Anda di halaman 1dari 20

PEMARKAHAN TUGASAN

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015

I`JAZ AL-QURAN

HIQ 3063

TUGASAN INDIVIDU

MOTIVASI DALAM AYAT AL-QURAN: KAJIAN BERDASARKAN


SURAH AL-KAHFI.

KUMPULAN : UPSI01(A141PJJ)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. ID NO. TELEFON

MOHD NUSHIRWAN SHAH B. RAMLI D20112054215 0133224119

NAMA TUTOR E-LEARNING : Dr. ABD. RAHMAN B. ABD GHANI

TARIKH SERAH : 21 November 2014


[HIQ 3063 I`JAZ AL-QURAN] TUGASAN 1

ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Halaman


Abstrak 1
1.0 Pendahuluan 2
2.0 Definisi I`jaz Tarbawi 6
2.1 Surah al-Kahfi dan kelebihannya. 6
2.2 Hadis-hadis Berkaitan Kelebihan Surah al-Kahfi 7
2.3 Suntikan Motivasi daripada surah al-Kahfi. 9
3.0 Kesimpulan 17
Rujukan 18

‫‌أ‬
[HIQ 3063 I`JAZ AL-QURAN] TUGASAN 1

MOTIVASI DALAM AYAT AL-QURAN:KAJIAN BERDASARKAN SURAH AL-KAHFI

MOHD NUSHIRWAN SHAH B. RAMLI

ABSTRAK

Motivasi merupakan suatu elemen yang bersifat kerohanian dalam diri seseorang manusia.
Dengan motivasi seseorang itu dapat mencapai sesuatu kejayaan yang diingininya. Dewasa ini
kemunculan pakar-pakar motovasi telah menjadi suatu fenomena yang perlu diberi perhatian,
pendekatan dan kaedah yang diberikan oleh pakar-pakar ini yang banyak dipelopori oleh
pemikiran barat adalah dibimbangkan akan mempengaruhi fikiran dan jiwa seseorang itu. Oleh
yang demikian kajian ini telah dibuat dengan bertujuan untuk mencari dan memahami ayat-ayat
al-Quran yang boleh memberi motivasi kepada pembaca dan pengamalnya. Kajian ini juga
bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai i`jaz al-Quran yang terdapat di
dalam surah al-Kahfi ini atau secara khusunya berdasarkan dari i`jaz tarbawi. Adalah diharap
dengan kajian ini dapat membantu pembaca dalam meningkatkan keyakinan di dalam diri
dengan mengambil al-Quran sebagai sumber utama terlebih dahulu dalam mengecapi kejayaan
di dunia mahupun akhirat.

1
[HIQ 3063 I`JAZ AL-QURAN] TUGASAN 1

1.0 Pendahuluan.

Secara umumnya pengertian konsep motivasi dapat dijelaskan sebagai keadaan


dalaman diri yang membangkit, menguasai dan mengekalkan sesuatu tingkah laku dalam diri
seseorang itu (Woolfolk, 1998). Antara traits yang selalu dikaitkan dengan konsep motivasi
ialah : Keinginan (drives), keperluan (needs), insentif, rasa takut (fears), matlamat (goals),
tekanan sosial (social pressure), kepercayan diri (self-confidence), minat (interests), rasa ingin
tahu (curiousity), kepercayaan (beliefs), nilai (values), pengharapan (expectations), dan
berbagai lagi.

Satu kesimpulan boleh dibuat bahawa motivasi bergantung kepada dua faktor, iaitu
faktor dalaman dan faktor luaran yang masing-masing dikenali sebagai motivasi intrinsik dan
motivasi ekstrinsik.

a. Motivasi Intrinsik

Jenis motivasi ini dikaitkan dengan faktor dalaman diri seperti keperluan, minat, rasa
ingin tahu, dan rasa kepuasan diri. Jenis motivasi ini dikenali sebagai motivasi dalaman
(intrinsik). Ia juga merupakan ciri semula jadi manusia, atau tabii manusia, untuk cuba
mengatasi segala cabaran dalam proses mendapatkan sesuatu yang diingininya (Reeve, 1996).
Apabila seseorang itu mempunyai keinginan yang intrinsik, dia tidak memerlukan apa-apa
insentif atau hukuman untuk melakukannya kerana aktiviti itu sendiri sudah dapat memenuhi
kepuasan dan keperluan dalaman individu itu. Mengikut Raffini (1996), motivasi intrinsik
merupakan ‘…what motivates us to do something when we don’t have to do anything.’

b. Motivasi Ekstrinsik

Jenis motivasi ini dikaitkan dengan faktor luaran diri atau faktor persekitaran seperti
hadiah atau ganjaran, tekanan sosial, hukuman, dan lain-lain. Jenis motivasi ini dikenali sebagai
ekstrinsik atau motivasi luaran. Motivasi ekstrinsik adalah berlawanan dengan motivasi intrinsik
di mana aktiviti yang dibuat adalah bertujuan untuk mendapatkan ganjaran, atau untuk dipuji,
atau untuk mengelak daripada hukuman, atau untuk mendapatkan perhatian seseorang yang
disayangi, atau apa sahaja sebab selain daripada untuk pemenuhan kendiri. Hakikatnya
seseorang itu tidak sebenarnya berminat untuk melakukan aktiviti itu, tetapi sebaliknya semata-
mata untuk mendapat ganjaran.

