Anda di halaman 1dari 1

Hari-hari bekerja demi sesuap nasi,

Menghadap karenah majikan yang silih berganti,

Mujur ada kesatuan sekerja yang sentiasa disisi,

Membela nasib pekerja niat utama di hati.

Kamu akan dapat apa yang kamu perjuangkan,

Tapi ada hati-hati sengsara tak cukup gaji;

Justeru belalah nasib pekerja duhai kerajaan dan majikan,

Agar jadi realiti rakyat berpendapatan tinggi.

Tiada pekerja tiada kerajaan tiada Negara,

Saling faham memahami demi Negara;

Antara pekerja majikan juga kepimpinan Negara,

Kerana pekerja penentu masa depan Negara.

Pekerja penentu masa depan Negara,

Itu tidak dapat dinafikan mana-mana Negara;

Rakyat dibela diperjuangkan demi Negara,

Pekerja merealisasi tranformasi Negara

Politik menghulur tangan memberi bantuan,

Dengan itu ringan sedikit beban,

Terkadang merasa kita diskriminasi oleh pekerjaan,

Walhal, itu tanggungjawab sebagai manusia untuk terus perjuangkan.

Sebahagian dari hidup meletak pancapaian untuk berjaya,

Jikalau kita jatuh cinta dalam bidang pekerjaan,

Maka akan dipermudahkan semua perjalanan.

Aku tahu aku naif dalam hal ini,

Sepuluh jari ku mohon kemaafan;

Kerana aku tahu siapalah aku ini,

Tidak sebijakmu menuntut sebuah harapan.

Anda mungkin juga menyukai