Anda di halaman 1dari 2

Temu bual dengan Penolong Kanan Pentadbiran

Tempat : Pejabat Guru Penolong Kanan


Bersama : Pn. Tan Siew Wuan
Tarikh : 19 Ogos 2013
Masa : 8.20a.m.-9.00a.m.
Perkara/tajuk : Perbincangan dengan Guru Penolong Kanan

Soalan 1: Berapakah tempoh berkhidmat dalam bidang pendidikan ?


Jawapan: Saya telah berkhidmat sebagai seorang guru selama 24 tahun sejak
tahun 1989. Pada tahun 2000 baru menaik pangkat sebagai GPK.

Soalan 2: Adakah disiplin murid-murid bertambah buruk?kenapa?


Jawapan: Tidak. Ini adalah kerana pimpinan dan kerjasama guru-guru di sekolah
dan program sekolah penyayang dijalankan.

Soalan 3: Bagaimanakah pencapaian kurikulum sekolah?


Jawapan: Pencapaian murid adalah dalam keadaan yang baik. Pencapaian
UPSR pada tahun 2012 cuma mencapai 37.74%, manakala kelulusan
sebanyak 64% telah dicapai pada tahun 2013

Soalan 4: Apakah harapan untuk masa hadapan?


Jawapan: Kemudahan asas dapat bertambah dan meningkat taraf, murid-murid
semua dapat lebih bersopan santun dan mempunyai kemampuan
untuk berfikir secara kritikal.

Soalan 5: Apakah cara pihak sekolah untuk meningkatkan prestasi murid?


Jawapan: Pihak sekolah telah mengadakan ceramah kepada para murid pada
semasa ke semasa untuk memberi motivasi serta ilmu pengetahuan
kepada mereka.
Pengesahan oleh guru yang ditemui:

Tandatangan :

Nama : Pn. Tan Siew Wuan

Jawatan : Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Anda mungkin juga menyukai