Anda di halaman 1dari 13

Samuni & Kanyo, International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 62-74

USAHA MALAYSIA DALAM MEMBANTERAS JENAYAH


PEMERDAGANGAN ORANG: SATU TINJAUAN

Norcikeyonn Samuni1* & Nor-Ina Kanyo2


1
Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah.
2
Program Geografi, Unit Penyelidikan Etnografi dan Pembangunan (UPEP), Sekolah Sains Sosial,
Universiti Malaysia Sabah.

Abstrak. Jenayah pemerdagangan orang merupakan suatu senario serius yang melanda dunia secara global.
Hal ini menunjukkan bahawa dunia sedang berdepan dengan konflik pemerdagangan manusia pada tahap
membimbangkan dan memerlukan keprihatinan daripada semua pihak. Jenayah ini merupakan suatu
penganiayaan terhadap hak asasi manusia dan ianya juga melibatkan jenayah rentas sempadan. Situasi ini
menuntut kerajaan pelbagai negara berusaha membanteras masalah ini menggunakan pelbagai pendekatan.
Jenayah ini turut dialami oleh Malaysia, di mana negara ini juga melaksanakan pelbagai usaha dan pendekatan
dalam menangani jenayah ini. Kertas kerja ini mengetengahkan usaha kerajaan Malaysia khususnya dari aspek
perundangan bagi membanteras dan mengawal jenayah ini dari terus berleluasa. Artikel ini akan memperincikan
latar belakang dan kerelevanan penubuhan Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran
2007 (MAPO) dan Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdangan Orang (2010-2015) di negara ini dalam usaha
membanteras jenayah pemerdagangan orang. Metod penulisan bagi tinjauan usaha membanteras jenayah
pemerdagangan orang di Malaysia adalah berasaskan pendekatan kualitatif iaitu melalui analisis kandungan ke
atas sumber laporan kerajaan, MAPO, jurnal ilmiah, buku, artikel dan akhbar berkaitan. Artikel yang berasaskan
sudut pengkajian geografi ini adalah petunjuk kepada kerelevanan bidang ini dalam meneliti permasalahan
sosial bagi penambahbaikan polisi dan dasar, menjadi sumber rujukan ilmiah dan petunjuk kepada usaha dan
komitmen Malaysia dalam menanganinya dalam konteks lokal dan global.

Kata Kunci: Jenayah Pemerdagangan Orang, MAPO, Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdangan Orang,
Malaysia

Abstract. Human trafficking is world’s serious crime and requires concern from all parties in the effort to end
it. It is a persecution of human rights and it also involves cross-border crime. This situation calls for
government’s efforts in dealing with it. Malaysia is among the countries that compete against human trafficking,
and Malaysia has formulated various efforts and approaches in handling this crime. This paper highlights the
efforts of Malaysian government, specifically regarding legal aspects of combating and controlling this crime
from further spreading. The background and relevance of the establishment of the Anti-Trafficking in Persons
and Anti-Smuggling of Migrants 2007 (MAPO) and the National Action Plan Againts Trafficking in Person
(2010-2015) in this country to fight against human trafficking will be discussed in this article. Qualitative
approach, particularly content analysis is used in collecting information on Malaysia’s efforts in preventing
human trafficking. Government reports, MAPO, scholarly journals, books, newspaper articles, were analyzed as
primary resources. This article, which is based on geographical study, shows the relevance of this field in
investigating social problems towards improvement for policies, a source for scholarly reference and guidance
to the efforts and commitment of Malaysia in handling the issue at the local and global context.

Keywords: Trafficking in Persons; MAPO; National Action Plan of Anti-Trafficking Persons; Malaysia

PENGENALAN
Pemerdagangan orang adalah merupakan aktiviti pemerdagangan gelap manusia terutamanya untuk
tujuan pelacuran atau kerja secara paksa. Tujuan lain pula biasanya adalah untuk menjadi mangsa
medium ekstraksi organ ataupun jaringan tubuh (pengganti ibu kandung) yang lebih dikenali sebagai
remova ovum (MAPO, 2011). Pemerdagangan orang didefinisikan sebagai perbuatan yang melibatkan
pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan seperti
merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang (Seksyen

*
E-mail: uncuyunn89@yahoo.com; uncuyunn89@gmail.com

62
Samuni & Kanyo, International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 62-74

2 ATIPSOM 2007, dalam Kementerian Dalam Negeri, 2013). Terdapat tiga elemen penting dalam
jenayah pemerdagangan orang iaitu aktiviti, cara dan juga tujuan jenayah. Elemen aktiviti yang
terkandung dalam jenayah pemerdagangan orang adalah meliputi aktiviti perekrutan, pengangkutan,
pemindahan, perlindungan dan penerimaan. Elemen cara pula mencakupi aspek ancaman, paksaan
atau kekerasan, pemelarian, perdayaan, pemalsuan dokumen, penculikan, penipuan, penyalahgunaan
kuasa serta memberi dan menerima bayaran. Elemen tujuan dalam jenayah pemerdagangan orang
adalah seperti pengeksploitasian seksual, perhambaan, pengabdian, pemindahan organ dan
perkhidmatan paksa, (MAPO, 2011; Malaysiakini, 2011).

Laporan Pemerdagangan Manusia (Trafficking in Persons, TIP) oleh Jabatan Negara Amerika
Syarikat (AS) telah menganggarkan keuntungan yang berjaya diraih oleh jenayah pemerdagangan
orang di negara tersebut mencecah AS$1 billion hingga AS$3 billion setahun, iaitu bersamaan RM3.5
billion hingga RM10.5 billion setahun (Utusan Malaysia, 1 Oktober 2009). Laporan Pemerdagangan
Orang (TIP) yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat adalah merupakan senarai
kedudukan negara-negara dunia berdasarkan kepada tahap pematuhan standard minimum dalam
memerangi jenayah pemerdagangan orang dan penilaiannya dilaksanakan setiap tahun. Sejak tahun
2007 penubuhan Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM), Malaysia
telah menduduki empat kali berturut-turut tahap 2 (senarai pemerhatian) dalam laporan tahunan
pemerdagangan orang (TIP) yang dikeluarkan oleh Jabatan Amerika Syarikat. Kedudukan tahap 2
dalam tahap permatuhan standard minimum dalam memerangi jenayah pemerdagangan orang adalah
di mana sesebuah negara itu tidak mengaplikasikan sepenuhnya Akta Pemerdagangan Perlindungan
Mangsa (TVPA) AS mengikut standard minimum. Walaubagaimanapun, negara yang menduduki
tahap 2 dalam standard penilaian tersebut mempunyai usaha untuk memenuhi syarat yang ditetapkan
iaitu;

i. Meningkatkan jumlah mangsa yang diselamatkan


ii. Gagal untuk membuktikan usaha menangani jenayah pemerdagangan orang berdasarkan
pencapaian prestasi pada tahun sebelumnya
iii. Penentuan untuk meningkatkan usaha menangani masalah pemerdagangan orang berdasarkan
komitmen negara mengambil langkah-langkah yang sewajarnya pada tahun berikutnya