2
[HIQ 3063 I`JAZ AL-QURAN] TUGASAN 1

Islam yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad SAW lebih 1400 tahun yang lalu telah
datang dengan teori-teori pendidikan (termasuk motivasi) yang komprehensif bersumber Al-
Quran dan As Sunnah (Muhanna, 1990). Menurut Baharuddin (2005) di antara perkara utama
yang membezakan di antara psikologi Islam dan Barat adalah persoalan tentang manusia.
Perbezaan pandangan tentang manusia di kalangan ahli Psikologi Barat sendiri telah
melahirkan berbagai-bagai teori yang berkembang di Barat. Psikologi Islami telah
membangunkan teori dan konsep tentang manusia bersumberkan kitab suci Al Quran yang
menyeluruh meliputi: Jasmaniah (tubuh fizikal), Nafsiah (Al-nafsu, al-aql dan al-qalb) dan
Ruhaniah.

Ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW telah mengandungi teori-teori pendidikan
dan psikologi (termasuk motivasi) yang komprehensif (Muhanna, 1990). Konsep-konsep
motivasi ini telah lama diaplikasikan di dalam pendidikan di dalam dunia Islam dan para sarjana
Islam telah menulis mengenai mengenainya (psikologi manusia dan motivasi) secara intensif
walaupun istilah psikologi tidak wujud pada ketika itu (Haque, 2004).

Najati (2001) telah mengemukakan teori motivasi berdasarkan kaedah pendidikan yang telah
digunakan oleh Al Quran dan kaedah pendidikan yang digunakan oleh Nabi Muhammad S.A.W
(Najati, 2006). Najati telah membincangkan teori motivasi di dalam Al Quran dalam bentuk :

i. Motivasi fisiologi seperti motivasi menjaga kelangsungan hidup dan motivasi menjaga
keturunan.
ii. Motivasi kejiwaan/spritual seperti motivasi kejiwaan, motivasi spritual.
iii. Motivasi tidak sedar
iv. konflik di antara motivasi-motivasi
v. kaedah untuk mengawal motivasi
vi. Penyimpangan motivasi-motivasi.

Najati (2001) juga telah membincangkan di antara kaedah yang digunakan di dalam Al-Quran
adalah untuk menimbulkan motivasi pembelajaran seperti:

A. Menimbulkan Motivasi dengan Memberikan Harapan (targhib) dan Ancaman(tarhib).

Manusia cenderung melakukan perbuatan yang menyeronokkan dan menjauhi perbuatan yang
menyakitkan. Banyak eksperimen yang telah dilakukan oleh ahli psikologi moden tentang
perkara ini. Ayat-ayat targhib di dalam Al-Quran yang menerangkan tentang kenikmatan syurga
akan membangkitkan cita-cita umat Islam untuk mendapatkan kenikmatan ini dan berpegang

3
[HIQ 3063 I`JAZ AL-QURAN] TUGASAN 1

teguh pada takwa manakala ayat-ayat tarhib yang menerangkan tentang siksa neraka akan
membuatkan mereka menjauhi segala perbuatan dosa. Penggunaan kedua-dua kaedah ini
secara bersama adalah lebih berkesan berbanding dengan hanya menggunakan salah satu
kaedah sahaja.

B. Membangkitkan motivasi dengan kisah-kisah.

Melalui cerita Al Quran memberi nasihat dan membimbing serta mendidik manusia berbagai
pelajaran dan hikmah. Menurut Najati (2001) kebiasaannya kisah di dalam Al Quran dimulai
dengan ringkasan cerita diikuti dengan penceritaan kisah secara mendalam. Contohnya seperti
kisah Ashabul Kahfi. Ada juga kisah yang dimulai dengan menyebut akibat dan tujuan terlebih
dahulu sebelum kisah diceritakan.

C. Memanfaatkan peristiwa-peristiwa penting.

Peristiwa-peristiwa dan masalah-masalah merupakan salah satu faktor yang dapat


membangkitkan motivasi. Al Quran telah menceritakan peristiwa-peristiwa penting yang dilalui
oleh umat Islam terdahulu dan penyelesaian masalah yang telah diambil sebagai panduan
kepada umat kini. Kepentingan memanfaatkan peristiwa-peristiwa penting ini juga boleh dilihat
dari sebab-sebab turunnya ayat-ayat Al Quran (asbabunnuzul). Kebanyakkan ayat Al Quran
juga diturunkan bertepatan dengan peristiwa penting yang berlaku pada ketika itu. Menurut
Najati, motivasi adalah merupakan sebahagian daripada prinsip-prinsip pembelajaran yang
telah digunakan di dalam Al Quran dan Rasulullah di dalam mendidik umat Islam. Oleh yang
demikian bahagian yang seterusnya akan membincangkan prinsip-prinsip pembelajaran ini.

i. Ganjaran (reward).

