Anda di halaman 1dari 13

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

1. Mata Pelajaran : Bahasa Melayu


2. Tahun : 4 Akrab
3. Bilangan Murid : 40 orang
4. Tarikh : 8 July 2019
5. Hari : Isnin
6. Masa : 10.30 pagi hingga 11.30 pagi (1 jam)
7. Tema : Pertanian dan Penternakan
8. Tajuk : Produk Serai
9. Kemahiran Fokus: Kemahiran membaca

10. Standard Kandungan


1.3 Mendengar, memahami dan memberi respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan
pesanan yang didengar dengan betul.

11. Standard Pembelajaran


1.3.1 Mendengar, memahami dan memberikan respons yang sesuai secara lisan atau
gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah dengan betul.

12. Objektif Pembelajaran


Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:
1. Membaca petikan dialog ‘Produk Serai’ dengan menggunakan nada dan intonasi
yang betul.
2. Menyenaraikan sekurang-kurangnya dua daripada tiga ayat perintah yang terdapat
dalam petikan produk serai dengan betul.
3. Berdialog dengan menggunakan kata perintah melalui aktiviti lakonan dan
menyatakan kata perintah yang terdapat dalam lakonan dengan betul.

13. Sistem Bahasa


Tatabahasa: Sebutan dan Intonasi – Intonasi yang sesuai berdasarkan situasi.
14. Pengisian Kurikulum (Elemen Merentas Kurikulum)
Ilmu: Sains dan Kemahiran hidup

Nilai Murni: Berusaha keras, bekerjasama, bijak mengambil peluang dan bersopan-santun

Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Belajar melalui TMK

EMK : Keusahawanan

PAK 21: Pembaca lantang, Simulasi

15. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (Kepelbagaian Kaedah dan Teknik)


 KB: merumus dan menghubungkait pengalaman
 KP: verbal linguistik, interpersonal dan kinestetik
 BCB: mengumpul maklumat dan memproses maklumat dalam teks ‘Produk Serai’
 Pembelajaran koperatif

16. Bahan Bantu Mengajar


Bil. Perkara Jumlah
1. Buku latihan 37
2. Petikan dialog 40
3. Lembaran kerja 40
4. Kad situasi 10
5. Peta bulatan 1

17. Pengetahuan Sedia Ada


Murid menggunakan kata perintah mengikut situasi yang pernah dialami mereka.

Langkah / Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan


Pembelajaran
PENGURUSAN  Kebersihan kelas  Murid memastikan kelas Peralatan yang sesuai
BILIK DARJAH  Persediaan murid bersih dan mereka
(2 minit) untuk belajar bersedia untuk belajar

Set Induksi Peta Pemikiran  Guru melukiskan peta BBM


(5 minit) Bulatan: bulatan yang bertulis  Peta pemikiran
‘Ayat perintah’ di papan bulatan
putih.
 Guru bersoal jawab KB
dengan murid tentang  Menghubung kait
ayat perintah.
 Murid menyatakan KP
contoh ayat perintah  Verbal linguistik
yang diketahui dan Interpersonal
Jangkaan Jawapan:
digunakan dalam
1. Ayat silaan
kehidupan seharian Pembelajaran
2. Ayat suruhan
mereka. kontekstual
3. Ayat larangan
 Guru membimbing - Menghubungkaitkan
4. Ayat permintaan
dengan pengalaman
murid dan mengaitkan
dalam kehidupan.
jawapan murid dengan
isi pelajaran pada hari
ini.
Langkah 1 Membaca petikan  Murid membaca teks BBM
dialog ‘Produk Serai’ Petikan dialog ‘Produk
( 7 minit) secara senyap.
secara kuat Serai’
 Murid membaca teks KB
 Rujuk Lampiran 1 Menghubungkait
‘Produk Serai’ secara pengalaman sedia ada
kuat dalam kumpulan.
Teknik
 Murid diminta memahami  membaca kuat
teks yang dibaca.  soal jawab

KP
 Interpersonal
 Verbal linguistik
Nilai Murni
Berkerjasama
PAK 21: Pembaca lantang
Penilaian Objektif (i)

Langkah 2 Mengenal pasti dan  Murid untuk KB


diminta
1. Menghubungkait
(13 minit ) menulis ayat perintah di mengenal pasti dan pengalaman sedia ada
ruang yang disediakan. menyenaraikan 6 ayat 2. menganalisis
perintah berdasarkan
Teknik
Jangkaan jawapan: petikan yang dibaca di  membaca kuat
1. Jangan pijak serai itu. ruang yang disediakan.  soal jawab

2. Mari ikut pak cik ke  Guru membincangkan


kilang pembuatan produk KP
ayat perintah yang
 Interpersonal
serai wangi. terdapat dalam petikan  Verbal linguistik
3. Buka penutup botol itu
bersama murid-murid.
dan kamu akan menghidu Nilai Murni
 Murid memberi jawapan Berkerjasama
bau yang menyegarkan.
mereka kepada guru
4. Pegang kotak lilin ini. Penilaian Objektif (ii)
secara aktif.
5. Haikal, tolong baca cara
 Guru memberi pujian
penggunaannya pada
kotak lilin itu. kepada murid yang

6. Silalah datang lagi ke dapat memberi jawapan


kilang pembuatan produk dengan tepat.
serai wangi pak cik.

