Anda di halaman 1dari 10

PERLAKSANAAN PENDIDIKAN KOPERATIF DI MALAYSIAN JAPANESE INDUSTRIAL INSTITUTE (MJII), BERANANG

PENGENALAN

Kolej Kemahiran Tinggi MARA Beranang (KKTM Beranang) merupakan sebuah kolej


kemahiran tinggi di bawah pengurusan Bahagian Kemahiran dan Teknikal(BKT) MARA.
KKTM Beranang mula dibina pada tahun 2004 dengan keluasan 22 ekar. KKTM Beranang
mula beroperasi pada Jun 2008 dan memulakan sesi akademik pada Januari 2009.

          KKTM Beranang diwujudkan bertujuan untuk melahirkan belia Bumiputera yang
berkemahiran dalam pelbagai bidang teknikal dan kemahiran bagi menempatkan diri mereka
berkhidmat dalam sektor perdagangan, perusahaan dan perindustrian di samping melahirkan
bakal-bakal usahawan.  

          Selaras dengan keperluan gunatenaga mahir negara, kewujudan KKTM Beranang
memberikan kelainan berbanding pusat-pusat lain di mana  program yang dilaksanakan
adalah bertaraf kejuruteraan dengan memfokuskan kepada teknologi terkini. Disamping
mempelajari Bahasa Jepun sebagai bahasa kedua, penerapan etika dan budaya kerja Jepun
turut dilaksanakan di kalangan pelajar dan juga warga kerja. Ini menjadikan KKTM
Beranang lebih mantap dalam melahirkan graduan yang berketerampilan dan berdaya saing.

 Pada 19 September 2012, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju untuk mengubah nama
KKTM Beranang kepada MARA Japan Industrial Institute (MJII).

VISI & MISI

VISI: KKTM Beranang, dengan penuh semangat berazam bersungguh-sungguh untuk


menjadikan kolej ini sebagai kolej pilihan untuk menghasilkan teknologi separa profesional
dan usahawan-usahawan dalam bidang kejuruteraan elektronik untuk memenuhi kehendak
industri dan masyarakat.

MISI: Untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan industri dan latihan kemahiran
praktikal ke arah budaya kerja Jepun dan usahawan yang berjaya.

EDU 5419 : PENDIDIKAN KOPERATIF 1


PERLAKSANAAN PENDIDIKAN KOPERATIF DI MALAYSIAN JAPANESE INDUSTRIAL INSTITUTE (MJII), BERANANG

SYARAT KEMASUKAN

Berikut merupakan syarat-syarat bagi kemasukan ke KKTM Beranang:-

Syarat Am:

i. Bumiputera
ii. Berumur antara 17 hingga 40 tahun
iii. Sihat tubuh badan

Syarat Khusus:

i. Lulus SPM/SPMV dengan sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam subjek


berikut:

          Bahasa Melayu


          Matematik
          Mana-mana satu(1) subjek dalam kumpulan  
         Sains/Teknologi/Vokasional.
          Mana-mana 2 subjek lain.
          Lulus Bahasa Inggeris.

ATAU

Lepasan Program Sijil Kejuruteraan/Teknologi yang berkaitan dari Institut Kemahiran


MARA (IKM) dengan minima CGPA 2.5

EDU 5419 : PENDIDIKAN KOPERATIF 2


PERLAKSANAAN PENDIDIKAN KOPERATIF DI MALAYSIAN JAPANESE INDUSTRIAL INSTITUTE (MJII), BERANANG

PROGRAM YANG DITAWARKAN

MJII menawarkan sebanyak lima (5) program pengajian untuk diikuti oleh para pelajar.
Kesemua program-program ini telah mendapat pengiktirafan oleh Penilaian Perakuan
Akreditasi (MQA). 

Tempoh pengajian : 3 tahun (6 semester)

1. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Robotik & Automasi) MQA/FA 1062

Objektif program ini adalah untuk melengkapkan pelajar dengan kebolhena dalam bidang
automasi terutama yang melibatkan sistem robotik.

Pelajar akan dapat mempelajari teknik merekabentuk menguji dan menyelia rekabentuk
sistem robotik, sistem hidraulik & pneumatik dalam industri pembuatan.

Program ini menawarkan modul pengkhususan seperti:

 Robotics
 Industrial Automation
 Pneumatic and Hydraulics
 Computer Integrated Manufacturing

2. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Data Transmisi & Rangkaian) MQA/FA


1059

 Program ini akan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dalam merekabentuk,


menguji dan menyelia peralatan pembuatan elektronik, litar  bersepadu, pemprosesan mikro
dan juga pemindahan data melalui komunikasi tanpa wayar.
 Bidang kejuruteraan ini mempunyai prospek yang baik dalam bidang komputer,
teknologi maklumat, sistem komunikasi dan sebagainya.
 Program ini menawarkan modul pengkhususan seperti:
i.         RF and Microwave
ii.        Mobile Communications

EDU 5419 : PENDIDIKAN KOPERATIF 3


PERLAKSANAAN PENDIDIKAN KOPERATIF DI MALAYSIAN JAPANESE INDUSTRIAL INSTITUTE (MJII), BERANANG

iii.        Communication Networks


iv.        Data transmission and Network Protocols

3. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Sistem Terbenam) MQA/FA 1061

 Program ini bertujuan untuk memberi penekanan dan penumpuan terhadap


pembangunan aplikasi dan penyelenggaraan alatan yang berasaskan system terbenam
(embedded system).
 Sistem terbenam (embedded system) memainkan peranan yang penting dalam
industri microcontroller dan smart devices yang digunakan secara meluas di dalam bidang
telekomunikasi, perubatan, automotif, plant control dan consumer electronics.
 Program ini menawarkan modul pengkhususan seperti:
i.
i. Real time operating system
ii. Wireless Embedded Devices
iii. Object oriented Programming
iv. Embedded System Communication

4. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Mikroelektronik) MQA/FA 1060

 Program ini adalah bidang kejuruteraan yang berkaitan dengan pengecilan komponen
elektronik. Ia menumpukan kepada rekabentuk, pengujian litar mikro atau litar bersepadu
(IC). IC digunakan dengan meluas di dalam komputer, peralatan telekomunikasi, produk
audio-video dan produk elektronik lain.
 Program ini menyediakan permintaan yang tinggi terhadap pereka litar dan ruang
yang diperlukan di dalam bidang nanoteknologi dan bidang yang berkaitan dengan
pembuatan dan pemasangan komponen elektronik, jualan, rekabentuk, pembangunan produk,
pengujian dan perkhidmatan.
 Program ini menawarkan modul pengkhususan seperti:
i.
i. IC Layout Techniques
ii. IC Fabrication Process
iii. IC Assembly and Packaging Process
iv. IC Measurement and Failure Analysis

EDU 5419 : PENDIDIKAN KOPERATIF 4


PERLAKSANAAN PENDIDIKAN KOPERATIF DI MALAYSIAN JAPANESE INDUSTRIAL INSTITUTE (MJII), BERANANG

5. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Pengukuran dan Kawalan Elektronik)


MQA/FA 1063

 Program ini akan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dalam pelbagai proses
industri dan sistem pengukuran termasuk pengesan danactuator yang banyak digunakan
dalam pembuatan automasi termasuk industri utiliti dan banyak lagi.
 Pelajar akan memperolehi pengetahuan teknikal dan kemahiran dalam sistem
kawalan, pengesanan (sensor), pemilihan peralatan, pemasangan, pertauliahan dan pengujian,
penyelenggaraan, kaliberasi, pengaturcaraan dan pengendalian PLC, SCADA.
 Program ini menawarkan modul pengkhususan seperti:
i. Process Control
ii. Industrial Automation
iii. Data Acquisition and Control
iv. Industrial Process Instrumentation

UNIT LATIHAN INDUSTRI

Carta Organisasi

Berikut adalah carta organisasi Kolej Kemahiran Tinggi Beranang atau Malaysian Japanese
Industrial Institute (MJII). Unit latihan industri diletakkan dibawah kategori Hal Ehwal
Pelajar yang diketuai oleh Pegawai Hubungan Industri.

EDU 5419 : PENDIDIKAN KOPERATIF 5


PERLAKSANAAN PENDIDIKAN KOPERATIF DI MALAYSIAN JAPANESE INDUSTRIAL INSTITUTE (MJII), BERANANG

Pegawai Hubungan Industri MJII

Encik Mohamad Nazmi Bin Ahmad Fuad

Unit latihan industri diketuai oleh seorang pegawai Hubungan Industri yang dilantik. Di MJII
peg Hubungan Industri yang dilantik adalah bergred DG41. Encik Mohamad Nazmi Bin Ahmad
Fuad baru memulakan tugas sebagai Peg Hubungan Industri di MJII pada 4 disember 2013
yang lalu. Beliau merupakan seorang graduan dalam bidang pendidikan kaunselling kerjaya
dari Universiti Malaya dan telah berkhidmat di MRSM Muar selama 2 tahun sebelum
berpindah ke MJII.

Perlaksanaan latihan industri di MJII

Semua pelajar KKTM adalah diwajibkan menjalani Latihan Industri dalam tempoh di antara
5 bulan atau 12 bulan bergantung kepada keperluan kursus. Dalam tempoh latihan ini, pelajar

EDU 5419 : PENDIDIKAN KOPERATIF 6


PERLAKSANAAN PENDIDIKAN KOPERATIF DI MALAYSIAN JAPANESE INDUSTRIAL INSTITUTE (MJII), BERANANG

akan dihantar ke syarikat awam dan swasta. Ini adalah berdasarkan kepada keperluan JPA
dan MQA bagi tujuan pengiktirafan Sijil dan Diploma. Latihan Industri yang dilaksanakan
merangkumi empat aspek utama iaitu;
i. Urusan Pentadbiran 
ii. Penempatan
iii. Pemantauan
iv. Penilaian

Urusan Pentadbiran

Semua pelajar yang mengikuti Latihan Kemahiran MARA adalah diwajibkan menjalani
Latihan Industri bagi memenuhi syarat pengiktirafan JPA / MQA. Pelajar tertakluk di bawah
peraturan industri / organisasi luar dan Peraturan Tatatertib Latihan Kemahiran MARA
semasa mengikuti Latihan Industri. Pemilihan tempat Latihan Industri pelajar mestilah dari
industri / organisasi luar yang berdaftar (Register Of Company - ROC) dengan Suruhanjaya
Syarikat Malaysia / Kementerian Kewangan, Institusi Latihan Awam, dan Swasta yang
berdaftar atau Agensi-agensi Kerajaan, dan Swasta. Semasa Latihan Industri, pelajar adalah
diwajibkan mengambil Skim Insuran Berkelompok. Setiap pelajar wajib menghadiri Program
Keselamatan Pekerjaan serta memiliki Kad Hijau CIDB sebelum mengikut Latihan Industri.
(Untuk Kad Hijau; bergantung kepada keperluan program).

Urusan penempatan

Penempatan pelajar adalah di bawah tanggungjawab Pegawai Perhubungan Industri


KKTM. Matlamat utama penempatan pelajar adalah untuk mewujudkan hubungan kerjasama
di antara KKTM dengan industri. Satu sistem rangkaian maklumat di antara Bahagian
Kemahiran Teknikal MARA dan semua KKTM / IKM. Laman sesawang yang dimaksudkan
adalah www.ekemahiran.edu.my/admin.php. Pertukaran tempat Latihan Industri perlu
mendapat kebenaran daripada pihak industri / organisasi luar dan Pengarah KKTM setelah
mengambil kira sebab yang munasabah.

Urusan Pemantauan

EDU 5419 : PENDIDIKAN KOPERATIF 7


PERLAKSANAAN PENDIDIKAN KOPERATIF DI MALAYSIAN JAPANESE INDUSTRIAL INSTITUTE (MJII), BERANANG

Setiap pelajar diagihkan kepada pensyarah sebagai penyelia latihan industri. Permantauan
bertujuan untuk
i. menentukan kesesuaian pelajar dengan Industri / organisasi luar,
ii. memeriksa / mengesahkan buku log, m
iii. mendapatkan maklumbalas industri / organisasi luar terhadap pelajar,
iv. mendapatkan maklumbalas dari pelajar berkenaan bidang tugas yang
disediakan oleh Industri / organisasi luar dan sebagainya.
Pemantauan perlu dilakukan ke atas semua pelajar yang sedang menjalani Latihan Industri
samada melalui lawatan/ email/ telefon oleh penyelia akademik. Pemantauan hendaklah
diadakan sekurang-kurangnya sekali sepanjang tempoh Latihan Industri. Semua laporan
pemantauan hendaklah diserahkan kepada KKTM / IKM yang berkenaan sebelum mesyuarat
senat setiap semester. Peruntukan kewangan melalui belanja mengurus hendaklah disediakan
secukupnya oleh setiap pusat bagi tujuan tuntutan perjalanan, elaun sara hidup dan hal-hal
lain yang berkaitan dengan mengambilkira jumlah pelajar, dan zon pemantauan.

