Anda di halaman 1dari 19

Warms Up

Saksikan video bertajuk Do Re Mi


TOPIK 2
Konsep Muzik:
– Melodi dalam Aktiviti Didik Hibu
- Nyanyian
Teknik-teknik vokal
Penafasan dan postur
Lagu kanak-kanak( rhymes, finger plays,
Lagu rakyat
Lagu patriotik
Sila layari youtube Lagu kontemporari
https://www.youtube.com/watch?v=3lU6X13icO0
- Solfa
l, s, m

Melodi
Aktiviti
PIC
1.1 Nyanyikan lagu Do Re Mi bersama-
1 sama rakan kumpulan

1.2 Apakah yang anda faham tentang melodi dalam muzik?

Melodi merupakan alunan, suara, atau baris merupakan siri turutan yang
menghidupkan keharmonian kod.

DHMK3013 #1
1.3 Nanyikan melodi berikut dan bulatkan pic rendah, sederhana dan tinggi.
Mainkan audio lagu MARI MENYANYI

MARI MENYANYI

1.4 Lima garisan muzik dinamakan baluk (staff line)

1.5 Lukis Klef Trebel pada setiap bar.

1.6 Namakan setiap not berikut.

E G B D F D F A

C E G A A D

1.7 Lukis Klef Bass pada setiap bar.

C B
1.8 Tuliskan not-not pada baluk atau ruang berikut.

G B D F A C E G

F C E D A D A G

SKEL
Aktiviti
Skel adalah suatu siri pic yang disusun secara bertangga, menaik dan
2 menurun

2.1 Nyanyikan Skel berikut secara solfa.

2.2 Apakah yang anda rasai tentang pic bagi setiap skel yang anda nyanyikan?
FRASA
Aktiviti
Frasa adalah suatu rangkaian pernafasan dalam nyanyian.
3
3.1 Tuliskan tanda-tanda rangkaian untuk menentukan
frasa bagi lagu KERANA MU MALAYSIA di bawah.
KERANA MU MALAYSIA

3.2 Nyanyikan lagu KERANA MU MALAYSIA dengan artikulasi dan mengikut tanda-tanda
frasa yang betul.
Mainkan audio lagu bertajuk KERANA MU MALAYSIA
Nyanyian
POSTUR
Aktiviti
Objektif : Di akhir aktiviti ini, anda dapat
4 1. Menguasai postur nyanyian dengan baik
2. Menyanyi dengan postur yang betul

4.1 Pengenalan :
Kebanyakan daripada penyanyi mementingkan kedudukan anggota badan seperti kaki,
lutut, abdomen dan bahu. Kedudukan anggota badan ini dikenali sebagai postur nyanyian.
Postur nyanyian yang betul akan membantu dalam mempertingkatkan nyanyian yang baik.
Postur nyanyian yang baik membawa banyak kebaikan. Contohnya, ia membantu
mengurangkan ketegangan otot, kesakitan otot dan sakit belakang.
Latihan Postur Nyanyian

4.2 Kedudukan kepala

 Pastikan kedudukan kepala tegak dengan mata pandang ke depan. Dagu adalah
selari dengan lantai. Dagu haruslah kebelakang sedikit agar leher adalah tegak.
 JANGAN menunduk

4.3 Kedudukan dada dan bahu

 Pastikan dada adalah lebih tinggi dan seterusnya ke belakang sedikit. Jangan
tolak terlalu ke belakang kerana ini mewujudkan stress kepada organ-organ
dalam badan.
4.4 Abdomen
 Pastikan otot abdomen rata tetapi tegang. Pernafasan haruslah
menggunakan pernafasan diafragma yang betul.
4.5 Lengan dan tangan
 Terdapat 3 kedudukan tangan yang diterima.

Di hadapan:
Letakkan lengan dan tangan di hadapan badan di bawah rusuk. Ini sesuai
kerana dapat merasai pengembangan/ pergerakan dada dan rusuk.

Di tepi:
Letakkan lengan dan tangan di sisi badan. Haruslah ada satu ruangan di antara
badan dan tangan.

