Anda di halaman 1dari 7

KATA ADJEKTIF ( 1 )

hanyir busuk hamis hapak tengik basi hancing hangus

1. Sampah sarap di dalam longkang itu berbau _________________.

2. Minyak masak itu berbau _______________ kerana disimpan terlalu lama.

3. Jean itu berbau _______________ kerana sudah lama tidak dibasuh.

4. Dia muntah apabila terhidu bau ikan yang _______________ itu.

5. Diana tidak gemar makan daging kambing kerana baunya _______________.

6. Masakan ibu semalam sudah ______________ dan tidak boleh dimakan lagi.

7. Langsir itu berbau ______________ kerana terkena air kencing kucing.

8. Ayam yang digoreng oleh kakak telah _______________ kerana api terlalu besar.

empuk lembut lembik lemau lemah rangup

1. Biskut di dalam tin itu menjadi _______________ kerana tidak ditutup dengan rapat.

2. Sofa yang baru dibelinya itu sungguh _______________.

3. Ubi kayu itu mesti direbus hingga _______________.

4. Badannya _______________ kerana sudah beberapa hari tidak makan.

5. Puan Maimunah menyuap nasi yang _________________ itu ke mulut anaknya.

6. Keropok yang baru digoreng oleh ibu itu memang _______________ dan sedap dimakan.

luas longgar dalam labuh cetek / tohor

1. Anuar gemar berpakaian _____________ kerana berasa lebih selesa.

2. Ibu sadang memotong kaki seluar ayah yang _______________ itu.

3. Halaman rumahnya ______________ dan bersih.

4. Air tasik ini menjadi ______________ kerana musim kemarau yang berpanjangan.

5. Jangan berenang di dalam lombong yang ________________ itu.


KATA ADJEKTIF ( 2 )

bengkok bongkok curam patah condong

1. Batang besi lurus itu dijadikan ______________ kerana dilanggar oleh sebuah lori.

2. Pokok kelapa yang ______________ di tepi jalan itu sudah ditebang

3. Badan neneknya sudah _______________ sabut.

4. Kamal terpaksa tinggal di hospital kerana kakinya ________________ .

5. Lurah yang _______________ sangat berbahaya kepada pendaki-pendaki gunung.

kendur tegang kaku penat beku lenguh

1. Air yang diletakkan di situ sudah _________________ menjadi ais.

2. Kedua-dua kakinya menjadi ________________ kerana terlalu sejuk.

3. Kaki Kui Meng berasa ________________ kerana dia terlalu lama berdiri.

4. Ayah __________________ selepas seharian bekerja di kebun.

5. Tali itu ditarik menjadi _______________.

6. Ayah sedang membetulkan dawai ampaian yang ________________ itu.

teliti fasih handal lincah petah

1. Gadis itu amat ________________ semasa bermain bola jaring dengan kawan-kawannya.

2. Warga asing itu _______________ berbahasa Melayu.

3. Murid-murid membaca soalan peperiksaan dengan _______________ .

4. Walaupun adik masih kecil tetapi dia ________________ bercakap.

5. Pasukan bola sepak yang _______________ itu telah memenangi perlawanan itu.

nyaring lunak / lembut merdu serak / garau

1. _______________ betul bunyi hon kereta itu.

