Anda di halaman 1dari 3

LATIHAN SPSS

PROJEK TAHUN AKHIR SEM 1 SESI 2014/2015

PENGENALAN

Dalam latihan ini, anda akan didedahkan dengan prosedur-prosedur yang berikut:

1. Prosedur memasukkan data


2. Prosedur membersihkan data
a. Recode
b. Mencari nilai kebolehpercayaan
c. Compute skor min
d. Transform skor mentah kepada skor z dan skor t
e. Kaedah memberi gred/tahap
3. Prosedur menganalisis persoalan kajian dengan menggunakan:
a. Analisis deskriptif
i. min dan sisihan piawai (bagi skor interval)
ii. analisis kekerapan (frekuensi) dan peratus (bagi skor nominal)
iii. crosstab

b. Analisis inferensi
i. Ujian perbandingan (independent sample t-test dan One-Way Anova)
ii. Ujian korelasi (correlation bivariate)
iii. Ujian kesan pengaruh (regression)

Sila baca latar belakang kajian dengan teliti. Semua aktiviti SPSS yang akan dijalankan adalah
berdasarkan kajian ini dan data ‘dummy’ yang disediakan..

LATAR BELAKANG KAJIAN

Tajuk:

HUBUNGKAIT KECERDASAN EMOSI DENGAN KECERGASAN FIZIKAL DALAM KALANGAN


ATLET SEPENUH MASA DAN ATLET PELAJAR.

Pernyataan masalah:

Penyelidik ingin mengenalpasti kualiti kecerdasan emosi dan hubungkaitnya dengan kecergasan
fizikal dalam kalangan atlet sepenuh masa dan atlet pelajar. Objektif penyelidik adalah seperti
berikut:

1. untuk mengenalpasti kualiti kecerdasasan emosi yang ditunjukkan oleh atlet sepenuh masa
dengan atlet pelajar.
2. untuk mengenalpasti tahap kecergasan fizikal dalam kalangan atlet sepenuh masa dan atlet
pelajar.

1
3. untuk membandingkan kecenderungan kecerdasan emosi antara atlet sepenuh masa dengan
atlet pelajar.
4. untuk membandingkan darjah kecergasan fizikal antara atlet sepenuh masa dengan atlet
pelajar.
5. untuk membuat hubungkait antara faktor kecerdasan emosi dengan faktor kecergasan fizikal
dalam kalangan atlet secara keseluruhan.
6. untuk melihat kesan pengaruh faktor kecerdasan emosi ke atas kecergasan fizikal dalam
kalangan atlet secara keseluruhan.

Definisi pemboleh ubah (operasional):

1. Kecerdasan emosi

Dalam kajian ini juga, kualiti kecerdasan emosi adalah merujuk kepada skor kecenderungan
kecerdasan emosi terhadap 3 faktor kecerdasan emosi iaitu hubungan interpersonal,
hubungan intrapersonal, dan pengurusan stres, yang diukur melalui BarOn Emotional Quotient
Inventory: Youth Version (BarOn EQ-i:YV). BarOn Emotional Quotient Inventory: Youth
Version mengandungi 21 item kesemuanya. Pembahagian item mengikut 3 faktor kecerdasan
emosi adalah seperti berikut:

Item faktor hubungan interpersonal: 1, 4, 8, 12, 16, 19, 21

Item faktor hubungan intrapersonal: 2, 5, 9, 13, 17, 18, 20

Item faktor pengurusan stress: 3, 6, 7, 10, 11, 14, 15

2. Kecergasan Fizikal

Manakala kecergasan fizikal pula adalah merujuk kepada skor ujian Bangkit Tubi (bilangan),
ujian Tekan Tubi (bilangan), ujian Jangkauan Melunjur (cm), dan ujian Larian 1500m (m).
Daripada keempat-empat ujian ini, kecergasan fizikal akan dilihat dalam 5 tahap iaitu tahap 5
(cemerlang), 4 (baik), 3 (memuaskan), 2 (tidak memuaskan) dan 1 (lemah).

LATIHAN

1. Buka file SPSS yang baru.


2. Bina tapak SPSS (dalam variable view) berdasarkan data dummy (seperti lampiran),
3. Masukkan data tersebut dengan lengkap ke dalam data view.
4. Berdasarkan data dummy yang telah dimasukkan ke dalam data view, sila lakukan perkara
berikut:
a) Dalam alat ukur BarOn Emotional Quotient Inventory: Youth Version, item 3, 6, 8, 11, dan
14 adalah item negatif. Recode item tersebut supaya ia menjadi item positif sama seperti
item-item yang lain. – PROSEDUR TRANSFORM - RECODE

b) Cari nilai kebolehpercayaan bagi alat ukur BarOn Emotional Quotient Inventory: Youth
Version – PROSEDUR ANALYZE – SCALE – RELIABILITY ANALYSIS

2
c) Compute skor min bagi ketiga-tiga faktor kecerdasan emosi – PROSEDUR ANALYZE –
DESCRIPTIVE

d) Tukarkan data mentah keempat-empat ujian UDTA kepada skor z dan skor t –
PROSEDUR COMPUTE

e) Dapatkan skor min bagi keseluruhan kecergasan fizikal (menggunakan skor standard) –
PROSEDUR ANALYZE - DESCRIPTIVE

f) Berdasarkan skor min kecergasan fizikal, bina skala gred/tahap kecergasan fizikal,
kemudian klasifikasikan subjek kajian mengikut gred/tahap kecergasan fizikal tersebut. –
PROSEDUR GRED LINGKUNGAN NORMA / CUT POINT PERCENTILES (PROSEDUR
ANALYZE – FRECUENCY)

5. Berdasarkan latar belakang kajian yang diberi dan data dummy yang telah dibersihkan melalui
aktviti b, sila jawab perkara-perkara berikut:

a) Jelaskan komposisi subjek kajian mengikut jenis atlet berdasarkan jantina mereka
(prosedur crosstab)
b) Bina persoalan kajian berdasarkan objektif kajian yang diberi.
c) Bina hipotesis nol berdasarkan objektif kajian yang diberi
d) Nyatakan apakah jenis analisis statistik yang boleh digunakan bagi menjawab setiap
persoalan kajian (sila nyatakan dalam bentuk jadual)
e) Sila jawab setiap persoalan kajian dengan menggunakan analisis statistik yang telah anda
tetapkan. Sila laporkan dapatan anda dengan format penulisan yang telah diberi kepada
anda sebelum ini.

Anda mungkin juga menyukai