Di belakang :
Elakkan daripada mengerakkan bahu semasa bernafas.

4.6 Pinggul
 Pinggul haruslah berada di bawah batang tubuh (torso). Ini akan memastikan
seorang penyanyi mendapat sokongan maksimum. Pastikan pinggul tidak
terlalu ke depan atau pun ke belakang.

4.7 Lutu
t
 Lutut haruslah berada dalam keadaan relaks. Pastikan lutut tidak terkunci. Jika
lutut terkunci, ini mungkin menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan
lancar. Dan ini seterusnya akan menyebabkan penyanyi tersebut pengsan.

4.8 Kak
i
 Berdiri dengan kaki terbuka sedikit
 Imbangi berat badan di antara kedua-dua belah kaki

4.9 Betis dan peha


 Berdiri dengan selesa dan relaks
4.10 Badan
 Tegak tetapi tidak tegang
 Berat badan berpusat ke hadapan sedikit

4.11 Belakang badan dan tulang belakang


 Belakang badan diletakkan seperti mana berdiri semasa mengukur ketinggian
 Tulang belakang dalam keadaan lururs dan tegang

4.12 Semasa duduk


 Badan haruslah tegak dan tidak menyandar kepada
kerusi
 Kedua-dua kaki diletakkan di atas lantai dengan salah
satu kaki ke hadapans edikit
 JANGAN menyilang kaki semasa menyanyi dalam
postur duduk. Ia agak sukar untuk nyanyi dengan
kawalan pernafasan yang baik jika berada dalam
kedudukan ini.
4.13 Latihan postur badan
 Berdiri membelakangi dinding. Pastikan tumit, betis, punggung, bahu, dan kepala
menyentuh dinding. Berdiri dalam posisi ini untuk beberapa minit sehingga biasa
dengan posisi ini.
 Berlatih pernafasan diafragma. (sila rujuk modul Teknik Pernafasan dalam Nyanyian)
 Cuba sandarkan berat badan anda kehadapan supaya anda hampir berdiri di jari kaki
anda. Rasakan bagaimana pengedaran beratanda memberi kesan kepada ketegangan
otot dan pernafasan anda. Alihkan berat badan anda kebelakang dan sebagainya
beberapa kali. Cuba untuk mencapai perasaan keapungan.

4.14 Latihan mengimbangi sebuah buku


 Letak sebuah buku di atas kepala
 Cuba imbangi buku tersebut
 Jangan jalan
 Selepas 1 min, mula jalan, menghala kearah sebuah cermin
 Lihat dan perhatikan kedudukan badan semasa mengimbangi buku tersebut
 Ulang langkah-langkah di atas tetapi tanpa buku

ujukan:
t Singing Posture: Exercises And Tips https://musicaroo.com/correct-singing-posture

Speech Level Singing Exercises


https://

Sing With The Best Posture Exercises


https:/y
TEKNIK PERNAFASAN
Aktiviti Objektif : Di akhir aktiviti ini, anda dapat
5 1. Menguasai teknik pernafasan nyanyian dengan baik
2. Menguasai teknik pernafasan nyanyaian yang betul
5.1 Pengenalan :
Pernafasan yang baik akan menyokong suara semasa nyanyian. Suara akan menjadi
penat jika tidak ada pernafasan yang mencukupi.

5.2 Langkah-langkah untuk teknik pernafasan yang baik.


I. Anggap terdapat satu gelung getah di keliling pinggang. Tarik nafas yang mendalam
dari bahagian bawah paru-paru.
II. Tarik nafas dan tolak gelung getah ketepi dengan nafas tersebut.
III. Tarik nafas melalui hidung dan hembus nafas melalui hidung dan mulut.
IV. Pastikan bahu anda tidak naik semasa menarik nafas. Biarkan bahu berada dalam
keadaan relaks dan mendatar.
5.3 Latihan 1
Baring atas lantai dengan tangan atas perut.
Tarik nafas dan anda akan melihat tangan anda
naik. Selepas itu, hembuskan nafas dan tangan
akan balik ke paras asal. Gunakan mekanisma
penafasan ini semasa menyanyi. Jalankan latihan
ini setiap hari untuk menambah baik teknik
pernafasan dan membina kapasiti udara yang
diperlukan untuk nyanyian.

