Anda di halaman 1dari 6

Syrik

TAJUK TUGASAN : SYIRIK

FAKULTI : PENGURUSAN PERNIAGAAN

DISEDIAKAN UNTUK : USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN

DISEDIAKAN OLEH : NURUL AZZAH NAFISAH BINTI AZMI MURAT (2011197905)

TARIKH HANTAR : 13 SEPTEMBER 2012

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah S. W. T. kerana memberi peluang dan
kesempatan untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Akhirnya, tugasan ini dapat
disempurnakan tanpa sebarang masalah. Namun, siapakah kita insan biasa yang tidak mampu berdiri
sendiri tanpa pertolongan daripada Allah S. W. T.

Di sini, saya ingin mengucapkan penghargaan kepada insan-insan yang sudah banyak membantu
saya untuk menyiapkannya secara langsung atau tidak langsung. Terlebih dahulu, ingin saya ucapkan
berbanyak terima kasih kepada ustaz iaitu Encik Abd Aziz bin Harjin, pensyarah CTU 151, beliau
sentiasa membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya dalam memahami kehendak tugasan ini.
Tanpa penerangan beliau, saya tidak mampu memahami tugasan ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan kerana mereka banyak membantu saya dalam
mencari bahan-bahan yang diperlukan. Akhir sekali, tidak lupa juga kepada ahli keluarga kerana
sering menyokong dalam melakukan tugasan ini. Tanpa mereka juga, tugasan ini tidak dapat
dilaksanakan dengan lengkap.

DEFINISI SYIRIK

Pengertian syirik menurut bahasa adalah sebuah kata yang digunakan untuk mengungkapkan
sesuatu yang terjadi antara dua orang atau lebih. Menurut istilah pula syirik kepada Allah s. w. t
maksudnya menjadikan sekutu bagi Allah s. w. t, baik dalam rububiyahnya ataupun uluhiyahnya,
tetapi istilah syirik lebih sering digunakan untuk syirik dalam uluhiyahnya.

Syirik adalah larangan Allah s. w. t yang paling besar. Hukum nya dosa besar bagi yang syirik. Allah s.
w. t berfirman dalam surah An Nisaa` ayat 36: “Dan sembahlah Allah dan janganlah kamu
mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. ”

Pertembungan antara tauhid dan syirik telah berlaku sejak zaman Nabi Nuh a. s dalam menyeru
kaumnya untuk beribadah hanya kepada Allah semata-mata dan meninggalkan ibadah kepada
berhala. Beliau menyeru kaumnya kepada tauhid, tetapi sambutan mereka sungguh di luar dugaan.
Secara jelas Al-Quran menggambarkan penolakan mereka di dalam surah Nuh ayat 23-24.

Pada zaman Rasulullah s. a. w juga misalnya, sebelum diutus sebagai Rasul, baginda terkenal di
kalangan orang-orang Arab dengan jolokan “Ash-shaadiqul amiin” (yang jujur dan dapat dipercayai).
Tetapi apabila baginda mengajak kaumnya menyembah kepada Allah dan mengesakan-Nya, serta
menyeru supaya meninggalkan apa yang disembah oleh nenek moyang mereka, serta merta mereka
lupa dengan sifat jujur dan amanah baginda. Lalu mereka menghujahnya dengan berbagai jolokan
buruk. Di antaranya ada yang menjoloki baginda dengan “ahli sihir pendusta”. Di dalam Al-Quran
surah Shad ayat 4-5 mengisahkan penolakan mereka terhadap dakwah tauhid baginda.

Begitulah sikap semua Rasul dalam dakwahnya kepada tauhid. Dan seperti gambaran ayat-ayat
surah di dalam Al-Quran itulah sikap kaum mereka yang suka mengada-ada.

PEMBAHAGIAN SYIRIK BESAR

1. Syirik dalam doa

Iaitu berdoa kepada selain Allah, sama ada kepada para Nabi atau wali, untuk meminta rezeki atau
memohon kesembuhan dari penyakit. Allah s. w. t berfirman : “Dan janganlah kamu menyembah
apa-apa yang tidak member manfaat dan tidak (pula) member mudarat kepadamu selain Allah ;
sebab jika kamu berbuat (yang demikian) itu, maka sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk
orang-orang yang zalim. ” Surah Yunus ayat 106.

Zalim yang dimaksud oleh ayat ini adalah syirik. Dan Rasulullah s. a. w. menegaskan dalam sabdanya:
“Sesiapa meninggal dunia sedang dia memohon kepada selain Allah sebagai tandingan (sekutu),
nescaya dia masuk neraka. ”

2. Syirik dalam sifat Allah

Seperti kepercayaan bahawa para Nabi dan wali mengetahui hal-hal yang ghaib. Allah s. w. t
berfirman : “Dan di sisi Allahlah kunci-kunci semua yang ghaib, tidak ada yang mengetahuinya
kecuali Dia sendiri. ” Surah Al-An’am : 59

3. Syirik dalam mahabbah (kecintaan)

Yang dimaksudkan syirik dalam mahabbah iaitu ia mencintai seseorang sama ada wali atau lainnya
sebagaimana kecintaannya kepada Allah. Allah s. w. t berfirman : “Dan di antara manusia ada orang-
orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintainya, sebagaimana
mereka mencintai Allah. Manakala orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah. ”
Surah Az-Zuhar ayat 165.

4. Syirik dalam ketaatan

Iaitu ketaatan kepada ulama’ atau Sheikh dalam hal kemaksiatan, dengan mempercayai bahawa hal
tersebut dibolehkan. Allah s. w. t. berfirman: “Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-
rahib mereka sebagai tuhan selain Allah. ” Surah At-Taubah ayat 31.
5. Syirik hulul

Kepercayaan bahawa Allah menitis kepada para makhluk-Nya. Ini adalah akidah Ibnu Arabi, seorang
sufi yang meninggal dunia di Damsyik. Hinggakan Ibnu Arabi mengatakan : “Tuhan adalah hamba,
dan hamba adalah Tuhan. Duhai kiranya, siapakah yang mukallaf?”

6. Syirik tasharruf (tindakan)

Keyakinan bahawa sebahagian para wali mempunyai kebebasan untuk bertindak dalam urusan
makhluk. Percaya bahawa mereka boleh mengatur masalah-masalah makhluk. Mereka namakan
para wali itu dengan “wali Qutub”. Padahal Allah s. w. t telah menyoal orang-orang musyrik
terdahulu dengan firman-Nya : “Dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka
menjawab: ‘Allah’. ” Surah Yunus ayat 31.

7. Syirik khauf (takut)

Keyakinan bahawa sebahagian dari para wali yang telah meninggal dunia atau orang-orang yang
ghaib boleh melakukan dan mengatur suatu urusan serta mendatangkan mudarat. Kerana keyakinan
ini, mereka menjadi takut kepada para wali atau orang-orang tersebut. Hal ini adalah kepercayaan
orang-orang musyrik, yang diingatkan Allah dalam firman-Nya : “Bukankah Allah cukup untuk
melindungi hamba-hamba-Nya? Dan mereka menakut-nakuti kamu dengan (sembahan-sembahan)
yang selain Allah. ” Surah Az-Zuma ayat 26.

8. Syirik hakimiyah (kekuasaan)

Termasuk dalam syirik hakimiyah iaitu mereka yang membuat dan mengeluarkan undang-undang
yang bertentangan dengan syariat Islam serta menguatkuasakan undang-undang tersebut. Atau dia
memandang bahawa hukum Islam tidak lagi sesuai dengan zaman. Yang tergolong musyrik dalam hal
ini adalah para hakim, serta orang-orang yang mematuhi dan menjalankan undang-undag tersebut,
jika dia menyakini kebenaran undang-undang itu serta rela dengannya.

PEMBAHAGIAN SYIRIK KECIL

Syirik kecil iaitu setiap perantaraan yang mungkin menyebabkan kepada syirik besar, ia belum
mencapai tingkat ibadah, tidak menjadikan pelakunya keluar Islam, akan tetapi ia termasuk dosa
besar.

1. Riya’

Melakukan suatu perbuatan kerana makhluk, seperti seorang muslim yang beramal dan solat kerana
Allah, tetapi ia melakukan solat dan amalnya dengan baik supaya dipuji manusia. Allah s. w. t
berfirman : “Sesiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan
amal soleh dan janganlah ia menyekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya. ” Surah
Al-Kahfi ayat 100.

2. Bersumpah dengan nama selain Allah.

Boleh jadi bersumpah dengan nama selain Allah termasuk syirik besar jika orang yang bersumpah
tersebut menyakini bahawa wali mempunyai kemampuan untuk menimpakan mudarat atas dirinya,
jika ia bersumpah dusta dengan namanya. Rasulullah s. a. w telah bersabda : “Sesiapa bersumpah
dengan nama selain Allah, maka dia telah berbuat syirik. ” (Riwayat Ahmad)

3. Syirik khafi

Ibnu Abbas mentafsirkan syirik khafi dengan ucapan seseorang kepada orang lain: “Atas kehendak
Allah dan atas kehendak kamu. ” Termasuk syirik khafi adalah ucapan seseorang: “Sekiranya bukan
kerana Allah, kemudian (seandainya bukan kerana) si polan. ” Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.
a. w : “Jangan mengatakan : “Atas kehendak Allah, dan atas kehendak si polan. ‘Tetapi katakanlah,
‘Atas kehendak Allah, kemudian atas kehendak si polan. ” (Riwayat Ahmad dan lainnya)

IMPLIKASI SYIRIK

Perbuatan syirik menyebabkan kerosakan dan mendatangkan bahaya besar, sama ada dalam
kehidupan peribadi ataupun masyarakat. Manakala kerosakan dan bahaya yang paling menonjol
kerana syirik ialah :

1. Menghinakan taraf kemanusiaan

Syirik menghinakan kemuliaan manusia, menurunkan darjat dan martabatnya. Sebab Allah
menjadikan umat manusia sebagai khalifah di muka bumi. Allah memuliakannya, mengajarkan
kepadanya nama-nama benda, lalu menundukkan baginya apa yang ada di langit dan di bumi. Allah
menjadikannya penguasa (khalifah) di muka bumi. Tetapi kemudian ia tidak mengetahui darjat dan
martabat dirinya. Ia lalu menjadikan sebahagian dari makhluk Allah sebagai tuhan dan sembahan. Ia
tunduk dan menghinakan diri kepadanya.

Kehinaan-kehinaan tersebut, hingga hari ini amat banyak berlaku. Sebahagian umat Islam bermalam
dan tinggal di kuburan untuk meminta berbagai keperluan mereka. Padahal, orang-orang yang mati
itu juga hamba Allah seperti mereka. Dan tidak boleh mendatangkan manfaat atau bahaya untuk diri
mereka sendiri.

2. Sarang khurafat dan kebatilan.

Sebab orang yang mempercayai adanya sesuatu yang boleh member pengaruh selain Allah di alam
ini, sama ada berupa bintang, jin, arwah atau hantu bererti menjadikan akalnya siap menerima
segala macam khurafat (takhyul) serta mempercayai para dajjal (pendusta).

3. Kezaliman yang paling besar

Zalim terhadap hakikat sebab hakikat yang paling agung adalah “Tidak ada Tuhan (yang berhak
disembah) selain Allah”, tidak ada Tuhan (pengatur) selain Allah, tidak ada Penguasa selain-Nya. ”
Syirik juga merupakan penganiayaan terhadap orang lain, sebab orang yang disekutukan dengan
Allah telah ia aniaya, lantaran ia member hak kepadanya, apa yang sebenarnya bukan haknya.

4. Punca segala ketakutan dan kecemasan

Orang yang akalnya menerima berbagai-bagai khurafat dan mempercayai kebatilan akan diliputi
ketakutan dari berbagai arah. Sebab ia menyandarkan dirinya kepada banyak tuhan. Padahal tuhan-
tuhan itu lemah dan tidak kuasa member manfaat atau menolak bahaya dari dirinya sendiri.
5. Menyebabkan orang malas melakukan kerja yang bermanfaat

Syirik mengajarkan kepada para pengikutnya untuk menggunakan perantaraan, hingga mereka
meninggalkan amal soleh. Sebaliknya mereka melakukan perbuatan dosa, dengan iktikad bahawa
mereka akan memberinya syafaat (pertolongan) di sisi Allah. Dan inilah yang merupakan
kepercayaan orang-orang Arab jahiliah sebelum Islam.

6. Kekal di dalam neraka

Syirik menyebabkan kesia-siaan dan kehampaan di dunia. Sedang di akhirat, menyebabkan


pelakunya kekal di dalam neraka. Allah s. w. t berfirman : “Sesungguhnya orang yang menyekutukan
(sesuatu dengan) Allah maka pasti Allah mengharamkan baginya syurga, dan tempatnya ialah
neraka. Tiadalah bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun. ” Surah Al-Ma’idah ayat 82.

7. Memecah belah umat

Seperti dalam firman Allah s. w. t : “Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang menyekutukan
Allah, iaitu orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa
golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka. ” Surah
Ar-Rum ayat 31-32.

