Anda di halaman 1dari 5

Tutorial M2

EDUP3013

Nur Izzatul Hana’ Binti Ahmad Sahimi , BM3

1. Anda dikehendaki mencari Falsafah pendidikan negara lain di dunia kemudian buat analisis tentang
Falsafah mereka.

Kerajaan Arab Saudi atau dalam bahasa Arabnya ‘‫ ’المملكة العربية السعودية‬merupakan negara Arab
yang terbesar di Semenanjung Arab. Menurut Stokes, Jamie (2009) berkenaan dengan geografi Arab
Saudi, negara ini merupakan sebuah semenanjung yang terbesar di dunia. Hal ini kerana, seluas 80% di
semenanjung tanah arab adalah kawasan milik kerajaan Arab Saudi. Disamping itu, tempat kelahiran
baginda Rasulullah SAW adalah terletak di Kota Riyadh, Arab Saudi. Menurut sejarah perkembangan
Islam di Arab Saudi, susur galur pemerintahan Islam adalah bermula sejak zaman Nabi Muhammad SAW,
kemudian selepas kewafatan baginda pemerintahan disambung oleh Khalifah ar-Rasyidin, kemudian
zaman kerajaan bani Umaiyah, zaman kerajaan bani Abbasiyah sehinggalah sampai kepada
pemerintahan Sa’udiyyun. Pendidikan pada zaman Rasulullah SAW sesuai dengan kondisi sosial politik
pada masa itu. Suwito Fauzan (2005), telah menceritakan tentang sejarah pendidikan Islam ini mula
dikenali selepas nabi Muhammad SAW diutus sebagai seorang rasul. Sebagaimana yang sudah kita
ketahui antara kejayaan Rasulullah SAW dalam menyebarkan dakwah Islam serta mendidik umatnya,
baginda telah menambat hati-hati kafir Quraisy pada ketika itu untuk mendekati agama Islam sehingga
mereka menjadi golongan yang bertakwa kepada Allah S.W.T hanya dalam tempoh masa yang singkat
iaitu sekitar 23 tahun. Kini ajaran agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW disambung para ‘alim
ulama’ yang kebanyakkannya dilahirkan di semenanjung tanah Arab termasuk negara Arab Saudi.

Tujuan pendidikan Arab Saudi berdasarkan hukum dasar Arab Saudi, Fasal 13 adalah untuk
menanam akidah Islam bagi generasi muda, untuk memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran, untuk
menyediakan anggota masyarakat yang berguna yang mampu membangunkan masyarakatnya dalam
semua aspek kehidupan, melahirkan masyarakat yang cinta akan negaranya dan bangga dengan sejarah-
sejarahnya. Terdapat tiga organisasi kerajaan yang telah ditubuhkan di dalam sistem pendidikan di Arab
Saudi dan mereka juga diberi Amanah untuk mentadbir segala hal yang berkaitan dengan pendidikan.
Tiga organisasi ini terdiri daripada Kementerian Pengajian Tinggi, Pertubuhan Pendidikan Teknikal dan
Latihan Vokasional serta Kementerian Pendidikan. Setiap peringkat pendidikan telah ditetapkan
matlamat serta objektifnya bagi kurikulum para pelajar.

Terdapat beberapa tahap pendidikan di negara Arab Saudi iaitu di peringkat pra sekolah,
peringkat sekolah rendah, peringkat sekolah menengah pertama, sekolah menengah kedua dan akhir
sekali di peringkat Institut Pengajian Tinggi. Bagi peringkat prasekolah, pelajarnya mestilah berusia
kurang daripada 6 tahun dan pada peringkat ini kerajaan belum mewajibkan rakyatnya untuk pergi ke
sekolah. Seterusnya, bagi peringkat sekolah rendah, ibu bapa dan penjaga boleh mula mendaftar anak-
anak mereka ke sekolah bermula usia mereka 6 tahun atau 5 setengah tahun lagi. Semua pelajar akan
tamat pengajian selepas 6 tahun tempoh pembelajaran di peringkat ini. Peringkat menengah pula
terbahagi kepada 2 peringkat iaitu sekolah menengah pertama, yang berlansung selama 3 tahun dan
seterusnya ke peringkat sekolah menengah kedua juga selama 3 tahun pengajian. Peringkat yang
terakhir adalah Institut pengajian tinggi. Di peringkat ini, program yang ditawarkan adalah seperti
Diploma, Sarjana Muda, Master dan PHD.

Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan pembelajaran dalam bilik darjah yang berasingan
mengikut jantina. Pada pendapat saya, tujuan mereka mengasingkan bilik darjah mengikut jantina itu
adalah untuk menjaga ikhtilat dan perbatasan pergaulan antara kaum lelaki dan perempuan. Dengan
usaha yang dimulakan daripada peringkat awal ini, ia mampu mendidik masyarakat supaya menjaga
serta memelihara maruah diri. Tambahan lagi, di negara Arab Saudi masih menggunakan sistem
Pendidikan Islam Tradisional walaupun pendidikan moden sudah dilaksanakan. Pendidikan Islam
Tradisional ini adalah satu program pengajian Islam selepas tamat peringkat rendah dan ia para pelajar
lelaki digalakkan untuk mengikuti program ini. Tujuan Pendidikan Islam Tradisional ini masih diteruskan
hingga sekarang adalah demi melahirkan pelapis-pelapis ulama’ yang akan menjadi pakar rujuk
berkaitan dengan hal akidah, ibadah dan akhlak Islamiyah buat umat manusia daripada seluruh dunia.

