Anda di halaman 1dari 6

MENCARI REZEKI

YANG HALAL
(23 : 51)
Maksudnya :
“Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-
amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”

• Syeikh al-Maraghi berkata: “Di sini perintah memakan makanan yang baik didahulukan
berbanding dengan perintah mengerjakan amalan soleh, bagi menunjukkan bahawa amalan
soleh tidak akan diterima jika tidak didahului dengan memakan makanan yang halal.”
(Lihat Tafsir al-Maraghi, 6/289)
Apakah yang dimaksudkan dengan REZEKI YANG HALAL ?
Syeikh Sa'id bin Ali bin Wahf al-Qahtani menyebut: “Rezeki yang baik adalah rezeki yang halal.”(Lihat Syarh
Hisn al-Muslim min Azkar al-Kitab wa al-Sunnah, hlm. 129).

• Justeru, kita digalakkan mencari rezeki dan memakan dari sumber yang halal.
• Sebuah hadis yang masyhur :

Daripada Abi Hurairah R.A, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda :

َّ‫ هوقها هل‬،"‫صال ًحا‬ ‫ن الطيِّبهاتَّ هوا ْع هملَّوا ه‬ َّْ ‫الرسلَّ كلوا م‬ ُّ ‫ "يها أهيُّ هها‬:‫ل ته هعالهى‬ َّ‫ين فهقها ه‬ ‫ين ب هما أه هم هَّر بهَّ ْالم ْر ه‬
َّ‫سلَّ ه‬ َّ‫َللا أ ه هم هَّر ْالمؤْ من ه‬ ‫ل يه ْقبهلَّ إلَّ ه‬
َّ‫ هوإنَّ ه‬،‫طيِّبًا‬ ‫َللا ه‬
َّ‫طيِّبَّ ه‬ َّ‫إنَّ ه‬
َّ‫ط هعمه‬ ْ ‫ب! هو هم‬ َِّّ ‫ يها هر‬:َّ‫ث أ ه ْغبه هَّر يهم َُّّد يه هديْهَّ إلهى الس هماء‬
َِّّ ‫ب! يها هَّر‬ َّ‫ل يطيلَّ السفه هَّر أ ه ْش هع ه‬ َّ‫طيِّبهاتَّ هما هرزه ْقنهاك َّْم" ثمَّ هذ هك هَّر الرج ه‬ ‫ن ه‬ َّ‫ "يها أهيُّ هها الذ ه‬:‫ته هعالهى‬
َّْ ‫ين آ همنوا كلوا م‬
."‫ فهأهنى ي ْسته هجابَّ لهه؟‬،‫ي ب ْال هح هرام‬ َّ‫ هوغذِّ ه‬،‫ هو هم ْلبهسهَّ هح هرام‬،‫ هو هم ْش هربهَّ هح هرام‬،‫هح هرام‬

Maksudnya :
“Sesungguhnya Allah Ta'ala Maha Baik dan hanya menerima yang baik. Sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang yang beriman
untuk (melakukan) perintah yang disampaikan kepada para nabi. Kemudian beliau membaca firman Allah, ‘Wahai rasul-rasul, makanlah dari
makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang soleh.’ Dan firman-Nya, ‘Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan
yang baik baik yang telah Kami anugerahkan kepadamu. ’Kemudian beliau menceritakan seorang lelaki yang melakukan perjalanan jauh
(lama), tubuhnya diliputi debu lagi kusut, dia menadah tangannya ke langit dan berdoa, ‘Ya Rabbku, ya Rabbku’. Akan tetapi makanannya
haram, minumannya haram, dan ia diberi makan dengan yang haram. Maka bagaimana mungkin doanya dikabulkan?”
Apakah kaitan REZEKI YANG HALAL dengan konsep seorang khalifah ?

• Untuk mendapatkan rezeki yang halal dan baik, hendaklah kita berusaha dan
bekerja dengan tangan kita .

• Hadis daripada Sa’id bin ‘Umair al-Ansari, katanya:

‫َّوك ُّلَّهَّبيْعٍَّ همبْرور‬،


‫ع هملَّالرجلَّب هيده ه‬
‫ ه‬:‫ل‬ ْ ‫َّال هك ْسبََّّأه‬
َّ‫ط هيب؟َّقها ه‬ ْ ‫ي‬ ُّ ‫سل همَّأه‬ ‫علهيْه ه‬
‫َّو ه‬ ‫صلىََّللاَّ ه‬
‫َّرسولَّهللاَّ ه‬
‫سئ هل ه‬
Maksudnya:
“ Ditanya kepada Rasulullah SAW, apakah pekerjaan yang paling baik? Jawab Baginda: Amalan seorang lelaki
dengan tangannya dan setiap jualan yang baik”. - Riwayat Ahmad (17265), al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman (1171) dan al-
Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir (13939)

• Salah satunya ialah aktiviti perniagaan. Namun ia hendaklah dilakukan dengan jujur dan amanah. Bekerja sebagai
penjawat awam dalam agensi kerajaan juga adalah baik dengan syarat mestilah menunaikan segala kehendak,
syarat dan termanya yang telah ditetapkan. Di samping itu, hendaklah menghasilkan pekerjaan yang kreatif,
produktif dan inovatif dalam meningkatkan perkhidmatan yang ditaklifkan dan diamanahkan.
Apakah kaitan REZEKI YANG HALAL dengan konsep seorang khalifah ?

• Amanah dan jujur merupakan dua tunjang utama dalam diri seorang khalifah
dan seorang hamba ALLAH s.w.t .

• Hal ini berdasarkan hadis daripada Ibn Mas’ud R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

َّ‫َّو هماله‬ ‫ش هبابهَّفي هماََّّأه ْبالهه ه‬


‫ع ْنَّ ه‬ ‫َّو ه‬‫ع ْنَّع ْمرهَّفي هماَّأه ْفنهاه ه‬ ‫َّربِّهَّ هحتىَّي ْسأ ه هلَّ ه‬
َّ‫ع ْنَّ ه‬
‫خ ْم ٍسَّ ه‬ ْ ‫لهَّتهزولَّقه هد هماَّابْنَّآ هد همَّ هي ْو هم‬
‫َّالق هيا همةَّم ْنَّع ْند ه‬
‫عل هَّم‬
‫عم هلَّفي هماَّ ه‬ ‫يمَّأه ْنفهقهه ه‬
‫َّو هما هذاَّ ه‬ ‫َّوف ه‬
‫س هبه ه‬ ‫م ْنَّأهيْنه َّا ْكته ه‬

Maksudnya: “Kaki anak Adam akan tetap tegak berdiri di sisi Tuhannya pada hari Kiamat, hingga dia
ditanya tentang lima perkara (iaitu): tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang masa mudanya
untuk apa dia gunakan, tentang hartanya dari mana dia dapatkan, dan dalam hal apa (hartanya tersebut)
dia belanjakan dan apa sahaja yang telah dia lakukan dari ilmu yang dimilikinya.”
Kesimpulannya …

Ubaidullah bin Muhammad bin Yazid berkata: Aku mendengar ayahku menyebut bahawa mereka telah
mengunjungi Abu Hazim lalu berkata: “Wahai Abu Hazim, tidakkah kamu melihat harga barang sekarang
ini mahal?”

Lantas dijawabnya: “Apakah yang merunsingkan kamu demikian itu? Sesungguhnya Yang memberi rezeki
pada kita pada masa barang murah, Dia-lah juga yang memberi rezeki pada kita pada masa barang mahal.”
(Lihat Hilyah al-Auliya’, 3/239)

Anda mungkin juga menyukai