USAHA MENGHAPUSKAN SYIRIK

Tanda-tanda syirik yang wujud dalam diri kita perlu dihapuskan. Melenyapkan syirik kepada Allah S.
W. T. , belum sempurna kecuali dengan menghilangkan tiga jenis syirik:

1. Syirik Af’al

Syirik dalam Af’al iaitu beriktikad bahawa selain Allah S. W. T. terdapat pencipta dan pengatur yang
lain sebagaimana yang diyakini sebahagian orang-orang sufi bahawa Allah S. W. T. menguasakan
sebahagian urusan kepada beberapa wali-Nya untuk mengaturnya. Allah S. W. T. berfirman :
“Ingatlah, menciptakan dan memerintahkan hanyalah hak Allah. ” Surah Al-A’raf ayat 54.

2. Syirik dalam Ibadah

Syirik dalam ibadah ialah disamping beribadah dan berdoa kepada Allah S. W. T. ia beribadah kepada
para nabi dan orang-orang yang soleh seperti istighathah (meminta tolong) kepada mereka, berdoa
kepada mereka ketika ada kelapangan atau kesempatan. Anehnya, hal ini bahkan banyak kita temui
dikalangan umat Islam. Yang menanggung dosa terbesarnya adalah sebahagian guru yang
menyokong perbuatan syirik ini dengan alasan tawassul.

Mereka menamakan perbuatan ini dengan nama yang salah kerana tawassul adalah memohon
kepada Allah S. W. T dengan perantaraan yang disyariatkan. Manakala apa yang mereka lakukan
adalah memohon kepada selain dari Allah S. W. T. seperti ucapan mereka “Tolonglah kami wahai
Rasulullah, wahai Jailani, wahai Badawi. ” Permohonan seperti itu adalah ibadah kepada selain Allah
S. W. T. kerana ia merupakan doa sedangkan Rasulullah s. a. w. telah bersabda: “Doa adalah ibadah.
” (Riwayat Tirmizi) Disamping itu, pertolongan tidak boleh dimohonkan kecuali kepada Allah S. W. T.
semata-mata. Allah S. W. T berfirman : “Dan Allah membanyakkan harta dan anak-anakmu” Surah
Nuh ayat 12.

3. Syirik dalam Sifat

Syirik dalam sifat adalah dengan menyifati sebahagian makhluk Allah S. W. T. samaada para nabi,
wali atau lain-lainnya dengan sifat-sifat yang khusus milik Allah S. W. T. mengetahui hal-hal yang
ghaib misalnya. Syirik seperti ini banyak berlaku dikalangan sufi dan orang-orang yang terpengaruh
dengan mereka seperti ucapan Bushiri ketika memuji nabi: “Sesungguhnya, diantara
kedermawananmu adalah dunia dan kekayaan yang ada didalamnya.

Dan diantara ilmu mu adalah ilmu Lohl Mahfuz dan Qalam. ” Dari sini lah kemudian berlakunya
kesesatan para Dajjal yang mendakwa dirinya boleh melihat Rasulullah dalam keadaan jaga lalu
menurut pengakuan para Dajjal itu mereka menanyakan kepada beliau tentang rahsia jiwa orang-
orang yang bergaul dengannya. Para Dajjal itu ingin menguasai sebahagian urusan manusia padahal
Rasulullah semasa hidupnya sahaja tidak mengetahui hal-hal ghaib yang tersebut, sebagaimana
ditegaskan oleh Al-Quran : “Dan sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentulah aku membuat
kebajikan yang sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudaratan. ” Surah Al-A’raf ayat
188.

KESIMPULAN

Semua perbincangan di awal, member penjelasan kepada kita bahawa syirik adalah sebesar-besar
perkara yang wajib kita menjauhinya. Kita harus bersih dari perbuatan syirik. Takut jika kita
terjerumus ke dalamnya, kerana ia adalah dosa yang paling besar. Kerana syirik itu akan merosakkan
akidah dan tauhid kita. Justeru, ia merupakan perkara yang benar-benar perlu dihindari.

Di samping itu, syirik juga boleh menghapuskan pahala amal soleh yang telah dilakukan. Bahkan
amalan yang terkadang bermanfaat untuk kepentingan umat dan kemanusiaan. Allah s. w. t
berfirman : “Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu
(bagaikan) debu yang beterbangan. ” Surah Al-Furqan ayat 23.

Maka dari itu, wahai saudaraku sesama Islam, jauhilah berdoa dan memohon kepada selain Allah.
Kerana hal itu akan menjadikan kamu kafir dan sesat. Berdoalah hanya kepada Allah semata-mata
supaya engkau termasuk orang-orang yang beriman yang mengesakan-Nya.

Anda mungkin juga menyukai