Anda di halaman 1dari 7

PANDUAN PELAKSANAAN

PROGRAM TAHBIB AL-LUGHAH AL-ARABIAH


AL-MUASIRAH

Pendahuluan

Program Tahbibul al-Lughah Al-Arabiah al-Muasirah Tingkatan 1 digubal


berasaskan program Tahbibul al-Lughah yang dilaksanakan di semua sekolah
KPM yang mengambil matapelajaran Bahasa Arab. Program ini merupakan
program transisi Al-Lughah Al-Arabiah al-Muasirah tingkatan 1 yang akan
dilaksanakan di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) mulai tahun 2015.
Guru-guru akan didedahkan tatacara pelaksanaan PdP Tahbibul al-Lughah ini
semasa kursus orientasi penyebaran kurikulum Al-Lughah Al-Arabiah Al-
Muasirah. Tanggungjawab guru yang berkursus perlu memberi latihan dalaman
kepada guru-guru Bahasa Arab yang lain dan berbincang mengenai program ini
dengan Pengetua serta Panitia Bahasa Arab di sekolah masing-masing.
Kejayaan program ini terletak pada kesediaan dan kesungguhan guru untuk
melaksanakannya.

Konsep

Program Tahbib Al-Lughah Al-Arabiah Al-Muasirah adalah proses transisi


peringkat menengah yang dilaksanakan untuk murid-murid tingkatan satu di
semua Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan (SABK) .
.
Program ini wajib dilaksanakan dalam tempoh 3 minggu di SABK bermula pada
minggu pertama sesi awal persekolahan sebelum bermulanya proses PdP
kurikulum Al-Lughah Al-Arabiah Al-Muasirah.

Dalam termpoh perlaksanaa program ini, murid hanya didedahkan dengan


suasana Bahasa Arab secara terus di dalam dan di luar bilik darjah tanpa
menggunakan buku teks. Murid-murid hanya diperkenalkan Bahasa Arab melalui
kemahiran mendengar dan bertutur sahaja secara berpusat kepada murid
melalui pelbagai aktiviti didikhibur seperti mengajuk, bermain, berlakon ,
berdailog sebagaimana yang dirancang.

Tujuan

Program ini merupakan satu usaha untuk menarik dan memupuk minat murid
terhadap Bahasa Arab sehingga mereka berani berkomunikasi dalam Bahasa
Arab yang mudah dan berterusan di luar waktu PdP disamping mengikis
persepsi negatif terhadap mata pelajaran ini.
Objektif

Program Tahbib al-Lughah al-Arabiah al-Muasirah dilaksanakan untuk :

1. Menarik minat pelajar untuk mempelajari bahasa Arab.


2. Mendedahkan bahasa Arab adalah bahasa yang mudah di fahami dan
dipelajari.
3. Menghidupkan iklim bahasa arab di sekolah
4. Menimbulkan rasa ingin belajar yang lebih aktif dan kreatif
5. Memupuk keberanian dan keyakinan diri pelajar untuk berkomunikasi
dalam bahasa Arab.
6. Membantu memperkayakan perbendaharaan kata dan boleh
menggunakannya dalam pertututuran.

Strategi Perlaksanaan

Program Tahbib Al-Lughah Al-Arabiah Al-Muasirah dilaksanakan di SABK


berdasarkan modul yang disediakan dan disertakan :

