Anda di halaman 1dari 3

MUHAMMAD ZAIM LUQMAN 17/7/20

A) SANG GEMBALA KUDA

LATIHAN 1

i) Makanan yang dimakan oleh kuda adalah rumput dan jerami

ii) Pada pandangan saya,sang gembala kuda tidak wajar mengerah tenaga kudanya dengan cara
sedemikian kerana sang gembala kuda tidak mengendahkan keletihan kudanya tetapi hanya tahu
menunggang kudanya dengan pantas.Selain itu,sang gembala kuda juga hanya tahu mengejar kehebatan
tetapi tidak mempedulikan kesakitan yang dialami oleh kudanya.Seterusnya,sang gembala kuda
bertindak zalim dengan melibas kudanya menggunakan cemeti.

iii) Tema yang terdapat dalam sajak ini ialah sajak ini menceritakan tugas dan amanah penjaga kuda
yang mampu mengawal kuda-kudanya dengan penyembat sebagai lambang kekuatan dan kekuasaannya
di kandang.Sebagai contoh,sang gembala kuda mampu mengawal kuda-kudanya dengan penyembat
sebagai lambang kekuatan dan kekuasaannya di kandang.

Latihan 2.

i) Dua tindakan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh Sang Gembala Kuda terhadap kudanya
ialah Sang Gembala Kuda menunggang kudanya tanpa mengira keletihan kudanya. Selain itu, Sang
Gembala Kuda menunggang kudanya tanpa mengira kesakitan yang dialami oleh kuda.

ii) Pada pendapat saya, manfaat yang diperoleh seseorang apabila memelihara haiwan peliharaan ialah
seseorang itu dapat memupuk sifat penyayang terhadap haiwan. Selain itu, seseorang itu akan lebih
bersifat bertanggungjawab kerana setiap hari memberi makanan kepada haiwan peliharaannya. Di
samping itu, seseorang itu akan sentiasa menjaga kebersihan kerana memastikan haiwan peliharaan
bersih daripada sebarang kotoran seperti najis.

iii) Dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut ialah kita hendaklah berani melakukan sesuatu
Contohnya dengan keberanian gembala kuda dapat mengawal kuda supaya masuk kandang.Selain itu,
kita hendaklah bertanggungjawab menjalankan tugas. Contohnya gembala kuda bertanggungjawab
menjaga kuda-kudanya dengan memberi makan rumput dan jerami.
PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS

LATIHAN 1

i) Maksud dua baris daripada rangkap sajak di atas ialah kehidupan di kampus dipengaruhi pelbagai
dugaan yang mempengaruhi fikiran .

ii) Pada pendapat saya,lelaki kecil itu menasihati gadis kampus kerana lelaki kecil itu berharap agar gadis
kampus iaitu anaknya dapat menyesuaikan diri dalam keadaan yang berbeza daripada di kampung
halaman. Selain itu, lelaki kecil itu ingin memastikan agar anaknya dapat menjaga jati diri dan maruah
diri sepanjang bergelar mahasiswa serta matang dalam pemikiran demi menghadapi pelbagai cabaran
dalam kehidupan

iii) Duan persoalan yang terdapat dalam sajak di atas ialah persoalan mengenai kepentingan pendidikan
demi masa depan. Sebagai contohnya, penyajak menghantar anaknya ke bandar untuk melanjutkan
pelajaran ke universiti kerana menyedari kepentingan ilmu pengetahuan.Selain itu, persoalan tentang
nasihat ibu bapa kepada anaknya. Sebagai contoh,penyajak menasihati anaknya supaya menyesuaikan
diri dengan kehidupan bandar dan belajar bersungguh-sungguh untuk mengembangkan potensinya di
bandar.

LATIHAN 2

i) Pesanan yang disampaikan oleh penyajak kepada gadis kampus berdasarkan sajak tersebut ialah
penyajak berpesan agar anaknya dapat menyesuaikan diri di bandar.Selain itu,penyajak berpesan
kepada anaknya agar anaknya dapat membuat pertimbangan dan keputusan yang terbaik buat dirinya
supaya dapat mengelakkan sikap negatif seperti sombong dan mementingkan status sebagai seorang
mahasiswa di bandar.

ii) Pada pendapat saya,para gadis remaja yang melanjutkan pelajaran di universiti perlu berhati –hati
kerana para gadis remaja terdedah kepada pelbagai anasir jahat yang mampu menjatuhkan maruah diri
dan keluarga.Selain itu,para gadis remaja juga akan berjumpa dengan pelbagai manusia yang
mempunyai niat jahat dan hasad dengki antara satu sama lain.Seterusnya,para gadis remaja terdedah
dengan kemewahan-kemewahan di bandar yang akan menghilangkan fokus dan tujuan utama ke
university
iii) Dua nilai yang terdapat dalam sajak tersebut ialah nilai kasih sayang.Sebagai contohnya, penyajak
amat menyayangi anak gadisnya yang menuntut di institut pengajian tinggi dengan memberikan
pesanan agar anak gadisnya bijak membawa diri di tempat baru yang berlainan dengan kehidupannya di
desa.Selain itu,terdapat juga nilai kegigihan.Sebagai contoh,penyajak menasihati anaknya supaya gigih
menghadapi cabaran hidup di bandar yang amat berbeza dengan cabaran hidup di luar bandar. 

Anda mungkin juga menyukai