Anda di halaman 1dari 3

Tugasan BMMB3023 (8/9/2020)

1. Perbezaan kereta lembu dengan lembu kereta?

Berdasarkan kamus pelajar edisi kedua, kereta lembu merupakan kenderaan dua
roda yang ditarik oleh lembu. Ia merupakan pengangkutan yang digunakan sejak masa
silam lagi di kebanyakan tempat di dunia. Manakala lembu kereta pula merupakan lembu
yang digunakan untuk menarik kereta.

2. Kenapa terdapat sesetengah kata majmuk dieja secara rapat?

Dengan ini, dalam Bahasa Melayu hanya terdapat beberapa kata majmuk yang
sudah dianggap mantap dan utuh dan dieja dalam satu perkataan walaupun pada dasarnya
kata majmuk tersebut terdiri daripada dua perkataan. Sebagai contohnya, ‘jawatankuasa’.
Perkataan ini sebenarnya digabungkan oleh dua perkataan iaitu ‘jawatan’ dan ‘kuasa’.

3. Kenapa imbuhan apitan dieja rapat?

Imbuhan apitan dieja rapat adalah kerana sekiranya imbuhan apitan dieja tidak rapat,
maka ianya akan dikelaskan sebagai dua imbuhan berbeza. Sebagai contohnya,
‘mengubahsuaikan’. Sekiranya dipisahkan akan menjadi ‘mengubah’ dan ‘suaikan’. Ia akan
membawa maksud yang berbeza. Selain itu, ia akan dikelaskan sebagai imbuhan meng-
dan imbuhan -kan, iaitu imbuhan awalan dan imbuhan akhiran.

4. Bina ayat menggunakan penggandaan penuh.

I. Bodoh-bodoh

Ibu bapa selalu mengajar kita agar jangan menjadi orang bodoh-bodoh yang tidak
dapat membezakan mana yang baik dan buruk.

II. Pegawai-pegawai

Pegawai-pegawai daerah Muar bertanggungjawab sepenuh terhadap tugas diri


sendiri untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dengan mengadakan kempen-kempen
motivasi kepada masyarakat.

III. Pemimpin-pemimpin
Kita mestilah memberi kerjasama kepada pemimpin-pemimpin negara agar tanah air
yang dikasihi ini dapat berkembang maju.

IV. Mana-mana

Ibu mengizinkan saya pergi ke mana-mana selepas menyiapkan kerja rumah yang
diberikan oleh guru di sekolah.

V. Jemput-jemput

Ibu menggoreng jemput-jemput sebagai hidangan sarapan pagi sebelum Meimei


bertolak ke sekolah.

VI. Manis-manis

Lelaki yang tidak ikhlas hati itu selalu berkata manis-manis terhadap perempuan
yang berlainan.

VII. Kehendak-kehendak

Kehendak-kehendak manusia adalah tidak dapat dipuaskan, oleh itu kita haruslah
jelas tentang apakah yang diperlukan dan dihendaki dalam kehidupan harian.

VIII. Tanaman-tanaman

Datuk menanam berbagai tanaman-tanaman di halaman rumah kerana dia suka


akan aktiviti tersebut.

IX. Hidup-hidup

Amalan pengorbanan hidup-hidup sebagai bahan persembahan pada masa dahulu


kepada dewa matahari telah dibatalkan.

X. Bukan-bukan

Guru sentiasa mengajar murid-murid agar tidak berkata dan berfikir yang bukan-
bukan manakala haruslah rajin belajar.

XI. Duduk-duduk

Sambil duduk-duduk di ruang tamu, ibu dan makcik berbual-bual tentang kerenah
anak makcik pada minggu depan.

XII. Kekasih-kekasih
Kekasih-kekasih yang sayang akan satu sama lain kebanyakannya akan menjaga
emosi pihak lawan serta tingkah laku diri sendiri.

XIII. Apa-apa

Apa-apa yang ditetapkan oleh guru mesti kita mengikuti kerana beliau merupakan
insan yang harus kita menghormati.

XIV. Mangga-mangga

Rumah nenek Armi terdapat sebuah pokok mangga, mangga-mangga atas pokok itu
kelihatan sudah masak ranum.

XV. Siapa-siapa

Siapa-siapa yang berminat dengan kelab berpidato amat dialu-alukan untuk


menyertai kelab tersebut.

Anda mungkin juga menyukai