Anda di halaman 1dari 94

KATA ALU-ALUAN

MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1


Malaysia.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia
atas usaha dan inisiatif menghasilkan Buku Panduan Mesej 5 Minit PPDa
bagi kegunaan sekolah di seluruh Malaysia.

Semoga dengan penerbitan buku ini akan menjadi panduan kepada warga
sekolah untuk memartabatkan PPDa dan seterusnya mencapai visi Sekolah
Bebas Dadah. Kementerian Pendidikan Malaysia memainkan peranan yang
penting bagi menentukan hala tuju modal insan negara pada masa hadapan.
Setiap rakyat di negara ini mahukan sistem pendidikan terbaik demi
menghasilkan modal insan yang mampu menangani cabaran dan bersaing di
peringkat global, namun masih lagi berpegang teguh kepada agama, nilai dan
identiti nasional. Bagi merealisasikan objektif tersebut, Kementerian
Pendidikan dengan kerjasama warga sekolah, ibu bapa dan pelbagai agensi
luar perlu menggemblengkan tenaga bagi memerangi penyalahgunaan
dadah dalam kalangan murid sekolah.

Bagi mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada alaf baru ini,
kita perlulah memastikan agar usaha melahirkan murid yang seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah akan terlaksana. Tahniah
dan syabas diucapkan kepada semua warga pendidikan yang telah berusaha
gigih untuk memastikan nama negara bersinar di peringkat global. Marilah
kita bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan matlamat
menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada generasi muda negara,
sekali gus mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Akhir kata, tahniah
dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus
bagi merealisasikan penerbitan Buku Panduan Mesej 5 Minit PPDa.

Sekian, terima kasih.


KATA ALU-ALUAN
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1


Malaysia.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan setinggi-tinggi


penghargaan kepada semua individu yang terlibat atas usaha gigih untuk
menerbitkan Buku Mesej 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa).
Semoga dengan penerbitan buku ini akan menjadi panduan kepada warga
sekolah untuk memartabatkan PPDa dan mencapai Sekolah Bebas Dadah
seperti yang disasarkan.

Kementerian Pendidikan Malaysia memainkan peranan yang amat penting


bagi menentukan hala tuju modal insan negara pada masa hadapan. Setiap
rakyat di negara ini tentunya mahukan sistem pendidikan terbaik demi
menghasilkan modal insan yang mampu menangani cabaran dan bersaing di
peringkat global, namun masih lagi berpegang teguh kepada agama, nilai dan
identiti nasional. Bagi merealisasikan objektif tersebut, pelbagai pihak yang
mencakupi Kementerian Pendidikan, warga sekolah, ibu bapa dan pelbagai
agensi luar perlulah menggemblengkan tenaga bagi memerangi
penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid sekolah.

Dalam menghadapi alaf baru untuk mencapai Falsafah Pendidikan


Kebangsaan, kita perlulah memastikan agar usaha melahirkan murid yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah akan
terlaksana. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga pendidikan
yang telah berusaha gigih untuk memastikan nama negara bersinar di
peringkat global. Marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam
menjayakan matlamat menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada
generasi muda negara, sekali gus mewujudkan sistem pendidikan bertaraf
dunia. Akhir kata, tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang
telah bertungkus-lumus bagi merealisasikan penerbitan Buku Mesej 5 Minit
PPDa.

Sekian, terima kasih.


KATA ALU-ALUAN
PENGARAH BAHAGIAN SEKOLAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Sejahtera dan


Salam 1 Malaysia

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam


menyempurnakan tugas dalam menghasilkan Buku Mesej 5 Minit Pendidikan
Pencegahan Dadah. Berkat usaha dan sumbangan idea oleh warga
pendidikan khususnya panel penulis yang dipilih mencerminkan kesepaduan
dan semangat juang yang tinggi dalam usaha membanteras penularan virus
Dadah, Alkohol, rokok, inhalan dan HIV/Aids atau D.A.R.I.H. Adalah
diharapkan usaha ini dapat menjana idea kreatif dan kritis dalam
pelaksanaan Mesej 5 Minit PPDa di sekolah. Sesesungguhnya kerjasama
ini memperlihatkan komitmen yang tinggi dari semua pihak.

Seharusnya kesepaduan jalinan kerjasama dan iltizam warga sekolah dalam


merealisasikan hasrat sekolah bebas dadah turut dirasai oleh semua
peringkat. Warga sekolah perlu lebih perihatin dengan perkembangan
semasa juga percambahan idea yang terhasil daripadanya dijadikan
renungan dan iktibar dalam merangsang minda murid serta komuniti. Para
pendidik perlu bijak melaksanakan tugas dan peranan tanpa mengabaikan
pemupukan nilai-nilai dan peradaban timur.

Semoga dengan penghasilan buku ini dapat menjadi panduan kepada guru
dan murid di samping memberi peluang kepada murid memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Semoga usaha gigih
ini akan memartabatkan lagi Tranfomasi Pendidikan Negara kita.

Selamat Maju Jaya.

ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT

PRAKATA
Kata Alu-aluan Menteri Pendidikan Malaysia
Kata Alu-aluan Pengarah Pendidikan Malaysia
Kata Alu-aluan Pengarah Bahagian Sekolah

Jadual Rekod Bacaan Mesej 5 Minit PPDa

BAHAGIAN 1 – DADAH
Tajuk 1 – Apa Itu Dadah?
Tajuk 2 – Jenis-jenis Dadah
Tajuk 3 – Perbezaan Di Antara Ubat dan Dadah
Tajuk 4 – Ciri-ciri Penagihan Dadah
Tajuk 5 – Kesan-kesan Penggunaan Dadah Ke Atas Manusia
Tajuk 6 – Undang-undang Dadah di Malaysia
Tajuk 7 – Akta Dadah Berbahaya
Tajuk 8 – Punca-Punca Penglibatan Remaja Dalam Penagihan Dadah
Tajuk 9 – Dadah Tiruan
Tajuk 10 – Bagaimana Mengelakkan Diri Daripada Dada
Tajuk 11 – Keldai Dadah
Tajuk 12 – Pantun : 6 Jahanam
Tajuk 13 – Pantun : Kesan-kesan Dadah
Tajuk 14 – Sajak : Sengsaranya Diri Ini
Tajuk 15 – Lagu : Dadah...Boleh Blah
Tajuk 16 – Kisah Benar : Menyimpang Dari Landasan
Tajuk 17 – Akibat Dadah Kepada Masyarakat dan Negara

BAHAGIAN 2 – ALKOHOL
Tajuk 1 – Kenali Alkohol
Tajuk 2 – Arak Perosak Minda
Tajuk 3 – Kesan Pengambilan Alkohol
Tajuk 4 – Alkohol Madu Beracun
Tajuk 5 – Jenis-jenis Alkohol
Tajuk 6 – Kesan Alkohol Kepada Kesihatan Tubuh
Tajuk 7 – Ciri-ciri Ketagihan Alkohol
Tajuk 8 – Kesan Negatif Pengambilan Alkohol
Tajuk 9 – Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi dan Ubat-ubatan
Tajuk 10 – Akta Yang Berkaitan Dengan Minuman Beralkohol

BAHAGIAN 3 – ROKOK
Tajuk 1 – Kandungan Asap Rokok?
Tajuk 2 – Kesan Negatif Ke Atas Merokok
Tajuk 3 – Langkah-langkah Untuk Berhenti Merokok
Tajuk 4 – Tahukah Anda?
Tajuk 5 – Rokok
Tajuk 6 – Syair : Sengsara Rokok
Tajuk 7 – Lagu : Bahaya Vape
Tajuk 8 – Sajak : Bahaya Rokok
Tajuk 9 – Info Rokok : Bahaya Merokok
Tajuk 10 – Cerpen : Aku Sebatang Rokok
Tajuk 11 – Tips Berhenti Merokok 12M
Tajuk 12 – Monolog : Aku dan Sebatang Sisha Stick
Tajuk 13 – Lagu : Kempen Tak Nak Merokok
Tajuk 14 – Undang-undang dan Peraturan Berkaitan Rokok
Tajuk 15 – Rokok Elektronik dan Kesannya

BAHAGIAN 4 – INHALAN
Tajuk 1 – Pengenalan Inhalan
Tajuk 2 – Bahaya Menghidu Inhalan
Tajuk 3 – Cara Pengambilan Inhalan (Gambarajah)
Tajuk 4 – Jenis-jenis Inhalan
Tajuk 5 – Langkah-langkah Pencegahan
Tajuk 6 – Boria Inhalan
Tajuk 7 – Pantun : Nasihat Inhalan
Tajuk 8 – Sajak : Maafkan Aku
Tajuk 9 – Cerpen : Kau Perosak
Tajuk 10 – Wawancara Inhalan

BAHAGIAN 5 – HIV / AIDS


Tajuk 1 – Definisi HIV dan Aida
Tajuk 2 – Simptom Jangkitan Aids
Tajuk 3 – Bahaya HIV dan Aids
Tajuk 4 – Penyebaran HIV dan Aids
Tajuk 5 – Ujian Antibodi HIV
Tajuk 6 – Rawatan HIV dan Aids
Tajuk 7 – Langkah-langkah Pencegahan Menangani HIV dan Aids
Tajuk 8 – Kisah Seorang Pesakit HIV dan Aids
Tajuk 9 – Kisah Pemuda HIV dan Aids
Tajuk 10 – Pantun : HIV dan AIDS

LAMPIRAN
Glosari
Panel Penulis

JADUAL REKOD BACAAN MESEJ 5 MINIT PPDa


BAHAGIAN & NAMA TARIKH T/T
BULAN MINGGU
TAJUK PEMBACA BACAAN GURU
1
2
JAN
3
4
1
2
FEB
3
4
1
2
MAC
3
4
1
2
APR
3
4
1
2
MEI
3
4
1
2
JUN
3
4
1
2
JUL
3
4

OGOS 1
2
3
4
1
2
SEPT
3
4
1
2
OKT
3
4
1
2
NOV
3
4
1
2
DIS
3
4

Nota : Sebaran Mesej 5 Minit PPDa hendaklah dilaksanakan di sekolah


sekurang-kurangnya 2 kali sebulan.
BAHAGIAN 1

DADAH

TAJUK 1
APA ITU DADAH?

Dadah ialah bahan psikoatif yang mendatangkan kemudaratan kepada


kesihatan seseorang pengguna dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan
emosi) serta tingkahlaku apabila digunakan sama ada dimakan, diminum,
disuntik atau dihidu. Dadah tidak digunakan bersama perkataan
"penyalagunaan" yang lazim digunakan oleh orang ramai. Perkataan
penyalahgunaan adalah berlebihan (redundant) apabila digunakan bersama
istilah "DADAH". Dalam hal ini, perkataan "penggunaan" atau "penagihan"
adalah perkataan yang sesuai bagi menggambarkan penggunaan dadah.

Dadah mempunyai ciri-ciri seperti berikut :


a. Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan
saraf tunjang);
b. digunakan bukan untuk tujuan perbuatan dan penggunaanya adalah
dilarang;
c. diperolehi secara haram;
d. membawa kepada penggantungan fizikal dan psikologikal dan
meningkatkan daya tahan terhadap dadah; dan
e. mendatangkan kesan-kesan buruk/bahaya ke atas kesihatan dan
fungsi sosial.
TAJUK 2
JENIS-JENIS DADAH

Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut :

a. OPIAT - Heroin, Morfin, Candu dan Kodein


b. KANABIS - Ganja, Hashish
c. DEPRESEN - Sedatif / Hipnotik, Jenis Barbiturat dan bukan
Barbiturat serta Transquilizer
d. STIMULAN - Jenis Amfetamin dan Kokain;
e. HALUSINOGEN - Lysergic Acid Diethylamine (LSD), Meskalin.

Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut seperti gam dan petrol,
termasuk alkohol dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai
banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya.
TAJUK 3
PERBEZAAN DI ANTARA UBAT DAN DADAH

Ubat dan Dadah mempunyai perbezaan yang amat ketara di antara satu
sama lain. Perbezaannya adalah seperti berikut :-

BIL UBAT DADAH

1. Ubat memberi manfaat seperti Dadah tidak bersifat sedemikian


menyembuh dan merawat penyakit. tetapi memudaratkan kesihatan.

2. Ubat tidak memberikan kesan yang Dadah akan memberi kesan


tidak diingini atau kesan sampingan berbahaya yang berkekalan
yang minima seperti pening kepala, sebagai satu tabiat yang
panas badan dan mengantuk. berkekalan (withdrawal) walaupun
Kesan ini akan hilang apabila pengambilan dan penggunaannya
pengambilan ubat tersebut dihentikan.
dihentikan.

3. Ubat tidak semuanya berupaya Semua jenis dadah memberi


mempengaruhi otak dan minda kesan mendalam terhadap otak
seseorang yang menggunakannya. dan minda seseorang. Oleh itu,
dadah dikenali sebagai bahan
psikoatif dan penggunaannya
tertakluk kepada Akta Dadah
Berbahaya (ADB) 1952, pindaan
1982.
TAJUK 4
CIRI-CIRI PENAGIHAN DADAH

Dadah mewujudkan satu keprihatinan dengan keinginan, keperluan dan nilai-


nilai tersendiri yang berbeza sama sekali berbanding dengan keadaan
sebelum menagih. Kehidupan mereka (sosial, psikologikal dan fizikal)
bergantung kepada dadah secara total. Tumpuan utama dalam hidup ini
ialah kepada dadah dan wang serta hendak mendapatkan bekalan. Ciri-ciri
lain penagihan dadah termasuklah ;

1. Toleran meningkat.
2. Gejala tarikan
3. Merasa terdesak (gian) untuk mengambil dadah, lebih-lebih lagi
apabila cuba berhenti daripada mengambilnya.
4. Tidak dapat mengawal kekerapan menggunakan dadah.
5. Cenderung untuk menagih semula setelah berhenti.

Apabila seseorang terjebak dalam dunia dadah, amat sukar sekali untuk
keluar dari jaringan dadah ini.
TAJUK 5
KESAN-KESAN PENGGUNAAN DADAH KE ATAS MANUSIA

Kesan pengambilan dadah kepada manusia amat buruk sekali, sama ada
pengambilan dadah secara suntikan ataupun pengambilan dadah melalui
mulut. Kesan-kesan buruknya adalah seperti berikut:

Kesan Pengambilan Dadah Secara Suntikan.

1. Meningtis (penyakit jangkitan otak)


2. Tetanus ( penyakit kancing gigi)
3. Endokarditis (penyakit jangkitan jantung)
4. AIDS, Hepatitis B,C dan D
5. Bisul, Kudis kurap dan pelbagai penyakit kulit lain.

Kesan Pengambilan Dadah Melalui Mulut

1. Kerosakan paru-paru dan hati.


2. Kerosakan sistem penghadaman (zat makanan tidak mencukupi
3. Kerosakan buah pinggang
4. Otot-otot badan mengecut menyebabkab badan lesu dan tidak
bermaya.
5. Berat badan menurun.
6. Kemungkinan akan lumpuh
TAJUK 6
UNDANG-UNDANG DADAH DI MALAYSIA

Undang-undang dadah di Malaysia merupakan antara undang-undang yang


paling keras di dunia. Pada masa ini terdapat beberapa undang-undang yang
berkaitan dengan pengawalan dadah di Malaysia. Terdapat juga beberapa
peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah yang dikeluarkan oleh Menteri di
bawah Akta dan Ordinan tersebut.

Lima undang-undang utama yang berkaitan dengan dadah ialah:

1. Akta Dadah Berbahaya 1952


2. Akta Racun 1952
3. Akta Penagih Dadah (Rawatan dan pemulihan)1983
4. Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985
5. Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakkan Harta) 1988.
TAJUK 7
AKTA DADAH BERBAHAYA

Di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) Pindaan 1983, seseorang akan


dihukum mati mandatori (Seksyen 39B) jika didapati mengedar dadah yang
beratnya adalah seperti berikut :-

HEROIN - 15 gram atau lebih


MORFIN - 15 gram atau lebih
CANDU - 1000 gram atau lebih
GANJA - 200 gram atau lebih
KOKAIN - 40 gram atau lebih

Akta Dadah Berbahaya 1952 merupakan undang-undang utama berkaitan


dengan pengawalan dadah di Malaysia. Akta ini agak menyeluruh di mana
ia mengandungi beberapa aspek berkaitan dengan kesalahan, prosedur dan
keterangan. Antara lain ia juga memperuntukkan hukuman gantung sampai
mati mandatori bagi kesalahan mengedar dadah.

Undang-undang ini telah melalui proses pindaan bagi menghadapi


peningkatan masalah pengedaran dan penagihan dadah yang semakin berat.

Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, mula berkuatkuasa di Semenanjung


Malaysia pada 1 November 1952. Pemakaian Akta ini telah diperluaskan ke
Sabah dan Sarawak (termasuk Labuan) pada 1 Jun 1978 melalui Perintah
Pengubahsuaian Undang-undang (Racun dan Dadah Berbahaya) (Perluasan
dan Pengubahsuaian).

TAJUK 8
PUNCA-PUNCA PENGLIBATAN REMAJA DALAM PENAGIHAN DADAH

Pada era dunia globalisasi kini, masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan
masyarakat di negara kita, khususnya remaja sekolah amat membimbangkan
dan menjadi semakin rumit untuk ditangani. Antaranya ialah penyalahgunaan
dadah. Penularan gejala ini telah menimbulkan satu masalah besar kepada
negara. Kerajaan berhasrat membanteras gejala ini untuk merealisasikan
Sekolah Bebas Dadah 2012 dan seterusnya Negara Bebas Dadah 2015.
Namun begitu setiap tahun, bilangan penagih dadah semakin bertambah
sedangkan penagih yang sedia ada tidak pula berkurangan atau sembuh.

Remaja dan proses bina insan adalah sesuatu yang bergerak seiring.
Remaja adalah tonggak negara pada masa hadapan. Remaja akan menjadi
jentera penggerak untuk menerajui negara. Kualiti remaja hari ini
melambangkan kualiti negara pada masa akan datang. Aspek pembinaan
insan menjadi amat penting untuk membentuk jati diri seorang pelajar agar
prosesnya berlaku secara harmoni dan seimbang.

Dari sudut psikologi, zaman remaja merupakan zaman yang penuh


dengan keindahan dan pancaroba yang perlu dilalui dengan jati diri yang
kuat. Penularan penyalahgunaan dadah bermula daripada pengaruh rakan
sebaya. Remaja umpama lalang, mudah terikut-ikut dan terpengaruh oleh
pujukan serta desakan pihak lain. Remaja lazimnya mudah menerima dan
meniru perlakuan rakan sebaya. Hal ini berpunca daripada pujukan rakan
yang telah melibatkan diri dengan perlakuan yang tidak sihat seperti mencuri,
menagih dadah dan sebagainya, mereka dilihat begitu mudah terpengaruh.
Jika pada awalnya sekadar suka-suka, lama kelamaan apa yang dilakukan
itu telah menjadi sebati dalam diri sehingga akhirnya menjerat diri sendiri.

Kajian Caroll (1998), menunjukkan bahawa pengambilan dadah


dalam kalangan remaja berpunca daripada ketidakupayaan untuk
mengelakkan diri daripada pengaruh rakan sebaya. Hubungan akrab dalam
kalangan rakan sebaya ini disebabkan oleh sikap dan pengalaman yang
dilalui oleh mereka. Rakan sebaya yang memiliki imej kendiri yang negatif
serta tidak pernah takut untuk mencuba sesuatu tingkah laku baru, telah
mendorong mereka untuk melibatkan diri dalam penyalahgunaan dadah.

TAJUK 9
DADAH TIRUAN
Kebijaksanaan yang diberikan oleh ALLAH disalahguna oleh sesetengah
pihak. Ada sesetengah pihak yang menggunakan kebijaksanaan yang diberi
untuk merosakkan diri, masyarakat, agama dan Negara. Dadah tiruan
ataupun designer drug merupakan jenis dadah yang terhasil daripada
campuran beberapa jenis bahan kimia yang diproses di makmal-makmal
pemprosesan dadah. Dengan kata mudah, dadah yang direka/dicipta sendiri
untuk mendapat kesan yang lebih kuat.

KESAN BURUK DAN


NAMA
JENIS PENGENALAN BAHAYA
JALANAN
PENGGUNAANNYA

Ecstasy Merupakan mood E, ADAM, love Muntah, kekejangan


enhancing drug yang drug, yuppie otak, cenderung
mempunyai kesan drug, pinklady, bertindak ganas,
kepada keadaan blue kisses. mudah marah,
sekeliling terutamanya kemurungan, resah,
warna dan bunyi. kerosakan buah
pinggang, hati dan
jantung.

Pil kuda/ Sebenarnya digunakan Blue 10, TP. Ketagihan yang sukar
yaba untuk merangsang kuda dihentikan, boleh
mengawan. Juga menjadi gila dan
dikenali sebagai moody membawa maut,
pil. keganasan seksual,
pergerakan yang tidak
boleh dikawal dan
banyak lagi.

Syabu Berbentuk seperti kaca Ice, Kristal. Halusinasi, paranoia


pecah atau tawas. dan bertindak agresif.

TAJUK 10
BAGAIMANA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA DADAH?
Panduan untuk mengelakkan diri daripada dadah.

1. Berusaha untuk memahami dan mengetahui bahaya serta akibat


penggunaan dadah. Hal ini dapat memberikan pengetahuan yang
mendalam dan menghasilkan sikap negatif terhadap dadah dan
seterusnya menjauhi dadah.

2. Mengisi masa lapang dengan cara yang berfaedah dan mengelakkan


diri daripada terjebak dengan najis dadah.

3. Sentiasa bersikap positif terhadap masalah dan mengetahui bahawa


dadah bukanlah jalan penyelesaiannya.

4. Mewujudkan bentuk komunikasi yang sihat sesama rakan dan


masyarakat.

5. Sentiasa berhati-hati dalam pergaulan.

6. Bersikap asertif iaitu tegas diri dan berani menyatakan tidak terhadap
sesuatu permintaan / tawaran yang membahayakan diri.

7. Merujuk kepada kaunselor atau individu yang mampu membantu


anda untuk menyelesaikan masalah dengan cara yang tepat.

8. Elakkan tekanan yang boleh menyebabkan anda memilih jalan mudah


untuk mencuba dadah.

TAJUK 11
KELDAI DADAH
Dalam Wikipedia, Keldai Dadah merujuk kepada seseorang yang secara rela
atau terpedaya untuk menjadi kurier, membawa dadah atau barang seludup
ke negara lain. Taktik ini dikatakan boleh mengurangkan risiko pengedar atau
penyeludup dadah ditangkap oleh pihak berkuasa di sesebuah negara.
Kaedah penyeludupan termasuklah menyembunyikan barang dalam
kenderaan, bagasi atau pakaian, mengikat pada badan ataupun dengan
menelannya.

Merujuk kepada beberapa kes yang berlaku menunjukkan bahawa


mereka yang menjadi keldai dadah ini ada yang sedar bahawa mereka
adalah pembawa barangan larangan tersebut, namun banyak kes yang
melibatkan rakyat negara ini seolah-olah mereka tertipu dan tidak tahu
menahu bahawa mereka sebenarnya menjadi Keldai Dadah kepada sindiket
dadah sehinggalah mereka ditangkap di pintu masuk sesebuah negara
kerana dalam beg mereka terdapat sejumlah dadah. Penyeludupan dan
pengedaran dadah ini memang dirancang oleh sindiket dadah antarabangsa.
Mengikut laporan dadah ini biasanya datang dari negara-negara seperti
Argentina, Sepanyol, Colombia, dan beberapa negara Asia Selatan.
Biasanya kos harga dadah dari negara tersebut lebih murah.

Kebanyakan mangsa mendakwa hanya menyedari ‘kerja’ yang


dijanjikan dengan upah lumayan itu sebenarnya membawa dadah ke
beberapa negara selepas tidak berdaya untuk menolak akibat diugut bunuh,
tambahan pula mereka sendirian jauh beribu-ribu kilometer di negara orang.
Tidak kurang juga yang mengakui tarikan wang dan peluang melancong ke
luar negara seperti Amerika Latin, Asia Barat dan Eropah menjadi ‘umpan’
paling mudah, apatah lagi tiket penerbangan termasuk hotel ditaja
sepenuhnya menyebabkan ramai tidak berfikir panjang sebelum
menerimanya.

TAJUK 12
PANTUN : ENAM JAHANAM
Ke pasaraya membeli kain,
Kain dibuat kebaya nyonya,
Usah terpedaya senyuman heroin,
Indah sementara kecundang sudahnya.

Dalam hati resah gelisah,


bimbang sekali dimarah ibu,
bertindak agresif pemarah dan resah,
itulah penangan ectasy dan syabu.

Lembut dan enak ikan kerisi,


tidak seperti si ikan emas,
Penagih morfin kerap halusinasi,
Sering sembelit, gagap dan cemas.

Ke kedai BATA membeli kasut,


Untuk dipakai di majlis kahwin,
Hilang pedoman, gelisah dan takut,
Akibat melayan kanabis dan kokain .

Pagi hari pergi bersenam,


Bersenam dengan seisi keluarga,
Bersama membanteras enam jahanam,
Agar Negara makmur sejahtera.

TAJUK 13
PANTUN : KESAN-KESAN DADAH
Jelapang padi diberi nama,
Negeri makmur dalam negara,
Hindarilah dadah musuh utama,
Tanpa dadah keluarga sejahtera.

Pergi memancing di Kuala Kedah,


Makan siakap tiga rasa,
Jika hidup berabdi dadah,
Diri menderita keluarga terseksa.

Dari Langkawi ke Tanjung Bendahara,


Singgah sebentar di Kampung Sena,
Hilang keluarga hilang saudara,
Kerana dadah jiwa merana.

Pohon jati dahannya rendah,


Tempat berteduh si anak dara,
Sekolah dijulang tanpa dadah,
Terbilang bangsa maju negara.

Sayangkan ibu sayangkan ayah,


Hidup selamat sentiasa berkat,
Tanpa dadah sifar jenayah,
Komuniti sihat hidup muafakat.

TAJUK 14
SAJAK : SENGSARANYA DIRI INI

Najis dadah,
Jika kau suntik ditubuhmu,
Pelbagai penyakit akan menghinggap,
Meningtis memberi kesan jangkitan otak,
Tetanus bisa menyebabkan kancing gigi,
Pabila Endokarditis menyerang jantungmu,
Muncul pula AIDS, Hepatitis B, C, dan D,

Maka,
Bisul, kudis, kurap mula menjadi raja di kulitmu.

Oh rakan,
Seksa sungguh azab dadah itu,
Sekali kau mencuba,
Selamanya kan sengsara.

Najis Dadah,
Kesan secara makan melalui mulut,
Peparu dan hati mula merosak,
Buah pinggang tidak dapat berfungsi,
Otot-otot mula mengecut,
Tubuh mu mula lesu tidak bermaya,
Berat badan mula menyusut,
Lama-kelamaan kau mula rebah..lumpuh!

Justeru rakan-rakan,
Jauhi dadah musuh Negara,
Kitalah penggerak ke arah …. Generasi Bebas Dadah!

TAJUK 15
LAGU : DADAH… BOLEH BLAH

Engkau cuba buatku merana,


Tapi sayangnya ku keras kepala,
Engkau cuba buatku terpana,
Dari asmara …khayal dan gila.

Ku lepaskan,
Semua yang terkena,
Di dalam diam,
Dadah yang kudamba.

Ulang korus :
Kau fikir kau siapa,
Fikir kau siapa,
Fikir kau siapa,
Boleh blah.

Aku cuba bukan tak mencuba,


Hapuskan dadah, kau tetap bersama,
Di merata kau penuh agenda,
Serlahlah makna kau fikir ku siapa.

Ku lepaskan,
Semua yang terpendam,
Di dalam jiwa,
Sakit yang tak didamba.

Kau fikir aku siapa,


Kau fikir aku siapa,
Lemas Lemas dengan dirimu.(2X)

(Melodi lagu Boleh Blah oleh Nana Sheme)

TAJUK 16
KISAH BENAR : MENYIMPANG DARIPADA LANDASAN

Satu kejadian yang amat menginsafkan saya pernah berlaku di kampung


kelahiran saya lebih kurang 30 tahun yang lalu. Menurut ibu saudara saya
itu, dia pernah pergi melawat seorang pemuda yang separuh badannya
tertanam di dalam tanah hingga meninggal dunia.

Asal ceritanya, seorang pemuda yang bernama Akil meminta wang


daripada ibunya yang dipanggil Mak Tom. Kerana tidak mendapat wang
daripada ibunya, Akil naik berang lalu bersemburlah pelbagai kata-kata keji
terhadap ibu yang melahirkannya itu.

Mak Tom tidak mahu menghulurkan wang kerana Akil sudah selalu
sangat meminta, dan jika dapat pun, Mak Tom tahu bahawa wang tersebut
akan digunakan untuk membeli dadah. Lantas, hari itu Mak Tom berkeras.
Sedikit pun tidak diberikan wang kepada Akil. Tambahan pula dia
kesempitan wang waktu itu.

Akibat terlalu marah, Akil telah menengking, memaki-hamun,


mencerca, kemudian menendang serta menumbuk wanita tua itu. Setelah
itu, dia mencuri wang Mak Tom dan membawanya lari. Allah Maha
Berkuasa, sebaik saja kaki Akil mengatur langkah ke arah permatang
bendang untuk membeli dadah bersama kawan-kawannya, tanah yang
dipijaknya tiba-tiba menjerlus. Akil terjerlus ke dalam tanah tersebut hingga
paras dada.

Menurut ibu saudara saya lagi, Akil meraung-raung kepanasan.


Tubuhnya yang terbenam itu hangat bagaikan dibakar hangus. Tulangnya
terasa seperti meremuk dan mencucuk-cucuk di dalam badan. Terpekik
terlolonglah dia di situ. Orang-orang kampung tidak mampu membantunya.
Masing-masing hanya mampu melihatnya saja. Lagipun, tanah tempat Akil
terjerlus itu amat panas seolah-olah ada api di bawahnya.

Namun begitu, menjelang malam barulah Akil berjaya ditarik keluar.


Itu pun dengan menggunakan tali dan ditarik oleh kerbau. Semasa
melawatnya, ibu saudara saya melihat Mak Tom menghulurkan makanan
dan minuman kepada anaknya itu. Dia menangis melihat Akil meraung dan
menjerit kesakitan.

Sambil menangis teresak-esak, Akil meminta ampun daripada


ibunya. Namun, walaupun Mak Tom sudah memaafkannya, keadaan tubuh
Akil tidak berubah. Seluruh tubuhnya melecur seolah-olah dibakar. Ada
sesetengah bahagian daging tubuhnya sudah masak dan reput.

Jiran-jiran berkerumun datang. Hampir semuanya menangis melihat


penderitaan Akil dan raungan Mak Tom mengampunkan kesalahan
anaknya itu. Begitulah teruknya seksaan yang dilalui Akil hinggalah dia
meninggal dunia. Sesungguhnya Allah Maha Esa.

TAJUK 17
AKIBAT DADAH KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA

Akibat penagihan terhadap masyarakat adalah seperti berikut:


1. Kejadian jenayah seperti mencuri, menyamun, merompak dan
membunuh.
2. Menimbulkan persengketaan dan perselisihan faham antara satu
keluarga dengan satu keluarga yang lain.
3. Melemahkan perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat.
4. Menimbulkan kecurigaan kepada ibu bapa terhadap anak-anak
mereka.
5. Melibatkan perselisihan faham antara kaum.
6. Melemahkan keimanan dan kecenderungan terhadap agama mereka.
7. Menjejaskan kesopanan dan Kesusilaan.
8. Membebankan dari segi kos permulihan, pencegahan dan
penguatkuasaan.

Akibat dadah kepada negara adalah seperti berikut:


1. Melemahkan tenaga rakyat dan ini memberi peluang kepada musuh-
musuh negara mencapai tujuan mereka.
2. Musuh-musuh negara juga dengan keuntungan yang lumayan hasil
dari penjualan dadah untuk dapat membeli senjata-senjata bagi
memperkuatkan keanggotaan mereka.
3. Melemahkan jentera kerajaan dan juga kekuatan pasukan
keselamatan untuk mempertahankan negara.
4. Menggalakkan perbuatan rasuah yang boleh menjejaskan
keselamatan negara.
5. Menggalakkan kegiatan anasir subversif.
6. Menimbulkan perasaan curiga dan takut di kalangan rakyat.
7. Menyebabkann keluarga menjadi miskin.
8. Merosotkan ekonomi di bidang perniagaan dan perusahaan.
9. Melemahkan jentera-jentera pentadbiran kerajaan.
10. Mengakibatkan pengkhianatan kepada jentera-jentera perusahaan.
11. Mengurangkan pengeluaran hasil bumi, hasil pertanian dan hasil
perusahaan.
12. Menyebabkan pengaliran wang keluar negeri.
13. Keseluruhan ekonomi negera akan terjejas.
BAHAGIAN 2

ALKOHOL

TAJUK 1
KENALI ALKOHOL

Tahukah rakan-rakan, apa itu alkohol?


Alkohol adalah sejenis bahan kompoun organik yang terhasil daripada
proses pemeraman kanji atau gula dalam pelbagai buah-buahan serta bijirin.
Alkohol juga merupakan minuman yang mengandungi lebih daripada 2%
ethanol serta merangkumi minuman alkohol yang diambil bagi tujuan
perubatan seperti tonik kesihatan. Alkohol sinonim dengan arak atau
minuman keras. Minuman ini boleh memabukkan dan boleh menimbulkan
kesan ketagihan dan pergantungan. Selalunya ia diminum ketika bersosial
atau digunakan untuk mempertingkatkan “moods”.

Minuman alkohol juga dikategorikan sebagai dadah. Ini kerana ia


dapat memberi kesan ke atas sistem saraf pusat atau sistem otak dan ia
dapat memberi kesan terhadap badan peminumnya. Seorang yang ketagih
pada alkohol mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk meninggal dunia
15 tahun lebih awal daripada yang dijangkakan disebabkan oleh penyakit
jantung, kanser, kemalangan, dan bunuh diri.

Rakan-rakan semua,

Menurut laporan dari World Health Report pada tahun 1991, Malaysia
merupakan salah sebuah negara yang tinggi penggunaan alkohol. Penyakit-
penyakit yang disebabkan oleh penggunaan alkohol yang berlebihan seperti
kanser semakin meningkat. Meminum minuman beralkohol akan
menyebabkan seseorang menjadi mabuk, pening, tidak sedarkan diri,
terlena, dan sebagainya. Ia boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu
diminum. Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuk seperti bir,
wain, brandi dan wiski. Amalan meminum minuman beralkohol merupakan
suatu tabiat buruk. Masalah ini di tahap serius yang sama dengan masalah-
masalah sosial lain. Semakin hari masalah ini semakin meruncing.

Biasanya minuman keras mengakibatkan atau menimbulkan hal yang negatif


bagi si peminumnya. Kebanyakan agama mengharamkan pengambilan arak.
Manakala di kebanyakan negara pula, penjualannya dikawal
oleh kerajaan kerana ia boleh memberi kesan berbahaya kepada kanak-
kanak.

Di pasaran ada tiga jenis arak yang popular iaitu:

i. Bir - yang dibuat dari biji-bijian dan mengandungi 3-6% alkohol terdiri
daripada jenis-jenis seperti shandy dan stout.

ii. Wain - yang diperbuat daripada buah-buahan dan mengandungi 11-


14% alkohol.
iii. Liquor - dihasilkan dengan memeram ataupun mendidihkan bahan
makanan sehingga menjadi arak dan ia mengandungi 40-50%
alkohol, iaitu terdiri dari jenis-jenis seperti vodka dan whisky.

Alkohol juga merupakan sejenis dadah psikoaktif yang tergolong di dalam


kategori dadah pendepres sistem saraf pusat. Pengambilan alkohol secara
berlebihan dan tidak terkawal dikenali sebagai alkoholisme. Antara simptom
yang selalu berlaku ialah keketaran, hilang selera makan, sukar tidur,
muntah-muntah, hilang ingatan, sakit kepala, halusinasi dan sawan. Simptom
ini berlaku 6 hingga 48 jam selepas dos yang terakhir diambil. Sindrom yang
lebih serius dipanggil delirium tremens yang berlaku antara 48 hingga 96 jam
selepas dos yang terakhir. Penghidap akan mengalami kekeliruan, halusinasi
serta pengaktifan sistem saraf yang teruk hingga boleh menyebabkan
kematian.

TAJUK 2
ARAK PEROSAK MINDA

Minuman beralkohol, biasanya dikenali juga sebagai minuman keras,


atau arak. Minuman ini boleh memabukkan dan boleh menimbulkan kesan
ketagihan (addiction) dan pergantungan (dependance). Minuman alkohol
juga tergolong sebagai sejenis dadah, oleh kerana ia dapat memberi kesan
ke atas sistem saraf pusat atau sistem otak serta kesan terhadap tubuh
peminumnya.
Pada masa kini, amalan meminum minuman keras telah menjadi
suatu ‘penyakit’ yang kian menular dalam kalangan masyarakat. Lebih
membimbangkan, para remaja juga sudah mula berjinak-jinak dengan
kegiatan meminum minuman keras ini dengan alasan membuat mereka
kelihatan lebih dewasa, matang dan ‘macho’. Malangnya kedewasaan seperti
ini boleh menjerumuskan para remaja kita ke arah masalah kesihatan seperti
sakit jantung atau hati, radang paru-paru, kanser, keracunan alkohol yang
teruk dan juga kemalangan.
Minuman beralkohol adalah minuman yang mengandung etanol.
Etanol adalah bahan psikoaktif dan pengambilannya menyebabkan
penurunan terhadap kesedaran manusia. Pengambilan alkohol yang
berlebihan akan menyebabkan kesan sampingan Ganggguan Mental
Organik (GMO), iaitu gangguan dalam fungsi berfikir, perasaan, dan
tingkahlaku. GMO ini adalah disebabkan kesan langsung alkohol pada sel-
sel saraf pusat. Sifat adiktif alkohol juga tanpa disedari akan menyebabkan
keracunan atau mabuk.
Mereka yang terkena GMO biasanya mengalami perubahan
tingkahlaku seperti ingin berkelahi atau melakukan tindakan kekerasan, tidak
mampu menilai kebenaran, terganggu fungsi sosial, dan pekerjaan.
Perubahan fisiologi juga terjadi seperti cara berjalan yang tidak teguh, muka
mejadi merah atau mata juling. Perubahan psikologi yang dialami oleh si
peminum alkohol adalah mudah tersinggung, bercakap tidak tentu hala dan
kehilangan tumpuan.

TAJUK 3
KESAN PENGAMBILAN ALKOHOL

Kesan ketagihan akibat meminum alkohol bukannya bergantung kepada jenis


alkohol tetapi jumlah yang diminum pada satu-satu masa. Pada dasarnya
terdapat dua kesan yang ketara pada penagih alkohol iaitu kesan jangka
pendek dan jangka panjang.
Kesan jangka pendek pengambilan alkohol lebih kurang satu botol
besar menjadikan seseorang itu kurang daya koordinasi seperti tidak boleh
berjalan dengan betul dan tidak boleh membuka pintu. Dalam masa yang
singkat ini juga boleh menyebabkan hangover. Hangover lazimnya
disebabkan oleh keracunan alkohol, bahan lain dalam alkohol dan
tindakbalas ketagih alkohol. Tanda-tanda hangover alkohol termasuklah sakit
kepala, loya, muntah, cirit birit, gangguan pergerakan usus dan menggeletar
selama 8 hingga 12 jam kemudian.
Kesan jangka panjang akan dirasai selepas meminumnya selama
beberapa bulan atau tahun. Kesan utama adalah seperti sakit jantung, hati
atau penyakit dalam perut. Bila situasi ini berlaku mereka akan kurang selera
makan, kekurangan vitamin, jangkitan penyakit, mati pucuk atau kekurangan
haid. Kematian yang awal adalah lebih kerap pada orang yang kuat minum,
terutamanya daripada sakit jantung atau hati, radang paru-paru, kanser,
keracunan alkohol yang teruk, kemalangan, pembunuhan dan pembunuhan
diri.
Masalah ketagihan alkohol boleh merosakkan hubungan
persahabatan, kehilangan pekerjaan, hutang, simpanan keluarga dihabiskan,
masalah rumah tangga, penganiayaan, penderaan, keruntuhan moral dan
sebagainya. Kesan samping terlalu banyak minuman beralkohol juga
melumpuhkan sistem kekebalan tubuh badan. Penagih alkohol juga mudah
dijangkiti virus termasuk HIV. Mereka yang sudah ketagihan biasanya
mengalami suatu gejala yang disebut sindrom putus alkohol, iaitu rasa takut
diberhentikan minum alkohol. Mereka akan selalu merasa gementar, jantung
berdebar-debar, cemas, gelisah, murung, dan banyak berhalusinasi. Oleh itu,
hindarilah dari meminum minuman tersebut kerana jelas keburukan alkohol
jauh mengatasi kebaikannya.
Oleh kerana golongan remaja ini adalah golongan yang suka kepada
cabaran dan tingkahlaku yang berisiko, pengambilan alkohol akan lebih
mendedahkan remaja kepada tingkahlaku yang merbahaya akibat hilang
pertimbangan kerana pengaruh alkohol seperti memandu dalam keadaan
mabuk atau terlibat dengan perlumbaan motor haram. Apabila mereka telah
mabuk, tanpa mereka sedari, mereka juga akan terdedah kepada
penyalahgunaan dadah. Bagi remaja wanita pula, mereka mungkin akan
menjadi mangsa perkosaan dan seterusnya terdedah kepada masalah
kandungan luar nikah dan penyakit kelamin.

Pengambilan alkohol oleh para remaja akan memberi banyak kesan negatif
yang akan mempengaruhi proses pertumbuhan fizikal dan jasmani remaja
tersebut seperti berikut:

Kesan kepada Psikososial


1. Proses pembelajaran akan terganggu. Pelajar tidak dapat memberi
penumpuan kepada pelajaran.
2. Remaja / pelajar tidak menghadirkan diri ke sekolah (ponteng
sekolah) dan ini akan memberi kesan terhadap prestasi pelajaran
yang akan merosot.
3. Masalah kenakalan remaja, dimana remaja terlibat dengan masalah
tingkahlaku ‘delinquency’. Berkawan dengan pelajar yang
bermasalah dan terjebak dengan aktiviti negatif yang lain. Tekanan
ekonomi untuk memperolehi kewangan untuk membeli alkohol akan
mendorong pelajar untuk terlibat dengan kegiatan jenayah, seperti
mencuri dan lain-lain.

TAJUK 4
ALKOHOL MADU BERACUN

Hampir setiap agama di dunia ini melarang tabiat meminum alkohol atas
beberapa alasan yang berlandaskan kesihatan dan budaya. Kesan
ketagihan alkohol bukan bergantung kepada jenis alkohol tetapi jumlah
alkohol yang diminum pada satu-satu masa.

Berikut adalah kesan pengambilan alkohol:


 Kesan jangka pendek.
Menyebabkan ‘Hangover’ akibat keracunan alkohol iaitu sakit kepala,
loya, muntah, cirit-birit, gangguan pergerakan usus dan
menggelentar selama 8 hingga 12 jam kemudian.
 Kesan jangka panjang.
Terdedah kepada penyakit jantung, penyakit hati atau penyakit dalam
perut malahan membawa kepada kematian awal.

Kesan pengambilan alkohol dapat dilihat secara terperinci pada bahagian-


bahagian berikut:
 Kesan pada otak.
Darah beralkohol yang dibawa ke otak akan mempengaruhi kelakuan
dan tindakan yang tidak terkawal seperti sifat kurang malu, fikiran
bercelaru, dan hilang pertimbangan.
 Kesan pada hati.
Setiap kali minum alkohol, hati akan cedera lalu sel hati akan mati dan
menjadi parut yang seterusnya akan mengurangkan fungsi hati
malahan hati mungkin tidak berfungsi langsung yang dipanggil Sirosis
hati yang boleh membawa maut. Hepatitis juga akan berlaku jika
terdapat lebihan toksik alkohol dalam hati.

 Kesan pada saraf.


Membawa kepada pelbagai penyakit seperti Sindrom Wernicke-
Korsakoff dan kerosakan sel-sel otak seterusnya membawa kepada
kompilasi psikiatri.
 Kesan pada perut.
Menyebabkan kerengsaan perut (gastrik) yang boleh membawa
kepada ulser perut.
 Kesan pada janin.
Jika peminum hamil ciri-ciri kecacatan mungkin berlaku kepada janin
seperti kurang berat badan, saiz kepala kecil berbending tubuh,
keadaan muka yang rata, dan lemah-lemah sendi.

Jelaslah alkohol mampu memudaratkan diri seseorang, maka jauhilah bahan


ini demi hidup yang sihat dan sejahtera.

TAJUK 5
JENIS-JENIS ALKOHOL

Minuman beralkohol adalah minuman yang mengandungi alkohol lebih


daripada 5%. Berikut adalah antara jenis-jenis alkohol :
Adalah pati buah anggur yang diragikan. Kemudian memlalui proses
Anggur / Wine pemeraman selama beberapa tahun untuk menghasilkan anggur
yang matang. Jumlah kandungan alkohol antara 8% hingga 14%.
Daripada proses pemeraman, wine ini terbahagi kepada empat:
a. Aromatized Wine - berasal dari pemeraman buah anggur putih
ditambah aroma tertentu dan ditinggikan jumlah alkohol
dengan menambahkan minuman spirit seperti red martini
rossi.
b. Natural Wine – pemeraman dari pati buah anggur yang baru
dipetik.
c. Sparkling Wine – pemeraman dengan penambahan gula pada
pemeraman kedua sehingga terdapat gelembung udara.
Contoh champagne.
d. Fortified Wine – hasil pemeraman dengan menambahkan gula
dan spirit.

Merupakan alkohol yang berwarna jernih yang diolah melalui proses

Spirit pemeraman yang berulang dan ia memiliki kadar alkohol yang tinggi
iaitu antara 36% hingga 45%. Spirit terbahagi kepada dua iaitu :
a. Liqours – ia berasal dari padi-padian. Kadar alkoholnya tinggi
dan tidak berasa manis. Contoh liqours seperti brendi, cognac,
tequila, vodka, rum dan wiski.
b. Liqueurs – merupakan campuran daripada liquors dan
ditambah perasa seperti Tia Maria atau kah lua.

Merupakan minuman yang diperoleh dari hasil peragian malt dan


Bir
hop. Ia memiliki kadar alkohol 3% - 5%.
Ia berasal dari beras dan mengandungi kadar alkohol antara 16% -
Arak dan
Sake 30%.

Sejenis minuman yang dihasilkan daripada proses pemeraman


nira, beras atau bahan minumam atau buah yang mengandungi
Tuak
gula. Ia merupakan minuman yang mengandungi alkohol. Kadar
alkohol yang terkandung di dalam minuman tuak adalah berbeza.

TAJUK 6
KESAN ALKOHOL KEPADA KESIHATAN TUBUH

Kesan jangka pendek


Pada kuantiti yang rendah, seseorang akan hilang rasa malu. Pada kuantiti
yang lebih tinggi, ia menyebabkan seseorang menjadi mudah marah,
mempunyai pertuturan yang tidak lancar, hilang imbangan semasa berjalan,
kecelaruan fikiran dan tidak sedarkan diri.

Kesan jangka panjang


a. Ketagihan
- Memerlukan jumlah alkohol yang lebih tinggi setiap kali ia minum
bagi mencapai kesan yang sama.
- Sindrom tarikan akan timbul apabila individu berhenti atau kurang
mengambil alkohol setelah menggunanya secara berterusan buat
tempoh yang lama. Antara tanda-tanda sindrom tarikan adalah
ketar, keinginan yang kuat atau gian untuk mendapatkan alkohol,
loya, muntah, demam, gila, sawan dan meracau.
b. Kesan pada sistem saraf
- Kesan-kesan kekal pada otak dan saraf adalah seperti hilang
ingatan dan kebas.
c. Kesan-kesan pada sistem penghadaman
- Penyakit hepar seperti hepatitis, sirosis dan kanser.
- Muntah darah
- Radang kelenjar pankreas
- Anemia
- Kekurangan zat makanan
d. Kesan pada sistem kardiovaskular
- Tekanan darah tinggi
- Strok
- Kerosakan otot jantung

e. Kesan psiko-sosial
- Cemburu buta
- Murung
- Bunuh diri
- Penderaan terhadap keluarga

Pengambilan alkohol oleh para remaja memberi banyak kesan negatif yang
mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan remaja tersebut.
Antara kesan negatif tersebut adalah seperti berikut:

Terhadap Kesihatan
Pengambilan alkohol bermula pada peringkat umur yang muda, sudah tentu
dalam jangka panjang kesan terhadap keadaan kesihatan remaja akan
bertambah teruk. Penggunaan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan
kemandulan dan gangguan haid pada wanita. Alkohol juga akan
meningkatkan risiko terjadinya keguguran atau ‘abortion’ dan juga
kelahiran pra-matang.

Proses Pembelajaran Akan Terganggu


Remaja tidak dapat memberi penumpuan kepada pelajaran.

Ponteng Kelas Atau Sekolah


Remaja tidak menghadirkan diri ke sekolah (ponteng sekolah). Ini akan
memberi kesan terhadap prestasi pelajaran yang akan merosot.

Masalah Kenakalan Remaja


Remaja terlibat dengan masalah kenakalan atau ‘delinquency’. Berkawan
dengan murid yang bermasalah dan terjebak dengan aktiviti negatif yang lain.
Remaja juga cuba memperolehi kewangan untuk membeli alkohol. Ini
mendorong murid terlibat dengan kegiatan jenayah, seperti mencuri dan lain-
lain.

TAJUK 7
CIRI-CIRI KETAGIHAN ALKOHOL

Ciri-ciri ketagihan alkohol adalah seperti berikut:


i. Memerlukan jumlah alkohol yang lebih tinggi setiap kali ia minum bagi
mencapai kesan yang sama (toleran). Ini bermaksud semakin lama
seseorang itu mengambil alkohol, maka ketagihan alkohol seseorang
itu semakin tinggi.
ii. Aktiviti hidupnya berpusat pada alkohol. Ini menyebabkan mereka
yang ketagihan alkohol sering menghabiskan masanya hanya dengan
alkohol.
iii. Sindrom tarikan (withdrawal syndrome) akan timbul apabila individu
berhenti atau kurang mengambil alkohol setelah menggunakannya
secara berterusan bagi tempoh yang lama. Antara tanda-
tanda “withdrawal” adalah ketar, keinginan yang kuat atau gian
(craving) untuk mendapatkan alkohol, loya, muntah, demam, gila
(psikosis), sawan dan meracau. Kesan sindrom tarikan ini juga boleh
membawa maut.

Faktor-Faktor Pengambilan Alkohol

Antara faktor-faktor yang mendorong para remaja untuk mengambil alkohol


ialah:

Pengaruh Rakan Sebaya

Kebanyakan remaja menganggap bahawa alkohol memudahkan mereka


mendapat ramai kawan dan diterima sebagai sebahagian daripada ahli
kumpulan. Sekiranya mereka enggan mengikut cara hidup rakan, mereka
akan disingkirkan. Secara realiti, rakan yang bebas alkohol lebih mudah
dipercayai daripada rakan yang ketagihan alkohol. Perhubungan antara
kawan juga lebih sihat tanpa penggunaan alkohol.

Pengaruh Iklan

Pengiklanan arak dalam panggung wayang, VCD dan media cetak tidak
diharamkan malahan seperti dibenarkan. Akhbar-akhbar bahasa Inggeris
juga semakin kerap mengiklankan minuman-minuman beralkohol dan
dipaparkan dalam bentuk yang sangat menarik. Selain daripada itu, sukan
bola sepak, badminton dan golf mula mendapat penajaan daripada syarikat
arak. Wanita pula sering dieksploitasi dengan imej seksi dan
mengghairahkan untuk melariskan lagi penjualan.

Mudah Diperolehi

Penjualan arak dijalankan di mana-mana sahaja. Kesannya, remaja mudah


memperolehi bekalan alkohol pada bila-bila masa. Ini mendorong mereka
mengambil minuman keras dengan lebih kerap.

Latar Belakang Keluarga

Keluarga yang bermasalah juga menjadi pendorong kepada pengambilan


alkohol.

Pengaruh Orang Terkenal Atau Mencontohi Idola

Remaja seringkali mencontohi dan menjadikan ikon mereka sebagai ikutan.

TAJUK 8
KESAN-KESAN NEGATIF PENGAMBILAN ALKOHOL

Pengambilan alkohol sememangnya memberikan kesan-kesan negatif ke


atas kesihatan tubuh seseorang, antaranya seperti:
Memudaratkan Kesihatan

Kesan utama adalah seperti sakit jantung, hati atau penyakit dalam perut.
Apabila situasi ini berlaku mereka mengalami kurang selera makan,
kekurangan vitamin, jangkitan penyakit, mati pucuk atau kekurangan haid.
Kematian awal lebih kerap berlaku kepada orang yang kuat minum alkohol.
Kesan pengambilan minuman keras ialah mereka tidak mampu mengawal
emosi serta hilang keupayaan berfikir. Keadaan menjadi semakin teruk
apabila murid mula ketagihan minuman keras itu. Masalah tersebut akan
merosakkan kesihatan murid sekaligus menjejaskan pelajaran dan masa
hadapan mereka.

Tahap Kemalangan Meningkat

Kebanyakan kes kecederaan dan kematian disebabkan oleh pemandu


mabuk. Pengambilan alkohol berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala
dan rasa meragam di dalam perut. Jenis kandungan dadah yang terdapat di
dalam minuman beralkohol ini ialah etil alkohol atau etanol. Ia merupakan
dadah sedatif yang memperlahankan aktiviti sistem saraf. Oleh itu,
kemungkinan besar kemalangan boleh berlaku dalam keadaan mabuk.

Kelakuan Di Luar Kawalan

Manusia memiliki pusat kawalan di otak. Gangguan pusat kawalan di otak


boleh menyebabkan perubahan tingkah laku daripada tingkah laku normal
kepada perbuatan yang bertentangan sama sekali dengan peribadinya.

Kesan Alkohol Ke Atas Otak Dan Badan

Apabila seseorang meminum alkohol, ia terus bertindak ke atas sel-sel otak


dengan merangsang otak itu sebelum mengganggu fungsinya sehingga
menyebabkan gangguan kepada penglihatan, hilang ingatan dan
seumpamanya.
Pengambilan 2-3 gelas alkohol di dalam masa sejam sudah
mencukupi untuk menjadikan seseorang tidak stabil. Ketagihan arak memberi
kesan negatif kepada diri, keluarga dan masyarakat. Di sudut diri ia boleh
menyebabkan sawan dan halusinasi dan pengambilannya di dalam jangka
masa yang panjang boleh merosakkan otak untuk selama-lamanya. Di
samping itu, ia juga boleh menyebabkan sakit jantung, radang paru-paru,
batuk kering, barah mulut dan kerongkong, radang, kerosakan dan barah hati
serta melemahkan sistem pertahanan badan.

Untuk kesan jangka pendek pada kuantiti yang rendah, seseorang


akan hilang rasa malu. Pada kuantiti yang lebih tinggi, ia menyebabkan
seseorang menjadi mudah marah, mempunyai pertuturan yang tidak lancar
(slurred), hilang imbangan semasa berjalan, kecelaruan fikiran dan tidak
sedarkan diri.

Sesungguhnya arak itu terlalu banyak keburukan dan kemudaratan kepada


manusia, di antaranya:

 Merosakkan akal fikiran dan kesihatan.


 Merosakkan akhlak dan akidah seseorang.
 Memalingkan manusia daripada ingatkan Tuhan Semesta Alam dan
daripada mengerjakan ibadat.
 Membawa manusia ke arah kemurkaan Tuhan.
 Boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara manusia.
 Memporak-perandakan rumahtangga, keluarga, masyarakat dan
negara.

TAJUK 9
ALKOHOL DALAM MAKANAN, MINUMAN, PEWANGI DAN UBAT-
UBATAN

Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh


pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra
Malaysia serta dengan mengambil kira keputusan-keputusan yang telah
diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Agama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa
Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang
membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-
ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti
berikut:

1. Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Walau


bagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang
diperolehi daripada proses pembuatan arak, hukumnya haram dan
najis.
2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan
arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam
bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
3. Minuman ringan yang diproses atau dibuat bukan dengan tujuan
untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%
adalah harus (boleh) diminum.
4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang
sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak
atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
5. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara
semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta
perahannya atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara
sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman
adalah tidak najis dan harus (boleh) dimakan atau diminum.

6. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan


perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan
penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol
itu bukan dihasilkan daripada proses pembuatan arak dan kuantiti
alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar
alkohol tidak melebihi 0.5%.
7. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan
melarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut
bukan diambil melalui proses pembuatan arak.

TAJUK 10
AKTA YANG BERKAITAN DENGAN MINUMAN BERALKOHOL

Akta Pengangkutan Jalanraya (Road Transport Act) 1996:


i. Pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk yang ditangkap bagi
kali pertama akan didenda sebanyak RM2,000.00 atau 6 bulan
penjara atau kedua-dua sekali atau lesennya akan digantung selama
setahun.
ii. Kesalahan berikutnya didenda RM4,000.00 atau penjara satu tahun
atau kedua-duanya sekali.
iii. Jika menyebabkan kematian boleh dihukum penjara 3-10 tahun dan
boleh didenda tidak kurang RM8,000.00 - RM20,000.00.

Akta Pembasmian Samsu Haram (Eradication of Illicit Act) 1976


Peruntukan ini menumpukan kepada kaedah penyediaan dan
pengedaran minuman samsu.

Akta Makanan (Food Act) 1983


Menghalang penjualan minuman beralkohol kepada kanak-kanak
atau remaja di bawah umur 18 tahun.

Cara Menghindari Daripada Alkohol


I. Mengamalkan gaya hidup sihat dan banyak bersenam.
i. Berkemahiran untuk menangani stres dan masalah yang dihadapi.
ii. Jauhi daripada rakan yang mengambil alkohol.
iii. Isi masa terluang dengan bersukan, membuat hobi yang berfaedah.
dan mengikuti SLAD.
iv. Jangan menerima pelawaaan untuk mencuba alkohol walaupun untuk
sekali sahaja.
v. Jauhi dari tempat yang boleh menggalakkan pengambilan alkohol
seperti bar, kelab malam, disko dan sebagainya.
vi. Mempunyai kemahiran kebolehan bagi menangani masalah sama
ada kecil atau besar.
BAHAGIAN 3

ROKOK

TAJUK 1
KANDUNGAN ASAP ROKOK

Setiap kali anda sedut asap rokok anda mengisikan paru-paru anda dengan
3 jenis bahan :
1. NIKOTIN

Ialah sejenis dadah yang sangat merbahaya kepada jantung dan sistem
saraf. Ia boleh menyebabkan bertambahnya denyutan jantung, mengecutkan
saluran-saluran darah dan menaikan tekanan darah. Nikotin menyebabkan
ketagihan perokok kepada rokok.

2. KARBON MONOKSIDA

ialah sejenis gas merbahaya jika disedut terlalu banyak. Ia mengurangkan


keupayaan darah membawa oksigen ke tisu-tisu dan menyebabkan kurang
nafas dan cepat letih. Ia merupakan faktor utama menyebabkan penyakit
jantung.

3. TAR

ialah sejenis bahan perangsang yang boleh menyebabkan kanser. Perokok


mempunyai risiko barah paru-paru, perut dan mulut yang jauh lebih tinggi
daripada orang yang tidak merokok.

TAJUK 2
KESAN NEGATIF MEROKOK KE ATAS KESIHATAN

Diantara bahaya-bahaya merokok adalah seperti berikut :-

1. KERONGKONG
Asap menyebabkan terlalu banyak hingus yang menyumbatkan tenggorak,
menyebabkan batuk dan kesukaran bernafas.

2. CILIA

Ia adalah bulu-bulu halus (microscopic hair) yang menyapu keluar kuman-


kuman dan kekotoran dari saluran pernafasan. Asap rokok memusnahkan
Cilia dan ini menyebabkan pemendapan bahan-bahan yang menyebabkan
barah.

3. PARU-PARU

a. Sesak nafas
b. Kurang tenaga

4. JANTUNG

a. Menjerut saluran darah


b. Mengurang pengaliran darah dan oksigen

5. SISTEM PENGHADAMAN

Menambahkan risiko seperti bisul dalam perut

6. MENYEBABKAN PENYAKIT

a. Enfisema
b. Bronkitis
c. Membahayakan bayi dalam kandungan

7. MENYEBABKAN KANSER

a. Kanser ruang mulut e. Kanser kerongkong


b. Kanser peti suara f. Kanser pundi kencing
c. Kanser buah pinggang g. Kanser paru-paru
d. Kanser pankreas

TAJUK 3
LANGKAH-LANGKAH UNTUK BERHENTI MEROKOK

Langkah-langkah untuk berhenti merokok adalah seperti berikut :

1. Merasa bangga kerana tidak merokok.


2. Elakkan godaan – simpan mancis atau pemetik api
3. Menentang gian dengan kesibukan
4. Jauhkan diri daripada mereka yang merokok
5. Berwaspada selepas waktu makan dan minum.
6. Simpan wang yang digunakan untuk membeli rokok di satu tempat
khas.
7. Sediakan bahan gantian.
8. Pelajari cara-cara yang boleh menenangkan diri.
9. Ingatkan sebab-sebab yang anda tidak boleh merokok.
10. Jangan menerima sebaran tawaran merokok.

Saya percaya ANDA BOLEH lakukannya!

TAJUK 4
TAHUKAH ANDA?

Tahukah Anda?

Tembakau membunuh hampir separuh daripada penggunanya di dunia, iaitu


kira-kira hampir 6 juta orang setiap tahun. Menurut Tinjauan Kebangsaan
Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2015, prevalens merokok dalam kalangan
penduduk dewasa yang berumur 18 tahun ke atas ialah sekitar 25 peratus.
Prevalens perokok lelaki yang berumur 18-19 tahun meningkat dari 24.6
peratus pada 2011 kepada 40.1 peratus pada 2015. Prevalens perokok
wanita juga meningkat dari 1.1 peratus pada 2011 kepada 1.4 peratus pada
2015. Selain itu prevalens perokok di kawasan luar bandar lebih tinggi iaitu
sebanyak 29.4 peratus berbanding 22.3 peratus di kawasan bandar.
Sehubungan itu, negara kita sepakat dengan usaha Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) dalam mengurangkan prevalens merokok sebanyak 15
peratus menjelang 2025.

Rokok Eletronik Atau Vape

Rokok elektronik adalah nama panggilan kepada alat yang membekalkan dos
nikotin dalam bentuk wap dengan memanaskan cecair campuran propylene
glycol, glycerol, perasa makanan dan nikotin menjadikannya berbentuk wap
dan disedut oleh pengguna. Alat ini memberikan perokok yang ingin berhenti
merokok masih mendapatkan dos nikotin dan masih lagi dapat menikmati
aktiviti merokok kerana wap yang dikeluarkan adalah kelihatan seumpama
asap rokok. Terdapat beberapa nama panggilan untuk rokok elektronik ini
termasuklah e-rokok, vapor dan e-cig. Namun, oleh kerana panggilan rokok
elektronik masih menggunakan perkataan ‘rokok’, ianya masih lagi
memberikan stigma kepada masyarakat yang tidak arif mengenainya.
Panggilan ‘vapor’ yang bermaksud ‘wap’ adalah lebih ringan diterima
masyarakat.

TAJUK 5
BAHAN KIMIA DALAM ROKOK

Bertujuan mendedahkan tentang bahan-bahan kimia yang terdapat dalam rokok


dan kesan merokok pada diri dan orang lain.
Kandungan rokok terdiri daripada 3 jenis bahan kimia yang berbahaya
kepada kesihatan iaitu nikotin, karbon monoksida dan tar.
 Merokok merupakan penyebab kepada 40% penyakit jantung dan
strok.
 Perokok adalah 4 kali berisiko mati akibat serangan jantung
berbanding bukan perokok.
 Mereka yang terdedah dengan asap rokok pasif mempunyai risiko
yang lebih tinggi terhadap serangan jantung.
 Merokok menyebabkan anda membawa masuk pelbagai jenis bahan
beracun ke dalam tubuh badan anda melalui paru-paru dan
seterusnya diserap dalam sistem peredaran darah.
 Gangguan aliran darah ke otak menyebabkan serangan strok.

Kesan merokok kepada :


 Isteri – mempunyai risiko menghidap barah paru-paru yang tinggi
berbanding isteri bukan merokok
 Rakan-rakan sepejabat – mereka yang bekerja dipersekitaran yang
tercemar dengan asap rokok untuk jangkamasa yang lama boleh
mengalami kerosakan paru-paru
 Bayi dan kanak-kanak – asap rokok boleh merencatkan pertumbuhan
bayi di dalam rahim ibu. Anak-anak perokok lebih mudah terkena
serangan jangkitan paru-paru, batuk, lelah, selesema dan sakit
kerongkong.

TAJUK 6
SYAIR SENGSARA ROKOK

Sengsara hidup bangkai bernyawa,


Angkara rokok musuh durjana,
Marilah kita seia sekata,
Bulatkan hati kuatkan jiwa.

Penyakit kronik datang melanda,


Perokok sakit dimamah usia,
Menyedut racun bahan kimia,
Sedap di mulut diri merana.

Rokok,
Tanpamu hidup kami lebih cergas,
Jauh dari penyakit berbahaya,
Gigi bersih nafas pun segar,
Contoh yang baik untuk generasi muda.

Rokok
Tanpamu umur kami mungkin lebih panjang,
Kami juga berselera untuk makan,
Tidak membazir menjimatkan wang.
Tiada habuk tiada pencemaran.

TAJUK 7
LAGU : BAHAYA VAPE

(Rentak lagu : Lagu Tiga Kupang)


Rokok elektronik
Hisap wap nikotin
Kesannya negatif
Diri sendiri

Bila sudah cuba


Mesti mahu lagi
Rosak gigi kamu
Jantung dan hati

c/o:
Rokok elektronik
Vape nama diberi
Asap kepul-kepul
Buat sakit hati
Hei…

Jangan hampirinya
Nanti kau terseksa
Rokok elektronik
Baik buang saja

TAJUK 8
SAJAK : BAHAYA ROKOK

Rokok
Kewujudanmu mengubah segala
Setiap pelosok negara kau mendapat tempat
Hadirmu membawa gembira si penghisap rokok
Adakah mereka sedar akan bahayamu
Mereka lupa
Kau pembunuh seperti dadah
Mereka tidak sedar
Kau penyebab penyakit kronik
Kanser, diabetis, jantung, buah pinggang membawa mati

Siapa sangka
Kepulan asapmu yang putih itu
Punyai 4000 bahan kimia berbahaya
Mengundang derita si pembau
Isteri, anak, kawan-kawan menjadi mangsa
Sedarla wahai perokok
Merokok hanyalah penderitaan
Kau akan merana dibelenggu penyakit
Hidupmu hanyalah kesakitan

Wahai perokok
Bersihkanlah tubuhmu
Muhasabahlah dirimu
Sucikanlah hatimu
Ceriakanlah hidupmu
Sinarilah hayatmu
TANPA rokok..

TAJUK 9
INFO ROKOK : BAHAYA MEROKOK

Berikut merupakan beberapa info nahaya merokok:


 Pelajar bawah 18 tahun akan ditangkap kerana merokok dan sudah
ramai orang mati kerana merokok.
 Semua orang tahu merokok membahayakan kesihatan, tetapi ramai
orang yang sanggup menggadaikan nyawa dengan merokok.
 Ada tiga bahan bahaya dalam setiap batang rokok iaitu nikotin, karbon
monoksid dan tar.
 Nikotin adalah sejenis dadah yang boleh menyebabkan degupan
jantung menjadi cepat, mengecutkan salur-salur darah dan
meninggikan tekanan darah.
 Karbon monoksid adalah sejenis gas yang boleh menyebabkan
keupayaan darah membawa oksigen menurun. Bila darah kurang
membawa oksigen, badan akan menjadi letih dan mengantuk.
 Tar adalah bahan perangsang yang menyebabkan barah paru-paru,
usus atau mulut.

RUMUSAN : Undang-undang di negara kita sudah memulakan larangan


merokok. Peraturan sekolah juga tetap melarang pelajar merokok. Pelajar
yang melanggar peraturan ini akan dibuang sekolah.

TAJUK 10
CERPEN : AKU SEBATANG ROKOK
Aku rokok. Tidak perlu tahu nama penuhku. Cukup anda kenal aku sebagai
rokok. Badanku panjang. Putih dan kuning itu warna kulitku. Ada juga
bangsaku berwarna hitam. Sudah berkurun aku wujud di dunia ini. Pelbagai
inovasi telah dicipta dari bangsaku. Vape, shisha, itu semua cucu-cicitku.
Manusia menghabiskan masa dan wang demi menghirup secangkir bahagia
dari tubuhku. Agungnya aku apabila mereka letakkan dibibir yang sepatutnya
digunakan untuk mengukir sebuah senyuman. Pedih seksa tubuhku apabila
dibakar. Tidak mengapa wahai manusia. Hiruplah secangkir bahagia dari
tubuhku. Nikmatilah bahagia itu. Aku maafkan wahai manusia ketika kau
buang tubuhku ke tanah. Kau tenyeh badanku dengan kasut kulitmu. Sakit,
perit yang ku rasa setelah habis nikmat kau dapat. Kenapa aku maafkan
kamu wahai manusia? Sedang kamu bahagia membakarku aku dan
bangsaku telah berjanji aku merosakkan dirimu. Setiap sedutan aku titipkan
kanser, penyakit jantung. Jenis kanser? Tidak perlu pilih, aku siapkan
semuanya untukmu wahai perokok. Jika mahu selamat, tinggalkan aku, jauhi
aku. Pesan pada keluargamu jangan pernah mencubaku. Tiada erti sihat jika
bersamaku.

TAJUK 11
TIPS BERHENTI MEROKOK 12M
1. Melengah-lengahkan - tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar.
2. Menarik nafas panjang - tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan.
3. Minum air- terutama air masak. Elakkan minuman berkafein.
4. Menyibukkan diri - buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk
melupakan rokok.
5. Menjauhkan diri - daripada orang yang merokok.
6. Mengelakkan diri - daripada suasana atau situasi yang mendorong
kepada merokok.
7. Mengunyah sesuatu - seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang
manis.
8. Membasuh tangan selalu.
9. Mandi dengan kerap.
10. Meregangkan otot - lakukan senaman regangan apabila rasa
mengantuk.
11. Meditasi.
12. Memohon doa - berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha

TAJUK 12
MONOLOG: AKU DAN SEBATANG SHISHA STICK
Sisi jahat: Shisha… boleh cuba ni.
Sisi baik : Shisha banyak buruknya. Perlu dielak.
Sisi Jahat : Shisha stick ja.
Sisi Baik : Dari shisha stick ja boleh jadi ketagihan. Dalam shisha stick
ada nikotin. Sedut sekali ja dalam masa 10 saat terus sampai
otak.
Sisi Jahat: Jangan risau la. Shisha ni ada penapis.
Sisi Baik : Nikotin tak larut air. Penapis yang ada tu tak berguna.
Sisi Jahat: Sekali cuba tak jadi apa.
Sisi Baik : Bila dah kena jangkitan penyakit tuberkulosis dan hepatitis,
hepes, aspergillosis dan helicobacter baru nak sedar?
Sisi Jahat : Cuba la sikit, kawan nak paying tu.
Sisi Baik : Kongsi la shisha tu. Jangkitan paru-paru, kanser perut, dan
apa ja penyakit mudah berjangkit semua nak hinggap.
Aku : SHISHA PERGI JAUH-JAUH!

TAJUK 13
LAGU : KEMPEN TAK NAK MEROKOK
Anak Malaysia warga berbudaya,
Bertatasusila, berimej mulia,
Merokok hanya akan mencemarkannya,
Janganlah kita ketagih dengannya

Tak nak merokok hoi hoi


Tak nak merokok hoi hoi
Jika merokok banyak padahnya..
Tak nak merokok hoi-hoi
Tak nak merokok hoi-hoi
Kerana rokok cemarlah budaya

Anak Malaysia warga berupaya


Sihat sejahtera, cergas sentiasa
Merokok hanya melemahkan kita
Itulah bahaya jika menagihnya

Tak nak merokok hoi hoi


Tak nak merokok hoi hoi
Jika merokok banyak padahnya..
Tak nak merokok hoi-hoi
Tak nak merokok hoi-hoi

(Menyanyi mengikut rentak lagu Can Mali Can)

TAJUK 14
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN BERKAITAN MEROKOK
Mengikut Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993 Pindaan 1997: Peraturan
10 dan 12

1. Semua Premis Kerajaan.


8. Sekolah, Taman Asuhan,
2. Hospital dan klinik
Tadika, IPT.
3. Kaunter bank, telekom
9. Kompleks sukan.
dan pos.
10. Hentian pengangkutan awam.
4. Kenderaan awam.
11. Lif awam.
5. Kedai berhawa dingin.
12. Stesen minyak.
6. Kompleks membeli
13. Dewan orang ramai.
belah.
7. Stadium.

Peraturan 8
Adalah menjadi kesalahan bagi mana-mana pihak jika menjual hasil
tembakau kepada individu di bawah umur 18 tahun.

Peraturan 8A
Mana-mana individu di bawah 18 tahun yang merokok atau mengunyah
apa-apa hasil tembakau atau membeli atau memiliki samada guna sendiri
atau tidak, apa jua hasil tembakau telah melakukan satu kesalahan.

TAJUK 15
ROKOK ELEKTRONIK DAN KESANNYA
Rokok elektronik adalah satu alat elektronik menyerupai cara merokok tanpa
perlu perokok menyedut asap rokok yang berbahaya. Setiap kali rokok
elektronik disedut, cip komputer elektronik yang dikuasakan oleh bateri akan
menghidupkan atomizer yang kemudian akan memanaskan cecair yang akan
menghasilkan wap.

“Penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun
1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan
cecair nikotin untuk kegunaan rokok e-elektronik boleh didenda tidak
lebih RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua
sekali, katanya.” (Sumber: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong
Lai, Berita Harian: 21 Jan 2013).

Rokok elektronik mengandungi pelbagai jenis nikotin yang bervariasi, iaitu


nikotin pelarut, propilen glikol, dietilen glikol, dan gliseren yang apabila
dipanaskan akan menghasilkan nitrosamine. Larutan nitrosamine menjadi
penyebab terjadinya kanser.
BAHAGIAN 4

INHALAN

TAJUK 1
PENGENALAN INHALAN

Definisi Inhalan

Inhalan atau agen inhalasi termasuk dalam kelas dadah berbentuk gas atau
wap yang disalahguna secara inhalasi. Inhalasi bermaksud menghidu gas
sama ada melalui hidung atau mulut sehingga gas itu sampai ke paru-paru.
Agen ini wujud di dalam pepejal atau cecair meruap (volatile) yang
menghasilkan gas pada suhu bilik. Gas yang dihidu ini boleh menyebabkan
kesan psikoaktif atau mind-altering (merangsang perubahan minda).Ini
kerana gas ini mengandungi bahan kimia yang boleh mempengaruhi neuron
di otak. Kriteria utama agen inhalasi ialah gas ini hanya diambil secara
inhalasi untuk mendapatkan kesannya.Terdapat lebih daripada 30 barangan
harian yang boleh disalahgunakan. Penagihan agen ini tidak memerlukan
peralatan khas seperti jarum, straw, daun, sudu, botol, batang betik dan
mentol lampu. Kebanyakan penagih golongan ini merupakan kanak-kanak
dan remaja.

Kesan-Kesan Pengambilan Inhalan

Kebanyakan inhalan berbentuk pelarut dan gas akan menyebabkan penagih


khayal. Kesannya seakan sama dengan mabuk akibat meminum alkohol
yang banyak. Perasaan khayal ini biasanya berlaku selama 15 hingga 45
minit dan akan berterusan sehingga satu hingga dua jam. Sekiranya kuantiti
atau kepekatan inhalan itu tinggi, penagih mungkin hilang deria rasa, sawan
dan seterusnya tidak sedarkan diri.
Sekiranya wap inhalan disedut dengan kuat dan dalam, atau
digunakan dengan banyak dalam tempoh yang singkat, seseorang itu akan
hilang kawalan diri, berkelakuan agresif, tidak sedarkan diri, atau mati.
Penagih juga akan berasa loya dan muntah. Jika muntah ketika pengsan,
kematian boleh berlaku akibat tersedak dan kesesakan nafas. Inhalan yang
dihidu pada kadar kepekatan tinggi boleh menyebabkan rasa kebas,
kekejangan anggota badan, kerosakan pendengaran dan penglihatan,
komplikasi sistem pembiakan, sirosis hati, kegagalan jantung dan kematian
mengejut.
Penagihan yang berterusan dalam jangka masa panjang boleh
mengakibatkan kerosakan sel-sel otak yang kekal. Penagih akan hilang daya
tumpuan, mudah marah, hilang ingatan, mengalami kekeliruan serta
kemurungan. Selain itu, selera makan serta berat badan penagih turut
merosot. Penagih juga akan mengalami keletihan serta kawalan pergerakan
badan akan turut terjejas. Inhalan juga boleh merosakkan organ-organ utama
badan seperti paru-paru, hati, buah pinggang, darah dan sum-sum tulang.

Mengenal Ciri-ciri Penagih Inhalan

1. Tanda-tanda penagihan inhalan dalam kalangan murid-murid:


2. Terdapat bau bahan kimia pada nafas, badan, pakaian dan di bilik
tidur.
3. Kesan cat atau bahan seumpamanya di kawasan muka, tangan,
atau pakaian.
4. Terdapat bintik-bintik merah dan pecah-pecah di sekitar mulut dan
hidung.
5. Mata seringkali kelihatan berair, merah dan berkaca, serta hidung
berair.
6. Terdapat bekas-bekas cat atau pelarut serta kain buruk atau pakaian
yang telah dicelup dengan bahan tersebut yang cuba disembunyikan
di dalam laci atau almari di bilik tidur.
7. Remaja tersebut seringkali mengalami loya-loya, hilang selera
makan, pertuturan yang kurang jelas, serta kelihatan tidak terurus.
8. Remaja terbabit kelihatan mengalami kurang daya tumpuan, mudah
marah dan murung.

Kenapa Inhalan Sangat Bahaya


1. Kematian yang mengejut akibat tersedak dan sesak nafas.
2. Merosakkan organ-organ utama badan seperti paru-paru, buah
pinggang, darah dan sum-sum tulang.
3. Kuantiti bahan inhalan yang sedikit tetapi boleh menyebabkan
penagih berasa khayal. Kesannya seakan sama dengan mabuk
akibat meminum alkohol yang banyak. Perasaan khayal ini biasanya
berlaku selama 15 hingga 45 minit dan akan berterusan sehingga satu
hingga dua jam.
4. Bahan inhalan mudah diperolehi di kedai-kedai barangan logam dan
tiada kawalan pembelian.
5. Disukai oleh remaja kerana harganya murah dan sukar dikenalpasti
oleh ibu bapa sehinggalah penagih pada tahap ketagihan yang teruk.
6. Ramai orang tidak menganggap inhalan sebagai dadah kerana bahan
inhalan digunakan sebagai bahan kegunaan di rumah.
7. Remaja tidak mengetahui bahan-bahan inhalan boleh menyebabkan
ketagihan yang kronik.

TAJUK 2
BAHAYA MENGHIDU INHALAN
Kesan serta merta menghidu inhalan adalah melalui tanda-tanda seperti
berikut :

Bil. Tempat Simpton


1 Deria - Sensitif kepada cahaya
(Sensory System) - gatal mata
- penglihatan berkembar
- telinga berdesing/ berdengung
2 Sistem-sistem pernafasan - sesak nafas
(respiratory dan cerdial - sakit dada dan rasa tidak selesa
system) - degupan jantung yang tidak
normal
3 Lain-lain - sakit-sakit otot dan sengal sendi

Penyedutan yang panjang atau penghiduan berulang dalam masa yang


singkat mungkin menyebabkan :
1. Ketidakserasian (disorientation)
2. Kehilangan kawalan diri
3. Tidak sedarkan diri/pengsan
4. Sawan (serangan otak dengan tiba-tiba)
5. Kurang penyelarasan pergerakan otot
6. Refleksi/ gerakan yang berkurangan (depressed reflexes)
7. Hidung berdarah, mata merah dan nafas berbau
8. Pening kepala selama beberapa hari.

Kesan Jangka Panjang Menghidu Inhalan


Penggunaan inhalan dalam jangkamasa panjang akan menyebabkan
perkara-perkara berikut :
1. Kelesuan / pucat
2. Hilang daya ingatan
3. Kehilangan daya untuk berfikir dengan jelas atau waras
4. Cepat dahaga
5. Susut berat badan
6. Kemurungan
7. Panas baran
8. Pemarah
9. Perasaan teraniaya
10. Pengurangan pembentukan sel darah dalam sum-sum tulang.

Kebanyakan kesan jangka panjang ini boleh dipulihkan semula (reversible)


jika penggunaan inhalan dihentikan. Penghiduan wap pekat yang dilakukan
berulang kali dalam tempoh masa yang berlanjutan boleh menyebabkan :
1. Kerosakan sistem saraf pusat yang kekal dan mungkin tidak dapat
dipulihkan kembali;
2. Penurunan keupayaan jasmani dan mental;
3. Kerosakan kepada hati, buah pinggang, darah dan sum-sum tulang;
4. Kematian mengejut yang berpunca daripada degupan jantung yang
tidak tetap dan kesukaran bernafas.

Kesan kepada tubuh badan

Wap yang disedut dari bahan pelarut atau aerosol akan masuk dengan cepat
ke dalam aliran darah melalui paru-paru, kemudian ianya teredar dengan
cepat sekali ke dalam organ yang mempunyai edaran darah yang besar
seperti otak dan hati. Wap yang disedut ini akan cepat terserap ke dalam
sistem saraf pusat menyebabkan banyak kelemahan kepada fungsi badan
termasuk tarikan pernafasan dan degupan jantung.
Kesan Pengambilan Inhalan (Keratan Akhbar)

Berdasarkan keratan akhbar di atas, rumusan yang dapat dibuat ialah


 Perbuatan menghidu gam lebih buruk berbanding penyalahgunaan
dadah kerana ia mampu merosakkan orgam dalam badan dalam
tempoh yang singkat.
 Kekurangan ilmu serta maklumat berkaitan inhalan menyebabkan
masyarakat memandang enting gejala tidak sihat ini.
 Gejala pengambilan inhalan ini bertumpu di kawasan pedalaman dan
estet.
 Namun, dewasa ini gejala ini juga merebak dan sering membabitkan
kanak-kanak dan remaja yang menetap di flet perumahan kos rendah.
 Kesan hidu gam dalam masa 6 bulan :
o Kesan kepada jantung
o Kanser Hati
o Kerosakan organ dalaman termasuklah buah pinggang, otak
dan paru-paru.

TAJUK 3
CARA PENGAMBILAN INHALAN (GAMBARAJAH)

TAJUK 4
JENIS-JENIS INHALAN

1. Pelarut/cecair
 Cat, bahan pengilat, minyak tanah, petrol, gam, cecair pemadam
dan dakwat pen
 Meruap pada suhu bilik
 Mudah dan senang didapati
 Thinner, pembersih cat, cecair dobi, gam, cecair pemadam dan
cecair penanda
2. Bahan gas
 Pemetik api, gas peti sejuk, klorofom, haloten dan nitrous oksida
 Pelali perubatan contoh eter, kloroform dan halothane
 Digunakan dalam produk di rumah
3. Aerosol
 Pemetik api, pewangi,penyembur rambut, pelindung fabrik
 Cecair yang mengandungi penyembur dan pelarut
4. Bahan nitric
 Bertindak meransang sistem pusat
 Climax, popers, rush dan locker room

TAJUK 5
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

Menghidu atau menyedut inhalan boleh membunuh walau hanya dengan


sekali sedutan atau hiduan sahaja. Antara yang dapat dilakukan adalah:-
a) Sentiasa sedar, waspada serta ambil tahu tentang masalah ini
dengan cara mendapatkan maklumat lanjut tentang penagihan bahan
sedutan, jenis bahan yang sering disalahgunakan, dan cara-cara
untuk mengesan masalah ini sekiranya terjadi dalam kalangan anak-
anak, anak murid atau rakan-rakan anda.
b) Pastikan anak-anak, anak murid atau rakan-rakan anda mengetahui
tentang bahaya merokok, minum arak, penyalahgunaan dadah serta
inhalan.
c) Elakkan membeli produk-produk yang mudah
disalahgunakan seperti bahan pelarut dan produk-produk
berasaskan bahan pelarut, gas, minyak petrol dan aerosol. Usahakan
untuk mendapatkan produk-produk alternatif yang berasaskan air
sekiranya ada.
d) Sentiasa awasi mengenai kuantiti produk yang telah digunakan oleh
anak sekiranya kuantiti yang digunakan agak banyak, soal dan
lakukan penyiasatan lanjut.
e) Sekiranya anda mengenalpasti sebarang perubahan tingkah laku
anak atau rakan anda, dampingi mereka dan mula berbincang
mengenai perkara yang membimbangkan anda. Jangan
melengahkan tindakan anda.
f) Elakkan sikap ‘tidak apa’. Ingatlah bahawa satu sedutan atau hiduan
mungkin akan membunuh orang tersayang.
TAJUK 6
BORIA INHALAN

Cerita hari ini tentang inhalan


Disalah guna memberi kesan
Jangan sengaja kita amalkan
Boleh akibat pelbagai kesan
Ewah…..

Bermacam jenis bahan inhalan


Yang kita guna dalam kehidupan
Jangan jadikan diri bebanan
Pada keluarga dan juga rakan
Kesan inhalan sangat bahaya
Hilang ingatan dengan tiba-tiba
Halusinasi menyusul pula
Benda yang tiada dikatanya ada
Ewah..

Jika inhalan jadi amalan


Apa ditutur tiada siapa peduli
Kita seperti dalam khayalan
Dengan masyarakat menjauhkan diri
Ewah..

Penagih inhalan buruk kesannya


Menjadi ganas dengan tiba-tiba
Badan pun kurus tiada selera
Kesan tempias pada negara
TAJUK 7
PANTUN NASIHAT INHALAN

Pagi-pagi menetak dahan,


Dahan pokok banyak duri;
Jauhi diri dari inhalan,
Jika diamal merosak diri.

Setiap petang berjalan-jalan,


Sambil berjalan berpimpin tangan;
Banyak kesannya mencuba inhalan,
Batuk muntah lemah badan.

Jika selalu mengambil inhalan,


Memberi kesan jangka panjang;
Jika diambil secara berterusan,
Rosak otak dan buah pinggang.

Wahai kawan dengarkan ini,


Pantun nasihat jadi panduan;
Pandai-pandailah menjaga diri,
Jangan tersalah memilih kawan.
TAJUK 8
SAJAK : MAAFKAN AKU

Aku tidak ingin mencuba dulunya


Namun pengaruhmu
Jadikan aku luntur, aku lemah.
Maafkan aku ibu, ayah
Ampunkan aku adik; abang; kakak
‘Sorry‘ cikgu; kawan-rakan

Dulu kuhidu janjinya hanya suka-suka


Dulu kusedut janjinya hanya ingin cuba.
Namun
Kudratku tidak sehebat mana rupanya
Aku jatuh lemas, tewas.

Maafkan aku ibu, ayah


Ampunkan aku adik; abang; kakak
‘Sorry‘ cikgu; kawan-rakan
Aku ingin melangkah kembali
Ke jalan benar dengan iman dan amal
Langkah penuh gagah
Selamat tinggal inhalan!!
TAJUK 9
CERPEN: KAU PEROSAK

Kumpulan pasukan olahraga acara larian Sekolah Kebangsaan Sempang 3


begitu terkenal dengan pelari-pelarinya yang handal untuk acara
berkumpulan. Pada awal tahun ini, seperti biasa, Naim, Zaidi, Razman dan
Omar begitu gembira kerana terpilih mewakili pasukan sekolah dalam acara
larian 4 x 200 meter. Mereka telah menjalani latihan beberapa kali dengan
dibimbing oleh jurulatih acara larian sekolah tersebut. Latihan menjadi lebih
kerap kerana hari pertandingan sebenar akan bermula beberapa hari lagi.

Zaidi : Razman, nampaknya kumpulan kita ini sudah terkenal dalam sekolah
kita. Dalam perhimpunan pun, kumpulan larian kita disebut-sebut oleh guru
kokurikulum.

Razman : Mestilah, kita sudah banyak menjalani latihan. Kita berempat


memang hebat dan benar-benar menjadi harapan sekolah supaya menjadi
johan peringkat negeri acara larian berpasukan ini.

Naim : Oh, yakah! Tapi saya rasa, kita belum tentu akan menang. Kaki saya
ni sekali- sekala berasa sakit. Kepala saya pun sering pening. Saya rasa
kumpulan kita tidak boleh menjadi johan lah.

Omar : Eh, eh, kau ni Naim! Apa pula kau merepek ni? Tinggal beberapa hari
lagi kita akan menyertai pertandingan sebenar. Jangan buat main-main,
Naim. Kita ni harapan sekolah. Jika kita berjaya memenangipertandingan ini
sebagai johan negeri, kita dapat mengharumkan nama kita dan sekolah kita.
Kita akan memperoleh sijil kemenangan yang berguna untuk ke sekolah
menengah yang terbaik. Naim Yalah, kita cubalah sedaya upaya. Mudah-
mudahan kita berjaya.
(Naim bercakap dengan suara yang lemah. Matanya kelihatanmerenung jauh
seolah-olah menyembunyikan suatu rahsia) Pada hari yang lain…
Zaidi : Razman! Omar! Kau orang dengar tak? Tadi Naim pengsan.
Diaterjatuh di bilik air. Cikgu Kamaruddin telah menghubungi ambulans.

Omar: Oh, begitukah! Saya tak sangka pula Naim tiba-tiba jadi begitu. Tapi,
pada minggu lepas, saya masih ingat Naim kata kakinya selalu sakit dan
kepalanya sering terasa pening.

Razman: Ya lah! Saya pun terkejut ni. Mari kita bertanya kepada cikgu apa
yang sebenarnya terjadi kepada kawan baik kita itu. Mereka terus berjumpa
jurulatih pasukan olahraga sekolah mereka untuk bertanya mengenai
keadaan Naim.

Malangnya pada keesokan hari, mereka mendapat berita yang mengejutkan.


Rupa-rupanya, Naim telah mencuba-cuba menghidu gam. Doktor
mengesahkan ini yang menyebabkan kaki Naim sering sakit. Kepalanya juga
selalu pening dan akhirnya dia pengsan. Jurulatih olahraga kelihatan begitu
kecewa dengan berita buruk ini kerana Naim terpengaruh dengan amalan
menghidu gam. Naim terpaksa digantikan dengan peserta simpanan untuk
acara larian yang akan bermula pada keesokannya. Razman dan rakan-
rakannya berasa sangat sedih kerana Naim merupakan pelari yang terbaik
dalam kumpulan itu. Namun, akibat menghidu gam mereka terpaksa
kehilangannya).
TAJUK 10
WAWANCARA INHALAN

Ain Afiqah, murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kota Lama dan merupakan
salah seorang Pembimbing Rakan Sebaya menemuramah seorang doktor
perubatan mengenai kesan inhalan terhadap kesihatan seseorang.

Afiqah : Selamat pagi doktor. Saya Afiqah dari Sekolah Kebangsaan Kota
Lama ingin menemuramah doktor tentang kesan dan akibat inhalan kepada
manusia.

Doktor : Selamat pagi. Silakan duduk.

Ain Afiqah: Bolehkah doctor ceritakan pengalaman merawat pesakit yang


terlibat dengan jenis inhalan? Doktor : Tentu sekali. Kebanyakan pesakit
tersebut melibatkan remaja.

Ain Afiqah : Apakah jenis inhalan yang biasanya digunakan?

Doktor :Kebiasaannya mereka menghidu gam tetapi terdapat satu kes


pesakit saya yang menghidu petrol.

Ain Afiqah : Bagaimanakah pesakit tersebut terlibat dengan ketagihan


menghidu petrol?

Doktor: Pesakit tersebut bekerja sebagai jurupam di sebuah stesen minyak.


Pada awalnya dia suka menghidu bau petrol secara tidak langsung
sehinggalah tanpa disedari dia menjadi ketagih.

Ain Afiqah: Apakah kesan ketagihan menghidu petrol?

Doktor: Ketagihan menghidu petrol memberikan kesan khayal dengan cepat


berbanding dengan kesan yang didapati daripada penyalahgunaan dadah
yang lain. Wap yang dihidu daripada petrol meresap ke dalam saluran darah
melalui paru-paru, kemudian tersebar dengan cepat ke otak dan hati yang
akhirnya boleh menyebabkan kematian mengejut.

Ain Afiqah: Apakah rawatan yang boleh diberikan kepada pesakit tersebut?

Doktor : Pada peringkat ketagihan awal, pesakit ini boleh dirawat. Walau
bagaimanapun penagihan tegar sukar dirawat yang mana kebanyakannya
membawa maut.

Ain Afiqah : Sebelum mengakhiri wawancara ini, apakah nasihat doktor


kepada golongan masyarakat di luar?

Doktor : Pertama, ibu bapa perlu memainkan peranan mengawal dan


mengawasi tingkah laku anak-anak. Seterusnya guru-guru sebagai penyalur
maklumat perlu memberi pendedahan kepada murid dari semasa ke semasa
mengenai bahaya penyalahgunaan dadah termasuk inhalan. Masyarakat
juga haruslah sentiasa bekerjasama untuk mewujudkan Masyarakat Madani
Tanpa Dadah.

Ain Afiqah: Terima kasih doktor atas perkongsian maklumat sebentar tadi.

Doktor : Sama-sama.
BAHAGIAN 5

HIV / AIDS
TAJUK 1
DEFINISI HIV DAN AIDS

HIV dan AIDS adalah penyakit sosial yang melanda masyarakat sejagat
termasuk Malaysia. Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit atau
lebih dikenali sebagai AIDS (Acquired Immune Deficiency Syndrome) ialah
satu penyakit serius disebabkan oleh virus HIV (Human Immunodeficiency
Virus). AIDS disebabkan oleh virusHIV yang menyerang dan memusnahkan
daya ketahanan badan. Seseorang individu dijangkiti AIDS apabila virus HIV
merosakkan sistem pertahanan tubuh badan. Sistem pertahanan badan yang
tidak berfungsi menjadikan individu mudah dijangkiti bakteria dan virus-virus
lain yang boleh menyebabkan sakit teruk.

Penyebaran HIV dan AIDS

HIV dan AIDS dapat disebarkan melalui cecair badan perhubungan seks
bebas, penerimaan darah yang tercemar perkongsian jarum suntikan dadah
dengan orang telah dijangkiti dan daripada ibu ke anak semasa mengandung,
melahirkan dan menyusu badan jika ibu adalah positif HIV.

Tanda dan Simptom HIV

Pada peringkat awal, pesakit kelihatan sihat tanpa menyedari dirinya HIV
positif. Namun demikian, AIDS boleh merebak dan menjangkiti orang lain.

Sebilangan pesakit mengalami simptom berikut dalam masa dua hingga


enam minggu selepas dijangkiti kuman HIV, tanda-tandanya adalah seperti
badan terlalu lemah dan lesu, penurunan berat badan yang mendadak,
demam panas yang kerap, kelenjar limpa membengkak, ruam kulit dan ulser
pada permukaan mukosa (contoh: lapisan dalam mulut), cirit-birit yang kronik
dan batuk yang kronik.
TAJUK 2
SIMPTOM JANGKITAN AIDS

Pesakit HIV mudah mendapat jangkitan kuman disebabkan sistem ketahanan


badan yang lemah. Dalam masa dua tahun, pesakit AIDS boleh dijangkiti
jangkitan kuman yang teruk, susut berat badan dan lemah.Sekiranya tidak
mendapatkan rawatan, simptom AIDS akan bertambah kronik. Simptom-
simptom AIDS adalah penyakit kulit dan jangkitan sistem pernafasan, cirit-
birit yang kronik, jangkitan bakteria yang teruk dan batuk kering, jangkitan
kuman pada otak (contoh: toxoplamosis), jangkitan kulat (contoh: candidiasis
pada saluran makanan atau sistem pernafasan) dan kanser (contoh: Kaposi's
sarcoma).

Perkembangan penyakit ini melalui beberapa fasa:-

Fasa 1: Bermula dengan HIV menjangkiti seseorang individu.


