Anda di halaman 1dari 15

KSSM SAINS KOMPUTER TINGKATAN 4 2016

MODUL LATIHAN UNTUK GURU SAINS KOMPUTER


TINGKATAN 4
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tajuk PANGKALAN DATA


Topik 2.2 Reka Bentuk Pangkalan Data Hubungan

A. Objektif
Pada akhir sesi guru dapat:
1. Dapat mengenalpasti medan, rekod jadual dan kekunci bagi pangkalan data
2. Membezakan kunci primer dan kunci asing
3. Menghasilkan Gambar Rajah Perhubungan Entiti (ERD)
4. Mereka bentuk pangkalan data hubungan dengan menukar ERD ke skema
hubungan
5. Menjelaskan konsep kebergantungan fungsi sepenuh, kebergantungan fungsi
separa dan kebergantungan fungsi transitif
6. Menghasilkan satu pangkalan data ternormal

B. Kandungan Pengajaran
1. Medan, rekod jadual dan kekunci bagi pangkalan data
2. Kunci Primer dan Kunci Asing
3. Gambar Rajah Perhubungan Entiti(ERD)
4. Konsep Kebergantungan Fungsi
5. Penormalan Data Sehingga 3NF

MODUL PANGKALAN DATA


1
KSSM SAINS KOMPUTER TINGKATAN 4 2016

PEMBINAAN PANGKALAN DATA


Pengenalan Kepada Pangkalan Data
I. Apakah Pangkalan Data
Pangkalan data adalah seperti sebuah kabinet fail. Pangkalan data boleh
digunakan untuk:
a. Mendapatkan maklumat dengan pantas, cepat dan tepat.
b. Boleh menambah, mengubahsuai atau memadam sesuatu rekod.
c. Menyelenggara data dan rekod.
d. Mengisih maklumat mengikut nombor rekod atau nama sesuatu
rekod.
II. Bagaimana Membina Pangkalan Data
Sebagai contoh: buku alamat berkomputer – Rujuk rajah 1
a. Keseluruhan buku alamat dipanggil sebagai jadual (Table)
b. Maklumat lengkap dipanggil sebagai rekod. Koleksi rekod-rekod
adalah suatu jadual (Table).
c. Maklumat di dalam rekod dipanggil medan (Fields). Contohnya,
nama, alamat, nombor telefon dan sebagainya.

Buat Rajah 1
- Table, Field

III. Struktur-struktur Pangkalan Data


Sesuatu Pangkalan Data boleh menggambarkan koleksi maklumat yang ingin
dipaparkan. Antara keperluan pangkalan data adalah;
a. Mencipta struktur pangkalan data.
b. Memilih jenis medan-medan yang akan digunakan dalam pangkalan
data.
c. Menamakan setiap medan dengan nama yang sesuai.
IV. Memulakan Pangkalan Data
Untuk mula membina pangkalan data, seseorang itu perlu mengetahui
bagaimana untuk;
a. Memulakan Aplikasi
MODUL PANGKALAN DATA
2
KSSM SAINS KOMPUTER TINGKATAN 4 2016

b. Mencipta dan membina struktur pangkalan data anda


c. Menutup dan keluar dari aplikasi.

1. KUNCI PRIMER DAN KUNCI ASING

KUNCI PRIMER

Kunci primer adalah medan yang unik mewakili setiap rekod dalam baris sesebuah
jadual.

Kekunci ini tidak boleh memiliki nilai null. (tidak boleh tinggalkan kosong)

Dalam setiap jadual pangkalan data mesti memiliki sekurang-kurangnya 1 kunci


primer.

Pemilihan kunci primer adalah bergantung kepada kesesuaian dan unik nilainya
dengan medan-medan lain.

Kunci primer juga boleh diberikan secara automatic oleh perisian DBMS.

Kunci primer juga boleh dicipta oleh pengaturcara . Antara yang sering digunakan
adalah seperti nombor kad pengenalan kerana ia adalah unik ( tiada no kad
pengenalan yang sama antara 2 orang) atau no. surat beranak, no. passport, no.
pelajar ataupun no. pekerja.

