Anda di halaman 1dari 3

Dukun

Pengarah Dain Said

Penerbit Dominique Hee

Penulis Huzir Sulaiman

Dibintangi oleh Umie Aida

Elyana

Faizal Hussein

Ramli Hassan

Nam Ron

Bront Palarae

Adlin Aman Ramlie

Muzik oleh Luka Kuncevic

Sinematografi Yuk Hoy Cheong

Pengedar Astro Shaw

Mula ditayangkan 5 April 2018

Tempoh tayangan 108 minit

Negara Malaysia

Bahasa Bahasa Melayu

Perbelanjaan RM 2.8 juta

Pecah panggung RM 10 juta


INTRO

Filem ini merupakan filem sulung arahan Dain dan berdasarkan secara
longgar dari kisah sebenar pembunuhan seorang ahli politik Malaysia
pada tahun 1993, Datuk Mazlan Idris, oleh Mona Fandey, seorang
penyanyi Malaysia yang popular pada tahun 80-an. Filem itu pada
asalnya dijadualkan dikeluarkan pada Disember 2006 tetapi diharamkan
oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) kerana jalan ceritanya
yang kontroversi serta menyinggung perasaan keluarga yang terlibat.
Tetapi pada 2018, LPF menarik balik pengharaman filem ini dan telah
ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia pada 5 April 2018.[2][3]

SINOPSIS

Berikutan kepesatan pembangunan Kuala Lumpur, muncul sebuah kisah


perihal ketaksuban manusia terhadap kekayaan, kuasa, kecantikan,
keremajaan abadi dan darah yang tumpah dalam mengejar semuanya.
Karim (Faizal Hussein), seorang peguam nekad untuk mencari anaknya
yang hilang tanpa mengira caranya. Masalah Karim menjadi semakin
sukar apabila membuat perjanjian dengan Diana Dahlan (Umie Aida),
seorang OKT (Orang Kena Tuduh) yang berjanji untuk membantu
pencariannya. Tanpa diduga, Karim membongkar kisah yang lebih gelap
yang menyebabkan dia kehilangan segala-galanya.

PELAKON

● Umie Aida sebagai Diana Dahlan, watak pembunuh utama berdasarkan


Mona Fandey
● Adlin Aman Ramlie sebagai Datuk Jefri, pelanggan Diana dan mangsa
akhirnya. Watak ini berdasarkan Mazlan Idris
● Faizal Hussein sebagai Karim, peguam Diana, yang juga menceritakan
filem itu

PELAKON PEMBANTU/TAMBAHAN

● Elyana sebagai Nadia


● Namron sebagai ASP Talib
● Bront Palarae sebagai Inspektor Shah
● Sofi Jikan sebagai Fadzli
● Hasnul Rahmat sebagai Danni
● Ramli Hassan sebagai Daud
● Avaa Vanja sebagai Sara Jamaluddin
● Balkisyh Semundur Khan sebagai wanita Batak
● Nadiya Nisaa sebagai anak sulung Halimah
● Mislina Mustaffa sebagai Halimah Jusoh
● Abu Bakar Juah sebagai Hakim
● Rahhim Omar sebagai Jeneral Indonesia
● Chew Kin Wah sebagai Angus Lim
● C. Kumaresan sebagai Murali
● Joey Daud sebagai Jamal
● Adman Salleh sebagai Prof. Azmi
● Jason Chong sebagai Chan
● Kazar Saisi sebagai pegawai hukuman gantung

PENERBITAN

Dukun berdasarkan kes pembunuhan berprofil tinggi yang melibatkan ahli politik
Datuk Mazlan Idris dan Mona Fandey yang pernah menggemparkan negara pada
1993. Ia merupakan filem sulung arahan Dain Iskandar Said dengan skrip ditulis oleh
Huzir Sulaiman, filem ini menjalani penggambaran pada 2006 di lokasi menarik
sekitar Kuala Lumpur termasuk Penjara Pudu.
Umie Aida menjayakan watak sebagai Diana Dahlan yang berdasarkan Mona Fandey.
[6]
Bagi menghidupkan watak Diana, Umie membela seekor ular selama dua bulan
dan melakukan aksi yang agak ekstrem seperti menjilat dinding ketika di dalam
salah sebuah sel tahanan di Penjara Pudu.[7][8] Penyanyi yang terkenal dengan lagu
"Niat", Elyana memegang watak sebagai Nadia. Ketika Dukun diterbitkan, beliau
baru berusia 18 tahun dan masih ingat dengan jelas bagaimana rasa takut apabila
ada babak bersama Umie.[9

Anda mungkin juga menyukai