Fasa 2: Virus terus membiak tetapi pesakit masih tidak mempamerkan
sebarang tanda
atau gejala-gejala yang tertentu.
Fasa 3: Membiak dan berkembang membawa kepada kewujudan
beberapa tanda dan
gejalayang memburukkan lagi mekanisme pertahanan tubuh.
Fasa 4: Pesakit mula mengalami penyakit-penyakit yang jarang
berlaku yang digelar ‘Infeksi Oportunistik’ seperti Pneumocystis Carinii
Pneumonia dan kanser termasukSarkoma Kaposi.
Fasa 5: Pesakit tersebut disahkan sebagai pesakit AIDS. Di dalam
fasa ini, mekanisme pertahanan mengalami kemusnahan yang teruk dan
sudah tidak mampu lagi untuk melawan serangan bakteria, virus dan kuman-
kuman lain.
TAJUK 3
BAHAYA HIV DAN AIDS

Penyakit AIDS ini berpunca daripada beberapa faktor. Beberapa laporan


tentang penyakit ini ditemui dalam kalangan lelaki homoseksual dan penagih
dadah yang menggunakan suntikan. Penerima darah dan pasangan seks
atau anak-anak kumpulan ini juga didapati menghidap penyakit yang sama
iaitu pendatang dari kepulauan Haiti, pesakit hemofilia (sejenis penyakit
keturunan yang semula jadi membunuh sel darah). Punca jangkitan yang
menyebabkan penyakit ini semakin menular di antara lainnya ialah
homoseksual, penggunaan dadah yang menyuntik (IDU) iaitu secara
pengkongsian, perlakuan heterosekual, industri darah yang telah tercemar
dengan penyakit ini dan juga aktiviti seks yang dilakukan secara rambang
iaitu seks dengan lebih daripada satu pasangan yang kerap diamalkan ini
akan mendatangkan kemudaratan terhadap pasangan tersebut. Mereka
hanya mementingkan kenikmatan semata-mata tanpa menghiraukan kesan
jangka panjang yang akan berlaku terhadap mereka.

Faktor dominan yang menyebabkan penyakit AIDS berleluasa ialah


kekurangan kesedaran tentang bahaya penyakit AIDS dan kurang
mengamalkan amalan gaya hidup sihat. Seterusnya, kekurangan
pengetahuan tentang penyakit AIDS juga menyumbang kepada peningkatan
bilangan pesakit AIDS. Rakyat seharusnya dibekalkan informasi tentang
penyakit AIDS supaya menjadi tanggungjawab mereka untuk melakukan
pemeriksaan darah secepat mungkin. Tindakan ini adalah untuk mengetahui
sama ada mereka ialah pembawa HIV yang berkemungkinan besar akan
menyebarkan virus tersebut melalui hubungan seks rambang, pemindahan
darah, ataupun melalui penyusuan ibu kepada anak. Jelaslah kepada kita
betapa pentingnya bagi rakyat menyedari tentang bahaya penyakit AIDS
yang bukan sahaja memudaratkan kesihatan tetapi boleh juga mengancam
nyawa seseorang.
TAJUK 4
PENYEBARAN HIV DAN AIDS

Fakta mengenai HIV :


1. HIV tidak dapat hidup di luar tubuh manusia.
2. HIV tidak boleh berjangkit melalui air peluh, air kencing dan air
mata.
3. HIV tidak boleh berjangkit menerusi kulit yang sihat dan melalui
udara.
4. HIV tidak boleh hidup di luar badan manusia seperti di permukaan
kulit dan pakaian,

HIV tidak boleh dijangkiti melalui :


 Pendermaan darah yang menggunakan peralatan disteril dan
mengikut piawai dapat menghindarkan jangkitan. Di Malaysia, semua
darah yang didermakan telah disaring terlebih dahulu bagi mengesan
antibodi HIV.
 Melalui sentuhan.
 Menjaga seseorang yang positif HIV.
 Berkongsi telefon, kolam renang dan tandas awam.
 Berkongsi makanan.
 Berkongsi tempat tinggal, bekerja dan belajar bersama serta
berkongsi tempat tidur.
 Menggunakan pinggan, sudu dan gelas yang digunakan oleh pesakit
HIV kerana virus HIV tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia.
Peralatan tersebut apabila dibasuh seperti biasa akan membunuh
virus HIV.
 Bersin, batuk, air peluh dan air kencing.
 Gigitan serangga (termasuk gigitan nyamuk) atau binatang.
TAJUK 5
UJIAN ANTIBODI HIV

Ujian Antibodi HIV ialah ujian darah bagi mengesan kehadiran antibodi HIV
dalam tubuh. Antibodi ialah sejenis protein yang dihasilkan oleh tubuh badan
bagi melawan anasir-anasir asing seperti kuman dan virus yang menyerang
sistem badan. Terdapatnya antibodi HIV dalam darah menunjukkan jangkitan
HIV telah berlaku. Bagaimanapun bagi jangkitan HIV, antibodi HIV yang
dihasilkan ini hanya mampu melawan virus HIV ini di peringkat awal jangkitan.
Apabila virus HIV ini membiak dan menjadi semakin banyak, antibodi HIV ini
menjadi semakin lemah dan tidak berupaya melawannya.

Bagi sesetengah individu pula antibodi HIV hanya dapat dikesan dalam darah
setelah tiga bulan. Jika keputusan ujian setelah tiga bulan itu adalah negatif
maka anda perlu membuat satu ujian HIV lagi setelah 6 bulan daripada tarikh
kemungkinan terkena jangkitan. Ini kerana tubuh mungkin mengambil masa
selama enam bulan untuk mengeluarkan antibodi HIV secukupnya. Oleh itu
dua ujian setelah tiga bulan dan 6 bulan mampu memberikan keputusan yang
lebih meyakinkan. Ujian pertama yang menunjukkan keputusan negatif iaitu
setelah tiga bulan bermakna antibodi HIV tidak dikesan di dalam contoh darah
yang diuji.

Namun, ini belum mengesahkan bahawa individu berkenaan bebas daripada


HIV. Ini adalah kerana terdapat satu tempoh (yang dipanggil “window period”)
dimana antibodi HIV tidak dapat dikesan di dalam darah kerana badan belum
menghasilkannya, walaupun telah terdapat virus HIV yang banyak dalam
darah atau air mani. Waktu antara jangkitan dengan penghasilan antibodi HIV
dipanggil “Window Period”. Sekiranya mereka yang dikesan negatif dalam
ujian pertama, perlu menjalani ujian darah sekali lagi selepas tiga bulan (iaitu
setelah 6 bulan daripada tarikh kemungkinan terkena jangkitan) supaya
status anda dapat ditentukan dengan lebih tepat. Perlu diingatkan bahawa
dalam jangkamasa 6 bulan elakkan aktiviti-aktiviti berisiko tinggi agar ujian-
ujian darah tersebut tidak sia-sia. Keputusan yang positif bermaksud antibodi
HIV telah dikesan dalam darah. Walau bagaimanapun, ini tidak semestinya
bermakna individu tersebut akan jatuh sakit dalam masa yang singkat.
Seseorang yang positif HIV perlu mendapatkan kaunseling dan rawatan yang
sempurna untuk mengekalkan kesihatan dan memanjangkan hayatnya.
TAJUK 6
RAWATAN PENYAKIT HIV DAN AIDS
Masih tiada lagi ubat atau rawatan untuk menyembuhkan HIV dan AIDS
namun terdapat ubat dan rawatan untuk melambatkan proses penyakit ini.
1. Ubat-ubatan:
Melibatkan pemusnahan kuman virus tersebut dan merawat simptom
yang dialami oleh pesakit seperti ubat anti retrovirus yang menyerang
dan memusnahkan retrovirus, termasuklah HIV.
2. Kaunseling:
Membantu klien memulihkan dan menggerakkan klien ke arah
pertumbuhan diri yang lebih baik.
3. Makanan berkhasiat:
Pengambilan makanan berkalori tinggi bersama protein dan karbohidrat
yang cukup, boleh mempertahankan diri dari kekurangan zat makanan,
malserapan nutrien, penurunan sistem imun dan susut badan.
4. Senaman dan gaya hidup sihat

Usaha Mencegah Penularan HIV dan AIDS


Pencegahan dalam kalangan individu berisiko tinggi dan orang awam adalah
penting disebabkan tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit AIDS dan
begitu juga vaksin untuk mencegah HIV :
 Pasangan yang ingin berkahwin diwajibkan menjalani ujian saringan
HIV dan AIDS.
 Menjauhkan diri daripada mengadakan hubungan seks bebas.
 Gunakan jarum dan alat suntikan pakai buang.
 Jangkitan melalui ibu kepada anak dapat dikurangkan dengan
mengambil anti virus sewaktu mengandung dan bersalin, elakkan
pembedahan dan penyusuan.
 Pegawai kesihatan hendaklah sentiasa mematuhi peraturan supaya
dapat mengelakkan kecederaan disebabkan jarum dan alatan tajam.
 Individu berisiko tinggi hendaklah menjalani ujian HIV.
 Gunakan alat-alat yang telah disteril untuk menindik telinga dan
membuat tatu.
TAJUK 7
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MENANGANI HIV DAN AIDS

Usaha terbaik untuk menangani penyakit AIDS adalah melalui pendidikan


secara berterusan. Usaha pencegahan yang dilakukan adalah untuk
mendidik orang ramai mengenai AIDS dan HIV melalui:-
1. Mesej pencegahan melalui pendidikan di sekolah atau institusi
pendidikan.
2. Mesej pencegahan melalui pendidikan dalam keluarga.
3. Mesej pencegahan melalui pendidikan dalam kalangan masyarakat.
4. Usaha pencegahan melalui pewartaan akta iaitu:-
i. Akta Dadah Berbahaya 1952;
ii. Akta Racun 1952;
iii. Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983;
iv. Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas)
1985;
v. Akta Dadah Berbahaya (Perlucutkan Harta) 1988; dan
vi. Akta Penggubalan Wang Haram 2001.
5. Mengamalkan gaya hidup sihat adalah amalan kehidupan yang
membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat.
6. Pegangan agama/moral yang kukuh
TAJUK 8
KISAH SEORANG PESAKIT HIV DAN AIDS

Shima merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik. Selepas
menamatkan persekolahan dia telah menyambung pelajaran dalam bidang
kejururawatan di sebuah kolej kejururawatan. Walaubagaimanapun, Shima
tidak menamatkan pengajiannya kerana masalah peribadi. Selepas berhenti
belajar Shima pulang ke kampung halamannya.

Selepas beberapa bulan menganggur Shima meminta kebenaran ibu


dan bapanya untuk bekerja di bandar sebagai seorang operator. Shima
tinggal bersama rakan-rakannya di rumah sewa. Shima mula bersikap liar,
hujung minggu sering dihabiskan bersama rakan-rakannya di kelab-kelab
malam.

Kehidupan Shima mula berubah, gajinya dihabiskan untuk bersuka-


suka dan Shima mula berkenalan dengan seorang lelaki dan tinggal bersama
lelaki tersebut. Hidupnya dilimpahi kemewahan. Dia juga sering bertukar-
tukar pasangan. Shima mengetahui yang kekasihnya merupakan seorang
keldai dadah.

Pada suatu hari Shima telah ditahan polis kerana disyaki terlibat
dengan penipuan siber. Akaunnya telah digunakan oleh kekasihnya untuk
membuat penipuan siber. Selepas dibicarakan, Shima telah disabitkan
dengan kesalahan bersubahat dan dijatuhkan hukuman penjara selama 10
tahun.

Semasa dihantar ke Penjara, Shima telah menjalani ujian saringan


kesihatan. Semasa ujian tersebut Shima telah dikesan menghidapi penyakit
HIV positif. Shima tidak dapat menerima hakikat tersebut. Shima rasa
menyesal dengan perbuatannya dulu walau bagaimanapun penyesalannya
itu tidak berguna lagi kerana nasi telah menjadi bubur.
TAJUK 9
KISAH PEMUDA HIV DAN AIDS

Sekitar 13 tahun yang lalu, rutin hidupnya tidak pernah lekang daripada
berkongsi jarum suntikan. Hari ini, lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai
Haikal, 34, menanggung bahana daripada gaya hidupnya itu. Dia disahkan
menghidap penyakit HIV positif.
Namun, pesakit yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor itu tidak
menganggap disahkan sebagai pesakit HIV positif merupakan titik noktah
dalam kehidupannya. Sebaliknya dia bersyukur. Disahkan sebagai
penghidap HIV positif menyuntik keinsafan yang tidak terluah dengan kata-
kata. Bahkan, Haikal merasakan dirinya bertuah kerana itulah titik tolak
baginya mengenal erti kehidupan dan mendekatkan dirinya kepada Yang
Maha Esa.
“Sebelum ini, saya bergelumang dengan dosa sampaikan surah Al
Fatihah pun saya tidak hafal apatah lagi menunaikan solat lima waktu,”
tuturnya yang gemar dengan aktiviti menghidu gam sejak usianya 15 tahun.
Daripada aktiviti menghidu gam, Haikal mula terlibat dengan penyalahgunaan
dadah.
Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.
Haikal akhirnya ditangkap di atas kesalahan memiliki dadah dan dipenjarakan
sebanyak empat kali. Di penjara, Haikal mula mengenal agama dan
menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam. Ketika di penjaralah
dia mendapat berita yang mengejutkan.
“Amat mengejutkan apabila saya disahkan sebagai penghidap HIV
positif. Namun, saya bersyukur kerana Allah memberi peluang kedua untuk
bertaubat,” ujarnya ketika ditemui di Rumah Pengasih Bukit Tunku, Jalan
Duta, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bagi mengisi masanya, Haikal kini berkhidmat sebagai wakil
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan membantu memberi khidmat
kaunseling kepada penghidap HIV/ AIDS.
TAJUK 10
PANTUN : HIV DAN AIDS

Kayuh rakit di Sungai Ular,


Kayuhan kuat bersama-sama;
Penyakit AIDS mudah menular,
Jagalah diri jangan terkena.

Riuh rendah suara teriak,


Kakak merenung sambil bersimpuh;
Andai HIV sudah membiak,
Pertahanan badan menjadi lumpuh.

Tanam petola pokok menular,


Jaga duri terkena sakit;
Bila Aids sudah menular,
Badan mudah dijangkiti penyakit.

Jalan-jalan keliling taman,


Sambil menghirup sedapnya susu:
Hidup mesti punyai iman,
Jangan ikut hawa dan nafsu.

GLOSARI

PPDa – Pendidikan Pencegahan Dadah


HIV –
Aids –

PANEL PENULIS

Anda mungkin juga menyukai