Anda di halaman 1dari 2

Tugas dan Tanggungjawab Panitia Guru Pendidikan Moral

Pengurusan
● Mempengerusikan mesyuarat panitia
● Mengetahui perbincangan dalam penyelesaian masalah pengajaran dan
pembelajaran
● Membuat pemantauan pengajaran dan pemelajaran dari semasa ke semasa atau
apabila diperlukan
● Menjadi AJK Induk Kurikulum Sekolah
● Menguruskan fail-fail panitia
● Memastikan panitia mempunyai sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran
atau dokumen standard kurikulum
● Mencadangkan agihan guru mata pelajaran kepada JK jadual waktu Menyediakan
takwim panitia dan melaksanakan perancangannya

Mesyuarat Panitia
● Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat panitia

Pentaksiran dan peperiksaan


● Menyemak dan menyelaras penyediaan soalan dan skema pemarkahan
● Menyediakan laporan analisis keputusann peperiksaan sekolah dan peperiksaan
awam
● Membuat sasaran peratusan kelulusan
● Menyemak dan menyelaras draf soalan ujian dan peperiksaan serta skema
pemarkahan untuk memastikan instrumen pentaksiran adalah berkualiti sebelum
penyediaan kertas soalan dijalankan

Kurikulum, pengajaran dan pembelajaran


● Memahami kandungan Sukatan/ Huraian Sukatan/ Standard Kurikulum Pendidikan
Moral (HSP) setiap tahun
● Memastikan perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran selaras
dengan Hsp dan Standard Kurikulum
● Merancang dan menyelaras program peningkatan prestasi pelajar
● Membimbing guru-guru untuk meningkatkan kemahiran mengajar

Alat bantu mengajar


● Mengelola bengkel atau projek untuk menghasilkan bahan bantu mengajar dan
belajar
● Menyenaraikan alat bantu mengajar dan menyediakan dokumen
● Membuat pesanan untuk pembelian

Latihan kemajuan staf


● Merancang dan mengendalikan program kemajuan staf untuk peningkatan ilmu dan
kemahiran guru

Aktiviti Persatuan Akademik


● Bekerjasama dengan persatuan akademik untuk mengendalikan aktiviti persatuan
Kewangan
● Mengkaji keperluan dan menyediakan anggaran perbelajaan tahunan
● Mengurus perolehan mengikut peraturan dan prosedur kewangan
● Megurus stok

Bilik Khas
● Menyediakan jadual penggunaan
● Menyediakan peraturan keselamatan pelajar dan penggunaan peralatan
● Memastikan bilik dalam keadaan kondusif bagi pengaaran dan pembelajaran

Tugas-tugas lain
● Menjadi ahli JK peringkat zon dan daerah
● Membantu guru besar/ pengetua melaksanakan tugas kurikulum
● Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan
● Melaksanakan program yang bersesuaian untuk meningkatkan penghayatan nilai
dalam kalangan pelajar

Anda mungkin juga menyukai