KUNCI ASING

Kunci asing adalah salah 1 medan dalam jadual pertama yang dijadikan kunci primer,
yang berada di dalam jadual ke 2 atau pada jadual yang lain.

Kunci asing boleh digunakan untuk jadual rujukan silang.

Setiap nilai kunci asing mestilah berpadanan dengan nilai kunci primer dalam
hubungan yang dirujuknya. Nilai bagi kunci asing dalam jadual boleh berulang-ulang.

Kepentingan kunci primer

1. Memastikan setiap rekod lama yang tersimpan tidak tertindih dengan rekod
baru.

MODUL PANGKALAN DATA


3
KSSM SAINS KOMPUTER TINGKATAN 4 2016

2. Memberikan identiti yang unik bagi setiap rekod yang disimpan di dalam
pangkalan data.

3. Menjadikan data yang disimpan adalah utuh kerana setiap rekodnya


mempunyai 1 nilai yang unik sebagai pengenalan diri.

4. Mengelakkan drpd rekod yang sama berulang-ulang disimpan didalam


pangkalan data seterusnya dapat menjimatkan ruangan storan komputer.

5. Memudahkan proses carian dan capaian ke atas rekod. Rekod yang hendak
dicari boleh dicapai dgn membuat carian dengan mnggunakan kata kunci ke
atas primer.

PERBEZAAN KUNCI PRIMER DAN KUNCI ASING

KUNCI PRIMER KUNCI ASING

Menggambarkan medan Menghubungkan kunci utama satu


yang unik dalam rekod jadual dengan jadual yang lain.
Mempunyai nilai sepunya antara 2
Mempunyai nilai yang unik
jadual
Wajib ada bagi setiap jadual Perlu ada jika ingin membuat
yang dibina. perhubungan antara 2 jadual.

MODUL PANGKALAN DATA


4
KSSM SAINS KOMPUTER TINGKATAN 4 2016

2. GAMBAR RAJAH PERHUBUNGAN ENTITI (ERD)

Gambar Rajah Entiti Perhubungan (ERD) merupakan teknik permodelan data yang
merupakan perwakilan grafik secara logikal dan terperinci tentang entiti-entiti dan
perhubungan antara entiti-entiti dalam sebuah organisasi atau sebagainya.

Mewakili keperluan data secara konseptual dalam sebuah sistem.

Tiga komponen utama dalam ERD:

Entiti

Atribut

Perhubungan

ENTITI

Entiti mewakili orang, tempat, objek, konsep atau peristiwa.

Entiti dilabelkan dengan kata nama dan menggunakan huruf besar.

Jenis entiti merujuk kepada entiti-entiti yang mempunyai ciri-ciri yang sama.

Entiti akan dijelmakan dalam bentuk jadual dalam fasa rekabentuk.

Setiap baris jadual tersebut akan dikenali sebagai keseketikaan entiti (Instance
entity).

STAF PELAJAR KURSUS

Contoh Perwakilan Entiti dalam ERD

MODUL PANGKALAN DATA


5
KSSM SAINS KOMPUTER TINGKATAN 4 2016

ATRIBUT

Atribut merupakan penjelasan secara terperinci tentang sifat-sifat dari entiti atau


perhubungan tersebut.

Jenis-Jenis Atribut

Atribut sederhana/ Simple Attribute

Atribut yang tidak dapat dipecahkan lagi menjadi atribut yang lain

Contoh : atribut harga dari entiti barang.

Atribut komposit/ Composite Attribute

atribut yang terdiri dari beberapa atribut yang lebih terperinci.

Contoh : Entity nama yang terdiri dari nama depan (first name), nama tengah
(middle name) dan nama belakang (last name).

Atribut Bernilai Tunggal (Single-valued Attribute)

Atribut yang hanya mempunyai satu nilai untuk suatu entiti tertentu.

Contoh : atribut umur.

Atribut Pelbagai Nilai (Multi-valued Attribute)

Atribut yang dapat terdiri dari sekumpulan nilai untuk suatu entiti tertentu.

Contoh : atribut hobi.

Atribut Derivatif (Derived Attribute)

Suatu atribut yang dihasilkan dari atribut lain.

Contoh : atribut umur yang dapat dihasilkan dari atribut tarikh lahir.

Key Attribute (Atribut Kunci)


MODUL PANGKALAN DATA
6
KSSM SAINS KOMPUTER TINGKATAN 4 2016

Satu atau beberapa atribut yang mempunyai nilai unik sehingga dapat digunakan
untuk membezakan data pada suatu baris/rekod dengan baris lain pada suatu entiti.

Jenis-jenis kunci atribut:

Superkey
Candidat Key
Primary key

PERHUBUNGAN

Merupakan sambungan yang menghubungkan pelbagai komponen dalam ERD

Label yang digunakan biasanya adalah kata kerja (verb)

Contoh

Pelajar mendaftar kursus

PELAJAR mendaftar KURSUS

JENIS HUBUNGAN

Satu kepada Satu (1:1)

1 1
STAF mengurus JABATAN

satu orang staf ( contoh ketua jabatan) akan menguruskan satu jabatan

dan satu jabatan akan hanya mempunyai satu ketua jabatan sahaja

MODUL PANGKALAN DATA


7
KSSM SAINS KOMPUTER TINGKATAN 4 2016

Satu kepada Banyak (1:M)

1 M
PELANGGAN membuat TEMPAHAN

satu orang pelanggan boleh membuat banyak tempahan tetapi

bagi satu tempahan adalah untuk satu pelanggan sahaja

PELANGGAN membuat TEMPAHAN

Banyak kepada Banyak (M:N)

M N
PELAJAR daftar KURSUS

satu orang pelajar boleh mendaftar banyak kursus dan

satu kursus boleh ambil ramai pelajar

PELAJAR daftar KURSUS

MODUL PANGKALAN DATA


8
KSSM SAINS KOMPUTER TINGKATAN 4 2016

DARJAH PERHUBUNGAN

Merujuk kepada bilangan entity yang terlibat dlam sesuatu hubungan

Terdapat 3 darjah perhubungan iaitu:

1. Unari (satu entity terlibat)


2. Binari (dua entity terlibat)
3. Ternari(tiga entity terlibat)

KONSEP KEBERGANTUNGAN /KESANDARAN FUNGSI


MODUL PANGKALAN DATA
9
KSSM SAINS KOMPUTER TINGKATAN 4 2016

Menggambarkan hubungan, batasan dan kaitan antara atribut-atribut.

Suatu atribut disebut kebergantungan fungsi pada yang
lain jika kita menggunakan atribut tersebut untuk menentukan nilai atribut yang lain.

Simbol yang digunakan adalah → dibaca secara fungsi menentukan
  
Notasi : A → B

A dan B adalah atribut dari sebuah jadual.

Secara fungsional A menentukan B /
B bergantung pada A, jika dan hanya jika ada 2 baris data dengan nilai A
yang sama maka nilai B juga sama.

Jenis-jenis  Kebergantungan 

Kebergantungan fungsi penuh

Suatu atribut bersandar secara fungsi jika nilainya ditentukan oleh atribut lain.

Cara menulis adalah A → B


A ialah penentu dan B adalah atribut yang bersandar
Jika A→(B,C)
Maka A→B dan A→C

Kebergantungan fungsi separa

Satu keadaan yang wujud di mana terdapat kunci komposit dalam suatu hubungan
(A,B) →C,D,E(kesandaran separa)
(NoPekerja,NoProjek) →Nama, Kemahiran, TarikhMula, Telefon

Kebergantungan fungsional transitif

MODUL PANGKALAN DATA


10
KSSM SAINS KOMPUTER TINGKATAN 4 2016

Wujud apabila suatu atribut menentukan suatu atribut lain melalui perantaraan

X →Y→Z
Jika X→Y dan Y→Z
Secara tidak langsung X→Z
Jadi Z bersandar secara transitif atas X dan Y

PENORMALAN DATA

Penormalan merupakan satu teknik untuk memastikan dan menilai bahawa model
data logikal yang terhasil adalah tepat dan mempunyai anomali paling minimum.
Merupakan kaedah formal untuk mengenalpasti hubungan berdasarkan kepada
kunci utama dan kebersandaran fungsian di antara atribut.

