Anda di halaman 1dari 6

JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS

RISALAH SAMBUTAN AIDILFITRI (HARI RAYA PUASA) DALAM TEMPOH


PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

TAHUN 1441 HIJRIYYAH / 2020 MASIHI

Risalah ini disediakan sebagai panduan untuk masyarakat Muslim di Perlis menyambut
hari raya Idil Fitri selama tempoh PKP Covid-19 setelah mengambil kira dan
mempertimbangkan pandangan-pandangan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa
Negeri Perlis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

1. Takbir Hari Raya

1.1 Dianjurkan umat Islam bertakbir hari raya di rumah masing-masing


bersama keluarga bermula tenggelam matahari akhir Ramadan (jika 1
Syawal diisytiharkan) sehingga menunaikan solat hari raya.

1.2 Laungan takbir hari raya juga boleh dilakukan oleh pegawai masjid di
corong-corong masjid setelah tenggelam matahari pada hari akhir
Ramadan (jika 1 Syawal diisytiharkan) sehingga selepas subuh 1 Syawal.
Laungan takbir hari raya boleh berterusan sehingga sekitar jam 9.00 pagi
(sekadar waktu biasa menunggu jemaah untuk menunaikan solat hari raya
pada 1 Syawal).

1.3 Digalakkan bertakbir di mana-mana sahaja, sama ada ketika bersendirian


atau bersama orang ramai selama tempoh yang dinyatakan di atas.

Jabatan Mufti Negeri Perlis 1


JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS

1.4 Contoh lafaz takbir hari raya1 :

‫ اَهللُ أَ ْك َب ُر‬،‫ اَهللُ أَ ْكبَ ُر‬،‫اَهللُ أَ ْكبَ ُر‬ ‫ اَهللُ أَ ْك َب ُر‬،‫اَهللُ أَ ْكبَ ُر‬
‫هلل أَ ْك َب ُر‬ُ َ‫هللا َوا‬ُ ‫ََل ِإلَهَ ِإ اَل‬ atau ‫هلل أَ ْك َب ُر‬ ُ َ‫هللا َوا‬ُ ‫ََل ِإلَهَ ِإ اَل‬
‫لِل ا ْل َح ْم ِد‬
ِ ِ ‫هلل أَ ْكبَ ُر َو‬
ُ َ‫ا‬ ‫لِل ا ْل َح ْم ِد‬
ِ ِ ‫هلل أَ ْكبَ ُر َو‬
ُ َ‫ا‬

2. Solat Hari Raya

2.1 Solat hari raya boleh ditunaikan di rumah masing-masing bersama ahli
keluarga. Individu yang tinggal bersendirian juga boleh menunaikan solat
hari raya secara berseorangan. Bagi para petugas, mereka juga boleh
menunaikan solat hari raya di tempat bertugas masing-masing dengan
mengikuti panduan keselamatan yang ditetapkan oleh kerajaan.

2.2 Waktu solat hari raya bermula setelah tamat waktu larangan solat selepas
subuh sekitar jam 7.30 pagi dan berterusan sehingga sekitar 10 minit
sebelum masuk waktu zohor. Umat Islam boleh memilih waktu yang sesuai
untuk ditunaikan bersama keluarga.

2.3 Kaifiat / Tatacara :

Solat hari raya dilakukan sebanyak dua rakaat tanpa azan dan tanpa
iqamah mengikut tatacara seperti berikut :

1 Fatwa Perlis Bil. 36 / 2018 menyebut :


“Terdapat perbezaan lafaz takbir yang diriwayatkan dari para sahabat Nabi SAW. Hal ini menunjukkan
terdapat keluasan dalam perkara ini. Oleh itu lafaz takbir untuk takbir hari raya boleh dilakukan dua kali ( ُ‫اَهلل‬
‫هلل أَ ْكبَ ُر‬
ُ َ‫ ا‬،‫ )أَ ْكبَ ُر‬atau tiga kali (،‫هلل أَ ْكبَ ُر‬
ُ َ‫ ا‬،‫هلل أَ ْكبَ ُر‬
ُ َ‫ ا‬،‫هلل أَ ْكبَ ُر‬
ُ َ‫)ا‬. Jika ditambah dengan lafaz ‫ص َر‬
َ َ‫ َون‬،ُ‫صدَقَ َو ْع َده‬ ُ ‫ََل ِإلَ َه ِإ اَل‬
َ ، ُ‫هللا َوحْ َده‬
ُ‫ عَبْ َده‬dan seterusnya juga adalah suatu penambahan yang diterima”.

Jabatan Mufti Negeri Perlis 2


JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS

Rakaat Pertama

a) Berniat untuk menunaikan solat sunat hari raya dua rakaat dan
bertakbiratul ihram.
b) Sunat membaca doa Iftitah.
c) Bertakbir sebanyak tujuh kali (sunat bertasbih ‫سبحان هللا‬, bertahmid
‫ الحمد هلل‬, bertakbir ‫ هللا أكبر‬dan seumpamanya di antara takbir-takbir
tambahan ini).2
d) Membaca al-Fatihah dan apa-apa surah yang mampu (digalakkan
membaca surah al-A’la ‫ِّح اسۡ َم َربِِّكَ ۡاَلَعۡ لَى‬
ِ ِ‫) َسب‬.
e) Rukuk dan melakukan perbuatan-perbuatan solat seterusnya.