 Pengagihan topik / tema

Minggu Masa Topik / tema

‫) التعارف‬1
‫ وعليكم السالم‬/ ‫ السالم عليكم‬-
1,2 ِ / ‫ أنت‬/ ‫ أنا‬-
‫ أننت‬/ ‫ أنتم‬/ ‫أنت‬ َ
‫) التعارف‬2
‫ صباح النور‬/‫ صباح اخلري‬-
3,4 ‫ هن‬/ ‫ هم‬/‫ هي‬/‫ هو‬-
‫) التعارف‬3
5,6 ‫ ال‬/ ‫ نعم‬/ ‫ هل‬/ ‫ من‬-
‫) األسرة‬4
/ ‫ أخت‬/ ‫ أخ‬/ ‫ بنت‬/ ‫ ابن‬/ ‫ أم‬/ ‫ أب‬-
7,8 ‫ جدة‬/ ‫جد‬
‫‪ )5‬األسرة‬
‫‪1‬‬ ‫‪9,10‬‬ ‫‪ -‬ياء املتكلم (ابين‪/‬بنيت‪/‬جدي‪/‬جديت)‬
‫‪ -‬ضمري املخاطب ( امسك ‪ /‬جدك)‬
‫‪ )6‬املهنة‬
‫‪ -‬املهندس ‪ /‬املهندسة‬
‫‪ -‬الطبيب ‪ /‬الطبيبة^‬
‫‪11,12‬‬
‫‪ -‬الطيار ‪ /‬الطيارة‬
‫‪ -‬احملاضر ‪ /‬احملاضرة‬
‫‪ -‬املوظف ‪ /‬املوظفة‬
‫‪ )7‬املهنة‬
‫‪ -‬أين يعمل‪ /‬تعمل ‪.......‬‬
‫‪ -‬يف املصنع ‪/‬املستشفى‪ /‬يف الطائرة‪ /‬يف‬
‫‪13,14‬‬ ‫اجلامعة ‪ /‬يف اإلدارة‬

‫املراجعة من األول إىل األخري‬


‫‪15‬‬

‫‪ )8‬القرية‬
‫‪ -‬اسم القرية‪ /‬موقع القرية‬
‫‪1,2‬‬
‫‪ -‬اسم الوالية^‬
‫‪ -‬ضمري املتصل ( قريته ‪ /‬قريتها)‬
‫‪ )9‬املسكن‬
‫‪ -‬اسم املسكن‪ /‬موقع املسكن‬
‫‪3,4‬‬ ‫‪ -‬ساكن ‪ /‬ساكنة‬
‫‪ -‬من أين ؟‪ /‬مع من؟‬
‫‪ )10‬حاجات فردية‬
‫‪ -‬االستئذان للدخول‪/‬‬
‫‪ -‬االستئذان^ للخروج‬
‫‪ -‬إىل أين ؟ إىل احلمام ‪....‬‬
‫‪2‬‬ ‫‪ -‬من فضلك‪ /‬لو مسحت‬
‫‪5,6‬‬
‫‪ -‬تفضل‬

