Anda di halaman 1dari 5

PENDAHULUAN:

Program Konvoi Cakna Generasi Muda dirancang adalah untuk golongan muda yang sering
menggunakan kereta untuk memecut di jalanraya.

Oleh yang demikian, Gabungan Generasi Melayu Terengganu mengambil inisiatif untuk
melaksanakan program ini dengan penekanan kepada keagamaan, pemanduan berhemah dan
menguji kecergasan mental serta fizikal melalui aktiviti penjelajahan.

Program ini akan dilaksanakan secara bersepadu dengan Polis Di Raja Malaysia dan Jabatan Belia &
Sukan Negeri Terengganu untuk menilai keberkesanan dan pemantauan berterusan selepas
program.

Pihak kami juga bercadang untuk membawa beberapa wakil persatuan belia negeri Terengganu
bersama-sama menyertai program ini dan berinteraksi didalam majlis perjumpaan yang akan
diadakan di negeri Pahang dan Perlis.

OBJEKTIF:

Memenuhi citarasa mereka dengan pengisian aktiviti penjelajahan berkereta secara berkonvoi.

Menarik seberapa ramai generasi muda untuk menyertai program ini supaya mereka dapat
menghindarkan diri daripada kegiatan yang boleh membahayakan diri sendiri.

Melahirkan latihan dan kemahiran memandu kereta dengan berhemah dan berdisiplin semasa
berada dijalan raya.

Mengadakan perjumpaan bersama pemimpin masyarakat yang akan ditemui untuk mendaptkan
input tentang pembangunan belia, ekonomi dan sosial setempat.

PENYERTAAN:

15 buah kereta (15 buah x 4 orang) -  60 orang

SASARAN:

Pemimpin

Belia Tidak Berpersatuan

Pegawai Pengiring (POLIS / JBSNT)

TARIKH:

13 – 16 Mac, 2009

TEMPAT:

Cameroon Highlands, Pahang, Kedah & Perlis

PENGANJURAN:

Gabungan Generasi Melayu Terengganu

Kerajaan Negeri Terengganu

Polis DiRaja Malaysia Kontinjen Terengganu


TENTATIF PROGRAM:

Hari Pertama: (Kuala Terengganu – Cameroon Highlands)

Jam 8.00 pagi

Pendaftaran di Kompleks Belia & Sukan Negeri Terengganu

Taklimat Pergerakan Oleh Pegawai Trafik Polis Di Raja Malaysia

Jam 9.00 pagi

Ucaputama Oleh YB.Datuk Pengerusi JK.Belia & Sukan  

Pelepasan Peserta Oleh YB.Pengerusi JK.Belia & Sukan  

Jam 10.00 pagi

Peserta Berkonvoi Ke Cameroon Highlands

Makan Tengahari / Solat Zohor (Jamak)

Jam 5.00 petang

Dijangka Tiba dan Check In Hotel Jasmine, Cameroon Highlands

Rehat / Aturcara Bebas

Jam 7.00 malam

Persiapan Diri

Solat Maghrib (Jamak)

Jam 8.00 malam

Perjumpaan Bersama Polis Di Raja Malaysia

Jam 10.00 malam

Balik Ke Hotel Jasmin / Rehat

Hari Kedua: (Cameroon Highlands – Kedah)

Jam 5.30 pagi

Persiapan Diri / Solat Subuh

Sarapan Pagi

Jam 8.30 pagi

Lawatan Sekitar Cameroon Highlands

Jam 11.00 pagi

Bertolak ke Alor Setar

Makan Tengahari / Solat Zohor (Jamak)


Jam 5.00 petang

Dijangka Tiba dan Check In Kompleks Belia & Sukan Negeri Alor Setar

Jam 7.00 malam

Persiapan / Solat Maghrib (Jamak)

Jam 8.00 malam

Majlis Perjumpaan Bersama Belia Kedah

Jam 10.00 malam

Balik Ke Kompleks Belia & Sukan Negeri Kedah / Rehat

Hari Ketiga: (Kedah - Perlis)

