Anda di halaman 1dari 1

Jiranku Prihatin

Rakyat Malaysia sangatlah bertuah kerana dapat hidup sebagai masyarakat yang berbilang
kaum. Rakyat Malaysia juga mempunyai semangat keprihatinan yang tinggi antara satu sama
lain walaupun dengan kaum yang berbeza. Semangat keprihatinan rakyat Malaysia lebih
terserlah apabila negara kita dilanda pandemik Covid-19. Rakyat Malaysia sentiasa membantu
antara satu sama lain supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup.

Satu peristiwa yang tidak dapat aku lupakan telah berlaku antara keluargaku dan
jiranku. Aku tinggal di sebuah taman perumahan di sekitar bandar Port Dickson. Aku
mempunyai seorang jiran yang berbangsa Cina dan seorang yang berbangsa Melayu. Kami
telah berjiran selama lima tahun setelah keluargaku berpindah dari Johor ke Port Dickson.
Keluarga kami sangat bertuah kerana dapat menetap di kawasan kerjiranan yang sangat tenang
dan mempunyai jiran-jiran yang prihatin.

Ayahku adalah salah seorang ahli barisan hadapan yang bertugas di salah sebuah
hospital di bandar Port Dickson. Keluarga kami sangat menjaga kebersihan agar keluarga kami
terhindar daripada jangkitan virus Covid-19 memandangkan risiko jangkitan daripada ayah di
tempat kerja. Namun, pada minggu lepas, nasib tidak menyebelahi kami kerana kami
sekeluarga telah disahkan positif Covid-19. Kami telah diminta untuk kuarantin kendiri di
rumah sahaja. Kami telah memberitahu jiran-jiran kami supaya tidak mengunjungi rumah
kami.

Jiran-jiran kami sama ada berbangsa Melayu mahupun Cina telah bersepakat dan
menawarkan diri mereka untuk membantu kami membeli barangan dapur kerana keadaan kami
yang dikuarantin. Jiran kami turut membeli barangan basah sepeti ikan dan ayam serta sayur-
sayuran yang kami perlukan. Kami akan menghantarkan senarai barangan yang kami perlukan
melalui aplikasi Whatsapp dan kami akan memindahkan wang melalui perbankan dalam talian
supaya memudahkan urusan pembayaran.

Jiran-jiran kami bergilir-gilir setiap hari membantu kami membeli barangan dapur dan
meletakkannya di hadapan rumah kami. Setiap hari jiran kami akan menelefon kami untuk
bertanyakan khabar kami sekeluarga. Jiran-jiran kami membantu kami dari hari pertama kami
disahkan positif Covid-19 sehingga kami habis dikuarantin di rumah. Kami sangat bertuah
kerana mempunyai jiran prihatin yang sanggup menolong kami ketika kami dalam kesusahan.
Seperti kata pepatah ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.

Anda mungkin juga menyukai