Anda di halaman 1dari 2

TEKNIK PERNAFASAN DALAM NYANYIAN

Penting untuk menyedari bahawa pernafasan yang betul adalah persediaan asas untuk menyanyi
dengan baik. Penyanyi yang baik mampu mengawal sepenuhnya pernafasan mereka ketika
membuat persembahan.
Penyanyi perlu belajar bagaimana untuk mengetahui tentang pernafasan mereka pada
setiap masa kerana ia memberi kesan kepada nada dan kualiti suara mereka, kemampuan untuk
mencapai julat pic yang diperlukan dan kemahiran untuk mengawal not pada tempoh masa yang
lama.
Seluruh pernafasan sama ada secara sedar atau tidak adalah dilakukan menerusi diafragma.
Udara tidak boleh bergerak melalui paru-paru tanpa bantuan dari diafragma. Otot berbentuk kubah
ini terletak melintang di bahagian bawah tulang selangka dan untuk menggunakannya, perlu mengisi
dinding abdomen dengan udara. Apabila kita tidak menggunakan otot ini dengan keupayaan
sepenuhnya, ia menghalang suara daripada menghasilkan gelembung yang perlu untuk
menghasilkan resonan yang sewajarnya.

Sekiranya anda terus menyanyi tanpa keupayaan paru-paru yang sewajarnya, ia boleh
menyebabkan nyanyian anda tersasar dari nada, membataskan julat suara anda dan merosakkan
pita suara anda.
Pernafasan yang betul dari diafragma memerlukan latihan sehingga ia menjadi tabiat.
Dengan cara pernafasan begini, anda bukan sahaja akan cemerlang dalam kebolehan menyanyi,
anda juga dapat mengekalkan kesihatan anda sendiri. Pernafasan yang betul membantu untuk
menghapuskan karbon dioksida dari tubuh kita dan membantu mengambil oksigen yang secukupnya
serta memberi faedah kepada organ keseluruhan dalaman.
Anda pelu belajar untuk menarik nafas dan menggunakan organ paru-paru dengan
keupayaan sepenuhnya dan juga mengetahui bagaimana untuk mengambil nafas yang betul dan
anda mesti mengekalkan kawalan terhadap udara yang dihembus keluar.
Anda boleh mula belajar teknik pernafasan yang betul dengan mengamalkan senaman
mudah ini. Mulakan dengan berbaring dan meletakkan sebuah buku besar di bahagian tengah
abdomen anda. Sebagaimana anda menarik nafas, jika dilakukan dengan betul, anda sepatutnya
melihat buku tersebut naik. Tahan untuk tiga saat sebelum dilepaskan; kemudiannya dihembus
keluar dengan perlahan-lahan, perhatikan yang buku turun mengikut abdomen anda.
6 Tip Asas Nyanyian

Menyanyi adalah sifat semulajadi yang ada dalam setiap naluri manusia.Nyanyian juga sejak beribu-
ribu tahun dahulu menjadi tunjang kepada peradaban manusia,kesenian,keagamaan dan yang paling
ketara dalam percintaan.Kita tidak semua lahir dengan kebolehan menyanyi,walau bagaimanapun
dengan latihan yang betul dan sesuai setiap orang BOLEH menyanyi.

1. Kawalan Pernafasan
Salah satu kesalahan yang ramai orang lakukan ketika menyanyi adalah dengan menahan
nafas ketika menyanyi. Sedangkan yang sepatutnya anda perlu melepaskan atau membiarkan saja
nafas anda mengalir seperti biasa, jika tidak anda akan merasakan kesukaran untuk mencapai not
tinggi dalam nyanyian anda.

2. Perkembangkan Suara Asli Anda


Bila menyanyi anda dengan secara tidak sengaja akan terikut-ikut cara nyanyian penyanyi
asal, fenomena ini berleluasa di Malaysia suatu waktu dulu dimana ramai yang meniru suara Jamal
Abdillah begitu juga dengan Dato'Siti Nurhaliza. Ini adalah tidak bagus jika anda hendak menjadi
penyanyi yang hebat. Untuk menjadi hebat anda kena atau mesti mempunyai identiti suara anda
sendiri, anda perlu ada trademark anda sendiri.

3. Latih Diri Anda Beremosi


Nyanyian dan muzik bersangkut paut dengan emosi. Sesebuah nyanyian mengutarakan
sebuah cerita, warna, perasaan, kesedihan dan kebahagian dan sebagainya. Dengan hanya setakat
mengenal nota-nota muzik dan pandai menyanyi sahaja tidak mencukupi untuk menjadi penyanyi
yang hebat. Anda harus pandai mengawal emosi anda!

4. Menyanyi Depan Cermin


Cermin adalah alat yang penting dalam pembelajaran vokal anda. Dengan menyanyi
dihadapan cermin, anda sendiri dapat melihat posture badan anda sewaktu menyanyi (ini amat
penting ketika menyanyi) expresi muka dan mulut serta teknik pernafasan anda.

5. Jaga Suara Anda

6. Latihan Yang Berterusan


Nyanyian jika tidak diasah atau dilatih tidak akan membawa anda kemana-mana. Dengan
berlatih, anda akan mengenali kelemahan dan kelebihan suara anda, anda juga dapat kenalpasti lagu
yang bagaimana selesa dengan anda, juga dengan latihan anda boleh mengkaji jenis suara anda
dengan cuba mencabar suara anda ketahap yang diluar kemampuan anda, dengan cara ini suara
anda menjadi flexible dan mungkin anda boleh jadi penyanyi serba-boleh.

Anda mungkin juga menyukai