Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN KEPENTINGAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM BIDANG

KOMUNIKASI

Ahli Kumpulan : Usaid bin Ahmad

Mohd Islah Hannan

Jenny Loh Chai Qi

Ten Shu Zhe

Eileen Ngien Lin Ming

1.0 Pengenalan

Antara sembilan cabaran di dalam Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh Perdana
Menteri Malaysia ke-empat Tun Dr Mahathir Mohamad ialah ”untuk mewujudkan
masyarakat saintifik dan progresif, iaitu masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang
tinggi dan memandang jauh ke hadapan serta menjadi penyumbang kepada tamadun
saintifik dan teknologi masa depan’. Dalam usaha untuk mencapai wawasan ini, Malaysia
perlu melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang sains dan teknologi.

Apa itu sains dan teknologi? Menurut Riess (1993), sains terdiri daripada kelompok
ilmu pengetahuan tentang alam semesta. Fakta-fakta yang membina ilmu pengetahuan itu
dihasilkan daripada pemerhatian cermat dan tepat serta eksperimen yang sentiasa diulang
untuk menyemaknya. Pengetahuan saintifik ini lama-kelamaan semakin berkembang. Carr
(1992) pula telah mengatakan bahawa sains adalah usaha untuk mengkaji, atau
mendapatkan pengetahuan tentang fenomena alam menggunakan pendekatan yang
sistematik melibatkan penilaian terhadap bukti dan alasan. Teknologi adalah peralatan atau
prosedur yang dibina atau diolah menggunakan fakta sains untuk meningkatkan tahap
kehidupan manusia.

2.0 Contoh-contoh Alat Komunikasi Dalam Bidang Sains Dan Teknologi

Kini dengan perkembangan yang pesat dalam bidang sains dan teknologi
komunikasi pada masa ini telah wujudnya beberapa alat yang membantu manusia untuk
berkomunikasi antara satu sama lain. Salah satunya, ialah telefon yang dapat
menghubungkan seseorang dengan seseorang yang jauh dengannya dan ia juga bersifat
dua hala.

Seterusnya, alat komunikasi lain pula ialah radio yang merupakan hubungan satu
hala yang hanya penyampai sahaja dapat bercakap dan tidak dapat mendengar apa yang
dikatakan oleh pihak kedua iaitu pendengar.

Selain itu juga, alat komunikasi yang dapat dilihat oleh pihak kedua ialah television
yang mempunyai screen yang akan memaparkan gambar dan juga suara. Alat ini selalunya
digunakan untuk menyampaikan sesuatu berita yang mengambarkan situasi semasa.

Di samping itu ada juga alat yang menggunakan tulisan untuk berkomunikasi dengan
yang lain iaitu mesin fax. Alat ini hanya akan menghantar text sahaja. Selalunya ia
digunakan untuk tujuan formal seperti surat rasmi dan kebiasaanya kita dapat lihat alat ini
berada dipejabat-pejabat sekolah kebangsaan.

Akhir sekali alat yang paling digunakan pada masa ini oleh semua lapisan
masyarakat ialah telefon pintar. Alat ini diguna ramai kerana alat ini mudah alih dan
mempunyai pelbagai kegunaan seperti berhubung, mencari maklumat, menangkap gambar
dan lain-lain. Alat ini telah mengalami pelbagai peringkat inovasi dan generasi sahingga kini
terdapat pelbagai jenis telefon pintar yang digunakan. Lebih-lebih lagi dengan capaian
internet yang tinggi menjadikan alat ini sebagai alat yang penting dalam kehidupan manusia
pada masa kini.

3.0 Kebaikan Sains Dan Teknolgi Dalam Bidang Komunikasi

3.1 Kebaikan Dari Segi Kehidupan

Kemajuan sains dan teknologi tidak boleh dinafikan telah membawa banyak
kemudahan dalam bidang komunikasi kehidupan harian manusia. Kebaikan sains dan
teknologi dalam kehidupan harian yang paling ketara ialah memudahkan urusan manusia di
pejabat. Banyak pejabat atau jawatan kini telah memperkenalkan sistem online yang telah
memudahkan urusan kita seperti pemohonan atas talian, bayaran atas talian dan lain-lain.
Contohnya, kita boleh membuat pembelian secara atas talian tanpa keluar dari rumah dan
pembayaran kertas wang. Pengenalan sistem online memudahkan jabatan kerajaan dan
swasta berkomunikasi di antara satu sama lain. Impaknya, teknologi ini menjimatkan
penggunaan kertas kerana urusan surat-menurat diganti dengan komunikasi menerusi
sistem online tersebut.

Selain itu, sains dan teknologi turut memudahkan komunikasi atau perhubungan
sesama manusia tidak kira di mana atau bila masa. Dengan kewujudan teknologi seperti
telefon, masyarakat dapat berhubung dengan rakan dan keluarga di hujung jari sahaja.
Perkara ini boleh merapatkan hubungan di antara ahli keluarga, sahabat, dan kenalan
kerana kosnya yang begitu murah.Kewujudan sains dan teknologi telah membantu
masyarkat berkomunikasi dengan lebih mudah, cepat dan murah berbanding dengan
menulis surat.

Sains dan teknologi dalam komunikasi telah membantu manusia berkawan dengan
sesiapa sahaja di pelosok dunia ini menerusi satu sentuhan jari sahaja. Perkembangan
teknologi seperti internet telah membantu masyarakat suatu tempat berkenalan dengan
masyarakat dari negara lain seperti China, Jepun dan lain-lain tanpa menjejak ke tanah
negara tersebut. Dengan ini, masyarakat dapat berkongsi dan memahami kebudayaan
negara yang berlainan.