Tujuan:

Menghasilkan skema hubungan dengan pengumpulan atribut yang paling optimum.


Mengurangkan data lewah.
Mengatasi masalah anomali pengemaskinian.
Bertujuan untuk menerangkan hubungan di antara atribut-atribut dalam satu
hubungan

Bentuk-bentuk Penormalan

Bentuk Normal Pertama (1NF)

Satu hubungan adalah dalam bentuk normal pertama jika tidak wujud atribut yang
mempunyai kumpulan data berulang. Setiap atribut mempunyai satu nilai sahaja.

MODUL PANGKALAN DATA


11
KSSM SAINS KOMPUTER TINGKATAN 4 2016

Kumpulan Data berulang perlu dihapuskan dengan membentuk kunci utama(sama


ada kunci komposit atau tidak)

Kesandaran fungsi

(NoPekerja, NoProjek)→ Nama, Kemahiran, TarikhMula,Telefon)

Bentuk Normal Kedua (2NF)

Satu hubungan adalah dalam bentuk 2 NF jika

- Ia berada dalam bentuk 1NF


- Semua atribut bukan kunci bergantung sepenuhnya kepada atribut kunci
(tidak wujud kebergantungan separa)

(NoPekerja, NoProjek)→ Nama, Kemahiran, TarikhMula,Telefon)

Hubungan Fungsi di atas mempunyai kebergantungan separa iaitu atribut bukan


kunci bergantung kepada kunci komposit

Masalah yang timbul pada jadual 1 NF

Nama, Kemahiran dan Telefon merujuk kepada pekerja yang sama wujud secara
berulangan

MODUL PANGKALAN DATA


12
KSSM SAINS KOMPUTER TINGKATAN 4 2016

Jika telefon dan kemahiran ditukar, setiap baris yang melibatkan pekerja berkenaan
perlu dikemaskini. (Anomali kemaskini)

Jika tiada projek untuk seorang pekerja, tidak terdapat baris yang dapat menyimpan
maklumat pekerja (Anomali tambah data)

Penyelesaian

Setiap atribut yang mempunyai kebergantungan separa perlu dihapuskan

Bagi menghapuskan kebergantungan separa, pemecahan hubungan kepada 2


hubungan lain yang mempunyai maklumat berkenaan perkara yang berlainan.

Asal

(NoPekerja, NoProjek)→ Nama, Kemahiran, TarikhMula,Telefon)

Hubungan kebergantungan baharu

NoPekerja→Nama, Kemahiran, Telefon

(NoPekerja, NoProjek)→TarikhMula

Bentuk Normal Kedua (2NF)

MODUL PANGKALAN DATA


13
KSSM SAINS KOMPUTER TINGKATAN 4 2016

Bentuk Normal Ketiga (3 NF)

Satu hubungan adalah dalam bentuk normal ketiga jika:-

-Ia dalam bentuk normal kedua


-Tidak wujud kesandaran transitif

Kesandaran Transitif

A→B→C
Jika A →B dan B→C
Secara tidak langsung A → C

Jadi C bersandar secara transitif atas A dan B

Secara tidak langsung NoPekerja→KadarUpah


• Kadar upah bagi kemahiran diulang beberapa kali
• Jika kadar upah diubah, semua baris yang terlibat perlu diubah
• Jika ada pekerja belum diberi kemahiran, maklumat pekerja tidak dapat disimpan.

Bagi membentuk 3 NF, hubungan transitif perlu dihapuskan dengan memecahkan


hubungan kepada dua hubungan lain yang mempunyai maklumat yang berbeza.

MODUL PANGKALAN DATA


14
KSSM SAINS KOMPUTER TINGKATAN 4 2016

NoPekerja → Nama, Kemahiran, KadarUpah


NoPekerja → Nama, Kemahiran
Kemahiran → KadarUpah
Hubungan akhir yang dibentuk

PEKERJA(NoPekerja, Nama, Kemahiran)


UPAH(Kemahiran, KadarUpah)

MODUL PANGKALAN DATA


15

Anda mungkin juga menyukai