Jam 5.30 pagi

Persiapan Diri / Solat Subuh

Sarapan Pagi

Jam 8.30 pagi

Program Bersama Penghuni  Rumah Anak Yatim, Darul Aitam

Penyampaian Sumbangan Peserta

Jam 12.00 tengahari

Bertolak Ke Kangar, Perlis

Makan Tengahari / Solat Zohor (Jamak)

Jam 2.30 petang

Dijangka Tiba dan Check In Kompleks Belia & Sukan Negeri Kangar

Jam 4.00 petang

Program Bersama Rumah Orang Tua Di Kompleks Penyayang Tun Dr Siti Hasmah Mohammad Ali,
Kangar

Lawatan Bermaklumat

Jam 7.00 malam

Persiapan / Solat Maghrib (Jamak)

Jam 8.00 malam

Majlis Perjumpaan Bersama Belia Perlis

Jam 10.30 malam

Balik Ke Kompleks Belia & Sukan Negeri Perlis / Rehat


 

Hari Keempat: (Perlis – Kuala Terengganu)

Jam 5.30 pagi

Persiapan Diri / Solat Subuh

Sarapan Pagi

Jam 8.30 pagi

Majlis Penutup & Penyampaian Sijil

-  Peserta Mengambil Tempat

-  Ucapan Ketua Peserta

-  Ucapan Oleh Pengerusi Penganjur

-  Ucaputama Oleh Y.Bhg. Tuan Pengarah Belia & Sukan Negeri Perlis

-  Penyampaian Cenderahati

-  Penyampaian Sijil

-  Sesi Bergambar

Jam 9.30 pagi

Majlis Pelepasan Peserta

-  Bacaan Doa Selamat

-  Pelepasan Oleh Y.Bhg. Tuan Pengarah JBNS Perlis

Jam 1.00 tengahari

Makan Tengahari / Solat Zohor (Jamak)

Jam 7.00 malam

Makan Malam / Solat Maghrib (Jamak)

Jam 11.00 malam

Dijangka Tiba Di Kuala Terengganu

Selawat Dan Bersurai

ANGGARAN PERBELANJAAN:

Makan Minum @ RM30.00 x 60 orang x 4 hari - RM7,200.00

Penginapan @ RM30.00 x 60 x 3 malam - RM5,400.00

Pakaian @ T’Shirt RM15.00 x 60 helai - RM900.00

Kain Rentang @ RM100 x 1 helai - RM100.00

Minyak Kereta @ RM200 x 15 buah - RM3,000.00


Majlis Perjumpaan @ RM200 x 3 majlis - RM600.00

  Striker Kereta @ RM20.00 x 15 buah - RM300.00

Perbelanjaan Luar Jangka/Runcit - RM500.00

Jumlah Besar - RM18,000.00

SUMBER KEWANGAN:

Adalah dicadangkan mendapat bantuan kewangan daripada  Y.B. Dato’ Pengerusi Jawatankuasa
Belia & Sukan Negeri Terengganu.

JANGKAAN OUTPUT:

Dengan terlaksananya program ini peserta akan meningkatkan sahsiah diri, kefahaman dan
kemahiran tentang pemanduan semasa berada di jalanraya.

Program ini juga adalah sebagai benteng kepada generasi muda untuk tindak mengulangi lagi
pemanduan yang boleh merbahaya atau meragut nyawa mereka sendiri serta mengancam pengguna
jalanraya yang lain.

Merapatkan hubungan dengan kerjasama antara peserta dengan jabatan/agensi kerajaan dan ngo’s
lain supaya lebih mesra dan didalam usaha mengurangkan gejala tidak sihat dikalangan mereka.

PENUTUP:

Semoga usaha-usaha kami untuk membantu kerajaan menerusi aktiviti penjelajahan dan
kemasyarakatan ini akan mendapat perhatian sewajarnya daripada semua pihak terutama
jabatan/agensi kerajaan.

Penglibatan generasi muda didalam persatuan belia amat baik untuk memantapkan proses
kematangan diri bersesuaian dengan slogan “Belia Cakna, Belia Bestari” kearah membentuk generasi
muda yang berwawasan, berdinamik dan berilmu.

Sekian.

Anda mungkin juga menyukai