Anda di halaman 1dari 3

Halamana 40 - Penilaian

A. Nyatakan kata kerja berdasarkan gambar. Kemudian bina ayat.

a. Membuang - sisa makanan 食物渣滓 tong sampah


b. Melayan - pelayan kantin 食堂招待员 murid-murid
c. Meletakkan - pinggan 盘子 besen
d. Makan -
e. Duduk -
f. Beratur - membeli makanan
g. Berbual - dengan kawan...

a. Membuang- Gauri membuang sisa makanan ke dalam


tong sampah.

b. Melayan - Pekerja kantin sedang melayan murid-murid


yang mahu membeli makanan.

c. Meletakkan - Dinese meletakkan pinggan di dalam besen.

d. Duduk - Aidil duduk bersama-sama dengan rakan-rakannya.

e. Beratur - Murid-murid beratur semasa membeli makanan.

f. Berbual - Chun Han sedang berbual dengan Aidil.

B. Tulis draf karangan berdasarkan gambar.

Perenggan satu

1. Bila? Siapa? Di mana?


Pada waktu rehat, Ali dan rakan-rakanya pergi ke kantin.

2. Mereka pergi ke kantin untuk buat apa?


Mereka pergi ke kantin kerana mahu membeli makanan dan minuman.

3. Bagaimanakah keadaan kantin sekolah mereka?


Kantin sekolah mereka sangat bersih.

Perenggan dua

1. Adakah mereka sentiasa menjaga kebersihan katin?


Ali dan rakan-rakannya sentiasa menjaga kebersihan kantin.

2. Adakah mereka membuang sampah merata-rata tempat?


Mereka tidak membuang sampah merata-rata tempat.

3. Mereka membuang sisa makanan ke mana?


Mereka membuang sisa makanan ke dalam tong sampah.

4. Adakah mereka mengotorkan kantin itu?


Mereka juga tidak mengotorkan kantin itu.

5. Selepas makan, mereka meletakkan pinggan atau piring yang telah


diguna ke mana?
Selepas makan, mereka meletakkan pinggan atau piring yang telah diguna ke
dalam besen.

Perenggan tiga

1. Selain itu, siapakah yang sentiasa memastikan kantin dalam keadaan bersih?
Selain itu, pelayan kantin sentiasa memastikan kantin dalam keadaan bersih.

2. Mengapa mereka menjaga kebersihan kantin?


Mereka menjaga kebersihan kantin supaya makanan di kantin tidak tercemar.

3. Bagaimanakah mereka melayan murid-murid yang membeli makanan?


Mereka melayan murid-murid yang membeli makanan dengan baiknya.

Perenggan empat

1. Apakah perasaan Ali dan rakan-rakannya?


Ali dan rakan-rakannya berasa selesa dan selamat.

2. Adakah mereka berasa bimbang untuk makan di kantin itu?


Mereka tidak berasa bimbang untuk makan di kantin itu.

3. Adakah kebersihan kantin itu sentiasa terjaga?


Kebersihan kantin itu sentiasa terjaga.

C. Tulis karangan berdasarkan draf yang dibinakan.

Anda mungkin juga menyukai