Kebaikan seterusnya ialah setiap lapisan masyarakat mampu memperoleh maklumat


terkini di sekeliling. Kemajuan sains dan teknologi dalam bidang komunikasi seperti
televisyen dan radio telah memudahkan masyarakat mendapatkan berita terkini tentang apa
yang berlaku di dunia ini. Contohnya, pada masa virus COVID-19 masyarakat tidak
dibenarkan keluar dan mereka tetap dapat memperoleh maklumat terkini tentang seluruh
dunia. Masyarakat dapat mencari maklumat dan berkongsi pengetahuan secara atas talian.

Seterusnya, sains dan teknologi turut membantu kehidupan suri rumah menjadi lebih
mudah dan teratur. Penciptaan pelbagai jenis mesin dapat menggantikan tenaga wanita
dalam menguruskan rumah tangga mereka. Sebagai contoh, penggunaan mesin basuh,
periuk elektrik, dan pengisar makanan. Maka, bebanan yang dipikul sebagai suri rumah
akan berkurangan dan kehidupan seharian mereka menjadi lebih menarik. 

3.2 Kebaikan Dari Segi Pendidikan

Tambahan pula, sektor pendidikan turut menerima tempias pengenalan sains dan
teknologi tersebut. Penggunaan komputer menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran
di sekolah lebih menarik serta efisien. Lantaran itu, para pelajara akan lebih mudah dan
cepat memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru mereka.

Perkembangan sains dan teknologi di bidang komunikasi juga memperkenalkan


pembelajaran atas talian. Masyarakat dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran
atas talian tanpa berjumpa secara muka hadap muka. Guru dan pelajar tetap boleh
berhubung dengan kewujudan teknologi pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Pembelajaran secara atas talian juga dapat menjimatkan penggunaan kertas dan
melindungi sumber alam sekitar.

   

4.0 Keburukan Sains Dan Teknologi Dalam Bidang Komunikasi

Namun, setiap perkara mempunyai kesannya. Perkembangan sains dan teknologi


juga membawa keburukan terhadap kehidupan manusia. Perkembangan sains dan
teknologi yang semakin maju menyebabkan manusia semakin bergantung kepadanya.
Manusia terlalu bergantung kepada kecanggihan teknologi komunikasi sehingga tidak sudi
berjalan keluar dari rumah untuk bertemu dengan orang lain. Mereka lebih rela berhubung
dengan masyarakat lain menggunakan kecanggihan internet dan telefon bimbit seperti video
call. Terdapat sesetengah masyarakat lebih rela membeli barangan dan makanan secara
atas talian berbanding dengan pergi ke kedai. Mereka tidak sudi berkomunikasi dengan
masyarakat secara muka berhadapan dengan muka. Ini akan menyebabkan hubungan
antara masyarakat semakin jauh.

Selain itu, berkawan dengan orang yang salah. Teknologi komunikasi semakin maju
sehingga dapat berkenalan dengan rakan atau masyarakat di luar negara melalui Facebook,
Instagram dan lain-lain. Ini meningkatkan kemungkinan seseorang berkawan dengan
masyarakat yang negatif seperti individu yang terlibat dalam gejala sosial. Demi berkawan
dengan individu tersebut, seseorang mungkin akan terlibat dengan gejala sosial juga. Selain
itu, terdapat sesetengah masyarakat menggunakan teknologi komunikasi untuk menipu
orang keluar dan menjalani kegiatan tidak baik seperti merogol dan menipu duit.

Keburukan seterusnya ialah minda masyarakat terjejas. Perkembangan teknologi


telah memudahkan masyarakat mendapatkan maklumat atau berita dari tempat lain.
Teknologi komunikasi seperti televisyen berperanan menyebarkan nilai murni dan
kebudayaan kepada setiap lapisan masyarakat. Tidak dapat dinafikan bahawa media massa
juga akan menyebarkan nilai yang negatif seperti keganasan kepada masyarakat. Generasi
muda mudah terpengaruh dengan nilai tersebut dan semakin lama mengabaikan nilai murni
yang sepatutnya ada dalam jiwa. Di samping itu, mereka juga mudah terpengaruh dengan
kebudayaan luar negara seperti budaya dari Korea iaitu K-POP. Ini akan menyebabkan
masyarakat negara akan melupakan kebudayaan unik negara sendiri sehingga kebudayaan
tersebut hilang di generasi seterusnya.

5.0 Penutup

Kesimpulannya, sains dan teknologi membawa seribu satu kesan positif kepada
manusia. Walau bagaimanapun, keburukan wujud apabila masyarakat menyalahgunakan
sains dan teknologi. Terdapat pihak yang melihat teknologi dan sains sebagai suatu perkara
yang menjadikan manusia semakin malas. Bak kata pepatah, sekali air bah sekali pantai
berubah yang menyaksikan kehidupan manusia bakal ditentukan oleh penghasilan sains
dan teknologi yang sentiasa berubah. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat hendaklah
menggunakan kemajuan sains dan teknologi yang ada dengan sebaiknya. 
Rujukan

Admin Zon Tengah. (2019, 22 July). Kebaikan dan Keburukan Sains Dan Teknologi. Dimuat
turun daripada http://www.didik.nas.my/index.php?route=news/article&news_id=87

halimatohassanshazalli. (2019, 22 May). Contoh Karangan-Kebaikan Perkembangan Sains


dan Teknologi kepada Manusia. Dimuat turun daripada
https://halimatonhassanshazalli.site123.me/my-blog/contoh-karangan-kebaikan-
perkembangan-sains-dan-teknologi-kepada-manusia

Anda mungkin juga menyukai