Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA PROGRAM PENGHARGAAN PENCAPAIAN

KOKURIKULUM DAN KOAKADEMIK SK SUNGAI SELUANG 2011

PENDAHULUAN

Penglibatan murid-murid dalam kokurikulum dan koakademik adalah penting.


Oleh itu keupayaan mencapai kejayaan dalam setiap pertandingan adalah mustahak
supaya murid-murid bersemangat dan berminat untuk bergerak aktif dalam setiap aktiviti
kokurikulum dan koakademik yang dianjurkan oleh sekolah. Dalam konteks ini, motivasi
kepada murid-murid memainkan peranan yang utama. Dalam hal ini, pemberian insentif
berbentuk ganjaran wang kepada murid-murid merupakan satu pendekatan yang boleh
digunakan untuk meningkatkan prestasi murid.

SEJARAH

Pencapaian murid-murid Sekolah Kebangsaan Sungai Seluang dalam


kokurikulum dan koakademik pada tahun 2009 adalah membanggakan, misalnya seperti
di bawah ini.

BIL PERTANDINGAN PENCAPAIAN TAHUN 2009

PKG DAERAH NEGERI

1 Bola Sepak B 11 Johan


2 Bola Sepak B 10 Johan
3 Bala Tampar L Naib Johan
4 Olahraga P LP – Emas LP - Gangsa
100 & 200 M -
Gangsa
5 Olahraga L Gangsa – 100
m, LJ, LT & 4
x 100m
6 Bola baling L Keempat
7 Prasekolah – Tarian & Johan Naib Johan
Nyanyian
8 Resensi Buku Johan Johan
9 Kuiz Kerjaya Johan
10 Nasyid Keempat
11 Tadarus Ketiga-
Hafazan &
Tilawah
12 Tarian Asli Keempat

MATLAMAT

Program Penghargaan Insentif Pencapaian Kokurikulum dan Koakademik adalah


bermatlamat meningkatkan prestasi kokurikulum dan koakademik Sekolah Kebangsaan
Sungai Seluang dalam setiap pertandingan peringkat PKG, Daerah, Negeri dan Negara.
Dengan adanya pemberian insentif sedemikian, maka akan wujudnya daya kompetetif di
dalam diri mereka untuk berjaya.

OBJEKTIF

1. Memberikan motivasi kepada murid agar dapat berlatih bersungguh-sungguh


demi masa depan
2. Mewujudkan murid yang menghargai sumbangan atau bantuan orang lain
3. Menjadikan murid lebih berkeyakinan diri yang tinggi
4. Memastikan murid menghargai masa
5. Mewujudkan daya kompetetif di dalam diri murid

CADANGAN PERLAKSANAAN

Pertandingan kokurikulum dan koakademik yang dijalankan sepanjang tahun


2011, sama ada peringkat PKG, Daerah, Negeri dan Negara.

CARA PEMBERIAN INSENTIF KEPADA MURID

Setiap murid yang mendapat kejayaan dalam aktiviti kokurikulum dan


koakademik pada peringkat PKG, Daerah dan Negeri atau pun Negara akan diberi
insentif berbentuk hamper seperti berikut.
Bil Peringkat Sumbangan Hamper ( Nilai )

Kedudukan Individu Kumpulan Guru

K S B

1 PKG Pertama 20.00 30.00 50.00 70.00 20.00


Kedua 15.00 20.00 40.00 60.00 & Sijil
Ketiga 10.00 15.00 30.00 50.00

2 Daerah Pertama 30.00 50 70.00 90.00 30.00


Kedua 20.00 40 50.00 70.00 & Sijil
Ketiga 15.00 30 40.00 50.00

3 Negeri Pertama 50.00 80.00 100.00 120.00 40.00


Kedua 40.00 60.00 75.00 90.00 & Sijil
Ketiga 30.00 40.00 55.00 70.00

4 Negara Pertama 70.00 100.00 120.00 140.00 50.00


Kedua 50.00 80.00 90.00 110.00 & Sijil
Ketiga 40.00 60.00 70.00 90.00

Catatan :

1. Kumpulan Kecil - pemainnya antara 4 – 5 orang


2. Kumpulan Sederhana – pemainnya antara 12 – 14 orang
3. Kumpulan Besar – pemainya 14 orang ke atas

PENUTUP

Saya berkeyakinan penuh program ini mampu memberikan satu suntikan semangat
kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Sungai Seluang untuk mendapatkan kejayaan
yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum dan koakademik yang disertainya pada
peringkat PKG, Daerah, Negeri dan Negara.

Disediakan oleh,

……………………………
( M ROSLAN BIN EMBI)
Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Sungai Seluang.
09600 Lunas,
Kedah Darul Aman.

Anda mungkin juga menyukai