Anda di halaman 1dari 8

SKOR A BIDIKAN SET 1

LATIHAN PKPB 03
22.10.2020
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah langkah
mendayakan sektor automatif tempatan dan kepentingan kepentingannya. Panjangnya
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Banyak dalam kalangan masyarakat negara ini, khususnya pihak yang terlibat dalam industri
automotif, ternanti-nanti khabar yang lebih baik yang dapat menyokong pembangunan mampan
bagi sektor ini apabila negara mengalami perubahan tampuk pemerintahan. Semua menaruh
harapan yang tinggi supaya sektor automotif negara berupaya mendepani cabaran pasaran global
dan domestik, sekali gus memberikan manfaat kepada pelbagai pihak. Situasi sektor automotif yang
agak suram beberapa tahun belakangan ini berikutan iklim ekonomi yang tidak memberangsangkan,
sentimen pengguna yang lemah dan kedudukan nilai Ringgit yang menyusut, perlu dibangkitkan
untuk berhadapan dengan pasaran terbuka yang lebih mencabar.

Menyedari persekitaran global ini, Dasar Automotif Nasional (DAN) yang telah dirangka
perlu dikaji semula dengan tujuan untuk menangani pelbagai masalah dan cabaran tersebut serta
mentransformasikan sektor automotif tempatan. Selain itu, kerajaan bercadang untuk
memperkenalkan dasar yang mengekang kemasukan kereta import kembali demi memperkasakan
Proton dan pemain industri automobil keluaran domestik. Mungkin ada dalam kalangan kita yang
tidak bersetuju dengan cadangan ini kerana beranggapan tindakan ini bakal mengundang
peningkatan harga kereta di Malaysia. Dalam hal ini, kerajaan hendaklah mengembangkan sektor
perindustrian berat berteknologi tinggi memandangkan negara kita pada hakikatnya sudah jauh
ketinggalan dari segi teknologi terkini.

Di samping itu, kerajaan sewajarnya menurunkan harga kenderaan nasional agar


menjadi pilihan pembeli. Pada suatu ketika dahulu, Malaysia sudah pun melalui revolusi
perindustrian yang bermula pada dekad 1980-an hingga awal 2000. Selepas itu, negara
mengalami perubahan dengan lebih memberikan perhatian kepada sektor pertanian dan sektor
perkhidmatan. Perkembangan ini sekali gus menyebabkan perhatian kepada sektor automobile
nasional semakin berkurangan dan akibatnya, berlaku penguncupan terhadap industri berat
tempatan. Oleh itu, kerajaan harus lebih giat menarik pelabur asing untuk bertapak di Malaysia
untuk menghasilkan jentera, mesin, automobil dan barangan elektronik yang selari dengan
teknologi tinggi. Pada masa yang sama, negara harus memberikan peluang dan dorongan kepada
anak tempatan untuk berkecimpung dalam bidang industri berat berteknologi tinggi.

Sehubungan dengan itu, hasrat kerajaan untuk melancarkan projek kereta nasional
ketiga menjelang tahun 2020 pula perlu disambut dengan baik dan tidak seharusnya dipandang
serong serta membimbangkan pemain industri termasuk Proton Holdings Berhad (Proton). Dalam
SKOR A BIDIKAN SET 1
LATIHAN PKPB 03
22.10.2020
hal ini, pemain industri memang seharusnya komited untuk meneroka pasaran baharu tanpa perlu
bergantung pada keperluan pada peringkat domestik. Oleh hal yang demikian, pasaran eksport perlu
menjadi sebahagian daripada perancangan syarikat automotif. Malaysia seharusnya menjadi
peneraju bagi sektor automotif pada peringkat rantau Asia Tenggara dan kerajaan pasti akan terus
bekerjasama erat dengan semua pihak berkepentingan bagi menggalakkan perkembangan industri
automotif tempatan.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Mendayakan Sektor Automatif’
oleh Shahrin Ramli
Dewan Ekonomi, September 2018

Soalan 2: Pemahaman
[35 markah]

Soalan 2(a) – Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata menaruh harapan. [2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa faktor yang menyebabkan sektor automotif yang agak
suram beberapa tahun belakangan ini.
Nyatakan faktor-faktor tersebut. [3 markah]

(iii) Teknologi negara kita dikatakan masih jauh ketinggalan dengan negara-negara maju.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan bagi memajukan
teknologi bidang automotif agar setanding negara maju? [4 markah]

Soalan 2(b) – Petikan Prosa Moden


Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Saya hayati cerita bonda tentang sejarah yang hampir memusnahkan negara ini. Kota besar
itulah yang menjadi gelanggang pertumpahan darah dan korban kematian yang bukan sedikit.
SKOR A BIDIKAN SET 1
LATIHAN PKPB 03
22.10.2020
Semuanya berlaku angkara kejahilan terhadap salasilah tanah air yang terpecah kepada pagar-pagar
perkauman yang tebal.

Justeru, saya bertekad memenuhkan dahulu dada saya dengan segala ilmu
pengetahuan dan pengalaman di tanah desa halaman ini sebelum saya bersedia
mencampakkan diri saya di tengah gelora kota.

Saya ingin memahirkan lidah dengan bahasa ibunda kerana inilah saja khazanah
warisan tinggalan bangsa yang mendiami bumi ini sejak sekian lama. Ilmu-ilmu berkaitan
kewajipan perlu memenuhi dada saya sebagai benteng ampuh daripada segala anasir dan gejala
hitam yang boleh meruntuhkan keperibadian sebelum bersedia untuk mengatur gerak langkah
membina dunia baharu di ibu kota agung itu.

Lantas, berkali-kali pesan bonda kepada saya supaya memelihara agama dan bahasa ibunda
jika ingin terus dihormati dan disegani sebagai bangsa agung dan bermaruah. “Bumi ini milik kita.
Nenek moyang kitalah berjuang dengan akal kebijaksanaan serta semangat keperwiraan untuk
membebaskan tanah air ini daripada belenggu penjajah”.

Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’


oleh Husna Nazri
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i) Berdasarkan petikan di atas, terdapat angkara yang menyebabkan berlakunya


pertumpahan darah dan korban kematian di kota besar.
Kemukakan angkara tersebut. [2 markah]

(ii) Seseorang perantau hendaklah melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu di dada. Pada pendapat
anda, apakah persiapan-persiapan yang perlu dilakukan oleh remaja yang ingin hidup di
perantauan?
[3 markah]

(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran yang
lain daripada keseluruhan cerpen tersebut.
[4 markah]

Soalan 2 (c) : Prosa Tradisional


Baca petikan prosa tradional di bawah dengan teleti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka sembah Kertala Sari, “Endah apatah pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan
Laksamana itu? Pada hati manira, jika negerinya pun dapat manira alahkan dengan seorang kula
SKOR A BIDIKAN SET 1
LATIHAN PKPB 03
22.10.2020
juga, syahadan segala anak bininya orang Melaka itu pun dapat manira ambil. Adapun jika belum
manira bunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu belum mati, tiada mahu manira jadi penggawa.”

Setelah Patih Gajah Mada mendengar demikian itu maka ia pun terlalu sukacita, seraya
diperjamunya makan minum dan bersuka-sukaan dan diberinya persalin.

Setelah sudah maka Kertala Sari pun dibawanya masuk menghadap Seri Bentara. Maka
sembah Patih Gajah Mada, “Adapun penjurit tujuh orang yang dititahkan oleh paduka Betara pergi
ke Melaka itu khabarnya sudah mati dibunuh oleh Laksamana ketujuhnya.

Sebermula negeri Melaka pun sedikit alah olehnya. Akan sekarang baharulah patik
beroleh penjurit terlalu kepetangan; inilah penjuritnya. Kertala Sari namanya, anak Petala
Bumi yang dipesan oleh bapanya kepada patik.

Setelah Seri Bentara mendengar sembah Patih Gajah Mada demikian itu, maka titah Seri
Betara, “Hai Kertala Sari dapatlah engkau kutitihkan membunuh Ratu Melaka dan hulubalang yang
bernama Laksamana itu?”

Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’


dalam Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Apakah reaksi Patih Gajah Mada apabila mendengar penjelasan Kertala Sari?
[2 markah]

(ii) Kertala Sari telah dibawa menghadap Seri Bentara.


Nyatakan perkara-perkara yang diberitahu kepada Kertala Sari sebelum beliau
diperintahkan pergi ke Melaka. [3 markah]

(iii) Kertala Sari telah diperintahkan oleh Seri Bentara untuk membunuh Laksamana.
Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu perlu mematuhi arahan seseorang pemimpin?
[3 markah]

Soalan 2(d) - Gurindam


Baca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikunya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Gurindam Dua Belas


(Fasal yang Ketiga)

Apabila terpelihara mata,


Sedikitlah cita-cita.
SKOR A BIDIKAN SET 1
LATIHAN PKPB 03
22.10.2020

Apabila terpelihara kuping,


Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,


Nescaya dapat daripada faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,


Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,


Keluarlah fiil yang tiada senonoh.

