Anda di halaman 1dari 3

TEKS TINDAKAN

Mohon semua hadirin duduk ditempat masing-masing kerana pertandingan akan dimulakan
sebentar sahaja lagi.

Yang Berusaha, Encik Willy Johnson , Ketua Unit _________

Encik Joanes Uno, Guru Besar SFX

Semua Penolong Kanan SFX

Para guru, AKP, dan murid yang dikasihi sekalian.

Selamat pagi, dan selamat datang ke Pertandingan Koir Sekolah Rendah Peringkat Daerah
Kanowit. Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita berdiri tegak bagi menghormati
lagu
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

Para hadirin dipersilakan duduk,

Untuk makluman semua, objektif pertandingan ini diadakan adalah untuk meluaskan lagi
pengalaman murid dalam bidang muzik lantas memperkembangkan daya komunikasi dan
interaksi melalui persembahan. Selain daripada itu, pertandingan ini diadakan untuk memupuk
disiplin dan semangat kerjasama dalam kalangan murid disamping mengisi masa lapang serta
memperkembangkan bakat terpendam murid.

Baiklah, izinkan saya jelaskan serba sedikit peraturan pertandingan ini.

Pertama, satu pasukan koir hendaklah terdiri daripada koir suara campuran atau koir suara
lelaki atau perempuan sahaja. Ahli koir dan konduktor mestilah terdiri daripada pelajar
pelbagai kaum (sekurang-kurangnya 2 kaum) Jumlah ahli bagi satu pasukan koir hendaklah
tidak melebihi 35 orang sahaja. Setiap pasukan koir dikehendaki mempersembahkan 2 buah
lagu iaitu lagu asal dan lagu medley. Setiap persenbahan tidaklah melebihi 8 minit.

Bagi segi pemarkahan, pihak juri akan memberi markah dari segi harmoni (40 markah),
dinamik (20 markah), intonasi (10 markah), imbangan (10 markah), tempo/stabiliti (10 markah),
sebutan (5 markah) dan ketrampilan (5 markah).

Sebelum itu, marilah kita berkenalan dengan pihak juri yang mengadili pertandingan ini.

Ketua juri_________________________________________________________
Juri yang kedua ___________________________________________________________

Juri yang ketiga ____________________________________________________________

Tanpa membuang lebih masa lagi, dipersilakan pasukan pertama untuk membuat
persembahan

** terima kasih di atas persembahan yang mempersonakan itu tadi

Kini, dipersilakan pasukan yang kedua

** Terima kasih di atas persembahan yang menarik sebentar tadi.

Dijemput pula pasukan yang ketiga

**Terima kasih di atas persembahan yang bertenaga sebentar tadi

Dipersilakan pasukan yang terakhir

**Terima kasih di atas persembahan itu tadi

Kini, kita memberi masa bagi para juri mengira markah dan menentukan pemenang
Pertandingan Koir pada kali ini. Para hadirin bolehlah beredar berehat sebentar.

Selamat kembali dan kini tibalah masanya kita mendengar ulasan pertandingan daripada
ketua juri.

**Terima kasih di atas ulasan yang begitu bermakna dan boleh dijadikan panduan kepada guru
yang ingin menyertai lagi pada tahun hadapan.

Sebelum kami mengumumkan keputusan pertandingan, majlis ingin menjemput Encik Joanes
Uno, Guru Besar SK St Francis Xavier selaku pengerusi pengelola pertandingan koir sekolah
rendah peringkat daerah pada kali ini untuk memberi ucapan. Majlis dengan ini
mempersilakan.

**Terima kasih Guru Besar di atas ucapan itu tadi.

Kini, majlis menjemput Encik Willy Johnson, Ketua Unit ________ memberi ucapan perasmian
penutupan pertandingan koir pada kali ini. Majlis dengan ini mempersilakan.

**Terima kasih Tuan di atas ucapan itu tadi dan minta Encik Willy kekal berada di atas pentas
bagi sesi penyampaian sijil dan hadiah kepada para pemenang.

Dijemput Guru Besar naik ke atas pentas bersama-sama dengan Encik Willy
menyempurnakan sesi penyampaian sijil dan hadiah kepada para pemenang.
Dijemput ketua juri ____________ menerima sijil penghargaan

Juri kedua __________________________

Juri ketiga __________________________

Baiklah, kini tiba masanya kami mengumumkan pemenang pertandingan koir sekolah rendah
peringkat daerah bagi tahun 2017.

Tempat Keempat _____________________________

Tempat Ketiga ____________________________

Tempat Kedua _________________________

Johan _______________________________

**Terima kasih Encik Willy dan Guru Besar di atas penyampaian sijil dan hadiah kepada para
pemenang.

Tahniah dan syabas kami ucapkan kepada semua pasukan yang berjaya. Semoga dengan
kemenangan ini dapat menyuntik semangat setiap pasukan untuk mencuba lagi pada tahun
hadapan.

Sebelum kita mengakhiri majlis ini, diminta para hadirin berdiri tegak bagi menyanyikan lagu
Ibu Pertiwiku dan Fly Kenyalang Fly, Fly High

Dijemput guru pengiring dan pasukannya berkumpul di atas pentas bagi sesi bergambar.

Anda mungkin juga menyukai