Anda di halaman 1dari 3

SKEMA MODUL 3

Hanya Penghulu Sudin dan beberapa orang anak buah terdekatnya bertepuk tangan. Encik
Firdaus terpinga-pinga menyaksikan keadaan tersebut. Wajah Penghulu Sudin merah padam
apabila semua penduduk kampung yang hadir dalam majlis randau bersama wakil rakyat
memandang mukanya dengan sinis. ‘Terlalu ramai mereka akan tersenarai dalam senarai
hitamnya,’ bisik hati Penghulu Sudin. Jika ada dalam kalangan penduduk kampung yang
bakal tersenarai dalam senarai hitammya, mereka tidak akan mendapat bantuan daripada
Penghulu Sudin, termasuk mendapat berita mahupun maklumat terkini tentang apa-apa sahaja
projek yang sepatutnya mereka nikmati.

Dipetik daripada Cerpen Bukit Emas karya Mufidah Hanum Yusuf

Berdasarkan petikan cerpen di atas, berikan satu teknik plot beserta contoh.[4 markah]

Teknik Plot Monolog Dalaman 2m


‘Terlalu ramai mereka akan tersenarai dalam senarai hitamnya,’ bisik 2m
hati Penghulu Sudin

Walau kajian saintis diduniamu itu dapat mengeksposisikan pelbagai hal tentang kami.
Mereka terlupa yang kami memiliki perasaan. Mereka tidak tahu yang kami mempunyai nafsu
dan keinginan. Meskipun dunia kami didasar laut cuma. Salahkah jika aku bercinta? Salahkah
jika batu karang seperti aku memiliki perasaan. Kepada siapakah dapat kucurahkan nira
cintaku yang sejernih air mata duyung?

Dipetik daripada cerpen Kami Akan Mati Lin, karya Seroja Theavy Balakrishnan

Nyatakan satu gaya bahasa berserta contoh yang terdapat dalam petikan.
Gaya Bahasa simile 2m
cintaku yang sejernih air mata duyung 2m

[4 markah]

1. Berdasarkan cerpen Kami akan Mati Lin karya Seroja Theavy Balakrishnan;
a) Huraikan tiga perwatakan Lin. [6 markah]
b) Huraikan tiga nilai murni. [6 markah]
c) Nyatakan ancaman yang dihadapi oleh hidupan laut dan cara-cara mengatasi
masalah ini. [8 markah]

a)Perwatakan Lin
i) Seorang yang bersimpati 2m
Contoh:Lin digambarkan seorang yang bersikap simpati terhadap
hidupan laut yang semakin terancam dan berjanji akan membela nasib 2m
batu karang dengan membawa kes ke seminar antarabangsa.

ii)Seorang yang menghargai. 2m


Contoh; Lin memuji akan kehebatan batu karang yang mampu memberi
manfaat kepada manusia seperti batu karang dijadikan ubat AZT untuk
pesakit HIV. 2m

iii) Seorang yang mencintai alam sekitar


Contoh:Lin hendak menentang kegiatan lanun-lanun yang mencuri 2m
karang karang laut dan ingin menyumbat mereka ke penjara seumur
hidup mereka. 2m
b)Nilai murni 2m
i) Simpati
Contoh:Lin yang bersimpati terhadap nasib batu karang dan berjanji akan
membela nasib mereka ke seminar antarabangsa. Lin juga berjanji akan
mengecam sifat manusia yang membuang kekotoran ke dalam laut, 2m
membuang najis dan mencuri terumbu karang.

ii)Penghargaan
Contoh: Lin memuji akan kehebatan batu karang yang mampu memberi 2m
manfaat kepada manusia seperti batu karang dijadikan ubat AZT untuk
pesakit HIV. 2m

iii)Tanggungjawab
Contoh:Lin merasakan dia bertanggungjawab untuk memastikan pencuri 2m
terumbu karang dipenjarakan. 2m
 c)Ancaman yang dihadapi oleh hidupan laut
i)pembuangan sisa domestik 2m
ii)tumpahan minyak daripada industry perkapalan 2m
 cara-cara mengatasi masalah ini
i)Tindakan undang-undang 2m
ii)Kempen kesederan 2m

Anda mungkin juga menyukai