5.4 Latihan ‘Hissing’


Tarik nafas dalam 4 kiraan/ detik, hembus nafas menggunakan bunyi ‘SSSSS’ dalam 4
kiraan. Seterusnya, jalankan latihan yang sama tetapi menggunakan kiraan berikut :
Kiraan untuk tarik Kiraan untuk hembus
nafas nafas
6 12
2 12
4 16
2 16
4 20
1 20

Latihan ini akan membolehkan pengawalan pernafasan yang akan membolehkan nyanyian
frasa yang panjang. Bernafas dengan perlahan dan pastikan dinamik bunyi ‘SSSSS’
adalah sekata. Fokus kepada dinamik yang sekata.

5.5 Latihan Pernafasan berperingkat (Snatched breathe)


Tarik nafas secara perlahan. Anggap paru-paru diisi dengan udara secara berperingkat.
Fokus pada diafragma. Pastikan tidak ada ketegangan pada tekak.
Langkah-langkah pernafasan
 Pada kiraan ke-1, isi paru-paru dengan udara sehingga ¼ penuh
 Pada kiraan ke-2, isi paru-paru dengan udara sehingga ½ penuh
 Pada kiraan ke-3, isi paru-paru dengan udara sehingga ¾ penuh
 Pada kiraan ke-4, isi paru-paru dengan udara sehingga penuh
 Pada kiraan ke-5, ke-6, ke-7, ke-8, ke-9, ke-10, ke-11, dan ke-12, hembus nafas
dengan perlahan-lahan

5.6 Latihan bernafas mengikut detik muzik


Latihan ini melibatkan 8 detik. Tarik nafas seakan-akan menghirup udara menggunakan
penghisap minuman. Ambil nafas pada detik 2, 3, 4, 5, 6, 7 dan 8. Hembus udara pada
detik 2, 3, 4, 5, 6, 7, dan 8. Pastikan udara tidak ditahan semasa pernafasan. Aktiviti ini
dijalankan dengan iringan lagu dalam meter 4/4.

TEKNIK VOKAL
Aktiviti
Saksikan sebuah persembahan nyanyian bertajuk Andrea Bocelli,
6 Céline Dion - The Prayer
Sila layari youtube https://www.youtube.com/watch?v=qt_OkgSOrkU

6.1 Pengeluaran Suara Yang Baik


a) Buka mulut sambil menyebut ‘Ss’..... ‘Ss’...... ‘Ss’.......................
b) Ulang latihan dengan sebutan huruf-huruf vokal dan konsonan
c) Sebutan MA ME MI MO MU FOR TOO dengan iringan piano
d) Pastikan bentuk mulut atau bibir berubah mengikut huruf.
e) Sebutan YA HA HA HA..secara ‘broken kord’ dengan iringan piano.

6.2 Perletakan Suara “Voice Register” Tinggi, Tengah dan Rendah


a) Suara Kepala:
Bagi menyanyikan pic tinggi dengan menggunakan mekanisme vokal otot tekak dan
rongga kepala bagi kesan gema.
Suara yang dihasilkan jelas dan berkualiti dengan renj yang luas.
Dapat membantu nyanyian kanak-kanak lelaki yang beralih suara serta
memudahkan nyanyian falsetto

b) Suara Dada:
Bagi mengawal nyanyian pic rendah di mana rongga di dada adalah alat resonans.
Tidak sesuai bagi kanak-kanak yang boleh menjejaskan suara mereka
Transisi vokal yang kompleks dan renj kecil akan menyulitkan bagi penyanyi
permulaan

6.3 Perangkaian
Menarik nafas pada suatu tempat berhenti di antara dua not. Tanda rangkaian
menunjukkan not-not yang dinyanyikan. Sebelum menyanyikan not pertama pada
rangkaian kedua, seseorang perlu menarik nafas di tempat bertanda √

√ √
6.4 Penonjolan Suara
Projeksi suara atau kekuatan suara bergantung kepada perkara berikut:
i. Pembukaan saiz mulut
ii. Jumlah udara yang dapat dikeluarkan dengan bantuan teknik pernafasan yang
betul.