2. Suara Fazli mulai _______________ setelah menjerit-jerit dengan kuatnya.

3. Penyanyi itu menyanyi dengan suara yang _______________ .

4. Suara guru kauseling dan bimbingan sekolah saya _______________, ramai murid suka akan
beliau.
KATA ADJEKTIF ( 3 )

pahit manis payau masin masam tawar kelat pedas

1. Buah mangga muda itu rasanya sangat _______________ .

2. Ikan-ikan yang telah dibubuh garam akan dijemur di bawah cahaya matahari untuk dijadikan
ikan _________________.

3. Rendang yang ibu masak agak ________________ kerana kekurangan garam.

4. Adik saya tidak mahu makan ubat yang _______________ itu.

5. Pencuci mulut yang dimasak oleh Lili terlalu _______________ kerana kelebihan gula.

6. Rasa limau amat _______________ .

7. Nasi lemak itu sedap tetapi sambalnya terlalu _______________.

8. Rasa air itu _______________ sedikit. ( rasa air agak masin )

sempit lancar ringan licin kesat bernas

1. Jun Kai terjatuh kerana lantai itu ______________.

2. Pendapat yang dikemukakannya itu _______________ .

3. Rancangan itu dapat dijalankan __________ dengan adanya kerjasama daripada semua pihak.

4. Mereka bertengkar di lorong yang _______________ itu kerana kedua-duanya tidak mahu
beralah.

5. Kapas lebih ________________ daripada besi.

6. Permukaan kayu yang _______________ itu diketam oleh tukang kayu hingga licin.

pantas kencang ligat deras lebat laju

1. Gasing yang dipangkah oleh Halim berputar dengan _______________ .

2. Kuda berlari dengan _______________ .

3. Pokok mangga di tepi rumah Maniam sungguh ______________ buahnya.

4. Jangan memandu kereta dengan _______________ .

5. Air sungai mengalir _______________ selepas hujan turun.

6. Angin bertiup dengan _______________ .

7. Hujan turun dengan _______________ selama dua jam.


KATA ADJEKTIF ( 4 )

buncit pancit kenyang kempis kemik

1. Lim menuntun basikalnya kerana tayar belakang basikalnya _______________ .

2. Belon itu semakin _______________ kerana tercucuk duri.

3. Bahagian depan kereta itu _______________ akibat terlanggar pokok kelapa itu semalam.

4. Lelaki berperut ________________ itu ialah sepupu Mei Ling.

5. Mariah berasa amat ______________ selepas makan nasi ayam yang dimasak oleh emaknya.

segar layu mekar wangi

1. Kakak menyembur minyak _______________ selepas bersolek.

2. Kakak menyiram pokok-pokok bunga itu agar sentiasa _______________.

3. Tanaman akan ________________ apabila kekurangan cahaya matahari.

4. Bunga ros yang _______________ itu sangat harum baunya.

erat renggang nyaris dekat singkat

1. Hubungan Saleh dan Farez semakin ________________ selepas pertengkaran itu.

2. Ibu memeluk kami berdua dengan ________________ .

3. Ali _______________ dilanggar kereta ketika melintas jalan raya.

4. Rumah saya terletak ________________ dari sekolah.

5. Adik saya tidak dapat menyiapkan kerja itu dalam masa yang ________________.

gempal kurus lurus tegak lanjut kerinting

1. Semua murid dan guru sedang berdiri _______________ apabila menyanyikan lagu kebangsaan.

2. Budak perempuan yang berambut _______________ itu sepupu saya.

3. Jalan baru dibina itu lebar dan _______________.

4. Datuk saya masih kuat bekerja walaupun usianya sudah ________________.

5. Lelaki yang berbadan _______________ ialah Guru Besar sekolah saya.

6. Walaupun Anita lebih _________ daripada kakaknya, tetapi dia terangkat meja yang berat itu.
KATA ADJEKTIF ( 5 )

molek tampan segak jelita indah

1. Pemandangan di kawasan peranginan ini ________________ .

2. Gadis yang _______________ itu bekerja sebagai pramugari.

3. Pemuda yang _______________ itu menjadi tumpuan orang ramai semasa berada di pesta itu.

4. Ayahnya kelihatan ______________ apabila memakai pakaian uniform tentera.

5. Pakaian gadis itu _______________ .

khusyuk bimbang / khuatir cuai hampa / kecewa sedih kagum

1. Para penonton ________________ akan kemahiran ahli silap mata itu.

2. Peserta-peserta Kursus Motivasi UPSR itu _______________ mendengar ceramah tentang


teknik menjawab soalan.

3. Puan Zaharah mengingatkan anaknya supaya tidak _______________ semasa memandu kereta
di lebuh raya.

4. Adik berasa _______________ apabila kucing kesayangannya mati.

5. Kami berasa _______________ kerana bapa belum pulang lagi walaupun sudah larut.

6. Sally berasa sungguh _______________ kerana tidak mendapat keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan akhir tahun.

aman riuh lengang lesu pucat lebam

1. Suasana hiruk-pikuk di Kuala Lumpur bertukar _______________ apabila penduduknya pulang


berhari raya di kampung.