‫‪ )11‬األمر والنهي^‬
‫‪ -‬اجلس ‪ /‬قم ‪ /‬اقرأ‪ /‬اكتب ‪ /‬امسح‬
‫‪7,8‬‬ ‫اخرج ‪ /‬ادخل‬
‫‪ -‬ال جتلس ‪/‬ال تقم ‪ /‬الخترج‪ /‬ال تدخل‬
‫‪ )12‬الشكر والثناء واالعتذار‬
‫‪ -‬هات ‪/‬عند‪ /‬آسف‪ /‬شكرا‪ /‬عفوا‬
‫‪9,10‬‬ ‫‪ -‬خذ ‪/‬خذي ‪/‬أعطيين‬
‫‪ )13‬األشياء يف الفصل‬
‫‪11,12‬‬ ‫‪ -‬الباب ‪ /‬النافذة ‪ /‬اجلدار‪/‬السبورة‬
‫‪/‬املكتب‪/‬الكرسي^ ‪ /‬املكنسة ‪ /‬السلة‬
‫‪ /‬اجلدول‪ /‬لوحة اإلعالنات‪^/‬‬
‫املروحة‬
‫‪ -‬وراء‪ /‬عند‪ /‬فوق‪ /‬حتت‪ /‬يف‪/‬جانب‬
‫‪ )14‬األدوات الد راسية‬
‫‪ -‬الكتاب‪ /‬املقلمة‪ /‬الكراسة‪ ^/‬قلم‬
‫الرصاص‪ /‬احلقيبة ‪ /‬املمحاة ‪/‬‬
‫‪13,14‬‬ ‫الدباسة ‪.‬‬
‫‪ -‬وراء‪ /‬عند‪ /‬فوق‪ /‬حتت‪ /‬يف‪/‬جانب‬
‫‪15‬‬ ‫املراجعة من األول إىل األخري‬
‫‪ ) 15‬األشياء يف املدرسة‬
‫‪ -‬ذلك‪ /‬تلك‪ /‬هذا‪/‬هذه‬
‫‪ -‬اإلدارة‪ /‬املطعم ‪ /‬القاعة‪ /‬املقصف‪^/‬‬
‫‪1,2‬‬ ‫املخزن‪/‬الساحة‪/‬امللعب‪ ^/‬فناء املدرسة ‪/‬‬
‫احلديقة‬
‫‪ ) 16‬األشياء يف املدرسة‬
‫‪3,4‬‬ ‫‪ -‬أين ‪.....‬؟ (األشياء يف املدرسة)‬
‫‪ )17‬يف املكتبة‬
‫‪ -‬الكتاب‪ /‬الكتب‪( ^/‬ذكر امساء الكتاب^‬
‫‪3‬‬ ‫مثل كتاب اجلغرافيا‪ /‬الكتاب الديين‬
‫‪5,6‬‬ ‫وغري ذلك‬
‫‪ -‬الرف ‪ /‬قسم الكتب ‪ /‬الشباك‬
‫‪ )18‬املأكوالت واملشروبات‬
‫‪ -‬األرز‪ /‬الشعرية‪ /‬الدجاج املقلي ‪/‬‬
‫‪7,8‬‬ ‫ماء البارد ‪ /‬العصري‪ /‬الكعك ‪/‬‬
‫الشربة ‪/‬اللحم‬
‫‪ )19‬يف املطعم‬
‫‪ -‬البائع‪ /‬املشرتي‪ /‬العامل‬
‫‪ -‬كم؟ ‪ /‬الثمن‪ /‬سنتا‪ /‬رينجيتا‪ /‬قائمة‬
9,10 ‫األسعار‬
‫املقعد‬/ ‫ الطاولة‬-
11,12,13,14,15 ‫االستعداد للحفلة‬
‫احلفلة‬

 Aktiviti dalam PdP

1. Lakonan
2. Perbualan
3. Kuiz
4. Teka Teki
5. Nasyid
6. Tunjuk cara
7. Lawatan

 Majlis atau acara Penutup

Cadangan persembahan dalam majlis atau acara penutup

1. Pidato
2. Bercerita
3. Lu’bah al-lughawiyah
4. Hiwar musalsal
5. Kuiz
6. Lakonan
7. Bahasa Berirama

Peranan Guru

1. Guru memaklumkan dengan Panitia/ pengetua mengenai pelaksanaan


Tahbib al-Lughah al-Arabiah al-Muasirah .
2. Menjadi Fasilitator kepada rakan-rakan guru yang lain.
3. Melaksanakan program dengan persediaan yang cukup dan bersungguh-
sungguh.
Peranan Panitia Bahasa Arab

1. Mendapatkan maklumat mengenai program ini dari guru yang pergi kursus.
2. Membuat kursus dalaman kepada guru-guru yang mengajar tingkatan 1.
3. Merancang aktiviti yang sesuai sepanjang proses pdp dalam kelas dan luar
kelas.
4. Melaksanakan aktiviti yang dirancang sebaik mungkin.
5. Menilai dan memantau perjalanan aktiviti terancang.
6. Menyediakan kertas kerja untuk di ketengahkan kepada pihak pentadbir
dengan mengemukakan cadangan kepada pihak pentadbir.
7. Mengadakan majlis (haflah) atau acara kemuncak berupa persembahan murid
yang dihadiri oleh semu warga sekolah.
8. Mencerap guru pembimbing sepanjang proses PdP dengan izin pihak
pentadbir.

Penutup

Program Tahbib al-Lughah al-Arabiah Al-Muasirah sebenarnya dapat


meningkatkan minat murid terutama murid tingkatan 1 yang baru mengenali
bahasa Arab. Pelaksanaannya amat penting bagi memupuk minat berterusan
mempelajari bahasa Arab seterusnya dapat meningkatkan prestasi bahasa arab
di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai