Anda di halaman 1dari 5

TEKNIK-TEKNIK VOKAL (PANDUAN GURU)

 KERANGKA TAJUK-TAJUK
 KANDUNGAN ISI

1.1 POSTUR ASAS DALAM NYANYIAN

Teknik vokal merangkumi pengetahuan tentang pedagogi vokal yang berkait dengan
anatomi tubuh semasa penghasilan suara. Ianya menjelaskan tindakbalas tubuh di
bahagian vokal yang menyebabkan terhasilnya suara dan kawalan-kawalan bahagian
tubuh tertentu yang diperlukan seseorang dalam meningkatkan mutu nyanyian.

Dalam mendapatkan hasil terbaik dalam nyanyian, kedudukan badan atau postur
dalam nyayian perlu dititik beratkan. Postur yang baik bermaksud menggunakan badan
dalam keadaan seimbang supaya otot-otot pernafasan dapat bekerja dengan mudah
serta membantu penyanyi mengeluarkan suara yang diingini tanpa ada sebarang
halangan fizikal. Bagi penyanyi yang sudah mahir, mungkin sebarang posisi tidak
menjadi gangguan kepada mereka. Tetapi bagi mereka yang melalui proses
pembelajaran, menyanyi dengan postur yang betul merupakan langkah yang terbaik.
Antara postur asas semasa menyanyi terdiri daripada postur berdiri dan postur duduk.
Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika menyanyi
dalam keadaan postur berdiri dan postur duduk adalah seperti berikut:

1.1.1 POSTUR BERDIRI

 Kaki dibuka sedikit dengan satu kaki di dihala sedikit kehadapan.


 Berat badan perlu diimbangkan di hadapan tapak kaki dan bukan ditumit.
 Lutut perlu dilonggarkan sedikit (tidak dikunci) bagi mengelak ketegangan.
 Pinggang sedikit kehadapan tanpa menonggekkan bahagian punggung.
 Bahagian abdomen perlu rata, keras dan dalam keadaan selesa.
 Bahagian dada dibuka seperti mendabik dada.
 Bahagian bahu ditolak ke belakang iaitu tidak membongkok.
 Lengan dalam keadaan selesa bergerak, sekiranya memegang skor lagu, elakkan
terlalu tinggi yang akan menyebabkan muka terlindung atau terlalu rendah yang akan
menyebabkan penyanyi menunduk ketika menyanyi.
 Di bahagian kepala, dagu perlu selari dengan lantai iaitu tidak mendongak ke atas atau
menunduk.
Berdiri tgak dengan kaki renggang sedikit. Badan diimbangkan di kedua belah kaki dan
seluruh anggota badan dalam keadaan selesa. Tangan diletakkan di sisi badan. Dada
hendaklah kehadapan dengan bahu ke belakang. Kepala haruslah ditegakkan dan
pandang lurus kehadapan.

1.1.2 POSTUR DUDUK

 Kaki hendaklah dibuka dengan satu kaki dihala sedikit kehadapan. Jangan sila
panggung semasa menyanyi.
 Tapak kaki diletakkan rata di atas lantai pada posisi yang seimbang agar boleh
menyokong keseluruhan badan semasa duduk
 Pinggang sedikit kehadapan tanpa menonggekkan bahagian punggung.
 Bahagian abdomen perlu rata, keras dan dalam keadaan selesa.
 Bahagian dada dibuka seperti mendabik dada.
 Bahagian bahu ditolak ke belakang iaitu tidak membongkok.
 Lengan dalam keadaan selesa bergerak, sekiranya memegang skor lagu, elakkan
terlalu tinggi yang akan menyebabkan muka terlindung atau terlalu rendah yang akan
menyebabkan penyanyi menunduk ketika menyanyi.
 Tangan boleh diletakkan di atas peha sambil bergerak selesa.
 Di bahagian kepala, dagu perlu selari dengan lantai iaitu tidak mendongak ke atas atau
menunduk.
Duduk tegak dan kaki direnggangkan sedikit. Pastikan kedua belah tapak kaki di
lantai dalam keadaan selesa. Tangan diletakkan diatas paha. Kerusi hanya duduk 1/3
bahagian kerusi dan jangan bersandar. Dada juga hendaklah kehadapan dengan bahu
kebelakang dan elakkan dari mengangkat bahu. Kepala mestilah sentiasa tegak dan
pandang lurus kehadapan.

Kesimpulannya asas postur yang betul membuatkan nyanyian menjadi lebih


mudah dilakukan. Ia akan menyediakan mekanisme fizikal bertindak balas dengan
konsep mental tanpa sebarang gangguan. Ia juga membuatkan semua proses berjalan
secara bersambung-sambung tanpa halangan. Postur yang betul membolehkan
seseorang menyampaikan suara dengan baik sekaligus menyanyi dengan lebih baik.
Postur yang baik perlu seimbang, bergaya dan ringkas. kefahaman terhadap
pengawalan postur ini amat penting dalam membantu penyanyi mengeluarkan suara
dengan lebih bebas tanpa sekatan.

1.1.3 Latihan Fizikal Bagi Mendapatkan Postur Yang Baik

A. Berdiri
i. Berdiri tegak dan badan tidak boleh bongkok.
ii. Tangan dinaikkan ke paras bahu. Bengkokkan tangan sedikit dan
turunkannya secara perlahan-lahan. Ulang beberapa kali.

B. Duduk
i. Duduk ke hadapan. Tangan pada paha.
ii. Dengan perlahan-lahan, tarik nafas yang dalam dan perhatikan
bahagian tulang rusuk anda mengembang.
Aktiviti 1.2
Anda dikehendaki melayari internet dan mendapatkan maklumat tambahan berkaitan
postur dalam nyanyian.

1.2 KAEDAH PERNAFASAN DALAM NYANYIAN

Penggunaan teknik suara yang betul menghubungkan konsep fikiran kepada perasaan
dan mengaitkan pula dengan tindak balas fizikal. Salah satu teknik vokal yang perlu
dititikberatkan dalam nyanyian ialah pernafasan.

Semasa bernafas, oksigen akan masuk ke dalam ruang paru-paru. Bahagian


otot yang membantu proses pernafasan terdiri dari otot diafragma, otot ini merupakan
satu bahagian otot besar berbentuk-kubah terletak melintang dibahagian bawah tulang
selangka iaitu di bawah bahagian paru-paru. Apabila otot diafragma menurun, bahagian
pinggang akan mengembang. Tekanan udara yang berada di dalam badan kita akan
menjadi rendah, dengan itu membuatkan udara atau oksigen disedut ke dalam paru-
paru atau disebut respirasi. Apabila otot diafragma menaik, tekanan udara yang
terdapat di dalam badan akan menjadi tinggi dan ini menyebabkan udara keluar
semula, atau dihembus iaitu disebut ekspirasi.
Pernafasan yang betul ketika menyanyi adalah dengan menggunakan otot
diafragma. Perhatikan pernafasan seorang bayi, kelihatan perutnya yang naik dan turun
apabila bernafas – ini adalah cara yang betul. Ia dilakukan tanpa menggerakkan bahu
anda dan dada anda harus sangat minimum pergerakannya. Amalkan cara tersebut
dengan mengimbangi bahu anda dan menumpukan pada pergerakan perut anda ke
dalam dan ke luar.
1.2.1 Senaman bagi Otot Diafragma
Salah satu kesalahan yang ramai orang lakukan ketika menyanyi adalah dengan
menahan nafas ketika menyanyi. Sedangkan yang sepatutnya anda perlu melepaskan
atau membiarkan saja nafas anda mengalir seperti biasa, jika tidak anda akan
merasakan kesukaran untuk mencapai note tinggi dalam nyanyian anda.
Anda boleh mula belajar teknik pernafasan yang betul dengan mengamalkan
senaman mudah ini: Mulakan dengan berbaring dan meletakkan sebuah buku besar di
bahagian tengah abdomen anda. Sebagaimana anda menarik nafas, jika dilakukan
dengan betul, anda sepatutnya melihat buku tersebut naik. Tahan untuk tiga saat
sebelum dilepaskan; kemudiannya dihembus keluar dengan perlahan-lahan, perhatikan
yang buku turun mengikut abdomen anda

Anda mungkin juga menyukai