Neil Jensen selaku Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Transaksi Laporan dan Analisis Australia
(AUSTRAC) menganggarkan keuntungan yang diraih daripada kegiatan pemerdagangan orang adalah
US$10 billion hingga US$31.6 billion setahun atau US$13,000 bagi setiap mangsa berdasarkan
kepada Pertubuhan Buruh Sedunia (ILO) (Bernama, 20 Julai 2010). Hal ini jelas menggambarkan
bahawa jenayah ini mampu menjana pendapatan yang tinggi. Pemerdagangan orang adalah jenayah
yang paling cepat berkembang di dunia, dan lebih kurang 27 juta penduduk dunia menjadi mangsa
pemerdagangan orang (New Sabah Times, 25 Mei 2013). Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib Tun
Abdul Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia yang keenam dalam perutusan khas sempena Hari
Malaysia 2011 telah menegaskan bahawa tanpa perasaan syak dan ragu-ragu, Malaysia yang
diimpikan bersama dan sedang dicipta ini adalah negara yang mengamalkan demokrasi berfungsi dan
inklusif yang mana keamanan dan ketenteraman awam harus dipelihara dengan kedaulatan
perlembagaan, undang-undang, penghormatan kepada hak asasi manusia dan hak-hak individu
(SUHAKAM, 2011:13). Malaysia tidak ketinggalan menerima ledakan ekoran peningkatan kadar
jenayah pemerdagangan orang seperti negara-negara lain di dunia. Justeru itu, kerajaan Malaysia
mencari alternatif bagi mengatasi permasalahan ini dari terus berlanjutan. Oleh hal yang demikian,
artikel ini akan mengetengahkan dan membincangkan usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan
Malaysia dalam membanteras jenayah pemerdagangan orang khususnya dalam aspek perundangan
dan penguatkuasaan.

SENARIO JENAYAH PEMERDAGANGAN ORANG DI MALAYSIA

Pelakuan jenayah adalah merupakan antara permasalahan sosial yang melanda kebanyakan bandar-
bandar di dunia sejak lebih 20 tahun yang lampau (Yuen, 2004; Shelley, 1981; Nor-Ina, 2011) dan

63
Samuni & Kanyo, International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 62-74

peningkatannya berlaku dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Pemerdagangan orang adalah merupakan
trend perlakuan jenayah kini dan juga masalah sosial yang membawa impak negatif terhadap sesebuah
masyarakat mahupun pembangunan sesebuah negara. Dalam konteks jenayah pemerdagangan orang,
secara umumnya antara faktor yang menyumbang kepada jenayah pemerdagangan orang ialah
kemiskinan, buta huruf, krisis ekonomi, konflik domestik dan serantau, ketidakstabilan politik dan
terpinggir atau ‘displacement’ (Kementerian Dalam Negeri, 2013). Aspek migrasi, penipuan sindiket
terhadap mangsa, tarikan pekerjaan, kelemahan kawalan di sempadan negara, kelicikan dan
kepelbagaian mekanisme penyeludupan mangsa yang diperdagangkan dan gejala rasuah dalam
kalangan pegawai penguatkuasaan juga adalah antara faktor yang berkait rapat dengan jenayah
pemerdagangan orang (MAPO, 2011; Singh, 2011). Perkembangan ekonomi dan kemakmuran
Malaysia menjadi tarikan utama kepada ramai warga asing dari seluruh dunia dan ini membuka
peluang yang besar kepada perkembangan kegiatan aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan orang.
Kedatangan pelancong dan pekerja asing di Malaysia juga telah menambahkan lagi peningkatan
kepada sindiket pelacuran yang membawa secara sah ataupun haram gadis dari China, Indonesia,
Thailand, Balkan dan India untuk memenuhi permintaan pelanggan, (Bernama, 30 Mac 2011).
Menurut Pesuruhjaya SUHAKAM, Datuk Dr. Raj Karim, kemiskinan adalah merupakan punca utama
kepada jenayah pemerdagangan orang khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan wanita. Kajian
Tabung Darurat Antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF), mendapati adakalanya
sesebuah keluarga itu ingin keluar daripada kesempitan hidup melalui penjualan anak gadis untuk
membayar hutang atau sekadar ingin mendapatkan sejumlah wang bagi menyara kehidupan mereka,
(Berita Harian, 24 April 2004). Di rantau ASEAN, antara punca penghijrahan manusia adalah
disebabkan peluang ekonomi lebih besar berbanding di negara asal mereka (Rohani et.al, 2010).

Dalam Trafficking in Persons Report 2012 oleh U.S. Department of State (2012) dicatatkan bahawa
mangsa pemerdagangan manusia terdiri daripada 2 juta pekerja asing yang sah dan 1.9 juta lagi adalah
merupakan pekerja asing tanpa izin di Malaysia. Mereka berhijrah secara sukarela ke Malaysia dari
negara-negara jiran seperti Indonesia, Nepal, India, Thailand, China, Filipina, Myanmar, Kemboja,
Bangladesh, Pakistan, dan Vietnam untuk mencari peluang ekonomi yang lebih besar. Hal ini jelas
membawa kepada isu hak asasi seseorang manusia itu dieksplotasi secara kejam oleh sindiket jenayah
pemerdagangan orang yang terlibat. Menurut Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian
Dalam Negeri, Datuk Abdul Rahim Mohd. Radzi dalam satu Kempen Kesedaran Antipemerdagangan
Orang dan Antipenyeludupan Migran Peringkat Negeri di Wisma Wanita Negeri Sabah yang lalu, kes
pemerdagangan orang dan penyeludupan migran adalah merupakan masalah global yang sukar
dibendung kerana ianya turut didalangi oleh rakyat negeri Sabah (Utusan Malaysia, 05 Mac 2012).
Malaysia yang terletak di tengah-tengah negara ASEAN telah menjadikannya sebagai lokasi yang
sangat strategik sama ada sebagai negara destinasi ataupun negara transit, (Singh, 2012). Peningkatan
jumlah kes jenayah pemerdagangan orang sejak seabad yang lepas mengikut laporan Amnesty
International 2004 sahaja telah menganggarkan 700,000 orang telah diperdagangkan setiap tahun
khususnya dalam bidang perkhidmatan seks. Sehubungan dengan itu juga, malang sekali apabila
Malaysia telah dilihat sebagai tempat menarik oleh sindiket sebagai medan transaksi jual beli manusia
yang terkenal, (Bernama, 30 Mac 2011). Profesor Dr. Azizah Kassim selaku Felo Utama Institut
Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mengatakan
peningkatan kes pemerdagangan manusia dan penyeludupan masuk pendatang asing tanpa izin
(PATI) ke Malaysia akan memberi kesan negatif kepada ekonomi negara, (Bernama, 14 Oktober
2011). Walaubagaimanapun, Malaysia masih belum mampu mencapai Tahap 1 dalam pematuhan
standard minimum dalam memerangi jenayah pemerdagangan orang. Sehinggakan pada tahun 2009,
Malaysia pernah jatuh pada Tahap 3 iaitu tidak melakukan sebarang usaha dan tidak mengaplikasikan
secara sepenuhnya Akta Pemerdagangan Perindungan Mangsa (TVPA) US yang telah ditetapkan.
Cadangan penambahbaikan perlu dilakukan pada beberapa aspek khususnya pengurusan yang
berkaitan dengan mangsa-mangsa pemerdagangan orang, (Bernama, 25 Jun 2013). Datuk Paul W.
Jones iaitu Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia menyimpulkan bahawa usaha tersebut
tidak akan memberikan kesan ketara jika tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai
jenayah pemerdagangan orang ini masih pada tahap minima. Orang ramai seharusnya memahami
mengenai asas jenayah tersebut dan sentiasa bersama-sama menyokong kerajaan dalam usaha
membanteras jenayah ini, (Utusan Malaysia, 19 Februari 2013). Menurut Tan Sri Razali Ismail selaku

64
Samuni & Kanyo, International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 62-74

bekas Pengerusi Tetap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), masalah kegiatan pelacuran atau
pemerdagangan orang memerlukan penyelesaian secara politik dan kesedaran sosial dalam kalangan
masyarakat di negara ini dan dunia secara keseluruhannya. Menurut ACP (B) Mohd. Reduan Aslie
(2009), jenayah pemerdagangan orang juga boleh ditangani jika setiap negara mampu membasmi
kemiskinan kerana ianya adalah faktor utama berlakunya jenayah pemerdagangan orang.

USAHA MALAYSIA DALAM MEMBANTERAS JENAYAH PEMERDAGANGAN ORANG

Perbincangan awal terhadap penulisan artikel ini adalah memfokuskan mengenai usaha Malaysia
dalam membanteras jenayah pemerdagangan orang melalui aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Ekoran daripada permasalahan tersebut, Malaysia telah berusaha membanteras jenayah ini dari aspek
penggubalan akta dan pelaksanaan hukuman kepada pesalah mengikut sistem perundangan di negara
ini. Walaupun Laporan Antipemerdagangan Orang 2007 (TIP) oleh Jabatan Amerika Syarikat telah
meletakkan Malaysia antara 16 negara berprestasi buruk dalam menangani isu jenayah
pemerdagangan orang ini, namun dengan adanya ATIPSOM 2007 dan MAPO ianya telah menepis
sangkaan tersebut dengan komitmen yang telah ditunjukkan oleh negara dalam membanteras
fenomena ini (Utusan Malaysia, 01 Oktober 2009). Akta Antipemerdagangan Orang dan
Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM 2007) dan juga Pelan Tindakan Kebangsaan
Antipemerdagangan Orang (2010-2015) sebagai pelengkap fungsi yang dijalankan oleh Majlis
Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) adalah bukti kepada kesungguhan
Malaysia dalam membanteras jenayah ini hingga ke akar umbi.

a) Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO)

Majlis Antipemerdagangan Orang adalah merupakan suatu agensi yang ditubuhkan pada tahun 2008
sebagaimana yang telah diperuntukkan oleh Seksyen 6 (1) Akta Antipemerdagangan Orang 2007
(Akta 670). Pindaan akta yang telah dibuat pada tahun 2010 telah menukar nama agensi ini kepada
Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) yang sudahpun
berkuatkuasa semenjak 15 November 2010. MAPO menjalankan fungsi sepertimana yang telah
diperuntukkan di bawah Seksyen 7 Akta seperti berikut;

i. Menyelaraskan pelaksanaan Akta Antipemerdagangan Orang (Akta 670);


ii. Merumuskan dasar dan program untuk mencegah dan memerangi pemerdagangan orang dan
penyeludupan migran;
iii. Merumuskan program perlindungan untuk orang yang diperdagangkan,
iv. Memulakan program pendidikan untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap punca dan
akibat perbuatan pemerdagangan orang dan penyeludupan migran;
v. Memantau corak imigrasi dan emigrasi di Malaysia bagi bukti pemerdagangan orang dan
penyeludupan migran dan mendapatkan maklum balas segera daripada agensi kerajaan yang
berkaitan dan pertubuhan bukan kerajaan tentang masalah pemerdagangan orang dan
penyeludupan migran yang dibawa kepada perhatiannya;
vi. Menasihati kerajaan mengenai isu pemerdagangan orang dan penyeludupan migran termasuk
perkembangan di peringkat antarabangsa terhadap perbuatan pemerdagangan orang dan
penyeludupan migran;
vii. Membuat syor kepada menteri tentang segala aspek mencegah dan memerangi pemerdagangan
orang dan penyeludupan migran;
viii. Menyelaraskan perumusan dasar dan memantau pelaksanaan dasar sedemikian ke atas isu-isu
pemerdagangan orang dan penyeludupan migran dengan agensi kerajaan yang berkaitan dan
pertubuhan bukan kerajaan;
ix. Bekerjasama dan menyelaraskan dengan kerajaan dan organisasi antarabangsa mengenai
pemerdagangan orang dan penyeludupan migran;
x. Mengumpul dan mengumpul semak data dan maklumat dan memberikan kebenaran bagi
penyelidikan berhubung dengan mencegah, dan memerangi pemerdagangan orang dan
penyeludupan migran, serta;
xi. Melaksanakan apa-apa fungsi lain bagi pelaksanaan Akta ini dengan sewajarnya.

