Anda di halaman 1dari 3

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada tuan pengacara majlis, panel

hakim yang arif lagi bijaksana,guru-guru dan rakan-rakan sekalian.


Saya ingin menyampaikan sebuah cerita bertajuk “Si Comel dan
Makhluk Hodoh”.

Yang terlena sedar-sedarkan, yang sedar dengar-dengarkan, yang


mendengar fikir-fikirkan…

Pada zaman dahulu tinggal seorang saudagar dengan tiga orang anak
perempuannya, “wahai anak-anakku,ayah akan berjalan jauh esok.
Apakah yang kamu mahu ayah belikan?” tanya saudagar itu.

Dua orang anak sulungnya meminta baju yang cantik dan barang
kemas yang mahal.

Tetapi anak bongsunya yang cantik, bernama Si Comel meminta bunga


ros.

Tetapi nasib saudagar itu agak,malang. Kapalnya yang sarat dengan


muatan karam di laut. Maka, dia pun pulang ke rumah dengan perasaan
sedih.

Dalam perjalanan pulangnya, saudagar itu ternampak sebuah istana


yang dikelilingi dengan pokok-pokok bunga ros. Dia teringat akan
permintaan anak bongsunya.

Maka,saudagar itu pun memetik beberapa kuntum bunga ros untuk


anaknya, Si Comel.

Tiba-tiba muncul seorang makhluk yang gagah dan hodoh,

” Jangan mencederakan saya. Saya memetik bunga itu untuk anak


saya Si Comel, pinta saudagar itu dengan sedih.

“ Saya akan melepaskan awak tetapi awak mesti menghantar anak


awak kepada saya,” kata makhluk itu.
Saudagar itu pun pulang ke rumah dan menceritakan apa yang telah
berlaku kepada anak-anaknya. Dua orang anak sulungnya begitu hampa
kerana ayah mereka pulang dengan tangan kosong.

Tetapi Si Comel berkata” Jangan risau ayah. Saya akan pergi ke


tempat makhluk itu dan tinggal bersamanya.”

Apabila Si Comel bertemu dengan makhluk itu, dia berasa sangat


takut.

“ Silakan masuk Si Comel. Awak memang cantik, “kata makhluk itu.

Lama kelamaan Si Comel sedar bahawa makhluk itu sebenarnya ialah


seorang yang baik hati. Si Comel pun tinggal di rumanhnya dengan
gembira.

Pada suatu hari, ayah Si Comel jatuh sakit. Si Comel pun meminta izin
makhluk itu untuk melawat ayahnya. Dengan kebenaran makhluk itu,
Si Comel pun menjaga ayahnya hingga sembuh.

Sementara itu, makhluk hodoh itu pula jatuh sakit kerana


terkenangkan Si Comel.

“Oh Tuhanku, bawalah Si Comel kepada saya”, pintanya.

Apabila Si Comel pulang ke rumah makhluk itu dia mendapati makhluk


itu sudah pengsan. “Oh, makhluk yang baik hati, mengapakan kamu
jadi begini?” Saya juga sudah jatuh hati dengan kamu,” katanya
sambil menangis.

Tiba-tiba makluk itu bertukar menjadi seorang putera yang tampan.


“Seorang ahli sihir telah menyumpah saya sehingga saya jadi begini.
Sumpahan itu hanya dapat dibatalkan apabila seorang wanita jatuh
cinta dengan saya,” kata putera itu dengan gembira.
Akhirnya, putera itu dan Si Comel pun jatuh cinta. Mereka pun
berkahwin dan hidup bahagia.

Demikianlah tadi, kisah Si comel dan Makhluk hodoh. Kawan-kawan


sebagai kesimpulan janganlah kita terburu-buru menilai seseorang.
Diharapkan kawan-kawan mengambil iktibar daripada cerita yang
telah saya sampaikan.

Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai