Anda di halaman 1dari 5

Abdullah Helmi Bin Isahak (3191199),

409 Lorong Masjid Al-Husna,


Kg. Guchil Bayam, 15200,
Kota Bharu, Kelantan.

Pengarah,
Pusat Pengajian Siswazah,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia,
Kem Sg. Besi 5700,
Kuala Lumpur. 29 JUN 2021

Tuan/Puan,
PERMOHONAN PELANJUTAN MENGHANTAR TESIS BERJILID LEMBUT
(SOFTBOUND)

Merujuk perkara diatas, saya Abdullah Helmi Bin Isahak, no kad pengenalan, 950617-10-
5291, pelajar FAKULTI KEJURUTERAAN, jurusan SARJANA SAINS
(KEJURUTERAAN MEKANIKAL) memohon untuk melanjutkan tarikh menghantar tesis
berjilid lembut (softbound) yang sepatutnya dihantar pada 29 JUN 2021 kepada satu tarikh
yang baru.

2. Sebelum itu saya memohon maaf atas kesulitan dan kelemahan ini kepada pihak
tuan/puan. Hal ini kerana:

- Kelemahan saya dalam menulis dan menyiapkan tesis sehingga gagal merancang
untuk membuat semakan (proofreading) lebih awal. Saya lampirkan sekali bukti
resit proofreading yang saya telah hantar seperti di Lampiran A. Di samping itu,
enam (6) salinan tesis berjilid lembut masih belum di ‘print out’ memandangkan
perintah kawalan ketat pergerakan untuk proses pemulihan Fasa 1.

- Kediaman yang saya menyewa sekarang, sepatutnya telah tamat tempoh 30 Jun
2021 dan sudah ada penyewa yang baru untuk Tapi memandangkan pkp
dilanjutkan dan merentas negeri agak sukar, saya dan housemate yang lain masih
lagi dalam proses ‘negotiate’ dengan pemilik rumah. Bukti seperti di Lampiran B.

- Sekiranya saya memohon semester baru, saya tidak dapat memohon untuk
mendapatkan potongan yuran, memandangkan kontrak saya sebagai pembantu
penyelidik di bawah geran FRGS/1/2018/TK03/UPNM/03/1 berakhir Ogos ini.

3. Walau bagaimanapun, sekiranya saya perlu juga untuk melakukan permohonan baru,
terdapat beberapa soalan yang saya ingin kemukakan kepada pihak tuan/puan.
Antaranya ialah:

- Permohonan baru akan di beri tempoh 3 bulan yang seterusnya untuk proses
penghantaran tesis berjilid lembut. Memandankan semester saya akan berakhir
Ogos ini dan tempoh penghantaran tesis saya jatuh kepada semester yang
berikutnya. Adakah saya perlu daftar semester yang baru?

- Adakah perlanjutan tarikh saya ini memberi kesan kepada penetapan tarikh viva
saya akan datang?

4. Sehubungan daripada itu, saya memohon kerjasama daripada pihak tuan/puan


memberi kelulusan kepada saya untuk melanjutkan tarikh menghantar tesis berjilid
lembut (softbound) yang sepatutnya dihantar pada 29 JUN 2021 kepada satu tarikh
yang baru. Walau bagaimanapun, apa jua keputusan pihak tuan/puan tetapkan saya
akan terima.

Sekian terima kasih.

Yang benar,
………………
(Abdullah Helmi Bin Isahak)
No kp: 950617-10-5291
LAMPIRAN A
LAMPIRAN B

Anda mungkin juga menyukai