Anda di halaman 1dari 6

( KID2223 )

FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA

SEMESTER 2 20/21

KELAS 4

NAMA PENSYARAH :

DR. HJH. MASKIAH BINTI HJ MASROM

DITULIS OLEH :

MUHAMMAD AIMAN FIRDAUS BIN ZAIDI (KELAS 4)

NO.MATRIK :

KID200604035

NO.TEL :

018-7805695
Pada masa kini profesion perguruan merupakan profesion mulia dan mempunyai
kehebatannya yang tersendiri bagi melahirkan masyarakat yang agung. Sejarah juga
telah membuktikan betapa golongan pendidik memainkan peranan yang penting
dalam menentukan jatuh bangunnya sesuatu bangsa dan negara. Tugas guru
bukanlah sekadar mengajar subjek mata pelajaran sahaja di dalam kelas, namun
pada hakikatnya tugas guru merangkumi semua aspek perkembangan murid iaitu
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.Pekerjaan guru merupakan sebuah
pekerjaan yang profesional. Menurut Lieberman, 1956 sesuatu profesion yang
sebenar adalah suatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan
kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh
masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu
perkhidmatan, mempunyai tatasusial perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai
organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan
pendidikan.Namun pada masa kini telah wujudnya segelintir golongan guru yang
memburukan nama profesion guru dengan melakukan perkara negatif kepada
pelajar seperti mendera, memukul dan merogol pelajar sehingga dipandang sinis
oleh masyarakat.Terdapat beberapa kes yang telah saya kaji bagi mewujudkan
kesedaran baharu bagi diri saya sendiri yang bakal menjadi guru juga masyarakat
lain.

Kes yang pertama menurut akhbar Berita Harian pada satu artikel yang bertarikh
21 Januari 2020 polis telah menahan seorang guru berstatus duda yang dipercayai
merogol pelajar berusia 17 tahun di sebuah chalet di Masjid Tanah, tahun lalu.guru
yang terbabit sebenarnya juga telah melanggarkan peraturan dalam kod Etika
Profesion Perguruan dengan melakukan tingkah laku merogol murid perempuan
yang mana ini telah menyebabkan pihak ibu bapa dan khalayak ramai hilang
kepercayaan terhadap profesion perguruan.Kesedaran baharu yang saya perolehi
dari salah laku ini telah bertentangan dengan pandangan ahli falsafah Islam al-
Farabi iaitu bersifat qanaah (merasa cukup dengan apa yang dimiliki) dan tidak
ghairah kepada makanan, minuman dan perempuan serta pengajaran hendaklah
dilaksanakan dengan keadaan yang tenteram dan menggembirakan.Sebaliknya
yang berlaku ialah guru tersebut bertindak dengan tidak bermoral dan mengikut
nafsu menyebabkan pelajar yang juga mangsa mendapat tekanan yang tinggi serta
mengalami gangguan dan berasa malu ketika dalam sesi pembelajaran disebabkan
sikap guru yang tidak berhati perut yang memberikan kesan negatif kepada pelajar.

Kes kedua yang berlaku di Alor Setar dalam akhbar Berita Harian bertarikh 10
Februari 2020 yang mana polis memanggil seorang guru lelaki berusia 30-an, untuk
diambil keterangan mendera pelajar berhubung perbuatannya menampar,
menendang dan mencekik seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun di sebuah sekolah
berasrama di bandar raya ini yang hanya disebabkan masalah dalaman yang
membuatkan guru terbabit marah dan bertindak mengikut emosi.Kes ini
memperlihatkan kegagalan seorang guru mengawal emosi hingga bertindak di luar
kawalan sehingga mencederakan pelajar.Kesedaran baharu yang saya perolehi dari
kes ini ialah jelas bertentangan dengan pandangan ahli falsafah Islam iaitu Ibnu
Khaldun yang menyatakan bahawa beliau amat tidak setuju dengan penggunaan
kekerasan dalam mendidik pelajar dan setiap orang mendapatkan ilmu pengetahuan
melalui organ tubuh yang diberikan oleh tuhan.Jadi perbuatan guru dalam kes
tersebut memberi impak buruk yang amat besar kepada mangsa tersebut kerana
menyebabkan kecederaan pada pelajar serta boleh menyebabkan stres yang
melampau kepada pelajar tersebut.Oleh itu, sebagai seorang guru saya perlu
memupuk sifat kasih sayang kepada setiap pelajar supaya dapat mewujudkan
suasana yang harmoni ketika dalam sesi pembelajaran.