Urusan Penilaian
Penilaian dilakukan setelah pelajar menamatkan Latihan Industri. Pelajar wajib LULUS
dalam penilaian Latihan Industri bagi melayakkan penganugerahan Diploma / Sijil. Penilaian
adalah berdasarkan:
– Kedatangan(20%)
– catatan dalam Buku Log (20%)
– Laporan Latihan Industri (50%)
– Pembentangan (10%).

Pelajar yang mengulang Latihan Industri perlu membayar denda mengulang dan tiada elaun
sara hidup diberikan. Pelajar yang menangguh latihan industri perlu menjalani tempoh latihan
industri pada sesi berikutnya. Pelajar yang mengulang atau menangguh Latihan Industri
wajib mengambil skim perlindungan berkelompok pada sesi tersebut.
Berikut adalah carta alir proses perlaksanaan latihan industri di MJII.

EDU 5419 : PENDIDIKAN KOPERATIF 8


PERLAKSANAAN PENDIDIKAN KOPERATIF DI MALAYSIAN JAPANESE INDUSTRIAL INSTITUTE (MJII), BERANANG

SESI PENEMPATAN
URUSAN PENTADBIRAN Peg Perhubungan Industri Urusan surat menyurat (surat
Pelajar mengisi borang mendapatkan info dari BKT permohonan dan surat Tawaran)
pemohonan menyertai latihan MARA mengenai senarai majikan dan Taklimat keselamatan
industri pada semester yang memerlukan pelajar latihan kepada pelajar
sebelumnya industrii

URUSAN PEMANTAUAN
Pelajar melapor diri di Industri Peg Hubungan Industri Lawatan pemantauan.
dan menerima borang menyediakan jadual pemantauan
Pegawai pemantau memberi
pengesahan dari pelajar. melantik pegawai pemantau dan
maklumbalas
memberikan taklimat kepada
pegawai pemantau.

SESI PEMBENTANGAN DAN


SELESAI LATIHAN INDUSTRI MESYUARAT SENAT
PENILAIAN

Carta alir proses perlaksanaan latihan industri

ISU DAN CABARAN

Menurut Encik Mohamad Nazmi Bin Ahmad Fuad, antara cabaran yang dihadapi olehnya
dalam mengendali latihan industri di MJII adalah dimana terdapat pelajar yang menukar
tempat latihan industri di saat-saat akhir atau pun di pertengahan sesi latihan. Kebanyakan
pelajar yang ingin bertukar tempat ini menyatakan alasan tidak sesuai dengan persekitaran
kerja atau berkonflik dengan rakan sekerja atau majikan. Terdapat juga pelajar yang tidak
menghadirkan diri dalam sesi latihan hingga mendapat laporan ketidakhadiran dari majikan.
Dalam situasi ini, Encik Mohamad Nazmi Bin Ahmad Fuad menyatakan pihak kolej perlu
memainkan peranan dalam menjaga hubungan baik dengan industri. Lazimnya beliau akan
melantik beberapa pegawai pemantau untuk menyiasat situas sebenar pelajar berkenaan dan
kemudian pihak pengurusan kolej akan bermesyuarat dalam menentukan samada
permohonan pelajar berkenaan diluluskan atau tidak.

PENUTUP

EDU 5419 : PENDIDIKAN KOPERATIF 9


PERLAKSANAAN PENDIDIKAN KOPERATIF DI MALAYSIAN JAPANESE INDUSTRIAL INSTITUTE (MJII), BERANANG

Perlaksanaan latihan industri di MJII adalah bersistematik dan bersifat berpusat di mana
Bahagian Kemahiran Teknikal MARA menjadi penyelaras dalam menentukan dasar dan
prosedur perlaksanaan latihan industri.

EDU 5419 : PENDIDIKAN KOPERATIF 10

Anda mungkin juga menyukai