Anda di halaman 1dari 4

SOLAT AIDILFITRI DAN AIDILADHA

TAKRIF:

SOLAT AIDILFITRI:
Solat sunat 2 rakaat yang dilakukan umat Islam pada pagi 1 Syawal.

SOLAT AIDILADHA:
Solat sunat yang ditunaikan umat islam pada pagi 10 Zulhijrah.

AMALAN SEBELUM SOLAT AIDILFITRI DAN AIDILADHA

~ Menghidupkan malam raya dengan ibadat seperti takbir, zikir, solat sunat
tahajjud, membaca al-Quran.
~ Mandi sunat pada pagi hari raya.
~ Memakai pakaian baru dan bersih.
~ Memakai wangi-wangian bagi kaum lelaki.
~ Bermaaf-maafan dengan ibu bapa dan keluarga.
~ Pada hari raya AidilFitri bersarapan sebelum solat, pada hari raya AidilAdha
bersarapan selepas solat.
~ Pergi awal ke masjid dan sebaik-baiknya dengan berjalan kaki.
~ Berwajah ceria dan senyum kepada setiap orang Islam yang ditemui.
~ Membayar zakat fitrah ( AidilFitri ) dan banyak bersedekah.

CARA SOLAT AIDILFITRI DAN AIDILADHA

Waktu: Selepas ½ jam terbit matahari sehingga tergelincir matahari.


Disunatkan melambatkan solat AidilFitri dan menyegerakan solat Aidiladha
daripada awal waktu.

Bilangan rakaat: 2 Rakaat

Bilangan takbir: 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat kedua tidak
termasuk takbiratul ihram.

Bilangan tasbih : 6 kali pada rakaat pertama dan 4 kali pada rakaat kedua.

Rakaat Pertama:
~ Takbiratul ihram serta niat.

Niat solat Aidilfitri:

Maksudnya :
Sahaja Aku Solat Sunat Aidil Fitri dua rakaat kerana Allah Taala.

Niat solat Aidiladha:

Maksudnya :
Sahaja Aku Solat Sunat Aidil Adha dua rakaat mengikut Imam kerana Allah Taala.
~ Pada rakaat pertama, selepas takbiratul ihram, baca doa iftitah.
~ Kemudian hendaklah bertakbir dengan mengangkat tangan sebanyak 7 kali dan
membaca tasbih sebanyak 6 kali, dimulakan dengan takbir kemudian disusuli
dengan tasbih secara berselang-seli.

Lafaz tasbih :

~ Selepas itu, baca al-Fatihah dan surah al-A`ala atau mana-mana surah.

~ .Rukuk, iktidal dan sujud....sempurna rakaat pertama.

Rakaat Kedua;

~ Apabila berdiri pada rakaat kedua hendaklah terus bertakbir sebanyak 5 kali dan
membaca tasbih 4 kali berselang-seli.

~ Kemudian bacalah al-Fatihah atau mana-mana surah.

~ Ruku’, iktidal, sujud, tahiyat akhir dan memberi salam

~ Selepas itu, Khatib membaca khutbah dan beri tumpuan serta jangan bercakap.

KHUTBAH AIDILFITRI DAN AIDILADHA : Rukun, Waktu, Sunat Dan


Syaratnya

PERBEZAAN SOLAT HARI RAYA DAN SOLAT JUMAAT 


HIKMAH SOLAT AIDILFITRI DAN AIDILADHA 

KEPENTINGAN TAKBIR HARI RAYA:

Melahirkan kesyukuran kepada ALLAH SWT.


Meninggikan syiar Islam.
Mengingatkan kita tentang kebesaran ALLAH
Memantapkan semangat perjuangan umat Islam

TAKBIR HARI RAYA

Anda mungkin juga menyukai