Kes ketiga dalam suatu artikel bernama Suara Sarawak yang berlaku di Kuching,
Sarawak yang mana seorang guru Matematik sekolah rendah kebangsaan di sini
mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan penderaan seksual terhadap dua
murid lelaki dan seorang murid perempuan dibebaskan dengan jaminan sehingga
kes disebut semula pada 1 September depan pada 14 jan 2020. Untuk kesalahan
pertama, tertuduh didakwa menarik alat sulit murid lelaki Tahun 6 sekitar jam 9 pagi
hingga 10 pagi di dalam kelas di sekolah terbabit pada 14 Januari lalu.Bagi
kesalahan kedua, tertuduh mendera secara fizikal seorang lagi muridnya, juga
Tahun 6 dengan mencium mulut dan menarik kemaluan kanak-kanak itu pada jam
dan tarikh yang sama.Hal ini berkemungkinan besar disebabkan oleh gurunya yang
tidak tahan nafsu.Kesedaran baharu yang saya rasai ialah perkara ini bertentangan
dengan pandangan falsafah timur iaitu Confucious (Kung Fu Tze) berkaitan
kesempurnaan tingkah laku manusia yang hanya boleh dicapai melalui melalui sikap
bertimbang rasa, menhormati yang tua dan sayangi yang muda serta kehidupan
pelajar akan menjadi lebih baik dengan hasil pengaruh guru mereka sendiri.Oleh hal
yang demikian ini amatlah bertentangan dengan guru dalam kes ini yang bertindak
semberono menghukum pelajar tersebut tanpa memikirkan kesannya sehingga
mencalarkan maruah pelajar tersebut yang juga boleh mendatangkan depresi
kepada sesetengah pelajar yang menjadi mangsa.Oleh itu saya sebagai seorang
guru perlu bertindak sewajarnya iaitu dengan memerhatikan tindak-tanduk saya dan
juga memikirkan kesan sebelum menghukum pelajar.

Kes keempat menurut akhbar Berita Harian pada hari Khamis 10 Disember
2020, seorang pengetua sekolah menengah agama di Machang, ditahan polis
kerana dipercayai merogol pelajarnya sejak tiga tahun lalu.Kejadian itu terbongkar
sejak beberapa hari lalu sebelum pengetua berusia 45 tahun itu ditahan di
kediamannya jam 6.30 pagi tadi di Machang.Berdasarkan penyiasatan kes ini
berlaku mungkin disebabkan pengetua dan pelajar perempuan tingkatan tiga
berkenaan dipercayai bercinta dan sentiasa berhubung tanpa pengetahuan
keluarga.Modus operandi yang dilakukan suspek adalah dengan mengajak mangsa
ke sekolah dipercayai beberapa kali seminggu ketika ketiadaan murid lain serta
guru. Kejadian rogol itu dilakukan di sekolah.Kesedaran baharu yang dapat
diperolehi ialah salah laku ini sudah terang lagi bersuluh bertentangan dengan
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana perkara ini boleh memberi kesan
negatif dari aspek emosi dan rohani pelajar.Para guru sepatutnya mewujudkan
suasana yang harmoni dan selesa di dalam bilik darjah ketika menuntut ilmu
sebaliknya disebabkan guru yang tidak bertauliah inilah yang memberi impak buruk
yang besar kepada pelajar-pelajar disebabkan perbuatan kejinya terhadap pelajar
seterusnya menganggu emosi pelajar serta menunjuk contoh dan tingkahlaku yang
buruk dihadapan pelajar-pelajar lain.

Kes yang kelima berdasarkan artikel Malaysiakini pada 8 Februari pula ialah
seorang guru lelaki yang memukul murid perempuan darjah satu sehingga berbirat
dan lebam pada lengan kiri mangsa hanya kerana murid itu salah menulis huruf "Y
dan W" hari ini didenda RM900 oleh Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur.Majistret
Namirah Hanum Mohamed menjatuhi hukuman itu terhadap Hii Sii Teck, 36, selepas
dia mengaku bersalah atas tuduhan sengaja mencederakan murid berumur tujuh
tahun dengan memukul tangannya di dalam kelas, di sebuah sekolah di Jalan
Gombak, Setapak pada 8 pagi, 8 Feb lalu.Kesedaran terakhir yang boleh saya insafi
ialah salah laku telah melanggar pendapat ahli falsafah Islam iaitu Ibn Rusyd yang
meemberi penekanan tentang kepentingan menjaga kesihatan serta beliau juga
menyatakan bahawa pendidikan terutama pendidikan Islam ialah proses mendidik
dan melatih minda, tubuh, roh, dan emosi manusia dan membimbing pendidik untuk
membentuk pelajar berdasarkan ajaran Islam.Justeru itu sebagai seorang guru
amtlah tidak wajar untuk menghukum sehingga menjejaskan fizikal dan jasmani
pelajar sebaliknya menunjukkan sikap positif kepada pelajar dan menjadi contoh
tauladan yang baik kepada generasi yang akan datang.

Natijahnya, isu penderaan murid yang dilakukan oleh guru bukanlah suatu
masalah yang tiada jalan penyelesaiannya. Kerjasama daripada pihak sekolah,
murid dan ibu bapa adalah amat penting terutamanya apabila melibatkan kes-kes
terpencil yang tidak pernah dilaporkan. Sememangnya kesalahan mendera ini
adalah amat berat. Apatah lagi apabila ianya menjadi sebuah sejarah hitam yang
tidak mungkin dilupakan oleh pelajar yang terdiri daripada peringkat perkembangan
dan belum matang.Walaupun isu penderaan ini sedikit sebanyak telah pun
menjejaskan reputasi seorang guru, namun masyarakat seharusnya bijak menilai
bahawa tidak semua guru mempunyai sikap yang sama. Masih ramai lagi guru yang
bertungkus-lumus mendidik anak-anak bangsa kita dengan pengorbanan yang jujur
dan ikhlas. Masyarakat tidak seharusnya menghakimi mereka dengan gelaran-
gelaran tertentu yang tidak enak didengar.Profesion keguruan merupakan profesion
yang mulia dan terpuji. Bangunnya bangsa kerana adanya pendidikan. Bangunnya
pendidikan dengan adanya bantuan guru-guru yang berkaliber. Tanpa adanya guru-
guru yang baik dan sanggup berkorban, negara kita akan hancur dan musnah.
RUJUKAN

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/01/648706/guru- duda-didakwa-rogol-
pelajar (muat turun pada 13 Disember 2020)

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/02/654463/polis-siasat-guru-belasah-
pelajar (muat turun pada 13 Disember 2020)

https://suarasarawak.my/2020/08/04/guru-matematik-tarik-alat-sulit-murid/

(muat turun pada 13 Disember 2020)

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/12/763595/pengetua-ditahan-
dipercayai-rogol-pelajar (muat turun pada 13 Disember 2020)

https://www.malaysiakini.com/news/431898 (muat turun pada 13 Disember 2020)

Noriati A. Rashid et. Al. (2012), Falsafah & Pendidikan di Malaysia, Shah Alam:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai