Anda di halaman 1dari 24

TIPS MENULIS AYAT

• Cari aktiviti / suasana / kegunaan dalam


gambar.
• Bulatkan.
• Tulis aktiviti / suasana / kegunaan.
• Bina ayat mudah jika takut salah.
• Bina ayat lebih gramatis jika yakin betul.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti
yang terdapat dalam gambar.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti
yang terdapat dalam gambar.
menjual
• Pak Abu menjual sayur-sayuran
di gerainya.
• Pak Abu menjual tembikai dan
pelbagai jenis sayur yang segar
di gerainya.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti
yang terdapat dalam gambar.
membawa
• Puan Siti membawa bakul ke
pasar.
• Puan Siti membawa sebuah
bakul ke pasar untuk mengisi
barang-barang yang dibeli.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti
yang terdapat dalam gambar.
menunggu
• Encik Wong menunggu daging
yang dipotong oleh penjual
daging itu.
• Encik Wong dan anaknya berdiri
di hadapan gerai untuk menunggu
daging yang dipotong oleh
penjual daging itu.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti
yang terdapat dalam gambar.
menimbang
• Pak Cik Seong menimbang ikan
untuk wanita itu.
• Pak Cik Seong menimbang ikan
yang ingin dibeli oleh
pelanggannya.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti
yang terdapat dalam gambar.
membayar
• Wanita itu membayar harga ikan
kepada Pak Cik Seong.
• Wanita itu membayar harga ikan
yang dibelinya kepada Pak Cik
Seong.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang
terdapat dalam gambar.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang
terdapat dalam gambar.
ternampak
• Wei Jie ternampak sebuah
rumah terbakar.
• Dalam perjalanan pulang dari
sekolah, Wei Jie ternampak
sebuah rumah sedang terbakar.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang
terdapat dalam gambar.
asap
• Asap keluar dari rumah itu.
• Asap berkepul-kepul keluar dari
rumah yang terbakar itu.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang
terdapat dalam gambar.
menelefon
• Wei Jie menelefon bomba
dengan telefon awam.
• Wei Jie segera menelefon bomba
di pondok telefon awam yang
berhampiran.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang
terdapat dalam gambar.
memadamkan api

• Ahli bomba memadamkan api


bersama-sama.
• Ahli bomba bertungkus-lumus
memadamkan api yang marak
itu.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang
terdapat dalam gambar.
mengucapkan

• Tuan rumah itu mengucapkan


terima kasih kepada Wei Jie.
• Tuan rumah itu mengucapkan
terima kasih kepada Wei Jie atas
kebaikannya.

Anda mungkin juga menyukai