Langkah 3 (18 PAK 21: Simulasi  Murid diminta untuk BBM:


minit)  Mari berlakon berlakon berdasarkan Kertas A4
 Kad situasi kata situasi yang dapat. Kad situasi
Perintah  Guru mengedarkan kad
situasi kepada ketua KB:
Kata Suruhan – Menjanakan idea,
kumpulan.
Kamu merupakan
 Guru memberikan mensintesis
seorang cikgu. Kamu
arahan kepada setiap
menyuruh murid-murid
kumpulan untuk KP
membawa buku teks
melakokan situasi Verbal lingusitik
ketika waktu kamu
berdasarkan jenis kata Interpersonal
mengajar. Gunakan
perintah.
kata perintah suruhan.
 Murid-murid diberi masa Nilai:
selama 10 minit untuk Mendengar arahan,
Kata Silaan – berbincang. keyakinan, kerjasama.
Hari Jumaat ini  Murid membentangkan
merupakan hari lahir lakonan di hdapan kelas. Strategi:
yang ke-10. Kamu  Murid-murid menyatakan Berpusatkan bahan
menjemput kawan- jenis kata perintah dan Berpusatkan murid
kawan ke parti hari lahir memberikan komen
kamu. terhadap lakonan. Pembelajaran Koperatif

Kata Larangan – PAK 21: Simulasi


Kamu sedang melihat
seorang murid yang Penilaian objektif (iii)
sedang membuang
sampah. Nasihat murid
tersebut dengan
menggunakan kata
perintah larangan.

Kata Permintaan-
Kamu meminta bantuan
daripada kawan kamu
untuk mengambil buku
latihan yang terletak di
atas meja kata.
Gunakan kata perintah

permintaan.

Langkah 3 Pengayaan Pengayaan KP:


(10 minit) Mengisi tempat kosong  Murid-murid mengisi Interpersonal
berdasarkan embaran tempat kosong Verbal Linguistik
kerja (dilampirkan) berdasarkan lembaran Visual dan ruang
kerja yang diberikan Kinestetik
oleh guru.
KB
LEMBARAN 1 Menganalisis
Pemulihan Pemulihan
Mengisi tempat kosong  Murid-murid mengisi
berdasarkan lembaran tempat kosong
kerja yang diberikan. berdasarkan lembaran
kerja yang diberikan
oleh guru.
Penutup Kognitif  Murid menyebut idea KB
 Membuat rumusan utama dan idea  Merumus
(5 minit)
isi pelajaran. sampingan melalui
Sosial aktiviti dan hasil Nilai
 Pujian atas usaha perbincangan.  Kesyukuran
dan kejayaan.  Guru membantu murid
menyebut jawapan yang PAS
tepat.  Bertanggung-jawab
 Murid merumuskan isi
pelajaran pada hari KP
tersebut.  Verbal linguistik
 Guru memberi pujian  Intrapersonal
atas usaha dan
kerjasama yang
diberikan.

18. Refleksi
….
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
19. Ulasan Guru Pembimbing / Pensyarah Penyelia
….
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………….
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………….
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………..

Disemak oleh guru pembimbing, Disemak oleh pensyarah,

….………………………………… ……………………………..

Peta Bulatan
Lampiran 1: Petikan dialog ‘Produk Serai’
Haikal: Selamat sejahtera Pak Cik Ali. Wah, luasnya ladang serai !

Pak Cik Ali: Selamat sejahtera, Haikal. Selamat datang ke ladang serai Pak Cik Ali.

Situasi 1 Haikal berjalan-jalan di tepi ladang serai dan hampir terpijak anak pokok serai.

Pak Cik Ali: Jangan pijak serai itu.

Haikal: Baik pak cik. Bolehkah pak cik terangkan tentang tanaman serai ?

Pak Cik Ali: Serai ialah sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang
lebat. Di Malaysia, serai biasanya digunakan dalam masakan dan rawatan herba. Serai
mudah ditanam di mana-mana jenis tanah kecuali kawasan berair atau berpaya. Serai
mempunyai aroma yang menyegarkan apabila daun atau batangnya dipotong. Nah,
ambil serai ini dan cium untuk mendapatkan aromanya.

Haikal: Wah, baunya seperti limau !

Pak Cik Ali: Ya, betul. Baunya memang seperti limau. Mari ikut pak cik ke kilang pembuatan produk
serai wangi.

Pak Cik Ali: Pak cik ada mengeluarkan produk baharu. Haikal baca dan keluarkan botol dalam kotak
ini. Buka penutup botol itu dan kamu akan menghidu bau yang menyegarkan.

Haikal: Wah, wanginya minyak aroma serai ini !

Pak Cik Ali: Nah, Haikal ! Pegang kotak lilin ini.

Haikal: Pak cik, adakah ini lilin serai ? Apakah kegunaannya ?

Pak Cik Ali: Ya. Apabila dibakar, lilin serai ini mempunyai kelebihan untuk menjauhkan nyamuk.
Haikal, tolong baca cara penggunaannya pada kotak lilin itu.

Haikal: Nyalakan lilin dan biarkan lima minit. Aroma serai ini dapat mencegah nyamuk
menghampiri anda.

Pak Cik Ali: Nah Haikal ! Pak Cik Ali memberi lilin serai ini sebagai hadaih. Silalah datang lagi ke
kilang pembuatan produk serai wangi pak cik.
Haikal: Terima kasih, Pak Cik Ali.

Baca petikan dialog yang diberi dan keluarkan pelbagai jenis ayat perintah di
ruangan yang telah disediakan.

Ayat perintah

1. ( )

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

2. ( )

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

3. ( )

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

4. ( )

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

5. ( )

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

6. ( )

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
KAD SITUASI

Kata perintah silaan Kata perintah suruhan

Hari Jumaat ini merupakan hari lahir Kamu merupakan seorang cikgu.
yang ke-10. Kamu menjemput Kamu menyuruh murid-murid
kawan-kawan ke parti hari lahir kamu membawa buku teks ketika waktu
dengan menggunakan kata perintah kamu mengajar. Gunakan kata
silaan. perintah suruhan.

Kata perintah larangan Kata perintah permintaan

Kamu sedang melihat seorang murid Kamu meminta bantuan daripada


yang sedang membuang sampah. kawan kamu untuk mengambil buku
Nasihat murid tersebut dengan latihan yang terletak di atas meja
menggunakan kata perintah kata. Gunakan kata perintah
larangan. permintaan.

Kata perintah larangan Kata perintah permintaan

Kamu sedang menjamu selera di Kamu sebagai seorang guru dan


Kedai Makan Amjal dan terdapat meminta ibu bapa murid untuk
seorang pak cik menghisap rokok di menjelaskan duit PIBG. Gunakan kata
dalam kedai itu. Nasihat pak cik perintah permintaan.
tersebut dengan kata perintah
larangan.
Pengayaan

Arahan: Isi tempat kosong di bawah dengan jawapan yang sesuai

1.____________lah menangis lagi, Ani. saya pasti adik awak akan selamat.

2. “____________basuh sayur-sayuran di atas sinki itu,” kata kakak.

3. “______________lengkapkan borang ini dengan butir-butir peribadi,” kata kerani itu.

4. “_______________makan kuih itu, kawan-kawan,” kata Ayuni.

5. __________kita akan dapat berjumpa lagi pada masa akan datang.

Pemulihan

Arahan: Isi tempat kosong di bawah dengan jawapan yang sesuai

Jangan Harap
Tolong Jemput
Sila

1.____________lah menangis lagi, Ani. saya pasti adik awak akan selamat.

2. “____________basuh sayur-sayuran di atas sinki itu,” kata kakak.

3. “______________lengkapkan borang ini dengan butir-butir peribadi,” kata kerani itu.

4. “_______________makan kuih itu, kawan-kawan,” kata Ayuni.

5. __________kita akan dapat berjumpa lagi pada masa akan datang.

REFLEKSI
Sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) berjalan seperti biasa. Pengajaran dimulakan dengan tayangan
video berkaitan ternakan burung unta di Malaysia. Semasa tayangan video dilakukan, murid dilihat
terpaksa berhimpit kerana saiz komputer yang tidak terlalu besar. Ketiadaan pemancar ataupun LCD
sedikit sebanyak memberi kesan kepada penyampaian dan kekondusifan murid. Kebanyakkan wakil
setiap kumpulan mengambil catatan yang berfungsi memberi jawapan berkaitan yang ditanya guru.
Seterusnya, semasa kerja kumpulan dilakukan murid dilihat lebih cenderung kepada menghias berbanding
mengenal pasti kesahihan isi yang ditulis. Impaknya, semasa perbincangan dilakukan murid tidak dapat
mencapai kehendak soalan dan hanya segelintir kumpulan yang berhasil kerana bertanya guru. Implikasi
daripada ini, saya mengambil pendekatan dengan membimbing setiap murid semasa lembaran kerja
diberikan kepada setiap murid supaya mereka lebih peka dan sensitive terhadap kehendak soalan.
Namun, langkah pengajaran tidak dapat dihabiskan kerana ketidakpekaan saya dalam membahagikan
masa yang langkah dengan kesesuaian langkah. Maka, lembaran kerja tersebut tidak dapat disemak dan
ditunda ke kelas seterusnya. Semasa sesi penutup, murid dapat menyatakan isi pelajaran hari ini yang
membincangkan isi tersurat dalam petikan teks.

Anda mungkin juga menyukai