Anda di halaman 1dari 12

 

NAMA:NUR SOFIA ADILLAH BINTI IDRIS

NO.MATRIK:RW2020085

KURSUS:REKAAN FESYEN DAN PAKAIAN WANITA

                                                      TAJUK:PENGENALAN KEPADA BAHAN DAN ALATAN JAHITAN 

NAMA PENSYARAH:PUAN FAIZAH BINTI ABDULLAH

  
PENGENALAN

Peralatan dan bahan menjahit adalah keperluan yang sangat penting kepada tukang jahit.Pemilihan
yang betul akan memberi kepuasandalam penggunaannya yang maksimum.Penggunaan yang
maksimum pula akan menghasilkan rekaan pakaian yang berkualiti. 

ISI KANDUNGAN

 Kategori Dan Peralatan Jahitan

KATEGORI PERALATAN MENJAHIT

1. ALATAN MENGUKUR
2. ALATAN MENDRAF
3. ALATAN MEMOTONG
4. ALATAN MENANDA
5. ALATAN MENEKAN
6. ALATAN MENJAHIT

(PERALATAN MENGUKUR)

PEMBARIS LURUS 

CIRI  

Pilih yang diperbuat daripada plastik yang kukuh dan logam yang tidak berkarat 

Pastikan nombor dan tanda ukuran yang jelas dan tepat pada kedua bahagian  

Permukaan yang licin dan rata  

KEGUNAAN  

Membuat garisan lurus dengan tepat  

Memastikan kedudukan ira selari  

Mengukur dan menanda kerja mendraf pola 

Menanda kelepet 
 

PITA UKUR 

CIRI  

Pilih yang diperbuat dari gentian kaca,fabrik dan PVC 

Pastikan nombor dan tanda ukuran yang tepat pada kedua bahagian  

Kukuh dan tidak memeri  

Kedua-dua hujung dikukuhkan dengan logam 

KEGUNAAN  

Mengambil ukuran badan  

Mengambil ukuran melengkung 

(ALATAN MENDRAF)

LENGKUK PERANCIS 

CIRI 

Pilih yang diperbuat dari plastik,kayu atau logam yang kukuh dan tidak berkarat  

Mempunyai bentuk lengkungan yang elok dan rata serta tepi yang licin  

KEGUNAAN 

Untuk membuat garisan melengkung seperti garis puteri,keruk lengan,garis leher dan sebagainya 

Memudahkan kerja mendraf dan penyesuaian pola 

STILLETO 

CIRI  
Diperbuat dari keluli yang tidak berkarat  

Mempunyai hujung yang tajam 

KEGUNAAN 

Untuk menanda kedudukan lisu pemadam dan kocek 

Untuk memuat lubang mendatang dan lubang butang berbentuk lung kunci 

PEMBARIS SESIKU L 

CIRI 

Pilih yang diperbuat dari plastik yang kukuh dan logam yang ytidak berkarat 

Pastikan nombor dan tanda ukuran yang tepat dan jelas pasda kedua bahagian 

Permukaan yang licin  

Penjuru bersudut tepat 

KEGUNAAN 

Membuat garis bersudut tepat  

Membuat garisan lurus  

Memastikan ira selari dan serong 

Memudahkan kerja mendraf dari penyesuaian pola 

(ALATAN MEMOTONG)

GUNTING FABRIK 

CIRI 

Pilih yang tajam  

Diperbuat dari kelulitahan karat  

PIilih yang mempunyai tangkai berbentuk melengkung  

Untuk mengawal kja menggunting dengan baik pastikan tangkai mempunyai saiz yang berbeza 

 
KEGUNAAN 

Untuk menggunting fabrik

GUNTING LUBANG BUTANG

CIRI

Panjangnya 12-15 cm

Mempunyai skru yang berfungsi untuk menentukan saiz lubang butang

KEGUNAAN

Khas untuk menggunting lubang butang  

GUNTING SULAMAN 

CIRI  

Panjangnya 7-10 cm 

Diperbuat daripada keluli yang tahan karat  

Mempunyai hujung yang melentik untuk memudahkan menggunting bahagian berkelok 

KEGUNAAN

Digunakan semasa menyulam

Menggunting benang,lubang butang dan bahagian yang runcing

PEMOTONG FABRIK

CIRI

Pilih yang tajam

Pilih yang mempunyai mata yang rata

KEGUNAAN

Untuk memotong fabrik pada bahagian lurus dan melengkung

 
 

PENETAS 

CIRI 

Diperbuat daripada keluli tahan karat  

Mata yang tajam dan mempunyai penutup 

KEGUNAAN 

Untuk mebuka jahitan yang tersilap 

Untuk menebuk lubang 

SNIPPER 

CIRI 

Pilih yang tajam dan tidak mudah berkarat 

KEGUNAAN  

Untuk menggunting benang dan lubang butang 

Menggunting bahagian yang sempit dan kecil 

Untuk snip kelim dan basi kelim 

(PERALATAN MENANDA)

RODA SURIH 

CIRI  

Pilih mengikut kesesuaian fabrik 

Untuk mata yang bergeriji sesuai untuk semua jenis fabrik  

Untuk mata yang rata sesuai untuk fabrik nipis,halus dan berkait 

Diperbuat daripada keluli tahan karat  

Pilih yang mempunyai roda yang mudah digerakkan 

 
KEGUNAAN  

 Untuk memindahkan garis  pemadan ke fabrik  

 Untuk memindahkan tanda dan garis lain dalam penyesuaian pola 

 Mesti digunakan bersama kertas karbon tukang jahit 

 Untuk mengelakkan kerosakan pada fabrik jangan tekan terlalu kuat

 KAPUR TUKANG JAHIT 

CIRI 

Pilih kapur yang tidak  mudah pecah 

 Terdapat dalam  pelbagai warna dan  bentuk 

 Pilih warna mengikut  kesuaian dengan fabrik  

 Kapur yang diperbuat  dari lilin tidak sesuai digunakan untuk semua fabrik kerana kesannya susah untuk
dihilangkan 

  

KEGUNAAN 

Menandakan garisan gunting dan pemadan pada fabrik   

Membuat dan memindahkan  tanda pola pada fabrik 

Sentiasa asah kapur supaya  bahagian tepi sentiasa tajam  dan akan menghasilkan  garisan halus semasa 
menanda supaya tidak  mengotorkan fabrik  

JARUM PENITI 

 CIRI  

Pilih yang tajam 

 Pilih yang tidak mudah  berkarat 

 Pilih mengikut ketebalan fabrik iaitu peniti yang halus untuk fabrik yang halus dan peniti yang pendek
untuk kertas  

KEGUNAAN 

Untuk menyemat pola pada  fabrik 

Untuk menyemat kepingan  fabrik sebelum menjahit 


 Digunakan semasa proses  mengacu pakaian  

KERTAS KARBON TUKANG JAHIT

CIRI 

Pilih warna yang sesuai dengan warna fabrik 

 
KEGUNAAN 

Digunakan dengan pensil tukang jahit atau pensil yang tajam untuk memindahkan tanda pola ke fabrik 

Untuk memindahkan motif sulaman 

(PERALATAN MENEKAN)

SETERIKA KERING

CIRI

Pilih yang mempunyai berat lebih kurang 2.5 kg

Mempunyai pelaras suhu mengikut jenis fabric

Mempunyai tapak penekan yang licin

KEGUNAAN

Menggosok fabrik dan pakaian

Menekan setiap proses jahitan dan bahagian pakaian

Pilih yang mudah digunakan dan dijaga

SETERIKA WAP

CIRI

Pilih yang mempunyai berat lebih kurang 2.5 kg

Mempunyai pelaras suhu mengikut jenis fabrik

Mempunyai tapak penekan yang licin

Lubang wap terdapat di hujumg tapak


KEGUNAAN

Menggosok fabrik dan pakaian

Menekan setiap proses jahitan dan bahagian pakaian

Pilih yang mudah digunakan dan dijaga

(PERALATAN MENJAHIT)

JARUM MESIN 

CIRI 

Pilih jarum yang bermutu dan tidak mudah patah  

Pilih saiz yang sesuai dengan benang 

Pilih saiz yang sesuai dengan fabrik seperti: 

Nombor (9-12) untuk fabrik nipis  

Nombor (13) untuk fabrik sederhana 

Nombor (14-18) untuk fabrik tebal 

Pilih jarum mata bulat untuk fabrik berkait 

KEGUNAAN 

Menjahit jahitan mesin 

JARUM TANGAN

CIRI

Boleh didapati pelbagai saiz iaitu 1-12

Untuk jahitan biasa gunakan jarum saiz 7-9

Pilih jarum yang bermutu dan tidak mudah patah

Pilih yang kecil dan berbentuk bulat

KEGUNAAN
Menjahit jahitan sementara sepertii jelujur

Menetapkan kelepet

Menjahit lubang butang kaedah manual

MEISN JAHIT TEPI

CIRI

Pilih jenama yang menawarkan khidmat selepas jualan

Pilih yang mempunyai alat ganti yang mudah didapati

Dibekalkan dengan buku panduan

Pilih mesin yang dwi fungsi iaitu mengemas dan menghias

KEGUNAAN

Mengemas tepi kelim,menghias tepi tudung dan ropol

BAHAN MENJAHIT

(BAHAN JAHITAN)

1. FABRIK
2. FABRIK LAPiK DALAM
3. FABRIK LAPIS
4. BENANG
5. KANCING
6. TRIMIN

(FABRIK)

Fabrik adalah salah satu bahan jahitan yang paling penting apabila menjahit sehelai pakaian.Pemilihan
jenis fabrik yang tepat akan menghasilkan pakaian yang selesa dipakai,kelihatan menarik apabila
digayakan dan berkualiti.Beberapa perkara harus dirancang sebelum memilih fabrik untuk mengelakkan
pembaziran

BENANG

CIRI
Pilih benang mengikut kesesuaian jahitan

Halus kasar benang ditentukan menurut nombor benang.Makin tinggi nombor benang makin halus
benang tersebut

Gunakan benang yang sepadan warnanya dengan fabrik atau lebih gelap warnanya dari fabrik

KEGUNAAN

Untuk menjahit fabrik dan menghias pakaian

  

 
 

  

  

  

  

   

  

  

  

  

Anda mungkin juga menyukai