Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PENATARAN

KSSR (SEMAKAN 2017) BAHASA TAMIL TAHUN EMPAT 2020


SK CONVENT 2 BUKIT NANAS

Tarikh : 12 November 2019


Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik Media
Penyampai : Cik. Gayathry Amirtharaj
(Guru Bahasa Tamil)
Kehadiran : Pn. Harison Bt Abd Talib
Cik. Hoormilashini

Pengisian :
1. Objektif DSKP Bahasa Tamil KSSR Semakan :
 Program ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua guru
tentang isi kandungan DSKP tahun 4 bagi mata pelajaran Bahasa Tamil (KSSR).
 Pelaksanaan KPS
 Konsep KBAT
 Rancangan Pengajaran Harian
 Pelaporan dan Perekodan KSSR

2. Perbincangan dan penerangan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi mendapatkan


maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid

 Pedagogi : pembelajaran berasaskan inkuiri dan projek manakala aktiviti PAK


21 guru sebagai pemudahcara
 Penulisan kod standard mestilah diikuti dengan objektif dan aktiviti
pembelajaran yang bersesuaian

3. Penerangan tentang perubahan tajuk yang terdapat di dalam KSSR Semakan 2017

Kekuatan :
1. Kesediaan guru berbincang dan saling bertukar fikiran tentang pendekatan yang boleh
dilakukan mengikut kesesuaian tahap kemampuan murid belajar
2. Guru bersedia mengikuti perkembangan melalui mengikut kaedah instrument yang
bersesuaian seperti lembaran kerja, rekod berterusan dan sebagainya
3. Untuk menambah kefahaman guru tentang kssr sejarah dan memberi pendedahan
tentang isi kandungan dskp sejarah dengan lebih jelas lagi.

Kelemahan :
1. Perbincangan kekangan masa dan kurang penumpuan murid antara faktor merumitkan
penilaian guru terhadap murid di dalam kelas.
2. Bahan mencukupi tetapi tempoh masa kursus adalah amat terhad kerana kekangan
tugas yang perlu dilaksanakan oleh guru-guru.

Cadangan :
1. Murid yang bermasalah tingkah laku akan sentiasa dicatat kelakuan mereka bagi
rujukan pihak pentadbiran sekolah.
2. Memberi peruntukan yang lebih sedikit untuk sesi in-house supaya kefahaman guru
akan lebih tercapai.

Penutup :
Kursus dalaman ini diberikan bertujuan untuk memberi peluang kepada guru-guru dalam
memberi kefahaman mengenai proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil tahun 4.
Selain itu, guru-guru juga dapat memperluaskan lagi tahap kemahiran dan mempelbagaikan
kaedah dan teknik untuk mengajar Bahasa Tamil. Diharapkan kursus ini akan meningkatkan
lagi pengetahuan dan tahap profesionalisme guru-guru di masa akan datang dalam usaha
mewujudkan guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Disediakan oleh,

……………………………….
(Cik Gayathry Amirtharaj)
Setiausaha Panitia Bahasa Tamil
SK Convent 2 Bukit nanas
Tarikh : 12 November 2019
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai