Anda di halaman 1dari 2

Saya dan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)

Selamat sejahtera dan salam mesra saya ucapkan kepada para hakim dan hadirin

penonton sekalian. Marilah kita sama-sama mendengar sebuah cerita dari saya yang

bertajuk ‘Saya dan PKP’.

Kawan-kawan, sebelum saya bercerita tentang pengalaman saya sepanjang Perintah

Kawalan Pergerakan dilaksanakan, mari kita dengar apa itu Covid-19. Saya pasti, kawan-

kawan semua sudah pernah mendengar tentang Covid-19 ini.

Adakah kawan-kawan sekalian tahu bahawa wabak koronavirus ini mula dikesan pada

Disember 2019? Ya, wabak ini mula merebak ke serata dunia termasuk di negara kita

sendiri iaitu Malaysia. Menakutkan bukan?

Jika kawan-kawan mempunyai tanda-tanda seperti demam, batuk, dan sesak nafas, saya

nasihatkan kawan-kawan untuk segera ke klinik atau hospital berdekatan bagi

mendapatkan rawatan. Jangan biarkan begitu sahaja ya?

Baiklah, seterusnya mari kita berkenalan pula dengan PKP. Kawan-kawan tahu tak apa

yang dimaksudkan dengan PKP? PKP membawa maksud Perintah Kawalan Pergerakan

yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bagi mengurangkan kes Covid-19 yang

semakin meningkat. Ini bermakna, rakyat Malaysia tidak dibenarkan bergerak dan

beraktiviti secara bebas seperti biasa. Tentu kawan-kawan masih ingat, bukan? Kita semua

pernah berada di rumah bersama-sama keluarga kerana sekolah ditutup dan ibu bapa

bekerja dari rumah.

Kawan-kawan yang saya kasihi sekalian, saya ingin berkongsi pengalaman saya

sepanjang tempoh PKP bersama-sama keluarga. Saya berasa sangat gembira kerana

dapat melakukan aktiviti menarik di rumah. Antaranya termasuklah melukis dan mewarna
bersama-sama adik saya. Kami melukis haiwan dan kartun kegemaran kami. Ibu bapa

kami juga membuat pertandingan melukis dan memberikan hadiah kepada kami.

Selain itu, saya juga sempat menolong ibu bapa mengemas rumah seperti belajar mencuci

kereta, menyapu sampah, dan juga membantu ibu membuat kek dan biskut.

Kesimpulannya, PKP ini memberikan pengalaman berharga kepada saya sekeluarga. Kami

juga membantu jiran dan rakan-rakan yang memerlukan bantuan seperti makanan,

kewangan, dan sebagainya.

Harapan saya, semoga wabak Covid-19 ini cepat berakhir dan negara kita dan seluruh

dunia dapat kembali normal seperti sedia kala.

‘Kita Jaga Kita’

Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai