Anda di halaman 1dari 3

Pengalaman menyambut Aildilfitri pada kali ini adalah sesuatu yang cukup unik

dan berlainan daripada yang biasa dilalui sebelum ini. Suasana yang dirasai pastinya
berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini kerana tiada sambutan di desa tercinta,
dengan sawah padi terbentang luas mahupun kedengaran kicauan burung atau
ayam berkokok. Sudah tentunya datuk dan nenek menanti kepulangan anak cucu,
namun terpaksa akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang
tidak membenarkan pergerakan rentas negeri untuk bersama-sama menyambut hari
lebaran. Sesungguhnya, meraikan Aidilfitri tanpa keluarga tersayang pasti
memilukan dan mata berkaca sayu apabila mendengar laungan takbir raya. Segala
kekangan ini bersebab dan ia tidak lain daripada untuk membendung penularan
wabak Covid-19 dan menghentikan rantaian jangkitan pandemik ini. Nabi s.a.w. juga
telah memerintahkan mereka yang berada di tempat wabak untuk tidak keluar dari
kawasannya. Mereka yang sihat pula diperintahkan untuk tidak memasuki tempat
yang terkena wabak:

ِ ِ ‫هِب‬ ٍ ‫ض فَالَ َت ْق َد ُموا َعلَْي ِه َوإِ َذا َوقَ َع بِأ َْر‬


ٍ ‫إِ َذا مَسِ ْعتُ ْم بِِه بِأ َْر‬
ُ‫ض َوأَْنتُ ْم َا فَالَ خَت ُْر ُجوا فَر ًارا مْنه‬

Perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang telah diumumkan kerajaan


telah masuk hari ke 21 pada tanggal 1 Syawal. Pergerakan merentas negeri tidak
dibenarkan sewaktu PKP dan hanya pergerakan merentas daerah sahaja
dibenarkan. Selain itu ziarah hari raya yang dibenarkan juga perlu mematuhi syarat-
syarat dan garis panduan yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM).

Walaupun tinggal di satu negeri yang sama dengan sepupu yang lain, kami
sekeluarga mengambil keputusan untuk menyambut hari raya di rumah sendiri. Hal
ini kerana, dua minggu sebelum Hari Raya Aildilfitri, saya baru sahaja pulang dari
kampus di Sabah. Walaupun sudah menjalani ujian saringan untuk mengesan
COVID-19 dan didapati negatif, tetapi rasanya Syawal kali ini lebih baik disambut
bersama keluarga terdekat di rumah sendiri sahaja kerana bimbang berisiko menjadi
agen penularan Covid-19 apabila berkumpul beramai-ramai.

Selain itu, walaupun menyambut Aidilfitri di rumah sendiri sahaja, namun itu
bukanlah alasan untuk menjadikan suasana Aidilfitri ’hilang serinya’. Kami
sekeluarga memakai baju melayu dan baju kurung di pagi raya serta membersih dan
menghias rumah dengan perhiasan raya. Tidak lupa juga, saya dan adik-beradik
perempuan yang lain turut membuat beberapa jenis kuih raya kegemaran untuk
dijamu dan dijamah di pagi syawal.

Bagi mengeratkan silaturahim dan hubungan kekeluargaan, kami sekeluarga


bertanya khabar melalui aplikasi Whatsapp, panggilan video dan juga telefon. Pada
malam sebelum hari raya, kami adik beradik dan sepupu yang lain sepakat untuk
membuat panggilan video keluarga bagi menyambut hari raya pada hari raya
pertama.

Di samping itu, pada raya kali ini juga merupakan kali pertama saya dan
keluarga saya menunaikan solat sunat aidilfitri di rumah. Selalunya kami akan
berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan solat sunat hari raya dan mengikut alunan
takbir bersama para jemaah di masjid. Sebelum menunaikan solat sunat hari raya,
kami sekeluarga sempat menjamah sedikit makanan yang telah dihidangkan bagi
mengamalkan amalan sunnah Rasulullah.

Satu lagi pengalaman manis bagi saya adalah apabila ayah dan adik-beradik
lelaki perlu menjadi imam interim bagi solat tarawih dan solat sunat Aildilfitri di
rumah. Selesai menunaikan solat sunat Aildilfitri, kami mengambil peluang
bergambar bersama-sama satu keluarga. Tiada kunjung mengunjung ke rumah jiran
berdekatan. Namun di kejiranan tempat tinggal saya, kami mengambil peluang untuk
bertukar-tukar juadah raya seperti lemang, rendang dan kuih raya.

Setelah selesai sesi penggambaran bersama keluarga, kami adik-beradik


mengambil peluang untuk bermaaf-maafan dengan ibubapa serta sesama sendiri.
Hal ini telah mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta menguatkan lagi ikatan
kasih sayang antara keluarga. Rasulullah pernah bersabda ‫ال يدخل اجلنة قاطع‬.. oleh
itu, Islam sangat menegaskan kepentingan menjaga silaturahim bukan sahaja
sesama ahli keluarga malah sesama manusia.

Setelah tiba masanya, kami sekeluarga melakukan panggilan video bersama


keluarga sepupu yang jauh di perantauan. Terubatlah sedikit kerinduan melihat
wajah anak-anak saudara dan juga nenek yang tinggal bersama mereka. Kami
mengambil peluang untuk bermaafan dan beramah mesra.
Alhamdulillah, dengan adanya kemajuan teknologi seperti Google Meet,
Whatsapp dan sebagainya, terubatlah sedikit perasaan sedih dan kecewa tak dapat
beraya bersama keluarga besar. Walaupun sambutan Hari Raya Aidilfitri berbeza
pada tahun ini, perayaan ini terus mengukuh silaturrahim dalam kalangan keluarga
dan memupuk semangat hormat-menghormati, perpaduan dan kerjasama antara
semua kaum yang berbeza kepercayaan agama, budaya dan latar belakang.

Adapun ketika pandemik covid-19 ini kita tidak dapat meraikan hari raya aidilfitri
secara meriah seperti tahun-tahun sebelum ini, akan tetapi kami sangat bersyukur di

atas rezeki yang Allah kurniakan. Firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 152: ‫فا ْذ‬

ِ ‫اش ُكروا يِل واَل تَ ْك ُف ر‬ ‫يِن‬


‫ون‬ ُ َ ُ ْ ‫ ُكُرو أَذْ ُك ْر ُك ْم َو‬. Maka, kesyukuran yang dizahirkan

menandakan bahawa kita sedar akan nikmat daripada Allah.

Anda mungkin juga menyukai