Anda di halaman 1dari 28

Diagram asas tapak eRPH menggunakan Teams dan OneNote Class Notebook

Konsep 1: Penghantaran menggunakan aplikasi Polly

1
Panduan untuk Guru ICT/Penyelaras RPH menyediakan tapak eRPH

Langkah 1: Penyelarasan Teams (Class)

*Penting: Sila gunakan e-mel admin sekolah anda untuk wujudkan platform ini.

1. Buka aplikasi Teams dan sila ke bahagian menu Teams (1) > Create Teams (2)

2. Pilih kategori Class (3). Sila rujuk gambar dibawah ini.

2
3. Isikan maklumat terperinci tentang Teams anda. Rujuk gambar dibawah ini sebagai contoh
atau panduan. Setelah selesai, klik butang Next.

4. Tambahkan guru-guru sekolah termasuk anda sendiri dengan memasukkan nama/e-mel ID.
Untuk pengetahuan anda, nama para guru yang ada di dalam database akan keluar sebagai
pilihan. Ia memudahkan anda untuk memilih guru dengan lebih pantas. Manakala, dalam
platfom ini, guru dijadikan sebagai Students. Ini bertujuan untuk mewujudkan OneNote Class
Notebook untuk setiap guru.

5. Selesai sahaja tambah nama semua guru sekolah anda termasuk nama anda sendiri, maka
boleh teruskan dengan klik butang close.

3
6. Teams untuk guru-guru sudah diwujudkan.

4
Panduan untuk Guru ICT/Penyelaras RPH menyediakan tapak eRPH

Langkah 2: Penyelarasan Teams (Class Notebook)

1. Klik Tab Classnotebook dan Klik Set up a OneNote Class Notebook > Blank Notebook.

2
3

2. Bahagian ini akan menerangkan tentang Class Notebook yang akan diwujudkan. Ada
beberapa bahagian seperti Collaboration Space; Content Library; Teacher-Only-Section;
Student Notebooks

5
3. Bahagian seterusnya, system akan membenarkan anda untuk edit/tambah section. Ini
berdasarkan keperluan sekolah dan guru-guru. Untuk tambah section, anda boleh klik pada
“Add section”. Selepas muktamad dengan section yang anda perlukan, klik butang “Create”.

4. Selepas klik butang Create, sistem akan mewujudkan Class Notebook anda.

6
5. Apabila selesai, anda akan nampak paparan seperti di bawah. Untuk melihat section yang

telah anda wujudkan untuk guru-guru, klik pada simbol >

Anda akan dapat lihat, Collaboration Space; Content Library; Teacher-Only-Section;

Student Notebooks yang mewakili buku digital untuk para guru sekolah anda.

7
6. Langkah seterusnya, untuk wujudkan “Add page” kepada setiap buku Class Notebook yang
telah diwujudkan kepada guru-guru. Untuk tujuan itu, kita akan lakukan di bahagian Content
Library dan kemudian akan diagihkan (distribute page) kepada semua guru-guru.
Penting: Anda digalakkan untuk menggunakan aplikasi OneNote semasa proses ini.

7. Cara untuk add page di dalam Class Notebook. Ini adalah berdasarkan kandungan buku RPH
yang digunakan di sekolah. Anda boleh menyusun isi kandungan mengikut kesesuaian.

8. Seterusnya, langkah untuk memuat naik dokumen yang berkaitan. Sila pergi ke bahagian Bar
Menu, dan pilih Insert. Kemudian pilih Insert File Printout.

Nota: Apabila anda memilih fungsi ini, dokumen tersebut akan dipaparkan terus di dalam ruangan
yang disediakan. Jika anda memilih Insert as Attachment, dokumen tersebut akan dipaparkan
dalam bentuk lampiran sahaja seperti kebiasaan menggunakan e-mel.

8
6

9. Paparan di atas ini ada contoh paparan apabila anda menggunakan Insert as Attachment.

10. Ulangi langkah-langkah ini, untuk menambah dokumen dalam section dan page yang
berkenaan.

9
11. Seterusnya adalah langkah terperinci cara section RPH diwujudkan untuk guru-guru memuat
naik RPH mengikut minggu dan hari. Sila rujuk gambar rajah di bawah ini.

a. Add page > Nama mengikut Minggu dan Tarikh


b. Add page > Nama mengikut Hari dan Tarikh
c. Klik Kanan atas page Hari dan Tarikh > Pilih Make Subpage
(Langkah ini untuk menjadikan Page mengikut Hari dan Tarikh kepada Sub-page dibawah
Page yang mengikut Minggu dan Tarikh.)

1
2

d. Ini adalah peranan guru ICT untuk menyediakan semua Page RPH mengikut takwim dan
minggu persekolahan. Page yang diwujudkan ini, akan disalin dan agihkan kepada setiap
buku Class Notebook guru-guru. Berikut adalah contoh paparan buku guru yang telah
lengkap dengan muat naik RPH mengikut minggu dan tarikh tertentu:

3
RPH yang dimuat naik
oleh guru mengikut
hari. Boleh dalam
format Word/PDF.

1 Page yang telah


diwujudkan
berdasarkan Minggu
2 (Main Page) dan Hari
(Sub-Page)

10
12. Apabila anda telah selesai mewujudkan semua page RPH mengikut minggu persekolahan. Tiba
masanya untuk mengagihkan (distribute page) kepada guru-guru. Klik pada Class Notebook
(1) > Pilih Distribute Page(2) > Pilih Individual Distribution (3) > Pilih nama guru (4).
*Kebiasaannya akan tandakan kepada semua guru.

2 1

3
4

Anda boleh
tandakan (/) pada
ruangan kotak
sebelah nama guru.

Nota: Jika anda menggunakan fungsi ini di Teams, jumlah bilangan page yang boleh diagihkan terhad.

Cadangan: Gunakan OneNote app di komputer. Caranya, di Teams pilih Open in App.

11
Kemudian, setelah sistem buka OneNote app di komputer, pilih page > Tekan Shift dan select all page
yang berkenaan, kemudian ikuti langkah-langkah untuk distribute page. Page yang boleh diagihkan
lebih banyak.

Proses pengagihan page daripada Content Library kepada Page Student (Guru)

Urusan dan bilangan


jumlah page dapat
diagihkan dengan
lebih banyak dengan
OneNote App.

12
Panduan untuk Guru ICT/Penyelaras RPH menyediakan tapak eRPH

Langkah 3: Penyelarasan Rekod Penghantaran dalam Teams (Aplikasi Polly)

1. Langkah seterusnya, anda dikehendaki untuk sediakan satu channel dalam Teams Class yang
telah diwujudkan khusus untuk rekod penghantaran RPH bagi guru-guru.

2. Caranya, sila ke tiga titik disebelah kanan nama kelas anda. Ia adalah mewakili more options.

3. Sub-menu akan keluar, dan pilih Add Channel. Sila rujuk gambar rajah di bawah ini.

1
2

4. Namakan Channel baharu sebagai Rekod Penghantaran e-RPH (ini adalah cadangan sahaja).
Anda boleh tukar mengikut kesesuaian. Klik butang Add apabila sudah muktamad.

13
5. Seterusnya, anda dikehendaki untuk menambah Tab Aplikasi Polly. Klik pada symbol tambah
+ (1) dan kemudian buat carian untuk aplikasi Polly (2). Kemudian, klik pada ikon Polly (3).

6. Klik pada butang Add.

14
7. Lungsurkan tetikus (scroll mouse) anda ke bawah hingga nampak butang untuk “Sign in with
Microsoft” dan klik padanya.

15
8. Sistem akan meminta kebenaran anda. Klik pada butang Accept(1) dan teruskan dengan klik
Save(2).

16
9. Langkah berikutnya, anda akan laraskan Polly untuk setiap minggu. Supaya guru-guru boleh
mengisinya. Klik pada butang Create (1).

10. Berikut adalah beberapa tetapan sebagai panduan. Setiap minggu pengurus atau penyelaras
platfom ini dikehendaki untuk Create Polly dan post dalam Channel Rekod Penghantaran
eRPH sekolah.

Nota: Anda boleh laraskan dan tetapkan Tarikh dan Masa untuk tempoh guru-
guru harus melakukan penghantaran. Jadi, boleh set dan jadualkan Polly ini lebih
awal supaya sistem akan post secara automatik pada setiap minggu penghantaran
RPH.

17
11. Pada bahagian soalan, anda boleh isikan berdasarkan tempoh minggu penghantaran RPH.
Pada bahagian Jawapan, cadangan untuk set YA atau TIDAK mengikut kepada kesesuaian.

12. Setting yang lain tidah perlu ubah jika tiada keperluan. Biarkan seperti sedia ada. Klik
Preview untuk lihat hasilnya.

18
13. Sistem akan post Polly Rekod penghantaran ini mengikut tetapan masa dan Tarikh yang telah
dijadualkan. Klik pada butang Send.

19
Nota: Selain daripada Channel untuk Rekod Penghantaran eRPH, sekolah juga boleh wujudkan
Channel yang berkaitan untuk urusan pentadbiran dan pengurusan akademik sekolah. Sila
rujuk pada gambarajah di bawah ini. Contoh Channel yang digunakan oleh SKTBI Johor.

20
Panduan untuk guru-guru menggunakan Platfom eRPH

Skop tugas guru:

• Hantar dengan memuat naik Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dalam ruangan page
masing-masing, pada setiap hari mengikut minggu yang telah ditetapkan.
• Memastikan anda mengisikan Polly pada setiap minggu, untuk tujuan rekod penghantaran.

Langkah 1: Muat naik RPH ke page OneNote Class Notebook masing-masing

1. Daftar masuk ke aplikasi Microsoft Teams. Boleh gunakan versi web atau aplikasi di Telefon
Pintar, Laptop, atau mana-mana sahaja peranti seperti iPad, Chromebook, dan Macbook.

2. Pilih Teams Class yang telah disediakan oleh penyelaras RPH sekolah anda. Sila pastikan anda
telah sertai Teams Class ini. Nama Teams Class ini bergantung kepada guru penyelaras.
Mohon hubungi guru penyelaras sekiranya anda tidak pasti atau tiada di dalam Teams Class
tersebut.

3. Sila cari dan klik Class Notebook diruangan Channel GENERAL.

21
4. Cari nama anda dan buka pada section (RPH) Rancangan Pengajaran Harian. Pilih page
berdasarkan hari dan Tarikh yang anda ingin muat naik RPH.

5. Klik di mana-mana sahaja pada ruangan putih di bawah Tarikh pada buku OneNote anda.

22
6. Pilih menu Insert > File > Insert File Printout.

7. Pilih dokumen RPH yang ingin dimuat naik. Format yang dibenarkan adalah Word dan PDF.
Nota: Sekiranya guru mempunyai RPH dalam format Excel. Boleh Print Area dan Save as PDF.

23
8. Dokumen RPH yang sudah dimuat naik akan dipaparkan seperti berikut. Guru boleh lihat ada
satu lampiran dokumen dan dokumen tersebut terus dipaparkan tanpa perlu double klik
untuk buka dokumen. Memudahkan proses semakan untuk guru dan pentadbir.

9. Pastikan anda sebagai guru menjalankan kewajiban untuk muat naik RPH mengikut hari
dalam OneNote.

24
Langkah 2: Cara merekod penghantaran RPH mengikut minggu.

1. Setelah selesai muat naik untuk semua hari dalam minggu yang telah ditetapkan, pergi ke
Channel Rekod Penghantaran eRPH. Tandakan pada YA.

Nota: Guru penyelaras akan post Polly setiap minggu pada hari pertama dalam minggu
penghantaran.

2. Pentadbir akan membuat semakan rekod penghantaran ini.

25
Panduan untuk Pentadbir menggunakan Platfom eRPH

Skop tugas Pentadbir:

• Melakukan semakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dalam ruangan page guru, pada
setiap minggu yang telah ditetapkan.
• Memastikan guru telah mengisikan Polly pada setiap minggu, untuk tujuan rekod
penghantaran.

Langkah 1: Menyemak dan memberikan maklum balas kepada RPH guru.

1. Daftar masuk gunakan e-mel sekolah dan buka Teams Class anda. Pilih page guru yang ingin
disemak.

26
2. Pergi ke ruangan komen atau klik sahaja pada mana-mana ruangan kosong. Tinggalkan komen
anda dan boleh turunkan tandatangan menggunakan fungsi Draw (Digital Ink).

27
Langkah 2: Menyemak rekod penghantaran RPH guru.

1. Pergi ke Channel Rekod Penghantaran eRPH. Semak berapa jumlah dan nama guru yang
telah hantar.

2. Jika jumlah tidak mencukupi, boleh buat pengumuman sebagai peringatan mesra kepada
guru-guru sebelum tempoh penghantaran ditutup pada minggu tersebut.

28

Anda mungkin juga menyukai