Rakaat Kedua

f) Setelah berdiri tegak, bertakbir sebanyak lima kali (sunat bertasbih


‫سبحان هللا‬, bertahmid ‫ الحمد هلل‬, bertakbir ‫ هللا أكبر‬dan seumpamanya di
antara takbir-takbir tambahan ini).
g) Membaca al-Fatihah dan apa-apa surah yang mampu ( sunat
membaca surah al-Ghasyiah ‫ِيث ْالغَاشِ يَة‬
ُ ‫) هَلْ أَتَاكَ َحد‬.
h) Rukuk dan melakukan perbuatan-perbuatan solat seterusnya
sehingga memberi salam.

2 Fatwa Perlis Bil. 36 / 2018 memutuskan :


1. Takbir solat hari raya pada rakaat pertama boleh dilakukan mengikut salah satu daripada dua cara
berikut :
- 7 kali takbir termasuk takbiratul ihram (takbiratul ihram + 6 kali takbir tambahan)* atau
- 7 kali takbir selepas takbiratul ihram (takbiratul ihram + 7 kali takbir tambahan)**
2. Manakala pada rakaat kedua :
- 5 kali takbir selepas takbir perpindahan (takbir perpindahan + 5 kali takbir tambahan)

* Pandangan Ibn 'Abbas RA, 'Umar bin 'Abdul 'Aziz RA, mazhab Maliki dan Hanbali RH.
** Pandangan Mazhab al-Syafi'e RH. Kedua-dua amalan itu merupakan khilaf muktabar”.

Jabatan Mufti Negeri Perlis 3


JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS

Perhatian :

• Takbir-takbir tambahan dalam solat hari raya (7 kali dalam rakaat


pertama dan 5 kali dalam rakaat kedua) adalah sunat. Jika terlupa
atau tersalah kiraan takbir dalam solat hari raya maka tidak perlu
mengulangi solat tersebut.

3. Khutbah Hari Raya

3.1 Selesai menunaikan solat hari raya, amat digalakkan sesiapa yang
mengimamkan solat hari raya menyampaikan khutbah hari raya.3 Teks
khutbah boleh di dapati di laman sesawang
https://mufti.perlis.gov.my/index.php/khutbah/category/11-teks-khutbah-
dan-panduan-menyambut-idil-fitri-musim-pkp-covid-19-tahun-2020

3.2 Bagi yang memilih dua khutbah boleh menggunakan kerusi untuk duduk
seketika sebagai pemisah di antara dua khutbah tersebut.

3.3 Tidak diwajibkan pembaca khutbah untuk memegang tongkat ketika


berkhutbah.4

3.4 Bagi wanita yang haid (tidak boleh solat) tetap disunatkan menyertai
bersama mendengar khutbah hari raya.

3.5 Bagi yang tidak mampu berdiri, boleh berkhutbah sambil duduk.

3 Fatwa Perlis Bil. 36 / 2018 menyebut :


“Khutbah Hari Raya boleh dilaksanakan dengan satu khutbah atau boleh juga dilaksanakan dengan dua
khutbah seperti khutbah Jumaat, dan duduk seketika sebagai pemisah di antara dua khutbah”.
4 Fatwa Perlis Bil. 36 / 2018 mentarjihkan (memilih pandangan yang kuat) tidak termasuk sunnah untuk

khatib memegang tongkat ketika berkhutbah. Melainkan jika ada keperluan seperti khatib yang uzur atau
seumpamanya.

Jabatan Mufti Negeri Perlis 4


JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS

4. Amalan-Amalan Sunnah Di Hari Raya

4.1 Bertakbir sama ada bersendirian atau beramai-ramai.

4.2 Mandi sebelum menunaikan solat hari raya.

4.3 Berwangi-wangian dan berpakaian yang elok pada hari raya.

4.4 Makan bersama keluarga sebelum menunaikan solat hari raya.

4.5 Saling mengungkapkan ucapan kegembiraan atau ucapan selamat seperti


ucapan ‫( تقبل هللا مني ومنك‬semoga Allah menerima amalanku dan kamu) dan
seumpamanya.

4.6 Mewujudkan suasana yang gembira dan ceria sebagai tanda kesyukuran.

5. Zakat Fitrah wajib ditunaikan sebelum solat hari raya. Beberapa kaedah bayaran
disediakan oleh MAIPs seperti berikut :

5.1 Aplikasi SnapNPay


5.2 Kaedah bayaran pemindahan wang ke akaun MAIPs
5.3 Bayaran melalui Perbankan Internet maybank2u, CIMBClicks dan
beberapa bank lagi.
5.4 Kutipan zakat melalui amil-amil 102 kariah di seluruh Negeri Perlis.

Sila layari di pautan berikut untuk mengetahui kaedah bayaran ZAKAT :


https://maips.gov.my/index.php?option=com_sppagebuilder&view=page&i
d=911&lang=ms

Jabatan Mufti Negeri Perlis 5

Anda mungkin juga menyukai