Anda di halaman 1dari 3

Surat pekeliling Ikhtias (SPI) Bil.

4/ 1986)
● Tujuan untuk memberitahu pihak sekolah tentang perlunya penubuhan panitia mata
pelajaran, supaya dengan ini, perhubungan dua hala di antara pihak sekolah dengan
pihak-pihak yang membuat penyeliaan dapat diadakan dengan lebih berkesan lagi

Latar belakang
● Kejayaan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka terhada
p sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat dengan kebole
han dan kekesanan guru yang mengajar.
● Guru tidak ragu-ragu lagi mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sam
a ada matlamat pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak.
● Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru yang terlibat atau mengajar
sesuatu mata pelajaran yang sama menggembelingkan tenaga mereka dan menyela
raskan aktiviti-aktiviti dan/atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik.
● Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama, saling membantu dan berko
ngsi fikiran, pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi kecekapan dan kek
esanan mereka.
● Dengan demikian, guruguru yang mengajar sesuatu mata pelajaran berpeluang untu
k bekerjasama dan menyelaraskan usaha mereka dengan lebih terkelola dan bersep
adu. Dengan wujudnya badan ikhtisas seumpama ini, guru-guru yang menganggotai
nya juga berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah bukan s
ahaja dalam bidang pengajaran bahkan juga masalah yang berhubung dengan motiv
asi, sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar

Struktur dan Organisasi


● Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua gu
ru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah. (Sekolah-sekolah
kecil yang bilangan gurunya sedikit adalah difikirkan tidak perlu menubuh pelbagai p
anitia mata pelajaran)
● Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang dilanti
k sebagai ketua panitia oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah
● Semua ketua panitia mata pelajaran adalah secara otomatismenjadi ahli-ahli Jawata
nkuasa Kurikulum Sekolah. Mereka ini mewakili panitia mata pelajaran masing-masin
g di dalam jawatankuasa tersebut dan menjadi sebagai penghubung diantara ahli pa
nitia dengan Guru Besar atau Pengetua Sekolah.
● Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam perjumpaanperjum
paannya berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah kurikulum dan pengajara
n perlu dibawa oleh ketua panitia kepada Guru Besar atau Pengetua atau Penolong
kananya sama ada dapat penyelesaian atau untuk makluman.
● Di sekolah-sekolah di mana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum ditubuhkan, ket
ua panitia masih memainkan peranan penting untukberhubung dengan Guru Besar a
tau Pengetua bagi membentangkan masalah-masalah atau isu-isu yang sedang diha
dapi dan mengesyorkan segala cadangan atau permintaan ahli-ahli panitia berhubun
g dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran.

Tujuan Panitia Mata Pelajaran


● Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenalpasti untuk panitia mata pelaja
ran:
● Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran-pembelajaran;
● Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif
dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pe
mbelajaran;
● Memperbaiki prestasi pelajr- pelajar peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam) da
lam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada prestasi/target
yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah.
● Mewujudkan semangat bekerjasama di antara panitia mata pelajaran dengan persat
uan atau kelab akademik

Peranan Panitia
● Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli-ahl
i panitia
● Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam tahun persekola
han. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam sesuatu tingkatan/d
arjah dan juga di antara tingkatan/darjah di mana ada kaitan
● Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk digunakan ol
eh pelajar-pelajar berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari segi kehendak sukat
an pelajaran dan tahap kebolehan mereka
● Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan
yang sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan kegunaan guru-guru u
ntuk dibekalkan di pusat sumber sekolah
● Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan berasaskan sekolah) yang dise
diakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika perIu menubuhkan bank soalan
● Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan pelajar-pelajar dalam tiaptiap pep
eriksaan berasaskan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun)
dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahankelemahan pengajaran
dan pembelajaran;
● Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-kurangnya sekali sepengg
al dan mengadakan perjumpaan-perjumpaan secara 'ad hoc' bila dan jika perlu
● Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau tid
ak formal) untuk memikir dan membincangkan masalah-masalah atau isuisu yang be
rkaitan, seperti masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar serta m
encari penyelesaian kepada masalah-masalah atau isu-isu tersebut
● Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah mengikuti
kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain
● Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjali
nkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran da
n pembelajaran;
● Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia-
panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan
● Bekerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke arah mema
jukan pelajar-pelajar yang lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu.
● Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit mesyuarat
dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia;
● Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat me
nyurat dan rekod-rekod yang berkaitan.
Rumusan
Secara rumusnya, Pengurusan Panitia Mata Pelajaran di sekolah adalah bertujuan untuk
menggembeleng tenaga mengajar dalam menyelaras aktiviti dan tugas mengajar melalui
strategi PdPc yang berkesan. Sekiranya seseorang ketua panitia berupaya menguruskan
panitia mata pelajarannya dengan baik, maka objektif panitia mata pelajaran yang
ditetapkan berupaya dicapai dengan lebih berkesan. Panitia perlulah mengambil tahu dan
menitikberatkan perkara-perkara penting berkaitan mesyuarat panitia agar dapat menepati
aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dalam mesyuarat panitia.

Rujukan Tambahan :
http://www.ppdsetiu.net/fail/2013/akademik/PENGURUSAN_PANITIA.pdf

Anda mungkin juga menyukai