2. Majlis hari jadi adik _______________ dengan bunyi gelak ketawa tetamu.

3. Malaysia merupakan sebuah negara yang _______________ dan harmoni.

4. Mukanya _______________ setelah jatuh sakit.

5. Dia kelihatan ________________ mungkin tidak cukup tidur.

6. Mata pemuda itu _______________ selepas ditumbuk oleh samseng itu.


KATA ADJEKTIF ( 6 )

jinak liar ganas ngeri garang

1. Walaupun air muka Cikgu Rasyid kelihatan ________________ tetapi hatinya baik.

2. Kemalangan _______________ itu telah mengorbankan beberapa nyawa.

3. Fitri cabut lari apabila dikejar oleh seekor anjing _____________.

4. Pak Cik Ming suka memelihara haiwan-haiwan yang _______________ di belakang rumahnya.

5. Penduduk Kampung Sungai Nilam hidup dalam kegelisahan kerana kerap diancam seekor buaya
yang ______________.

gelap tebal nipis pudar luntur

1. Kes-kes jenayah sering berlaku di lorong yang _______________ .

2. Ibu kecewa apabila baju yang baru dibelinya telah ________________ warna selepas dibasuh.

3. Warna baju semakin _______________ setelah banyak kali dipakai dan dibasuh.

4. Kamalangan ngeri yang berlaku di lebuh raya itu disebabkan kabus ________________ .

5. Kertas yang _______________ itu sudah diterbangkan angin.

terik mendung teduh dingin

1. Kanak-kanak sedang bermain bola di tempat yang _______________.

2. Petani itu bermandi peluh apabila cahaya matahari yang _______________ memancarinya.

3. Mak Limah menyuruh anaknya perempuan mengangkat pakaian di jemuran apabila melihat
cuaca agak _______________ .

lekit basah kering surut susut

1. Lantai itu menjadi _______________ kerana secawan air sirap telah tertumpah di atasnya.

2. Salmi menjemur pakaian yang _______________ di ampaian.

3. Ibu mengangkat pakaian yang telah _______________ di ampaian.

4. Mangsa-mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing apabila air banjir telah
_________ .

5. Paras air sungai mulai _______________ .


KATA ADJEKTIF ( 7 )

usang koyak reput haus luput lampau

1. Pada zaman _______________ , masyarakat mengamalkan system pertukaran barang.

2. Jangan lupa untuk melihat tarikh ________________ setiap barang yang kamu beli.

3. Rumah di pinggir hutan itu kelihatan ________________ setelah lama ditinggalkan.

4. Seluar panjang berwarna hijau itu _______________ kerana tersangkut pada pakul.

5. Tiang rumah yang Pak Cik Uda sudah _______________ kerana dimakan oleh anai-anai.

6. Batu di pantai itu telah _______________ dimakan ombak.

cengkung halus tumpul tajam lonjong

1. Bola ragbi berbentuk ________________ .

2. Mata Daren kelihatan _______________ kerana dia tidak cukup tidur.

3. Pisau itu ______________ kerana sudah lama tidak diasahkan.

4. Jangan bermain dengan pisau yang ________________ itu.

5. Karen suka mendakap bayi itu kerana kulitnya sungguh _______________.

keruh jernih jelas kabur

1. Air sungai itu menjadi _______________ semenjak aktiviti pembalakan giat dijalankan.

2. Air laut yang _______________ itu menampakkan ikan-ikan di dasarnya.

3. Pandangan datuk semakin _______________ kerana beliau sudah tua.

4. Penglihatan nenek menjadi lebih _______________ setelah dia memakai cermin mata yang
baru.

gelojoh cermat tewas keras

1. Mereka membuat kerja yang dipesan oleh guru dengan _______________ dan mendapat
pujian.

2. Hafez diberi amaran _______________ oleh guru besar kerana kerap ponteng sekolah.

3. Pasukan yang _______________ akan menerima hadiah sagu hati daripada pihak penganjur.

4. “Jangan _______________ semasa makan,” nasihat ibu kepada Julia.

Anda mungkin juga menyukai