Anda di halaman 1dari 1

TAYAMMUM

Takrif: Tayammum bermaksud menyapu debu tanah yang bersih ke muka dan dua tangan sebagai ganti
wudhuk dan mandi wajib ketika ketiadaan air atau tidak mampu menggunakan air kerana sakit, terlalu
sejuk atau sebagainya.

Cara:

1. Taburkan debu tanah ke atas permukaan kertas/tempat yang bersih.


2. Bahagikan kawasan debu kepada 4 bahagian.

3. Baca basmalah (sunat)


4. Baca niat tayammum (rukun):

‫هلل تََعاىل‬
ِ ِِ‫الة‬ َ َ‫ت التََّيُّمم ِلِإسِْتب‬
َ َّ‫احِة الص‬ ُ ْ‫َنَوي‬
Sahaja aku bertayammum untuk membolehkan bersolat fardu kerana Allah Ta’ala.

5. Letakkan tapak tangan atas debu di dua bahagian & tengkuh sedikit (untuk menipiskan debu-
sunat).
6. Sapukan debu ke muka (rukun).
7. Bersihkan tapak tangan dari debu yg mustakmal.
8. Letakkan tapak tangan atas debu di dua bahagian yang lain & tengkuh sedikit (untuk menipiskan
debu- sunat).
9. Sapukan tangan kanan dimulai dari belakang tapak tangan menuju ke siku, kemudian pusing ke
lengan tanpa menyapu tapak tangan (rukun).
10. Sapukan tangan kiri dimulai dari belakang tapak tangan menuju ke siku, kemudian pusing ke
lengan serta menyapu kedua-dua tapak tangan (rukun).
11. Menyelati antara jari-jari (sunat).
12. Tertib.

Anda mungkin juga menyukai