65
Samuni & Kanyo, International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 62-74

Melihat kepada fungsi dan peranan yang dijalankan oleh MAPO ini, dapatlah dirumuskan bahawa
Malaysia sangat serius dalam usahanya memastikan negara ini bebas daripada berlakunya kejadian
jenayah pemerdagangan orang yang sekaligus mengancam keselamatan dan menjejaskan nama baik
negara terutamanya yang membabitkan sektor pelancongan dan hubungan pemerdagangan
antarabangsa. Malaysia pernah jatuh pada tahap 3 dalam pematuhan standard minimum dalam
memerangi jenayah pemerdagangan orang pada tahun 2009, (Sinar Harian, 25 Jun 2013). Namun
demikian, pihak kerajaan telah bertungkus lumus untuk mengembalikan negara kepada tahap yang
lebih baik dan ianya telah terbukti apabila negara secara automatiknya dikekalkan di Tahap 2 bagi
tahun (2014-2015) susulan daripada usaha kerajaan melancar dan melaksanakan Pelan Tindakan
Kebangsaan Antipemerdagangan Orang (2010-2015) sebagai perintis kepada usaha-usaha yang telah
dijalankan oleh MAPO, (Bernama, 30 Mac 2011). Dua buah sesi dialog telah diadakan di Kuantan,
Pahang iaitu pada 20 Januari 2013 dan 18 Mei 2013 di Melaka yang membincangkan mengenai isu
jenayah pemerdagangan orang. Usaha kerajaan dalam menangani jenayah pemerdagangan orang turut
mendapat perhatian Jabatan Audit Negara (JAN) dengan pelaksanaan audit ke atas program-program
yang dianjurkan oleh MAPO. MAPO telah bekerjasama dengan (JAN) untuk memastikan Malaysia
berada di landasan yang betul dalam membanteras jenayah yang mencabul hak asasi manusia ini.
Menurut Sekretariat Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO)
kepada sidang media, Malaysia perlu bersikap lebih objektif terhadap semua cadangan yang
terkandung dalam Laporan (TIP) AS terutamanya dalam isu yang melibatkan penyediaan peruntukan
kewangan dan sumber manusia yang tetap kepada semua kementerian dan agensi yang terlibat dalam
membanteras jenayah ini agar pelaksanaannya menjadi lebih efektif. Namun begitu, sebarang pindaan
yang dilakukan terhadap ATIPSOM 2007 atau sebarang penambahbaikan akta tersebut perlulah
mengambil kira aspek kedaulatan, keselamatan dan integriti negara, (Kementerian Dalam Negeri, 25
Jun 2013).

b) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM 2007)

Sehubungan dengan pelaksanaan Akta Antipemerdagangan Orang (APO 2007), Malaysia telah
membuat pindaan terhadap akta tersebut dengan memasukkan kesalahan penyeludupan migran untuk
dijadikan akta baru yang dikenali sebagai Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan
Migran 2007 (ATIPSOM) yang telah dikuatkuasakan pada 15 November 2010. Pindaan akta tersebut
dilakukan adalah bertujuan untuk menangani sindiket antarabangsa yang menjadikan negara ini
sebagai negara transit pemerdagangan dan penyeludupan orang untuk membawa mangsa ke negara
ketiga terutama Australia. Kebanyakan mangsa terdiri daripada warga Afghanistan, Pakistan dan
Myanmar yang dibawa masuk ke Malaysia terlebih dahulu sebelum ke Indonesia dan dan seterusnya
Australia (Bernama, 30 Mac 2011). Kesalahan-kesalahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang
dan Antipenyeludupan Migran 2007 adalah seperti Jadual 1 di bawah:

Jadual 1: Kesalahan-kesalahan di Bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan


Antipenyeludupan Migran 2007

Bil Seksyen Kesalahan Penalti


Memperdagangkan orang yang bukan Apabila disabitkan hukuman penjara
01 12 merupakan kanak-kanak untuk tujuan tidak lebih dari lima belas (15) tahun
eksploitasi dan boleh dikenakan denda
Memperdagangkan orang yang bukan
merupakan seorang kanak-kanak, bagi
maksud eksploitasi dengan satu atau
lebih cara berikut :

(a) Ancaman;

(b) Penggunaan kekerasan atau bentuk


02 13 paksaan yang lain; Apabila disabitkan, hukuman penjara
tidak kurang tiga (3) tahun tetapi tidak
melebihi dua puluh (20) tahun dan

66
Samuni & Kanyo, International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 62-74

(c) Pemelarian; boleh dikenakan denda

(d) Fraud;

(e) Perdayaan;

(f) Penyalahgunaan kuasa;

(g) Penyalahgunaan kedudukan orang


yang mudah terdedah kepada
perbuatan pemerdagangan orang; atau

(h) Pemberian atau penerimaan


bayaran atau faedah untuk
memperoleh kerelaan seseorang yang
mempunyai kawalan ke atas orang
yang diperdagangkan

Memperdagangkan orang yang Apabila disabitkan, hukuman penjara


merupakan seorang kanak-kanak, bagi tidak kurang tiga (3) tahun tetapi tidak
03 14 maksud eksploitasi melebihi dua puluh (20) tahun dan
boleh dikenakan denda.

Apabila disabitkan, hukuman penjara


tidak lebih lima belas (15) tahun
Kesalahan mendapatkan keuntungan dan boleh dikenakan denda lima ratus
04 15 daripada pengeksploitasian orang ribu ringgit tetapi tidak melebihi satu
yang diperdagangkan juta ringgit dan boleh juga
dilucuthakkan keuntungan daripada
kesalahan itu

Kesalahan membawa dalam tansit Apabila disabitkan, hukuman penjara


orang yang diperdagangkan melalui tidak lebih tujuh (7) tahun dan boleh
Malaysia (darat, laut dan udara) atau dikenakan denda
05 15A mengatur atau memudahkan perbuatan
itu dilakukan
Apabila disabitkan, hukuman penjara
Kesalahan tidak lebih lima belas (15) tahun dan
06 26A menjalankan penyeludupan migran boleh dikenakan denda atau kedua-
duanya.

Kesalahan penyeludupan migran yang


lebih berat melibatkan :

(a) Berniat untuk mengeksploitasi


migran yang diseludup itu selepas
kemasukannya ke dalam negara
penerima atau negara transit sama ada Apabila disabitkan, hukuman penjara
oleh orang itu sendiri atau oleh orang tidak kurang tiga (3) tahun tetapi tidak
lain; lebih dua puluh (20) tahun dan boleh
dikenakan denda atau kedua-duanya.
07 26B
(b) Memperlakukan migran yang
diseludup itu dengan layanan yang
kejam, tidak berperikemanusiaan atau
menjatuhkan maruah; atau

(c) Kelakuan orang itu menimbulkan

67
Samuni & Kanyo, International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 62-74

risiko kematian atau kemudaratan


yang serius terhadap migran yang
diseludup itu.

Kesalahan membawa dalam transit


seorang migran yang diseludup Apabila disabitkan, hukuman penjara
menerusi Malaysia melalui darat, laut, tidak kurang tujuh (7) tahun dan boleh
08 26C atau udara atau selainnya mengaturkan dikenakan denda atau kedua-duanya.
atau memudahkan perbuatan itu.

Apabila disabitkan, hukuman penjara


Kesalahan mendapatkan keuntungan tidak kurang tujuh (7) tahun dan tidak
09 26D daripada kesalahan penyeludupan lebih lima belas (15) tahun dan boleh
migran dikenakan denda tidak kurang daripada
lima ratus ribu ringgit tetapi tidak
melebihi satu juta ringgit atau kedua-
duanya dan boleh dilucuthakkan
keuntungan daripada kesalahan itu.

Sumber: Sekretariat Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran, 2011

c) Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang (2010-2015)

Bahagian awal kertas kerja ini telah mengetengahkan usaha Malaysia dalam pembentukan Akta
Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM 2007) dan juga fungsi Majlis
Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) bagi membanteras jenayah
pemerdagangan orang dalam konteks negara ini. Lanjutan daripada itu, Pelan Tindakan Kebangsaan
Antipemerdagangan Orang (2010-2015) pula dilancarkan sebagai kesinambungan kepada
penggubalan ATIPSOM 2007. Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang (2010-2015)
telah dilancarkan sendiri oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein iaitu
Menteri Dalam Negeri, Malaysia. Pelancaran Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang
ini secara langsungnya menggambarkan komitmen dan aspirasi Malaysia dalam membanteras jenayah
pemerdagangan orang. Visi yang didukung oleh Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan
Orang (2010-2015) ini adalah selaras dengan konsep gagasan 1 Malaysia yang diaspirasikan oleh
Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat’ Dato’ Sri Najib Bin Tun Abdul Razak iaitu “ 1 Malaysia
komited secara kolektif untuk membanteras jenayah pemerdagangan orang”, (MAPO, 2011). Hal ini
jelas menunjukkan bahawa Malaysia meletakkan harapan yang tinggi dalam usaha membanteras
jenayah pemerdagangan orang ini hingga ke akar umbi dan sekaligus menyeru kepada semua pihak
untuk berpadu tenaga dalam memastikan semua usaha yang telah dirancang dapat dilaksanakan
dengan baik dan lancar. Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang ini diwujudkan
adalah bertujuan sebagai pelengkap kepada Akta Antipemerdagangan dan Antipenyeludupan Migran
ATIPSOM (Akta 670) dalam memastikan pelaksanaan inisiatif nasional berjalan dengan lancar dan
efektif untuk tempoh lima tahun (2010-2015). Peranan dan fungsi yang dijalankan oleh Pelan
Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan ini adalah seperti berikut:

i. Merumus dan menyelia Pelaksanaan Pelan Tindakan Kebangsaan mengenai pencegahan dan
pembanterasan pemerdagangan orang termasuklah bantuan dan perlindungan kepada mangsa
yang diperdagangkan;
ii. Membuat syor kepada menteri tentang segala aspek pencegahan dan pembanterasan
pemerdagangan orang;
iii. Mengawasi corak migrasi dan emigrasi di Malaysia bagi bukti pemerdagangan dan
mendapatkan maklum balas segera daripada agensi atau badan bukan kerajaan yang berkaitan,

68
Samuni & Kanyo, International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 62-74

dan pertubuhan bukan kerajaan tentang masalah pemerdagangan orang yang dibawa kepada
perhatian mereka;
iv. Menyelaraskan perumusan dasar dan mengawasi pelaksanaannya ke atas isu-isu
pemerdagangan orang yang berkaitan dengan agensi atau badan bukan kerajaan dan
pertubuhan bukan kerajaan yang berkaitan;
v. Merumus dan menyelaraskan langkah-langkah untuk mendidik dan memberi kesedaran awam
termasuk orang-orang yang berkemungkinan diperdagangkan, tentang sebab dan akibat
pemerdagangan orang;
vi. Bekerjasama dan menyelaras dengan badan antarabangsa dan badan atau jawatankuasa
serantau lain yang serupa berhubung dengan masalah dan isu pemerdagangan orang termasuk
bantuan dan perlindungan kepada orang yang diperdagangkan;
vii. Menasihati kerajaan mengenai isu pemerdagangan orang termasuk perkembangan di peringkat
antarabangsa terhadap perbuatan pemerdagangan orang;
viii. Mengumpul dan mengumpul semak data dan maklumat, dan memberi kuasa bagi
penyelidikan, berhubung dengan pencegahan dan pembanterasan pemerdagangan orang; dan
ix. Melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang telah diarahkan oleh menteri bagi
pelaksanaan Akta ini dengan sewajarnya.

d) Rundingan Malaysia Dengan Negara Luar

Selain daripada pelancaran Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang (2010-2015),


usaha Malaysia tidak terbatas dari aspek perundangan sahaja. Usaha membanteras jenayah
pemerdagangan orang dipergiatkan lagi dengan mengadakan sesi rundingan bersama-sama dengan
negara luar untuk mencari jalan bagi mengurangkan kadar peningkatan jenayah ini. Malaysia telah
mengadakan sesi rundingan dengan beberapa negara luar dalam usaha membanteras jenayah
pemerdagangan orang dalam konteks negara. Misalnya, Malaysia dan Australia telah mengadakan
hubungan kerjasama untuk membendung kegiatan jenayah pemerdagangan orang ini daripada terus
berleluasa terutamanya dari aspek risikan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Kastam
Diraja Malaysia (KDRM), (Harian Metro, 9 Januari 2011). Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib
Bin Tun Abdul Razak juga telah menyuarakan hasrat murninya untuk bekerjasama dengan Amerika
Syarikat dalam usaha membendung kegiatan jenayah pemerdagangan orang dalam ucapan rasminya
di Washington pada 16 April 2010. Hubungan dua hala dengan negara utama seperti Amerika
Syarikat amat diperlukan dalam usaha memerangi kegiatan jenayah pemerdagangan orang di seluruh
pelosok dunia secara holistik (MAPO, 2011). Proses Bali juga adalah satu inisiatif yang membawa
penyertaan bersama untuk bekerjasama dalam langkah-langkah amalan untuk membantu
membanteras penyeludupan dan pemerdagangan orang di rantau Asia Pasifik. Proses Bali juga
dilancarkan untuk membincangkan dan mengutarakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan
kesedaran awam mengenai isu jenayah rentas sempadan (MAPO, 2011). Persidangan Proses Bali di
peringkat menteri pula menuntut pesertanya bekerjasama dalam memikirkan langkah-langkah
praktikal bagi menangani isu berkaitan dengan pemerdagangan orang dan jenayah antarabangsa di
rantau Asia Pasifik. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan
bahawa ianya merupakan susulan kepada usaha sama yang diikuti oleh lebih daripada 50 negara dan
agensi antarabangsa termasuklah Malaysia, Australia, Indonesia, Bangladesh, Thailand, Sri Lanka,
New Zealand dan Singapura, (Bernama, 30 Mac 2011). Dalam persidangan tersebut juga, Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein sempat bertemu dengan Menteri Imigresen dan Kewarganegaraan
Australia, Chris Bowen bagi membincangkan hala tuju dan kesepakatan antara kedua-dua negara
dalam melihat permasalahan berkaitan dengan pemerdagangan orang dan jenayah antarabangsa dalam
konteks yang lebih fokus. Malaysia juga telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman
(MoU) bersama dengan United Kingdom berhubung kerjasama dalam bidang keselamatan kedua-
negara terutamanya dalam aspek jenayah rentas sempadan. Perjanjian MoU tersebut telah
ditandatangani sendiri oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib Bin Tun Abdul Razak semasa
lawatan rasminya ke United Kingdom pada 12 hingga 15 Julai 2011 yang lalu. Skop kerjasama
(MoU) tersebut merangkumi aspek keganasan, jenayah terancang, pemerdagangan orang dan
penyeludupan migran, penyeludupan dadah, pemalsuan dokumen, jenayah siber dan pengubahan

69
Samuni & Kanyo, International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 62-74

wang haram. Bentuk kerjasama yang dipelopori oleh kedua-dua negara meliputi kerjasama teknikal,
perkongsian maklumat risikan, perkongsian kepakaran, perkongsian hasil kajian dan percetakan,
(Laporan Kementerian Dalam Negeri, 6 Julai 2011). Sekali lagi, Malaysia dan Australia telah nekad
untuk mengukuhkan jaringan kerjasama bagi membanteras kegiatan jenayah rentas sempadan yang
kian berleluasa dan rumit untuk ditangani ini. Perjumpaan antara Timbalan Perdana Menteri
Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Perdana Menteri Australia, Julia Gillard di Putrajaya
pada 20 November 2010 telah membincangkan kesepakatan kedua-dua negara dalam usaha
menangani isu jenayah pemerdagangan orang ini, (Bernama, 1 November 2010).

e) Penguatkuasaan

Usaha Malaysia dalam membanteras jenayah pemerdagangan orang diperluaskan lagi ke atas aspek
penguatkusaan, pendakwaan dan juga perlindungan. Aspek penguatkuasaan yang telah dijalankan
beberapa agensi penguatkuasa yang telah dilantik bagi membantu kerajaan dalam membanteras
jenayah pemerdagangan orang hingga ke akar umbi adalah (1) Polis Diraja Malaysia (PDRM), (2)
Jabatan Imigresen (JIM), (3) Jabatan kastam Diraja Malaysia (JKDM), (4) Agensi Penguatkuasa
Maritim Malaysia (APMM) dan juga (5) Jabatan Tenaga kerja (JTK). Jabatan Imigresen telah
mencadangkan penubuhan satu unit baru dalam jabatan tersebut yang dikenali sebagai Bahagian
Antipemerdagangan Orang untuk memperkasakan lagi usaha Malaysia dalam memerangi jenayah
pemerdagangan orang yang merupakan salah satu jenayah rentas sempadan yang semakin berleluasa
dewasa kini. Datuk Alias Ahmad selaku Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, isu pemerdagangan orang
semakin berleluasa berlaku di seluruh dunia dilihat sebagai cabaran global hari ini, selain jenayah-
jenayah lain seperti penyeludupan senjata, penyeludupan migran, rangkaian keganasan dan juga
penyeludupan dadah. Justeru, landskap dunia baru ini telah menyebabkan Jabatan Imigresen perlu
melakukan transformasi supaya keupayaannya seiring dengan cabaran global. Transformasi yang
dilakukan adalah meliputi aspek struktur, kelengkapan, pelaksanaan sistem dan tenaga manusia. Kini,
Jabatan Imigresen sedang menjalani proses penyusunan semula organisasi dan bahagian
Antipemerdagangan Orang adalah merupakan sebahagian cadangan transformasi tersebut, (Mstar, 12
Julai 2013). Laporan TIP (2013) sekali lagi telah mencatatkan Malaysia diletakkan di Tahap 2 Senarai
Pemerhatian (Tier 2, Watch List) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (U.S. Department of State,
2012). Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd Bakri Zinin memberi jaminan
bahawa pihak polis akan mengambil langkah berterusan dalam memerangi pemerdagangan manusia
dengan mengadakan lebih banyak operasi dalam usaha menyelamatkan mangsa sindiket. Lebih ramai
anggota polis ditempatkan di kawasan panas (hotspot) sindiket menjalankan kegiatan jenayah tersebut
seperti di kawasan perairan negara di selat Melaka dan Laut China Selatan yang telah dikenalpasti
sebagai laluan utama sindiket sebelum mangsa diperdagangkan ke negara destinasi. Negara destinasi
yang disebutkan adalah merupakan negara penerima mangsa atau negara yang dituju oleh sindiket
untuk membawa mangsa yang diperdagangkan (Bernama, 30 Mac 2011). Sekretariat MAPO juga
telah bekerjasama dengan Kesatuan Eropah (EU) dengan menganjurkan bengkel bagi mempelajari
amalan terbaik EU dalam menangani jenayah pemerdagangan orang. Kerjasama bersama Australia
pula, bengkel yang telah diadakan menjurus kepada aspek penguatkuasaan bersepadu dan ianya turut
melibatkan penyertaan agensi penguatkuasaan dari negara Thailand. Kedua-dua bengkel tersebut
dijalankan di Pulau Langkawi dengan melibatkan semua agensi penguatkuasaan, mahkamah dan
pendakwaan, (Kementerian Dalam Negeri, 25 Jun 2013). Berdasarkan kepada pelbagai sumber
laporan yang dikeluarkan, aktiviti jenayah rentas sempadan tidak begitu membimbangkan, namun
apabila dilihat trend jenayah seperti aktiviti pemerdagangan orang, kemasukan secara haram pelbagai
bentuk senjata api oleh sindiket tertentu serta penyeludupan keluar kenderaan yang dicuri di negara
ini, Pihak PDRM tidak mampu untuk bertindak sendirian tetapi perlu kerjasama dan perhubungan
dengan negara yang bersempadanan dengan Malaysia. Oleh yang demikian, hubungan serantau
khususnya dalam kalangan Pasukan Polis Negara-negara ASEAN amat penting bagi menangani
jenayah rentas sempadan seperti jenayah pemerdagangan orang yang semakin hari semakin
berkembang. Ledakan kemajuan teknologi juga turut memberi impak kepada tahap keberkesanan
penguatkuasaan undang-undang seperti PDRM dalam mencegah dan membanteras jenayah rentas

70
Samuni & Kanyo, International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 62-74

sempadan sedemikian. Bagi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM, usaha ini semakin mapan dengan
wujudnya mesyuarat bilateral atau perhubungan dua hala di antara JSJ dan badan siasatan jenayah
negara jiran bagi membincangkan isu bersama serta kerjasama dan bantuan yang boleh dihulurkan.
Perhubungan bilateral yang paling aktif dan lama adalah melalui Mesyuarat Perhubungan Dua Hala
JSJ (PDRM) dengan JSJ Singapura (Singapura Police Force) yang dianjurkan dua kali setahun,
(Harian Metro, 13 Julai 2013). Keseriusan pihak berkuasa Malaysia dalam menangani isu jenayah
pemerdagangan otang ini dibuktikan lagi dengan penahanan tujuh orang petugas Jabatan Imigresen
Malaysia (JIM) di bawah ISA setelah disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan manusia. Bagi
membanteras gejala rasuah yang berlaku dalam kalangan agensi penguatkuasa berhubung dengan
kegiatan jenayah pemerdagangan orang ini, pelbagai usaha telah dilakukan termasuk mengumumkan
nama mereka yang melakukan kesalahan rasuah, menyediakan garis panduan berhubung surat
sokongan, mengumumkan pemerolehan kontrak kerajaan, memberi perlindungan kepada pemberi
maklumat, menyelesaikan kes rasuah dalam tempoh setahun dan melakukan pertukaran tempat kerja
dalam kalangan penjawat awam, (Bernama, 12 Ogos 2010).

f) Pendakwaan dan Perlindungan

Sehubungan daripada aspek penguatkuasaan, aspek pendakwaan dan juga perlindungan kepada
mangsa jenayah juga adalah antara sebahagian cabang penting yang dikawal selia oleh kerajaan
Malaysia dalam usaha membanteras jenayah pemerdagangan orang. Bagi tujuan pendakwaan dan
sabitan, mangsa pemerdagangan orang perlu dibuktikan telah dipaksa dan dieksploitasi. Unsur-unsur
paksaan dan pengeksploitasian boleh wujud sama ada sebelum, semasa atau selepas proses
pemerdagangan orang berlaku. Hal ini telah memberi kesukaran kepada pihak berkuasa untuk
bertindak pada peringkat awal kerana ianya perlu menentukan mangsa telah dieksploitasi ataupun
sebaliknya, (Utusan Malaysia, 1 Oktober 2009). Menurut Laporan (TIP) 2011, Malaysia telah
mensabitkan 11 orang pesalah pemerdagangan seks dan 3 orang lagi bagi kesalahan pemerdagangan
buruh dan seterusnya telah menjatuhkan hukuman penjara tiga hingga lapan tahun berbanding 7 orang
pesalah pemerdagangan orang pada tahun 2010. Menurut Muhd Khair Razman Mohamed Annuar
selaku setiausaha Bahagian Antarabangsa, Kementerian Dalam Negeri, antara tempoh 28 Februari
2008 hingga 21 November 2010, sebanyak 284 kes dilaporkan membabitkan pelbagai jenis eksploitasi
dan seramai 424 orang telah ditangkap kerana terbabit dalam jenayah pemerdagangan orang, (Harian
Metro, 9 Januari 2011). Di samping itu, satu keputusan penting telah dibuat berdasarkan penilaian
Ketua Pengarah Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM), William Lacy Swing di mana
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah ditugaskan untuk menguruskan
bahagian perlindungan kepada semua mangsa jenayah pemerdagangan orang di Malaysia yang mana
dahulunya kementerian tersebut hanya menguruskan mangsa wanita dan kanak-kanak, manakala bagi
mangsa lelaki pula dibawah perlindungan Kementerian Dalam Negeri. Perbincangan tersebut turut
meniliti kepada usaha sama sedia ada berhubung dengan pengurusan penghijrahan, termasuk bantuan
yang boleh diberikan oleh (IOM) kepada mangsa pemerdagangan orang di Malaysia. Malaysia dan
IOM seterusnya telah mengadakan kerjasama strategik untuk memerangi kegiatan pemerdagangan
orang serta melihat kepada aspek perlindungan dan pemulihan kepada mangsa jenayah tersebut,
(Bernama, 30 Mac 2011). Tan Sri Mahmood Adam selaku Ketua Setiausaha Kementerian Dalam
Negeri merangkap Pengerusi Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran
(MAPO), wanita adalah mangsa tertinggi dengan 562 orang, lelaki 260 orang dan kanak-kanak adalah
seramai 118 orang. Semua mangsa yang diselamatkan dan mendapat Perintah Perlindungan Tetap
(PO) ditempatkan di rumah perlindungan. Dalam tempoh 2008 hingga 13 Januari 2012, sebanyak 426
kes telah disiasat melibatkan tangkapan seramai 599 orang, (Bernama, 25 Februari 2012). Melalui
usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia dalam menangani jenayah pemerdagangan orang
ini seharusnya diberikan pujian dan sokongan yang padu daripada semua pihak terutamanya dalam
kalangan masyarakat awam.

71
Samuni & Kanyo, International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 62-74

KESIMPULAN
Senario peningkatan kadar jenayah pemerdagangan orang ini mampu untuk dibanteras dan diatasi
sekiranya pihak kerajaan Malaysia menjalankan pelbagai pendekatan khususnya yang melibatkan
aspek perundangan pada peringkat awal dengan memperlihatkan komitmen yang tinggi. Melalui
perbincangan dan tinjauan awal menunjukkan bahawa Kerajaan Malaysia telah menunjukkan usaha
yang gigih dalam membanteras jenayah pemerdagangan orang di negara ini secara holistik dan
proaktif. Selain itu juga, pihak kerajaan telah melakukan yang terbaik dengan mengikut dasar negara
serta mengambil kira aspek kedaulatan, keselamatan dan integriti. Peranan yang dimainkan oleh
masyarakat sekeliling juga adalah sangat penting dalam membantu pihak penguatkuasa dalam
memastikan jenayah pemerdagangan orang ini dapat diatasi dan dikurangkan. Tuntasnya, langkah-
langkah dan juga usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan ini boleh mendatangkan hasil sekiranya
masyarakat memahami, mempunyai kesedaran dan tanggungjawab sosial dalam membantu pihak
kerajaan dalam membanteras jenayah pemerdagangan orang ini hingga ke akar umbi.

RUJUKAN

Abdul Rahim, R., Tan, S. L. & Khan, S. (2009). Economic globalisation and trafficking of women in the
ASEAN region : a socio-legal study. Jurnal Undang-undang, 13. ISSN 1394-7729. Diperolehi
daripada http://journalarticle.ukm.my/1698/ pada 5 Oktober 2013.

Amnesty International. (2004). Laporan Amnesty International. Diperolehi daripada http://www.dw.de/laporan-


tahunan-2004-amnesty-international/a-2953366 pada 5 September 2013.

Berita Harian (2004, 24 April). Kesempitan Hidup Punca Utama Jenayah Pemerdagangan Orang.

Berita Harian (2012, 25 Februari). 941 Mangsa Pemerdagangan Orang Diselamatkan.

Bernama (2013, 25 Jun). Tingkatkan Inisiatif Nasional Ke Arah Membanteras Jenayah Pemerdagangan Orang.

Bernama (2011, 30 Mac). Malaysia Bertungkus-lumus Menghapuskan Kes Pemerdagangan Manusia.

Bernama (2011, 30 Mac). Proses Bali Tuntut Peserta Bekerjasama Tangani Jenayah Pemerdagangan Manusia.
Diperolehi daripada http://mapo.bernama.com/news.php?id=574917 pada 5 Oktober 2013.

Bernama (2010, 12 Ogos). Kadar Jenayah Turun Legakan Rakyat.

Bernama (2010, 20 Julai). Pemerdagangan Orang, Sumber Keuntungan Ketiga Terbesar Jenayah Terancang
Antarabangsa. Diperolehi daripada
http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2010/7/20/mstar_berita/2010072018520 pada
2 3 Oktober 2013.

Harian Metro (2013, 13 Julai). Bendung Jenayah Rentas Sempadan. Diperolehi daripada
http://www.hmetro.com.my/articles/2013071307440020130713074400/Article pada 13 Julai 2013.

Harian Metro (2011, 9 Januari). Malaysia Jadi Pusat Transit.

Kedutaan Amerika Syarikat (2013a). Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) 2012. Diperolehi daripada
http://bahasa.malaysia.usembassy.gov/report_tip_msia-june2012.html pada 25 Mei 2013.

Kedutaan Amerika Syarikat (2013b) Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) 2013. Diperolehi daripada
http://bahasa.malaysia.usembassy.gov/report_tip2013.html pada 25 Mei 2013.

Kedutaan Amerika Syarikat (2010). Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP). (2010). Diperolehi daripada
http://bahasa.malaysia.usembassy.gov/root/pdfs/tip2011_msia_bahasa.pdf pada 24 Mei 2013.

72
Samuni & Kanyo, International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 62-74

Kementerian Dalam Negeri. (25 Jun 2013). Diperolehi daripada http://www.moha.gov.my/index.php/en/ pada
3 September 2013.

Kementerian Dalam Negeri (2013). Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.
Diperoleh daripada http://www.moha.gov.my/index.php/ms/maklumat-perkhidmatan/2012-08-15-01-
17-06/jenis-lesen/125-maklumat-korporat/maklumat-bahagian/sekretariat-majlis-antipemerdagangan-
orang-dan-antipenyeludupan-migran/akta-antipemerdagangan-orang-dan-antipenyeludupan-migran-
2007
pada 6 September 2013.

Kementerian Dalam Negeri (2011, 6 Julai). Diperolehi daripada http://www.moha.gov.my/index.php/en/ pada


4 September 2013.

Kementerian Dalam Negeri Malaysia (2013). Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang (2010-
2015). Diperolehi daripada http://www.moha.gov.my/index.php/en/akta-antipemerdagangan-orang-
dan-penyeludupan-migran-2007/ pada 28 Jun 2013.

Malaysia (2013). Majlis Antipemerdagangan orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO). Diperolehi
daripada http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pemerdagangan-orang/9985-majlis-
antipemerdagangan-orang-dan-antipenyeludupan-migran.html pda 28 Jun 2013.

Malaysiakini (2013, 25 Jun). Malaysia Tahap 2 Dalam Laporan Pemerdagangan Manusia. Laporan Sekretariat
Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO). Diperoleh daripada
http://www.malaysiakini.com/news/233952 pada 20 Ogos 2013.

Malaysiakini (2011, 14 Oktober). Prof: Kesan negatif pemerdagangan manusia pada M'sia. Diperolehi daripada
http://www.malaysiakini.com/news/178621 pada 5 Oktober 2013.

MAPO (2011). Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran. Laporan Sekretariat Majlis
Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO). Jabatan Penerangan Malaysia.

Mohd. Reduan, A. (2009). Jenayah. Selangor. Dasar Cetak (M) Sdn. Bhd: Alaf 21.

Mstar (2013, 12 Julai). Jabatan Imigresen Cadang Tubuh Bahagian Baru Perangi Pemerdagangan Orang.

New Sabah Times (2013, 25 Mei). Empat Kawasan Di Sabah Dikenalpasti Sebagai Lokasi Utama Jenayah
Pemerdagangan Orang.

Nor-Ina, K. (2011). Kebimbangan Terhadap Pelakuan Jenayah: Satu Kajian Persepsi dalam Kalangan Penduduk
Bandar di Pulau Pinang.Tesis Ph.D. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Nor-Ina, K., Norizan, M.N. Ruslan, R. (2013). Tinjauan Dasar Pengurangan Jenayah di Malaysia. Prosiding
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII, Jilid 1 (2013) 224-234.

Shelley, L.I. (1981). Crime and Modernization: The Impact of Industrialization and Urbanization on Crime.
United States: Southern Illinois University Press.

Sinar Harian (2013, 25 Jun). Pemerdagangan Orang: Kedudukan Malaysia Masih Sama.

Singh , V. (2012). Punca Berlakunya Jenayah Pemerdagangan Orang di Malaysia. Diperoleh daripada
www.scribd.com pad 31 Ogos 2013.

SUHAKAM. (2012). Hak Asasi Manusia. Diperolehi daripada


http://www.suhakam.org.my/c/document_library/get_file pada 8 September 2013.

SUHAKAM. (2011). Hak Asasi Manusia.. Diperolehi daripada


http://www.scribd.com/doc/95881014/SUHAKAM-2011 pada 7 September 2013.

73
Samuni & Kanyo, International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 62-74

U.S. Department of State (2012). Trafficking in Persons Report 2012. Diperolehi daripada
http://www.state.gov/documents/organization/192596.pdf pada 6 Oktober 2013.

Utusan Malaysia (2013, 06 Mac). Kes Pemerdagangan Orang di Sabah Terkawal.

Utusan Malaysia (2013, 19 Februari). Banteras Pemerdagangan Orang: Duta Amerika Puji Usaha Malaysia.

Utusan Malaysia (2009, 1 Oktober). Dilema Perdagangan Manusia.

Utusan Malaysia, 5 Mac 2012.

Yuen, B. (2004). Safety and dwelling in Singapore. Cities, 21(1), 19-28.

74

Anda mungkin juga menyukai