Anda di halaman 1dari 3

JK KEWANGAN SEKOLAH

 
1. Membaca dan memahami pekeliling pengurusan kewangan dan perakaunan
sekolah.
2. Mengeluarkan surat kuasa memungut yuran kepada penyelaras tingkatan, guru
kelas dan pembantu tadbir
3. Memesan dan mendaftar buku resit untuk tujuan pungutan.
4. Mengagihkan buku resit kepada guru  kelas dan penyelaras tingkatan.
5. Memastikan semua terimaan dimasukkan ke dalam bank.
6. Memastikan semua pembelian / pembayaran mengikut peraturan kewangan.
7. Menyediakan buku tunai Kerajaan/ Asrama / SUWA / Panjar Wang Runcit /
subsidiari.
8. Memastikan semua kutipan yuran mendapat kebenaran JPN.
9. Memastikan setiap penbelian yang dibuat mengikut prosedur kewangan yang
sedang berkuatkuasa. 

JK PERMUAFAKATAN DAN PERHUBUNGAN LUAR

1. Merancang akviti dua hala antara ibubapa dan guru bagi meningkatkan prestasi
keseluruhan sekolah dari segi pengurusan pentadbiran, akedemik, kokurikulum dan
sahsiah murid.
2. Melaksanakan aktiviti bersama antara guru-guru dan komuniti untuk memperbaiki
dan meningkatkan pencapaian murid dalam semua bidang.
3. Membantu mencari dana sebagai menampung kos perjalanan aktiviti.
4. Memastikan hubungan antara pihak sekolah, ibubapa , komuniti setempat serta
dengan agensi luar sentiasa berterusan dan harmonis.

SK SERI LANANG 2018


JK PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN
 
1. Membaca, memahami dan melaksanakan semua arahan KPM, JPN dan PPD
berkaitan pengurusan aset dan inventori
2. Memastikan semua penerimaan/pembelian harta modal/inventori/bekalan pejabat
direkodkan dalam Daftar Harta Modal/  Daftar Inventori / Daftar Bekalan Pejabat
3. Semua harta modal dan Inventori didaftar dalam MySPA
4. Menguruskan semua harta benda sekolah yang hendak dilupuskan mengikut
peraturan.
5. Memasti semua harta modal dan inventori telah dilabel
6. Mengenal pasti keperluan perabot.
7. Memastikan sistem inventori dilaksanakan .
8. Memastikan semakan inventori dilaksanakan pada setiap akhir tahun.
9. Menguruskan penyelenggaraan dan baik pulih harta modal.
10. Memastikan keselamatan semua harta benda sekolah.
11. Memastikan semua murid-murid memulangkan semua peralatan sekolah yang
dipinjam

JK PERANCANGAN STRATEGIK

1. Menyelaras kajian Perancangan Tahunan, perancangan Strategik dan Dasar


Sekolah
2. Mengkaji pelaksanaan perancangan tahunan, perancangan strategik dan dasar
sekolah secara berkala
3. Mencadangkan pindaan, ubah suaian dan penambahbaikan perancangan tahunan,
perancangan strategik dan dasar sekolah dari semasa ke semasa
4. Merancang dan mencadangkan mekanisme dan prosedur kawalan perancangan dan
dasar sekolah.
5. Menyediakan instrumen kawalan perancangan dan dasar sekolah
6. Mengenal pasti Jabatan dan Unit yang memerlukan pemantauan sama ada secara
berkala atau sekali sekala
7. Menyediakan kaedah statistik untuk mengukur pencapaian objektif perancangan dan
dasar sekolah.
8. Mengakaji, meminda dan menambah senarai tugas JK sekolah dari semasa ke
semasa.

SK SERI LANANG 2018


9. Mengkaji dan mengenal pasti kekangan, kekuatan dan kelemahan perancangan
tahunan, perancangan strategik dan dasar sekolah.

SK SERI LANANG 2018

Anda mungkin juga menyukai