Anda di halaman 1dari 4

Tata Cara Tahnik

Hikmah Tahnik

Perbuatan tahnik adalah untuk mengharapkan kebaikan bagi si anak dengan


keimanan, karena kurma adalah buah dari pohon yang diumpamakan oleh
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan seorang mukmin dan juga
karena manisnya. Lebih-lebih bila yang mentahnik itu seorang yang memiliki
keutamaan, ulama dan orang shalih, karena ia memasukkan air ludahnya ke
dalam kerongkongan bayi. Tidaklah engkau lihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wa sallam tatkala mentahnik Abdullah bin Az-Zubair, dengan barakah air ludah
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam Abdullah telah menghimpun keutamaan dan
kesempurnaan yang tidak dapat digambarkan. Dia seorang pembaca Al-Qur’an,
orang yang menjaga kemuliaan diri dalam Islam dan terdepan dalam kebaikan.
[Umdatul Qari bi Syarhi Shahih Al-Bukhari (21/84) oleh Al-Aini dengan sedikit
olahan semula]

Pedoman Hukum dari Hadis Tahnik :

Pertama: Para ulama sepakat tentang sunnahnya mentahnik bayi yang baru
lahir dengan kurma dan ia sunat dilakukan di hari pertama.

Kedua: Jika tidak ada kurma untuk mentahnik, maka boleh digantikan dengan
sesuatu yang manis seperti madu.

Ketiga: Cara tahnik adalah orang yang mentahnik mengunyah kurma sehingga
lumat dan mudah ditelan, lalu dia membuka mulut si bayi dan menyuap sedikit
kunyahan kurma itu menggunakan jari telunjuknya ke langit-langit mulut bayi
itu dengan cara mengerak-gerakkan jari ke kanan dan kekiri sehingga bayi itu
mengisap dan menelan cairan kurma tersebut.
Keempat: Hendaklah yang melakukan tahnik adalah orang sholih sehingga
boleh diminta do’a keberkatannya. Jika orang sholih tersebut tidak hadir, maka
hendaklah bayi tersebut yang dibawa menemui orangnya.

Kelima : sebahagian ulama menyatakan urutan keutamaan makanan yang


dijadikan bahan untuk mentahnik ialah: tamar (kurma kering); barulah rutob
(kurma basah); barulah makanan manis seperti madu; dan setelah itu adalah
makanan yang tidak disentuh api.

P/S : meludah ke mulut bayi hanya khususiyah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi


wa sallam . Manakala selain Baginda maka tidak boleh bertabarruk dengan air
ludahnya. Oleh itu dianjurkan juga bertabarruk dengan air zam zam yang ada
keberkatannya tersendiri.

Doa dan amalan para solihin semasa mentahnik bayi :

Sebahagian dari amalan dan doa yang ana terima dari guru-guru ana antaranya
tuan guru haji Yahya Junait, Syekh Zakaria Awang Besar, dan Tuan guru Haji
Soleh Penanti :

Bacaan sebelum berdoa :

Sesudah ditahnikkan adalah baik dibaca terlebih dahulu bacaan di bawah ini
mudah – mudahan menjadi anak yang soleh atau solehah, terpelihara dari
gangguan syaitan dan sihat tubuh badan. insya Allah :

1.Surah yusuf ayat 64 :


ِ ‫ َوه َُو أَرْ َح ُم الر‬N‫فَاهَّلل ُ َخ ْي ٌر َحافِظًا‬
َ‫َّاح ِمين‬
Allah jualah penjaga Yang sebaik-baiknya, dan Dia lah jua Yang Maha
Mengasihani dari sesiapa sahaja Yang menaruh belas kasihan”.
2.Surah al-Buruj ayat 20-21 :
‫ح َمحْ فُو ٍظ‬ ٌ ‫ بَلْ ه َُو قُرْ َء‬, ٌ‫م ُم ِحيط‬Nْ ‫َوهَّللا ُ ِم ْن َو َرائِ ِه‬
ٍ ْ‫ فِى لَو‬, ‫ان َّم ِجي ٌد‬
Ayat 20. sedang Allah, dari belakang mereka, melingkungi mereka (dengan
kekuasaanNya)!

Ayat 21. (Sebenarnya apa Yang Engkau sampaikan kepada mereka bukanlah
syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran Yang tertinggi kemuliaannya;

Ayat 22. (lagi Yang terpelihara Dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfuz.

3.Surah al-Hijr ayat 17 :


ْ ِ‫َو َحف‬
‫ ِم ْن ُكلِّ َش ْيطَا ٍن َّر ِج ٍيم‬N‫ظنَاهَا‬

4- surah al- Ikhlas ,


5- surah al-alaq ,
6- surah an-Nas,
7- bacaan :
‫ت ِمن ُكلِّ َعي ٍْن الَ َّم ٍة َو ِم ْن ُكلِّ َش ْيطَا ٍن َوهَا َّم ٍة‬ ِ ‫أَعُو ُذ بِ َكلِ َما‬
ِ ‫ت هللاِ التَّا َّما‬
Aku mohon perlindungan dengan kalimat-kalimat allah yang sempurna dari
kejahatan panahan mata dengki dan syaitan serta setiap kemudaratan.

8- Bacaan :
‫ف الَ َحوْ َل َوقُ َّوةَ إِالَّ بِاهللِ ْال َعلِ ِّي ْال َع ِظ ِيم‬
ِ ‫ف أَ ْل‬
ِ ‫ْت عَنكَ بِأ َ ْل‬
ُ ‫ص ْنتُهُ بِ ْال َح ِّي ْالقَي ُِّم َو َدفَع‬
َ ‫َح‬
Aku serahkan jagaan dirimu ( anak ) kepada tuhan Yang Maha Hidup dan Yang
Maha Berkuasa, Aku pertahankan dirimu ( anak ) dengan sejuta ucapan la haula
wala Quwwata illa Billlahil aliyyi al-adhim..

9- surah al-Qadr ,

10- Surah al-Ikhlas ,


11- Bacaan doa :
ُ‫ق لَهُ َما َواجْ َع ْله‬
ٍ ‫صالِ َحةً َوأَحْ يِ ِه َحيَاةً طَيِّبَةً َوأَ ْس ِع ْدهُ َس َعا َدةَ ْال ُح ْسنَى َواجْ َع ْلهُ بَ ًّرا بِ َوالِ َد ْي ِه َغي َْر عَا‬َ ً‫اللَّهُ َّم أَ ْن َشأَهُ نَ ْشأَة‬
ُ‫ظ َر ِة َو ْال َع ْي ِن َو ْال َحا ِس ِدينَ َوأَ ِع ْذهُ عَن خَ ْلقِكَ أَجْ َم ِعينَ َوالَتُحْ ِوجْ ه‬ ْ َّ‫ارفِينَ ْال َعا ِملِينَ َوأَ ْكفِ ِه َش َّر الن‬
ِ ‫ِمنَ الصَّالِ ِحينَ ْال َع‬
َ‫ض ِرينَ أَجْ َم ِعينَ يَا َربَّ ْال َعالَ ِمين‬
ِ ‫إِالَّ لِ َوجْ ِهكَ ْال َك ِري ِْم َوا ْغفِرْ لِ َوالِ َد ْي ِه َو ْال َحا‬

MAKSUDNYA :
Ya Allah hidupkanlah dia dengan kehidupan yang soleh dan baik,
bahagiakanlah dia dengan kebahagian yang sempurna, jadikanlah dia anak
yang berbakti kepada kedua ibu bapanya, tidak menderhakai mereka berdua,
jadikanlah dia tergolong di kalangan orang-orang yang soleh,
berpengetahuan agama dan beramal. Selamatkanlah dia dari kejahatan
panahan mata dan orang yang berdengki, jauhilah dia dari kejahatan semua
makhluk-Mu, janganlah Engkau jadikan dia bergantung harap kepada
orang lain selain bergantung harap kepada-Mu wahai Tuhan Yang Maha
Bijaksana.. Ampunilah kedua ibu bapanya, dan semua yang hadir wahai
Tuhan Penguasa Alam..

P/S : bacaan-bacaan ini adalah tajarrub as – Solihin, bukan suatu amalan yang
disandarkan kepada sunnah Rasulullah s.a.w.. diamalkan sebagai bertabarruk
dengan ayat-ayat suci al-Quran. Sekiranya keadaan tidak mengizinkan.
Cukuplah dengan hanya berdoa.

AKHUKUM USTAZ MOHD HAZRI AL-BINDANY

Anda mungkin juga menyukai