Terdapat beberapa keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi di dalam institusi
pendidikannya iaitu, setiap tahap dan peringkat di Institusi pendidikan boleh dikatakan percuma yuran
pengajiannya. Hal ini kerana, kerajaan Arab Saudi akan membekalkan wang saku bulanan kepada semua
pelajar. Manakala bagi yang menyambung pengajiannya lagi ke peringkat Sarjana Muda dan Master,
mereka akan memperoleh biasiswa penuh daripada kerajaan Arab Saudi. Pemberian biasiswa ini
bukanlah disediakan untuk warganegaranya sahaja malah warganegara asing yang menyambung
pengajiannya di tanah Arab Saudi bagi institusi yang berdaftar dengan kerajaan Arab Saudi, juga
mendapat kelebihan tersebut. Antara contoh universiti-universiti yang berdaftar di negara Arab Saudi
adalah, Universiti King Saud yang terletak di wilayah Riyadh, Universiti Al-Yamamah juga terletak di
wilayah Riyadh. Universiti King Abdul Aziz yang terletak di wilayah Mekah, Universiti Umm Qura yang
juga terletak di wilayah Mekah, Universiti Islam Madinah dan banyak lagi.

Kesimpulannya, pendidikan ini sangat penting untuk semua manusia yang dikurniakan akal
fikiran yang sempurna. Hal ini kerana, ilmu yang didapati daripada institusi pendidikan itu sendiri
merupakan satu bekalan hidup buat umat manusia agar dapat meneruskan perjalanan hidup di dunia
serta dapat membimbing hidupnya dengan lebih sempurna.
2. Bina Falsafah anda sendiri berdasarkan matlamat, misi dan visi Pendidikan anda? Bentangkan secara
individu di dalam kelas semasa sesi tutorial.

Visi

Melahirkan modal insan yang mampu menyumbang bakti kepada


agama, keluarga, masyarakat dan negara serta dapat mengangkat
martabat ilmu demi melahirkan masyarakat yang berakhlak dan
bertamadun.

Misi

Mengamalkan konsep Tawakkal, Usaha dan Berserah.


Menanam sifat cinta akan ilmu ke dalam diri pelajar.
Membudayakan amalan membaca
Peranan ibu bapa dan guru dalam menerapkan adab dan akhlak yang baik
kepada anak dan pelajar.
Mengasah bakat dan kemahiran yang ada dalam diri pelajar
Mengamalkan sistem belajar secara berkumpulan

Matlamat

Melahirkan modal insan yang mempunyai adab dan berakhlak mulia serta
masyarakat yang mampu memahami matlamat hidup yang sebenar.
Falsafah pendidikan

Pendidikan yang memberi kesan kepada hidup masyarakat adalah daripada hasil perolehan ilmu
masyarakat yang berkualiti yang seterusnya, akan melahirkan masyarakat yang seimbang dalam semua
aspek kehidupan merangkumi akal, hati dan rohani, jasmani, akhlak dan tingkah laku. Yusuf Al-Qardhawi
(1980). Kesemua aspek ini perlulah dididik dengan ilmu yang hakiki dan jika ilmu itu dapat diterapkan di
dalam diri, ia mampu melahirkan masyarakat yang bertamadun dan berilmu pengetahuan.
RUJUKAN

Diskursus, Jurnal, et al. Pendidikan Islam Masa Rasulullah Saw. PENDIDIKAN ISLAM MASA RASULULLAH
SAW. Vol. 1, no. 3, 2013, core.ac.uk/download/pdf/234743206.pdf.

Hj. St Aisyah Abbas. “PERKEMBANGAN ISLAM DI ARAB SAUDI.” JURNAL PENDIDIKAN DAN STUDI ISLAM,
vol. 3, no. 2. Ash-Shahabah, journal-uim-makassar.ac.id/index.php/ASH/article/view/191/153. “Apakah
Sistem Pendidikan Jenis Adakah Arab Saudi Memiliki? - 2021.”

https://ms.history-hub.com/apakah-sistem-pendidikan-jenis-adakah-arab-saudi-memiliki “Senarai
Universiti Dan Kolej Di Arab Saudi - Wikipedia.” Vvikipedla.com, 2011,
ms.vvikipedla.com/wiki/List_of_universities_and_colleges_in_Saudi_Arabia. Accessed 29 June 2021.

https://ms.vvikipedla.com/wiki/List_of_universities_and_colleges_in_Saudi_Arabia

SIGNIFIKANSI PENGEMBANGAN MUTU PENDIDIKAN ARAB SAUDI. Didin Sirojudin. Waslah. 2020.
https://ejournal.unwaha.ac.id/index.php/dinamika/article/download/845/407/

https://ms.vvikipedla.com/wiki/List_of_universities_and_colleges_in_Saudi_Arabia

“Sistem Dan Kebijakan Pendidikan Di Saudi Arabia.” Studylibid.com, 2013,


studylibid.com/doc/4375668/sistem-dan-kebijakan-pendidikan-di-saudi-arabia. Accessed 26 June 2021.

https://studylibid.com/doc/4375668/sistem-dan-kebijakan-pendidikan-di-saudi-arabia

Contributors to Wikimedia projects. “Institusi Pendidikan Dalam Islam.” Wikipedia.org, Wikimedia


Foundation, Inc., 18 May 2007, ms.wikipedia.org/wiki/Institusi_pendidikan_dalam_Islam. Accessed 30
June 2021.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Institusi_pendidikan_dalam_Islam

Anda mungkin juga menyukai