Anda di halaman 1dari 4

CONTOH FORMAT SURAT NIAT

SULIT

Surat Berdaftar

...................................................................

...................................................................

...................................................................

...................................................................
(Kontraktor)

Tuan,

SURAT NIAT

...............................................................................................................................

................................................................................................................................

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia melalui
Jabatan Pengairan dan Saliran bercadang untuk melaksanakan projek ini secara Design and
Build melalui rundingan terus dengan Syarikat tuan.

... 2. Bersama-sama ini dikemukakan lampiran-lampiran berikut :

i) Lukisan yang menunjukkan pelan lokasi tapak


ii) Skop kerja/Keperluan Teknikal seperti di Lampiran I

3. Pihak tuan adalah dikehendaki untuk menjalankan kajian di tapak yang meliputi
kerja-kerja ukur, kajian tanah serta kerja-kerja yang berkaitan dan seterusnya
mengemukakan beberapa cadangan rekabentuk awalan di samping anggaran kos untuk
setiap cadangan.

4. Jabatan Pengairan dan Saliran akan menilai cadangan rekabentuk awalan yang
dikemukakan dan membuat keputusan tentang alternatif yang terbaik dari segi teknikal,
implikasi kos dan keperluan-keperluan yang lain.

5. Pihak tuan akan menyediakan rekabentuk terperinci berdasarkan kepada rekabentuk


awalan yang telah dipilih disamping menyediakan Senarai Kuantiti, kadar harga serta
pecahan terperinci (built-up rates) untuk tujuan rundingan harga kontrak.
...2/-
-2-

6. Berdasarkan kepada perkara-perkara seperti yang dinyatakan di atas, pihak tuan


adalah dikehendaki mengambil tindakan-tindakan seperti berikut:

i) Mengemukakan salinan sijil pendaftaran firma tuan dengan Pusat


Khidmat Kontraktor (PKK) dan juga Lembaga Pembangunan
Industri Pembinaan (CIDB). Tempoh pendaftaran yang berkenaan
hendaklah masih sah.

ii) Mengembalikan surat perakuan penerimaan yang asal yang telah


ditandatangani oleh wakil tuan yang ditauliahkan serta saksi di ruang
yang telah disediakan dan simpan salinannya.

iii) Mengemukakan nama wakil-wakil Konsortium tuan untuk projek ini


serta alamat dan nombor telefon masing-masing.

iv) Mengemukakan cadangan nama Perunding-perunding yang


berkelayakan serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan.
Perunding-perunding yang dicadangkan adalah tertakluk kepada
persetujuan dan kelulusan Jabatan ini.

v) Mengemukakan cadangan Jadual Pelaksanaan serta Program Kerja.

Perkara-perkara 6(i) hingga 6(v) di atas hendaklah dikemukakan kepada


Pengarah ...............................................dalam tempoh dua(2) minggu dari
tarikh surat ini untuk tindakan selanjutnya.

7. Sebarang maklumat atau syarat-syarat lain yang difikirkan perlu oleh Kerajaan akan
dikemukakan kepada pihak tuan sebelum perjanjian kontrak ditandatangani.

8. Pihak tuan akan dikehendaki menandatangai satu perjanjian kontrak yang rasmi
dengan pihak Kerajaan setelah Surat Setujuterima dikeluarkan.

9. Sila ambil perhatian bahawa surat ini adalah RAHSIA KERAJAAN dan tidak boleh
disebarkan kepada mana-mana pihak lain.

10. Pihak tuan diingatkan bahawa surat ini merupakan SURAT NIAT sahaja dan
hendaklah TIDAK ditafsirkan dalam apa-apa jua atau keadaan sekalipun sebagai mengikat
Kerajaan keatasnya.

...3/-
-3-

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“CINTAILAH SUNGAI KITA”

Saya yang menurut perintah,

(DATO’ IR. HJ. KEIZRUL BIN ABDULLAH)


Ketua Pengarah,
Jabatan Pengairan dan Saliran,
Malaysia.

s.k: - Ketua Pengarah,


Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri,
Blok B5 dan B6,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
60502 Putrajaya

- Ketua Setiausaha Perbendaharaan,


Kementerian Kewangan,
Kompleks Pejabat-pejabat Kerajaan,
Jalan Duta,
50592 Kuala Lumpur.

- Ketua Setiausaha,
Kementerian Pertanian Malaysia,
Wisma Tani,
Jalan Sultan Salahuddin,
50624 Kuala Lumpur.

- Pengarah...............................
Ibu Pejabat JPS,
Malaysia.

- Pengarah Pengairan dan Saliran,


Negeri........................................,
Rujukan Tuan :

Rujukan Kami :

Tarikh :

Ketua Pengarah,
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia,
Jalan Sultan Salahuddin,
50626 Kuala Lumpur.

Tuan,

Surat Niat

.....................................................................................
.....................................................................................

Dengan ini yang bertandatangan di bawah ini, mengaku menerima surat di atas dan
mengesahkan persetujuan kami kepada semua hal, syarat-syarat dan stipulasi yang
terkandung di dalamnya.

Seperti yang dikehendaki, salinan Asal yang telah ditandatangani, bertarikh dan disaksikan
adalah dengan ini dikembalikan dan satu salinannya telah disimpan.

................................................... ......................................................
(Tandatangan Pegawai yang (Tandatangan Saksi)
ditauliahkan bagi pihak Kontraktor)

Nama Penuh : ................................... Nama Penuh :...................................

No. K/P : ........................................... No. K/P : ..........................................

Atas sifat : ........................................ Pekerjaan : ........................................

Yang diberkuasa dengan sepenuhnya Alamat : ............................................


Untuk menandatangani untuk dan
bagi pihak ...........................................................

...........................................................
........................................................
Menteri atau Cop Kontrakor

Tarikh :........................................... Tarikh :...........................................


TKDBRT2_200900

Anda mungkin juga menyukai