Teknik Menjawab Rumusan SPM
Teknik Menjawab Rumusan SPM
Strategi Menjawab
1. Membaca arahan soalan dengan teliti.
2. Mengenal pasti kehendak soalan.
3. Pelajar diingatkan bahawa bagi setiap soalan mempunyai dua kata kunci atau arahan atau
tugasan iaitu:
(a) Arahan pertama meminta pelajar mencari dan mengenal pasti isi-isi tersurat.
(b) Arahan kedua meminta pelajar mencari dan mengenal pasti isi-isi tersirat.
4. Pelajar digalakkan menulis rumusan menggunakan teknik ataupun panduan yang diberi agar
dapat membantu pelajar untuk melonjakkan diri untuk memperoleh markah cemerlang.
Bahagian Pendahuluan
i. Pelajar digalakkan menulis pendahuluan dalam sebaris ayat saja.
ii. Pelajar digalakkan supaya menukar arahan soalan dengan menggunakan perkataan yang
bersinonim (sama maksud) dengan kata atau frasa tersebut.
Contoh:
(a) Faktor : sebab, punca
(b) Kesan : Implikasi, akibat
(c) Langkah : Usaha, cara
iii. Pelajartidak perlu menulis kembali arahan atau kata kunci kedua dalam bahagian
pendahuluan.
iv. Pelajar perlu menulis skop petikan untuk melengkapkan pendahuluan.
v. Formula rumusan :
Petikan membincangkan _(kata kunci pertama – tukar perkataan sinonim) dalam__(skop
petikan) .
Menulis Isi-isi tersurat
i. Pelajar boleh mengenal pasti isi-isi tersurat yang terdapat di dalam petikan seperti mana
arahan atau kata kunci pertama dalam soalan.
ii. Pelajar diingatkan bahawa di dalam petikan soalan kelazimannya terdapat 10 isi.
iii. Bukan semua isi tersurat harus ditulis kembali oleh pelajar. Pelajar hanya disarankan agar
menulis maksimum tujuh isi tersurat.
iv. Isi-isi tersurat boleh dikenal pasti dengan menandai atau menggarisi ataupun membuat
blok menggunakan pen berwarna.
v. Pelajar digalakkan menulis isi tersurat dengan menyusun mengikut tertib dengan
menggunakan ayat yang gramatis dan lengkap.
vi. Pelajar digalakkan menggabungkan isi-isi tersurat dengan menggunakan kata hubung
atau penanda wacana yang sesuai seperti selain itu, sehubungan itu, dalam pada itu, dan
sebagainya.
vii. Hal ini dikenal pasti dapat membantu pelajar untuk boleh menjimatkan bilangan patah
perkataan yang ditulis.
viii. Pelajar boleh menyalin semula ayat sama ada mengikut baris ataupun menyalin
sebahagian ayat di dalam petikan tetapi pelajar dilarang menyalin bulat-bulat daripada petikan.
ix. Pelajar hendaklah memastikan isi-isi yang ditulis memenuhi arahan atau kata kunci dalam
soalan.
Penutup (Kesimpulan)
i. Pelajar disarankan supaya menulis ayat penutup sebagai kesimpulan dalam rumusan.
ii. Pelajar disarankan supaya menulis ayat penutup ini dalam bentuk dua bahagian iaitu:
a) Ayat berbentuk cadangan
b) Ayat berbenuk harapan
iii. Pelajar dikehendaki menulis ayat berbentuk cadangan dengan menyatakan kesan, akibat,
atau implikasi kepada tema petikan.
iv. Seterusnya, pelajar hendaklah menyatakan ayat berbentuk harapan dengan
menggunakan kata hubung supaya atau agar sebagai pelengkap kepada ayat penutup tersebut.
v. Formula kesimpulan iaitu: