 2007. This book is relevantly
for readers of all levels. It records significant
historical accounts and precious national legacies
among which are Padian, Pengalu, cannons, the
history of Manggalela Palace, origins of Songkok
or Kopiah which are little known by today’s
generation.
ISBN: 978-99917-0-920-8
$10.00
TAWARAN HARGA JUALAN BUKU
BUKU TERBITAN
DALAM TEMPOH TIGA TAHUN KEBELAKANGAN

Pembeli Umum - Harga Asal (Harga Pokok)


Pemegang Kad Ahli Perpustakaan - 10%
Vendor (Pengedar Buku) - 20%
Toko Buku DBP yang Dilantik - 30%

BUKU YANG TERBIT SETELAH EMPAT TAHUN DAN


TIDAK MELEBIHI 10 TAHUN

Pembeli Umum - 10%


Pemegang Kad Ahli Perpustakaan - 20%
Vendor (Pengedar Buku) - 20%
Toko Buku DBP yang Dilantik - 30%

BUKU YANG TERBIT SETELAH 11 TAHUN

Pembeli Umum - 20%


Pemegang Kad Ahli Perpustakaan - 30%
Vendor (Pengedar Buku) - 30%
Toko Buku DBP yang Dilantik - 40%

POTONGAN HARGA SEMASA PESTA BUKU BRUNEI


(UNTUK SEMUA PEMBELI)

Buku Baharu Dilancarkan - 10%


Terbitan Tiga Tahun Kebelakangan Selepas Pelancaran - 20% - 30%
Terbitan Tiga Tahun hingga Sepuluh Tahun - 50%
Langganan Majalah dan Jurnal - 20%
Institusi Pendidikan dan Jabatan Kerajaan - 20% (Bayaran Tunai)
Pesta Buku Luar Negeri - 30%
Gerai
Dewan Bahasa dan Pustaka
Semasa Pesta Buku Brunei 2020

atau di

Kedai Buku
Tingkat Bawah
Dewan Bahasa dan Pustaka
Jalan Pembangunan
Lapangan Terbang Lama
Berakas BB3510
Negara Brunei Darussalam

Anda mungkin juga menyukai