Anda di halaman 1dari 2

Pengarah

Persatuan Pensyarah dan Pengajar (PERKASA),


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja, Batu Pahat,
Johor Darul Takzim.

Mohd Dinie Hafiq Bin Adam


Pengusaha Diniehafiq Enterprise
No 7, Jalan U1 Taman Universiti
86400 Parit Raja, Batu Pahat,
Johor Darul Takzim. 21 June 2020

Tuan,

PERMOHONAN PENGECUALIAN BAYARAN SEWAAN PREMIS AKIBAT PENDEMIK COVID-19 DAN


PENGURANGAN BAYARAN SEWAAN PADA CUTI SEMESTER MAHASISWA/I UTHM.

Merujuk pekara di atas, saya ingin memohon pengecualian bayaran sewaan premis PERKASA
bermula dari Mac 2020 hingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan atau dengan kata lain
mahasiswa/I sarjana muda Universiti Tun Hussein Onn Malaysia kembali berkuliah di kampus, dan
juga pengurangan bayaran sewaan premis pada cuti semester mahasiswa/I UTHM.

2. Sehubungan dengan itu, saya memohon jasa baik dan perhatian tuan agar dapat menerima
permohonan saya di atas sebab-sebab berikut:

I. Premis berada dalam kampus UTHM. Setelah beberapa bulan saya sebagai pengusaha
menyewa di sini telah mendapati 70% pelanggan saya di kalangan mahasiswa/I UTHM.
Manakala 30% di kalangan penduduk luar, warga staff, pensyarah dan peserta program
anjuran UTHM. Dukacita, pada pertengahan bulan Desember hingga pertengahan Februari
iaitu cuti semester bagi mahasiswa/i. saya kekurangan sumber pendapatan kerana ketiadaan
pelanggan, sehingga saya tidak dapat membayar sewaan dan metutup premis hampir 1 bulan.

II. PKP bermula pada 18 Mac 2020. Umum mengetahui perintah ini tidak membenarkan urusan
peniagaan dijalankan malah segala urusan harian normal seperti bekerja dihentikan. Pihak
UTHM juga telah mengambil dua hari awal apabila pada 16 Mac 2020, pelajar tidak perlu hadir
ke kampus dan menjalankan pembelajaran atas talian.

III. Pada 10 Jun 2020 hingga 31 Ogas 2020, pihak kerajaan telah memutuskan Perintah Kawalan
Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang membenarkan segala pengoperasian perniagaan
dijalankan dengan SOP. Namun, saya di sarankan oleh anggota unit keselamatan UTHM untuk
tidak beroperasi, hanya kakitangan, pensyarah dan pekerja kontrak sahaja yang dibenarkan
berurusan di kampus uthm. Oleh itu, saya berpendapat untuk tidak membuka premis dan saya
juga di faham kan penduduk luar yang tiada urusan penting tidak dibenarkan masuk ke
kampus. Ini berkemungkinan saya tidak didatangi pelanggan sepanjang tempoh ini.
3. Memetik perutusan khas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin bin Muhammad Yassin
“Atas prinsip perkongsian bebanan, saya menggesa pemilik premis swasta untuk turut memberikan
kemudahan yang sama dengan mengurangkan kadar atau pengecualian sewa premis mereka
sekurang-kurangnya sepanjang tempoh PKP dan tiga bulan selepas PKP berakhir”.MyMetro Artikel
ini disiarkan pada : Isnin, 6 April 2020 @ 5:15 PM.

4. Saya berharap agar pihak tuan prihatin dan bertimbang rasa dengan apa yang telah berlaku
bukanlah disengajakan. Suhubungan dengan itu, saya amat berharap pihak tuan dapat meluluskan
permohonan ini. Kerjasama dan pertimbangan pihak tuan dalam hal ini saya dahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.

Sekian. terima Kasih.

________________________

Mohd Dinie Hafiq bin Adam

Anda mungkin juga menyukai