6.5 Intonasi dan Artikulasi


Intonasi merujuk kepada pic. Seseorang yang menyanyi sumbang samada flat atau syap
mempunyai masalah intonasi.
Artikulasi seseorang dikatakan baik jika menyanyi dengan sebutan lirik yang jelas
didengar.

6.6 Penghasilan Warna Ton


Warna ton dalam nyanyian merujuk kepada terang, nipis, tebal atau halusnya suara
seseorang. Ia bergantung kepada kord vokal seseorang penyanyi.

6.7 Resonator
Bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat vokal perlu dikuat atau dilembutkan. Terdapat tiga
alat vokal yang terlibat ia itu:
a) Pharynx – kawasan luas yang terletak dibahagian belakang mulut (pangkal tekak)
b) Oral Cavity- mulut anda
c) Nasal Cavity – ruang udara dari pharynx ke hidung

Bentuk dan saiz kawasan terbuka di rongga mulut


ini menghasilkan bentuk bunyi suara kita yang unik.
Bentuk bunyi inilah yang membolehkan orang lain
mengecam suara kita.
Seseorang penyanyi memaksimakan resonatornya
dengan cara merehatkan otot-otot tekak walaupun
membuka mulut dengan luas ketika menyanyi.
6.8 Phonation (Penghasilan Bunyi Suara)
Bunyi terhasil dari getaran. Proses penghasilan suara bermula dari aliran keluar udara
melalui lubang udara dan trachea. Sebaik sahaja udara melalui larynx (kotak suara atau
halkum) alat-alat vokal bergerak dekat dan menjadikan udara yang lalu bergetaran.
Getaran inilah yang menjadi bunyi kepada suara kita.

NYANYIAN LAGU
Aktiviti
Saksikan nyanyian kanak-kanak You Raise Me Up
7 Sila layari youtube https://www.youtube.com/watch?v=7FNdnPjJYSw

Nyanyikan lagu di bawah dengan menggunakan huruf vokal ‘a,e,i,o,u’ dengan


menggunakan
teknik pernafasan dan postur yang betul.
7.1 Lagu kanak-kanak
a. Kelip-kelip bintang
https://www.youtube.com/watch?v=Reo7lInkY_o

b. Bapa ku Pulang
https://www.youtube.com/watch?v=2s6RcKnIFH8

7.2 Lagu rakyat


a. Dayung Sampan
https://www.youtube.com/watch?v=Yeaj19amS8k

b. Puteri Santubung https://www.youtube.com/watch?


v=WUnoQE3U65A

7.3 Lagupatriotik
a. Sejahtera Malaysia
https://www.youtube.com/watch?v=mcCx1RnJUkI
b. Jalur Gemilang
https://www.youtube.com/watch?v=U8fkgvf0reo

7.4 Lagu kontempori


a. Let Her Go https://www.youtube.com/watch?
v=dT4A3rttrs8

b. Ikut Rentak Ku https://www.youtube.com/watch?


v=XrXmJqTr_vM

Laman rujukan:
Successful Singing
https://
Breathing
https://
Master Your Breath in 10 Minutes a Day | Vocal Lessons https://
Solfa
Sila saksikan video bertajuk SOLFA
https://www.youtube.com/watch?v=kK_yQN83kUA

ISYARAT TANGAN SOLFA


Aktiviti
8.1 Nyanyikan skel major secara solfa dengan isyarat tangan Curwen
8
8.2 Nyanyikan notasi berikut secara solfa.

a) Latihan 1

s m

b) Latihan 2

c) Latihan 3

d) Latihan 4

s s l

e) Latihan 5

f) Latihan 6

Anda mungkin juga menyukai