Anggota tengah hendaklah ingat,


Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,


Daripada berjalan yang membawa rugi.

Mohd Yusof Md Nor dan Abd Rahman Kaeh (Penyelenggara)


dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berikan maksud rangkap ketujuh gurindam di atas. [2 markah]

(ii) Dalam gurindam tersebut dijelaskan bahawa memelihara tutur kata mendatangkan
banyak kebaikan.Pada pendapat anda, apakah kebaikan-kebaikan memelihara tutur kata?
[3 markah]

(iii) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam gurindam tersebut. [ 4 markah ]

Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[30 markah]

Jawab semua soalan.


SKOR A BIDIKAN SET 1
LATIHAN PKPB 03
22.10.2020
(a) Tulis satu ayat bagi setiap penjodoh bilangan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) buah
(ii) gugus
(iii) helai
(iv) kaki
(v) sisir
(vi) tangkai
[6 markah]

(b) Nyatakan pola ayat bagi ayat-ayat di bawah sama ada Frasa Nama + Frasa nama (FN+FN),
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA) atau Frasa
Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS).

(i) Kain sutera itu untuk ibu saya sempena hari lahirnya.

(ii) Puan Hajah Norliza penolong kanan di sekolah kami semenjak dua tahun lalu.

(iii) Kerajaan menyediakan kemudahan yang lengkap untuk kesejahteraan rakyat.

(iv) Blok kediaman yang baharu kolej tersebut masih dalam pembinaan.

(v) Pelakon terkenal itu sangat cantik dan menawan ketika hari persandingannya.

(vi) Bendahari Kelab Koperasi sekolah saya telah menyediakan laporan kewangan untuk diaudit
pada hujung bulan ini.

[6 markah]

(c) Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan
lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak
perlu menyalin petikan itu semula.

Pada masa ini, kebanyakkan pelajar menumpukan perhatian kepada bidang pendidikan indastri
kerana peluang pekerjaan yang banyak dalam bidang tersebut. Keadaan ini mensebabkan bidang
pendidikan yang lain terutamanya sains sosial kurang mendapat perhatian. Jika keadaan ini terusan,
dalam jangkamasa 10 tahun akan datang bidang pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan
terutamanya akan pupos.
SKOR A BIDIKAN SET 1
LATIHAN PKPB 03
22.10.2020
[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Buku yang baru diterbitkan itu mengandungi koleksi cerpen-cerpen yang
berkuantiti dan diminati oleh orang ramai.

(ii) Murid-murid perlu menghantar kerja khusus Geografi pada masa yang telah guru
mereka tetapkan.

(iii) Rumah rehat yang tersangat cantik itu ialah tempat orang kaya bersemayam.

[6 markah]

(e) Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

Kertuk ialah sejenis alat muzik tradidional yang popular di negeri Kelantan yang biasa
dimainkan pada waktu selepas menuai padi untuk tujuan hiburan secara turuntemurun. Hal ini
sesuai dengan peribahasa, (i)_________________________.

Selain itu, permainan kertuk juga dapat mewujudkan kerjasama yang erat dalam kalangan
masyarakat kerana apabila ada pertandingan antara kampung, masyarakat akan bekerjasama
memberikan sokongan kepada pasukannya. Keadaan ini dapat digambarkan seperti
(ii)_________________________.

Pada masa ini, permainan kertuk tidak lagi popular kerana generasi tua yang tahu
memainkan alat berkenaan semakin tiada manakala generasi muda pula kurang berminat dengan
permainan ini. Usaha yang sewajarnya perlu diambil untuk mendidik anak-anak seawal mungkin
mengenali permainan warisan ini oleh generasi tua kerana
(iii)_________________________________.
[6 markah]
SOALAN 4 : NOVEL
[15 MARKAH]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut :

(i) Jendela Menghadap Jalan karya Rohaini Matdarin


(ii) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
(iii) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(iv) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
SKOR A BIDIKAN SET 1
LATIHAN PKPB 03
22.10.2020
(v) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(vi) Tirani karya Beb Sabariah
(vii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(viii) Silir Daksina karya Md Nizar Parman

(a) Banyak sumbangan yang diberikan oleh penulis novel kepada masyarakat sejagat.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua sumbangan yang terdapat dalam
novel tersebut.
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, nyatakan satu peristiwa bagi setiap
novel yang dapat menyentuh perasaan pembaca dalam bahagian peleraian cerita.
Huraikan sebab anda berpendapat sedemikian
[8 markah]

Anda mungkin juga menyukai