Anda di halaman 1dari 1

Alhamdulillah pada 1 Ogos lalu, genap 56 tahun PKNS berada di persada hartanah khususnya di negeri

Selangor.

Dalam tempoh yang begitu panjang, PKNS masih tetap bertahan walaupun pelbagai dugaan dan
rintangan dihadapi.

Semuanya tidak lain dan tidak bukan adalah kerana kebersamaan kita menempuh pelbagai cabaran
dalam tempoh lebih daripada separuh abad ini.

Kali ini kita diuji pula dengan senario pasaran hartanah yang lembab serta keadaan ekonomi global yang
meruncing, ditambah pula dengan krisis pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

Semua sektor terkesan. Banyak syarikat dan organisasi lumpuh, tidak kurang juga yang mengalami
kebankrapan. Lebih teruk, ramai yang hilang mata pencarian apabila mereka terpaksa diberhentikan
kerja.

PKNS turut terkena tempiasnya. Syukur Alhamdulillah, walaupun kedudukan kewangan kita agak goyah,
namun kita masih mampu lagi berdiri dan meneruskan operasi.

Sepanjang 56 tahun, mungkin ini ribut paling besar pernah kita hadapi. Namun saya yakin berbekalkan
luka dan parut lalu, kita bersedia dan mampu mengharunginya.

Malah Pengurusan Tertinggi PKNS telah mengatur beberapa langkah bagi mengharungi badai tersebut,
antaranya inisiatif Perancangan Strategik PKNS 2020-2029 bagi memacu hala tuju syarikat serta anak
syarikat untuk tempoh 10 tahun.

Sempena ulang tahun PKNS ke-56 ini, saya ingin menyeru rakan-rakan seperjuangan sekalian agar terus
istiqamah bersama PKNS dan bersama-sama kita pertahankan institusi tercinta ini.

KETUA PENGARANG

Anda mungkin juga menyukai