Najati (2006) juga telah membincangkan mengenai penghargaan/ganjaran (reward) di dalam


pembelajaran pendidikan. Bentuk-bentuk ganjaran yang digunakan oleh Al-Quran dan
Rasulullah tidak hanya berbentuk kebendaan tetapi juga di dalam bentuk abstrak seperi pujian,
penghargaan dan motivasi. Dari segi jangkamasa ganjaran pula, terdapat tiga bentuk yang
digunakan oleh Al Quran dan Rasulullah iaitu:

 pemberian ganjaran secara serta merta.

contohnya Rasulullah SAW telah memerintahkan agar bayaran upah pekerja hendaklah
di bayar sebelum kering peluh pekerja.

4
[HIQ 3063 I`JAZ AL-QURAN] TUGASAN 1

 menangguhkan pemberian ganjaran dalam tempoh jangka


panjang ,contohnya :ganjaran bagi orang yang berbuat kebaikan ialah syurga.
 pemberian ganjaran tanpa menetapkan batasan masa yang jelas sebagai contohnya
malam lailatur Qadar yang bersamaan dengan ganjaran seribu bulan tidak dinyatakan
masanya dengan jelas. Menurut Najati (2006) perkara ini dapat merangsang motivasi
umat Islam untuk beramal sepanjang bulan Ramadhan terutama sepuluh malam yang
terakhir.

ii. Pembahagian waktu belajar.

Di dalam pendidik bangsa Arab yang sudah terkenal dengan tradisi buruk yang telah mengakar
umbi di dalam masyarakat mereka Rasulullah SAW telah menggunakan kaedah iaitu :

 kaedah penanaman iaitu menamkan keimanan di dalam diri manusia.


 menggunakan kaedah bertahap didalam pendidikan contohnya seperti pengharaman
arak telah melalui tiga fasa iaitu larangan menjauhinya, larangan bersolat ketika solat
dan larangan secara mutlak.

iii. Pengulangan.

Al Quran dan Rasulullah SAW menggunakan prinsip pengulangan ketika mendidik


manusia.Sebagai contohnya Rasulullah akan mengulangkan sehingga tiga kali sehingga para
sahabat benar-benar memahami ajaran yang disampaikan. Menurut Najati (2001) pengulangan
kisah-kisah di dalam Al Quran bukanlah pengulangan secara menyeluruh melainkan hanya
menyebut beberapa peristiwa pada suatu kisah yang sesuai dengan kandungan surah itu.
Apabila berlaku pengulangan serangkai kisah, biasanya akan dikemukan sesuatu yang baru
dan berlaku perubahan didalam susunan ayat atau perbezaan pada cerita permulaan atau
akhiran sesuai dengan tuntutan ungkapan yang dimaksudkan di dalam kisah tersebut.

iv. Menarik perhatian.

Al Quran telah menyentuh akan peri pentingnya memberikan perhatian kepada pendidikan yang
disampaikan. Beberapa kaedah juga telah digunakan Al Quran untuk menarik perhatian orang
yang membacanya sebagai contohnya dengan menggunakan perumpamaan-perumpamaan,

5
[HIQ 3063 I`JAZ AL-QURAN] TUGASAN 1

memulakan surah dengan huru-huruf hijaiyah seperti Alif Lam Mim, penggunaan sumpah di
permulaan ayat, susunan kata di dalam Al Quran berbeza dengan adanya i‘jaz balaghah serta
alunan muzik yang dapat membangkitkan perasaan dan menarik perhatian.

v. Berperanan aktif.

Ajaran Islam meminta umatnya berperanan aktif dengan mengamalkan sendiri ilmu-ilmu yang
telah dipelajarinya. Terdapat banyak ayat Al Quran yang menjelaskan tentang perlunya iman
yang diiringi dengan amal soleh.

Melalui penjelasan di atas jelaslah bahwa rahsia yang terkandung di dalam Al-Quran itu
merupakan suatu i`jaz yang perlu dirungkai, dikaji dan teliti oleh umat islam itu sendiri. Oleh
yang demikian, kajian ini cuba untuk menghuraikan apakah i`jaz yang terkandung di dalam
surah al-Kahfi ini khusunya berfokuskan kepada topik motovasi yang boleh didapati di dalam
surah ini.

2.0 Definisi I`jaz Tarbawi

Kehebatan mukjizat al-Quran yang dikurniakan kepada Rasulullah S.A.W ialah dari segi
maknawi antaranya ialah ianya rasional dan dapat diterima akal. Al-Quran berbicara dengan
manusia sehingga menjadikan segala perkhabaran di dalam al-Quran sangat rasional sehingga
kini. Antara lain ia bersifat abadi, yakni kekal kehebatannya sehingga akhir zaman malah
semakin banyak kajian terhadap al-Quran dilakukan, maka semakin hebat nampak isi
kandungan dan relevensinya dengan kehidupan dan manusia.

Kalimah Tarbawi dinisbahkan kepada tarbiyyah yakni pendidikan. Di dalam tarbiyyah


tersebut terdapat pengajian dari segi akademik ( Dirasah Akadimiyyah ) dan kaedah-kaedah
pentarbiahan. Ibnu Miskawaih mendefinisikan pendidikan sebagai adab syariat dan
melaksanakan tugas-tugas serta syariat-syariatnya sehingga menjadi tradisi bagi anak. Ibnu
Sina pula mendefinisikan ialah kecenderungan anak-anak lalu mengarahkannya pada karya
nyata seperti kecenderungannya.

2.1 Surah al-Kahfi dan kelebihannya.

6
[HIQ 3063 I`JAZ AL-QURAN] TUGASAN 1

Surah ini merupakan salah satu surah dalam al-Quran yang mempunyai banyak kelebihan dan
keutamaan sebagaimana pengkhabaran yang terdapat pada hadis-hadis Rasulullah SAW. Akan
tetapi surah ini seakan terpinggir dariapada menjadi amalan kaum Muslimin. Terutama
membacanya pada hari atau malam Jumaat.

Telah menjadi kebiasaan kepada kebanyakkan umat Islam di Nusantara membaca


surah Yasin dan dikhususkan amalannya pada malam Jumaat dengan harapan mendapatkan
keutamaannya. Namun semua hadis yang menerangkan keutamaan surah Yasin tidak
mencapai darjat sahih terutamanya apabila dikhususkan bacaan surah tersebut pada malam
Jumaat. Namun begitu bukan beerti tidak boleh membacanya, amalan pengkhususan membaca
surah Yasin pada malam Jumaat dan mengabaikan surah yang sepatutnya dibaca iaitu surah
al-Kahfi bertentangan dengan saranan dan tunjuk ajar Rasulullah SAW.

Surah ini amat sesuai dibaca selepas solat Maghrib sementara menantikan masuknya
waktu solat Isyak. Membacanya dengan ikhlas, penuh keimanan dan menghayati isi
kandungannya serta berusaha mengamalkannya akan memperoleh keutamaan yang sangat
besar sebagaimana penjelasan yang disampaikan Nabi Muhammad SAW dalam hadis-
hadisnya.

2.2 Hadis-hadis Berkaitan Kelebihan Surah al-Kahfi

Berikut adalah hadis-hadis tentang keutamaan surah al-Kahfi:

‫‌أ‬. Peroleh cahaya di antara dua jumaat dan pada hari kiamat.

ِ ِ ِ
َ ‫من النُّوِر ما‬
1
‫بين الجمعتي ِن‬ َ ‫من قرأَ سورةَ الْ َكهف في يوم الجمعة‬
َ ُ‫أضاء لَه‬
Daripada Abu Sa`id al-Khudri r.a., bahawa Nabi SAW bersabda: “Barang siapa yang
membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan menyinarinya dengan
cahaya di antara dua Jumaat. (Riwayat al-Hakim dan Baihaqi)

Menurut muhaddisin, nur (cahaya) yang disebutkan dalam hadis tersebut bolehlah diertikan
sebagai nur ma`nawi dengan makna, sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat
maka ia akan menjadi penghalang kepada pembacanya daripada melakukan maksiat. Allah

1
‫الراوي‬: ‫المحدث أبو سعيد الخدري‬: ‫الذهبي‬- ‫المصدر‬: ‫ المهذب‬- ‫الصفحة أو الرقم‬: 3/1181
‫خالصة حكم المحدث‬: ‫وقفه أصح‬

7
[HIQ 3063 I`JAZ AL-QURAN] TUGASAN 1

SWT memberi petunjuk ke jalan yang benar melalui pengajaran yang terdapat pada ayat-
ayatnya sebagaimana seseorang itu diterangi dengan cahaya dalam kegelapan.

Maksud yang kedua bagi cahaya ialah nur hissi dengan maksud; sesungguhnya cahaya
itu menerangi wajahnya pada hari kiamat dan di dunia wajahnya juga berseri-seri. Tafsiran yang
kedua ini lebih tepat dengan hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar
r.a.:

‫ وغُ ِف َر‬، ‫القيامة‬


ِ ‫يوم‬ ِ َّ ‫نان‬ ِ ‫تحت‬
ِ ‫قدم ِه إلى َع‬ ِ ‫ سطع لَهُ نور ِمن‬، ‫الجمعة‬
ِ ِ ‫ف في‬
ِ ‫من قرأَ سورةَ ال َك ْه‬
َ ُ‫ يضيءُ لَه‬، ‫السماء‬ ٌ َ َ ‫يوم‬ َ
2
‫بين الجمعتي ِن‬
َ ‫لَهُ ما‬

Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat maka cahaya akan
menerangi untuknya dari bawah tapak kakinya hingga ke langit dan menerangi
untuknya pada hari kiamat serta diampunkan untuknya di antara dua Jumaat.
(Dinukilkan oleh al-Munziri dalam al-Targhaib wa al-Tarhib)

‌ . Penyelamat daripada fitnah Dajjal.


‫ب‬

3ِ ِ ‫ ِمن‬: ‫واية‬
‫آخ ِر سورةِ الكهف‬ ٍ ‫ وفي ِر‬. ‫ال‬ َّ ‫ص َم ِم َن الد‬
ِ ‫َّج‬ ِ ‫الكهف ُع‬
ِ ِ‫آيات ِمن أ ََّو ِل سورة‬
ٍ ‫من ح ِفظ َع ْشر‬
ْ ْ َ َ َْ

Daripada Abu Darda` r.a., bahawa Nabi SAW bersabda: “Barang siapa yang
menghafal 10 ayat pertama daripada surah al-Kahfi, nescaya dia akan terlindung
daripada (fitnah) Dajjal.” Dan dalam riwayat lain disebutkan “(10 ayat terakhir) daripada
surah al-Kahfi.” (Riwayat Imam Muslim, Ahmad, Ibnu Hibban, al-Hakim dan Baihaqi).

Antara lain terkandung di dalam hadis:

2
‫لراوي‬: ‫المحدث عبدهللا بن عمر‬: ‫المنذري‬- ‫المصدر‬: ‫ الترغيب والترهيب‬- ‫الصفحة أو الرقم‬: 1/354
‫خالصة حكم المحدث‬: ‫إسناده ال بأس به‬
3
‫الراوي‬: ‫المحدث أبو الدرداء‬: ‫األلباني‬- ‫المصدر‬: ‫ تحقيق رياض الصالحين‬- ‫الصفحة أو الرقم‬: 1028
‫خالصة حكم المحدث‬: ‫ "فمن أدركه منكم فليقرأ عليه فواتح سورة‬:‫الرواية األخرى شاذة والمحفوظ الرواية األولى ولها شاهد‬
‫"الكهف‬

8
[HIQ 3063 I`JAZ AL-QURAN] TUGASAN 1

ِ ‫آيات ِمن‬
‫آخ ِرها ثم خرج‬ ٍ ‫ ومن قرأ ع ْشر‬، َ‫مكة‬ ِ ‫القيامة ِمن م‬
َّ ‫قامه إلى‬ ِ ‫يوم‬ ِ
ْ َ َ َْ َ ْ َ ‫ورا‬
ً ُ‫كانت له ن‬
ْ ‫لت‬ ْ ‫الكهف كما أُنز‬ ‫قرأ سورَة‬
َ ‫َم ْن‬
‫ب بَِر ٍّق‬ ِ ِ ْ َّ‫الدجال لم يُسل‬
َ ‫وأتوب إليك ُكت‬
ُ ‫أستغفرك‬
ُ ‫أنت‬
َ ‫وبحمدك ال إلهَ إال‬ ‫ سبحانَك اللهم‬: ‫وم ْن توضَّأ ثم قال‬
َ ، ‫ط عليه‬ ُ
4ِ ِ ‫ثم طُبع بطابع فلم يكسر إلى‬
‫يوم القيامة‬ ْ ُ َ

Daripada Abu Sa`id al-Khudri r.a., beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Barang
siapa membaca surah al-Kahfi sebagaimana diturunkannya, maka surah ini akan
menjadi cahaya baginya pada hari kiamat dari tempat tinggalnya hingga ke Makkah.
Dan barng siapa membaca 10 ayat terakhir daripada surah al-Kahfi lalu Dajjal keluar
(datang), maka Dajjal tidak akan membahayakannya. Dan barang siapa berwuduk lalu
dia mengucapkan; Maha suci engkau ya Allah, dan dengan memuji-Mu, aku bersaksi
bahawa tiada sembahan yang haq diibadahi selain Engkau, aku memohon ampunan
dan aku bertaubat kepada-Mu, maka ia akan ditulis pada lembaran putih yang bersih,
kemudian dicetak dengan alat cetak yang tidak akan rosak sampai hari kiamat.”
(Riwayat Nasa`I, Tabarani dan al-Hakim)

2.3 Suntikan Motivasi daripada surah al-Kahfi.

Al-Kahfi bererti gua yang besar lagi luas sehingga dapat didiami orang atau tempat berteduh.
Surah ini dinamakan al-Kahfi atau gua diiktibar daripada kisah beberapa orang anak muda yang
pergi bersembunyi ke dalam gua atau al-Kahfi, dan dengan kehendak Allah SWT mereka
tertidur di sana sehingga 309 tahun lamanya. Bukan itu sahaja, surah ini juga adalah antara
surah-surah yang istimewa di dalam al-Quran kerana terdapat di dalamnya beberapa kisah
mengenai ummat terdahulu yang penuh pengajaran sebagai pedoman serta sumber inspirasi
dan motivasi untuk kita tekuni. Firman Allah SWT:

‌‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ 

‌‌‌‌ ‌‌‌‌‌‌‌‌‌

4
‫الراوي‬: ‫المحدث أبو سعيد الخدري‬: ‫ابن الملقن‬- ‫المصدر‬: ‫ البدر المنير‬- ‫الصفحة أو الرقم‬: 2/292
‫خالصة حكم المحدث‬: ‫الوقف هو الصواب‬

9
[HIQ 3063 I`JAZ AL-QURAN] TUGASAN 1

111. Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran Yang


mendatangkan iktibar bagi orang-orang Yang mempunyai akal fikiran. (kisah
Nabi-nabi Yang terkandung Dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita Yang
diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa Yang tersebut di Dalam Kitab-kitab
ugama Yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan Yang
menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi
kaum Yang (mahu) beriman.

Walaupun surah ini menceritakan kisah-kisah yang menarik untuk dibaca dan dibincang
perinciannya, setiap daripadanya melambangkan keperluan menjadikan Iman dan Tauhid
sebagai dasar dalam segala aktiviti keduniaan manusia. Surah ini juga memberi panduan
kepada orang yang beriman, cara untuk membuat pilihan dan keputusan yang betul kerana
hakikat kehidupan manusia di dunia ini adalah tentang membuat keputusan yang betul.

Oleh itu apakah ayat yang terkandung di dalam surah al-Kahfi ini yang boleh menjadi sumber
motivasi kepada seseorang muslim itu, di sini penulis menyenaraikan antara ayat yang
sekiranya dikaji oleh pembaca akan mendapat sesuatu yang disebut sebagai i`jaz di dalam
surah ini.

1. Antara kesempitan gua dan keluasan serta kemewahan dunia demi menyelamatkan
iman.

‌‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ 

‌‌‌‌‌‌‌‌

16. dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa Yang
mereka sembah Yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya
Tuhan kamu melimpahkan dari rahmatNya kepada kamu, dan menyediakan
kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu Dengan memberikan
bantuan Yang berguna".

Di sebutkan dalam kisah Ashabul Kahfi ini betapa luasnya akibat buruk daripada kemudaratan
dan kerosakan yang menumbuhkan kebencian dan bagaimana usaha untuk meninggalkannya.

10
[HIQ 3063 I`JAZ AL-QURAN] TUGASAN 1

Dan sesungguhnya jalan ini adalah jalan yang ditempuh kaum mukminin dalam mencari redha
Allah. Ringkasnya, keseluruhan ayat yang menceritakan pengembaraan iman Ashabul Kahfi ini
mengandungi beberapa pengajaran. Antaranya:

Pengajaran tauhid yakni memahami keesaan Allah SWT serta tanda-tanda


kekuasaan-Nya.
Keteguhan iman yang disertai dengan pengorbanan.
Perjuangan para pemuda yang menjadi suri teladan (al-Futuwah al-Qudwah).
Berhijrah (meninggalkan tempat yang tidak layak, yang jika tetap tinggal di sana
akan membahayakan keimanan dan juga keselamatan jiwa raga).
Tawakal (berserah diri hanya kepada Allah SWT.
Berani melawan kebatilan (kemusyrikan).

2. Antara kufur dan syukur dengan kenikmatan dunia.

‌‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ 

‌‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌‌‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌‌‌ 

‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌ ‌‌

37. berkatalah rakannya kepadaNya, semasa ia berbincang dengannya: "Patutkah


Engkau kufur ingkar kepada Allah Yang menciptakan Engkau dari tanah, kemudian dari
air benih, kemudian ia membentukmu Dengan sempurna sebagai seorang lelaki?

38. tetapi Aku sendiri percaya dan yakin Dengan sepenuhnya Bahawa Dia lah Allah,
Tuhanku, dan Aku tidak sekutukan sesuatu pun Dengan Tuhanku.

39. dan sepatutnya semasa Engkau masuk ke kebunmu, berkata: (semuanya ialah
barang Yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan Dengan pertolongan
Allah)? kalau Engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding
denganmu,

11
[HIQ 3063 I`JAZ AL-QURAN] TUGASAN 1

Pengajaran daripada peringatan Allah SWT dalam kisah pemilik dua kebun ini ialah bagaimana
mengurus harta dan segala nikmat Allah dengan cara betul. Harta dan sebarang pemilikan
fizikal adalah liability. Hanya dengan menghubungkan semua harta dan fizikal dengan Allah
sahaja, ia akan menjadi asset yang mendatangkan manfaat. Kunci kejayaan dalam pengurusan
harta dan segala nikmat kehidupan adalah menghubungkannya dengan Allah iaitu
bermatlamatkan keredhaan-Nya, maka ia akan menjadi asset yang penting bagi pelaburan
hidup di dunia dan akhirat.

3. Antara menuruti fikiran manusia dan mematuhi kehendak Allah SWT.

Berkata Khidir a.s. kepada Nabi Musa a.s.:

‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌ ‌‌‌‌

82….dan (ingatlah) Aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah


penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara Yang Engkau tidak dapat
bersabar mengenainya".

Perjalanan Nabi Musa a.s. dan Khidir a.s. mempunyai tiga perhentian, tiga titik yang amat
penting. Tiga tindakan Khidir a.s., yang membuatkan perjalanan mereka terganggu dengan
pertanyaan-pertanyaan Nabi Musa a.s.

Berikut adalah tindakan-tindakannya:

 Khidir a.s. membocorkan perahu milik seorang miskin, yang digunakan oleh mereka
berdua untuk merentas sungai.

‌‌‌‌‌‌‌‌…‌‌‌‌‌‌

71. lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu,
ia membocorkannya.

 Khidir a.s. membunuh seorang anak kecil.

12
[HIQ 3063 I`JAZ AL-QURAN] TUGASAN 1

‌‌‌‌‌…‌‌‌‌‌

74. kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu Dengan
seorang pemuda lalu ia membunuhnya.

 Khidir a.s. menegakkan sebuah dinding yang hamper roboh.

‌‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ 

‌‌‌‌‌…‌‌

77. kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada
penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ,
lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. kemudian mereka dapati di situ
sebuah tembok Yang hendak runtuh, lalu ia membinanya. Nabi Musa berkata:
"Jika Engkau mahu, tentulah Engkau berhak mengambil upah mengenainya!"

Dalam setiap peristiwa ini, Nabi Musa a.s. telah mengemukakan pertanyaan, walaupun Baginda
telah berjanji untuk tidak melakukan perkara tersebut. Akhirnya, selepas kali ketiga Nabi Musa
a.s. bertanya, Khidir a.s. pun berhenti, dan menceritakan hikmah-hikmah mengapa Khidir a.s.
melakukan semua itu.

Melalui kisah Khidir a.s. ini, sebenarnya Allah SWT hendak mendidik kita untuk bersabar
dengan keputusan-keputusan-Nya, segala qadak dan takdir-Nya. Sebab itu, isu perjalanan
Khidir a.s. dengan Nabi Musa a.s., hakikatnya adalah isu bersabar dengan keputusan Allah.

Justeru, apa-apa musibah yang melanda pada keseluruhan kehidupan, hakikatnya


adalah baik untuk kita. Itulah iktibar dan hikmah yang paling penting yang dijelaskan oleh Allah
SWT sebagai panduan untuk kita mengharungi susah payah dan segala ujian dalam hidup ini.

4. Antara amanah dan Khianah dengan kekuasaan.

13
[HIQ 3063 I`JAZ AL-QURAN] TUGASAN 1

‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌ ‌‌‌‌‌‌‌ ‌‌‌‌

98. (setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku;
Dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu
hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar".

Allah SWT tidak akan menceritakan sesuatu di dalam al-Quran melainkan terdapat manfaat
yang maha besar dan hebat padanya. Sudah semestinya insan yang bernama Zulqarnain
merupakan seorang hamba Allah yang cukup soleh dan hebat sehinggakan namanya tercatit
dalam wahyu Allah SWT sehingga hari kiamat.

Kisah Zulqarnain disebutkan Allah SWT dalam surah al-Kahfi, tetapi tidak dijelaskan
pula kepada kita siapakah Zulqarnain, ke mana Baginda pergi, ke barat ataukah ke timur, dan
siapa kaum yang ditujunya itu. Al-Quran tidak menjelaskan semua itu, dan hanya Allah yang
mengetahui hikmah tidak dijelaskannya masalah tersebut.

Sebenarnya tujuan cerita dalam al-Quran, baik dalam surah al-Kahfi mahupun lainnya,
bukanlah semata-mata menyajikan peristiwa sejarah belaka yang hanya sekadar cerita, tetapi
tujuan utamanya ialah agar peristiwa tersebut dijadikan pelajaran serta pedoman. Sebagaimana
firman Allah SWT:

‌‌‌‌ ‌….‌‌‌‌‌‌‌

111. Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran Yang


mendatangkan iktibar bagi orang-orang Yang mempunyai akal fikiran…

Dalam kisah Zulqarnain ini terdapat empat ciri penting yang ditonjolkan oleh al-Quran
berkenaan kepimpinan dan pengurusan, antaranya;

 Pemimpin yang soleh, adil, abid (kuat beribadah), mujahid (seorang pejuang agama).
 Perlembagaan yang adil (menuruti petunjuk dan panduan daripada Allah).
 Bangsa yang tinggi kemahuan dan cita-cita, digembleng sepenuhnya tenaga mereka
kepada keredhaan Allah SWT.
 Kemajuan negara yang hebat.

14
[HIQ 3063 I`JAZ AL-QURAN] TUGASAN 1

Al-Hafiz Ibnu Katsir r.a. menyebutkan dalam kitab Al-Bidayah wa an-Nihayah bahawa;
Zulqarnain ialah seorang raja yang adil dan bijaksana yang telah menjelajahi bumi sebelah
timur dan barat. Baginda ialah seorang Mukmin penyebar agama Allah SWT, melaksanakan
sebab-sebab dalam mencapai tujuannya dan mempunyai banyak keajaiban atas kuasa Allah
SWT. Baginda mengajak penduduk negeri-negeri yang ditakluknya untuk beriman kepada Allah
SWT.

Namun, Baginda tidaklah sombong dan melampaui batas. Meskipun melakukan banyak
penaklukan, segala rakyat tunduk patuh kepadanya, demikian pula Negara-negara dan para
hamba, akan tetapi Baginda tidak pernah menyimpang daripada melakukan keadilan. Bahkan
sebaliknya menegakkan hukum-hukum Allah dalam pentadbirannya, seperti disebutkan dalam
al-Quran:

‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌

‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌

87. ia berkata: "Adapun orang Yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka
Kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya,
lalu diazabkannya Dengan azab seksa Yang seburuk-buruknya.

88. adapun orang Yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan
Yang sebaik-baiknya; dan Kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah
Kami Yang tidak memberati".

Secara ringkasnya al-Quran menceritakan tiga misi utama yang dilakukan oleh Zulqarnain
dalam usahanya berdakwah dan menjalankan amanah sebagai penguasa. Antara misinya;

 Misi 1 (ayat 84-88)

Zulqarnain mengembara ke maghrib (paling barat). Baginda menemui suatu kaum yang
kufur ingkar. Dalam melaksanakan perintah, Baginda menghukum mereka yang zalim dan
melayani dengan baik mereka yang beriman dan beramal soleh. Baginda sebagai seorang
pemimpin yang adil sering mengingatkan mereka tentang balasan Allah SWT berupa azab di

15
[HIQ 3063 I`JAZ AL-QURAN] TUGASAN 1

akhirat kepada yang zalim dan balasan sebaik-baiknya daripada Allah SWT di akhirat kelak
untuk mereka yang beriman dan beramal soleh.

 Misi 2 (ayat 89-91)

Zulqarnain mengembara ke masyriq (paling timur). Baginda menemui suatu kaum yang
primitive yang mendiami kawasan geografi yang tidak berbangunan dan tidak berpokok dan
memberi bantuan yang sewajarnya kepada mereka.

 Misi 3 (ayat 92-98)

Zulqarnain berpatah balik dan menuju ke utara. Baginda menemui suatu kaum yang
tidak memahami bahasanya. Kaum berkenaan menceritakan kepada Zulqarnain tentang Yakjuj
dan Makjuj yang melakukan kerosakan di muka bumi. Mereka memohon khidmat professional
daripada Zulqarnain untuk membina tembok penghalang di antara dua gunung daripada bahaya
serangan Yakjuj dan Makjuj.

Zulqarnain memberikan khidmat kepakaran yang dimilikinya, dengan memindahkan


teknologi kepada kaum berkenaan, serta mendapatkan tenaga sumber insane daripada mereka.
Segalanya secara percuma sebagai suatu tanggungjawab sosial Zulqarnain sebagai sebuah
kuasa besar.

Tembok penghalang itu telah berjaya didirikan dengan perkongsian teknologi yang tinggi
yang terbina daripada hasil gabungan sumber dan daya. Zulqarnain berjaya memberikan
penyelesaian kepada kaum berkenaan yang selama ini buntu menghadapi masalah tanpa ada
penyelesaian. Baginda membina dinding daripada lempengan besi dan lainnya untuk
mengurung Yakjuj dan Makjuj, kemudian setelah selesai Baginda berkata:

‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌ ‌‌‌‌‌‌‌ ‌‌‌‌

98. (setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku;
Dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu
hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar".

16
[HIQ 3063 I`JAZ AL-QURAN] TUGASAN 1

3.0 Kesimpulan.

Dalam melayari kehidupan ini kita akan senantiasa mengalami konflik yang silih berganti.
Konflik dalam dan luaran. Namun untuk mengatasinya keputusan perlu dibuat sebagai penentu,
sama ada kesudahan yang baik atau buruk. Pengajaran daripada keseluruhan surah al-Kahfi ini
membuatkan kita mampu berfikir sebelum keputusan dibuat:

Apabila kita telah berjaya meletakkan Allah SWT sebagai matlamat, maka ia
melambangkan setiap aktiviti kita dipengaruhi Iman dan Tauhid yang benar. Malah setiap aktiviti
tersebut tidak akan menjadi sia-sia di sisi Allah SWT seperti firman-Nya:

‌‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ ‌ 

‌‌‌‌‌‌

103. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu


akan orang-orang Yang paling rugi amal-amal perbuatannya?

104. (Iaitu) orang-orang Yang telah sia-sia amal usahanya Dalam kehidupan
dunia ini, sedang mereka menyangka Bahawa mereka sentiasa betul dan baik
pada apa sahaja Yang mereka lakukan".

Banyak perkara yang boleh kita halusi daripada surah ini untuk dipraktikkan dalam
perjuangan hidup seharian, ini kerana hamper 75% ayat di dalam surah ini berbentuk cerita.
Surah ini juga mempunyai kelebihan yang tersendiri. Moga dapat kita amalkannya melalui
bacaan sebagai ibadah dan zikir, serta mengambil pengajaran daripadanya sebagai inspirasi
dan motivasi.

17
[HIQ 3063 I`JAZ AL-QURAN] TUGASAN 1

Rujukan.

Ahmad Mustafa al-Maraghi. 2001M. Kitab Tafsir al-Maraghi (terjemahan), Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu Al-Fida‟ Ismail Bin Kathir Al-Quraishy (2006),Kisah Para Nabi Pengajaran Dan
Iktibar.Penerbitan Nadi Minda,Kuala Lumpur.

Abdullah Bin Ahmad Mubarak (2003). Kisah-kisah Para Nabi & Rasul, Al-Hidayah Publishers,
Kuala Lumpur.

Abu Abdillah Muhammad Ibn Ahmad Al-Ansari Al-Qurtubi (1996), Al-Jami‟Li Ahkam Al-Quran
Al-Qurthubi.DarulHadith.Kaherah.

Dr. Abd Rahman Abd Ghani (2013). Modul I‟jaz Al-Quran. Upsi. Tanjung Malim.

H.Luqman Hakim (1990). Mukjizat Nabi- nabi. Bismi Publisher.Singapura.

Muhammad bin Ali bin Muhammad as-Syaukani. Kitab Tafsir Fathul Qadir, al-Jami` Baina Fann
ar-Riwayah wal-Dirayah, Darul Ma`rifah.

Mohamad Zaki Abdul Halim (2014). Rahsia 7 surah pilihan: Benteng Diri Dan Sumber Motivasi
Daripada kalamullah Yang Mulia. Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Shah Alam.

Sheikh Abdullah Basmeih (1980 ).Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada pengertian Al-Quran 30
juz Bahagian Ugama Jabatan Perdana Menteri. Kuala Lumpur.

Tafsir Pimpinan Al-Rahman

18

Anda mungkin juga menyukai